|| Laskar Sang Pemimpi ♥

Mengalah Pada Tuntutan Kudrat Lemah...


1st sekali:-

ini hari ketiga aku ambik MC since dari hari Jumaat lepas... semalam ada gak aku datang office macam biasa, tapi menjelang jam 10 pagi aku mengalah gak pada tuntutan kudrat tubuh badan... terpaksa balik rumah gak akhirnya...

seriously, sakit belakang aku datang balik... kali nie complete dengan batuk, selsema dan sakit kepala... memang kombinasi terbaiklah... so, aku memang tak boleh nak berdiri lama2 atau duduk lama2.. sebaik2nya, hanya baring dan terus terbaringlah kot... huhuhu...

bagi yang tak tau lagi kenapa aku ada sakit belakang, sila rujuk ke entri aku yang telah berkurun2 lalu dipublishkan seperti kat bawah nie... hehehe...

sila klik sini:- Kisah Pra-Sejarah - Terjunan Somersault

neway, aku kira-kira sekarang nie ada 6 jenis ubat yang aku terpaksa telan untuk cepat baik, itu tak termasuk lagi 2 jenis ubat yang sememangnya dah sedia kena ambik setiap hari... wahh.. rekod baru dah nie... huhuhu...

---------------------------

2nd kalinya:-

dari semalam sebenarnya aku tunggu message ringkas dari seseorang, tapi sedikit hampa sebab sampai sekarang takde satu pun message ringkas dari dia... mungkin dia sibuk atau mungkin dia ada banyak lagi benda yang nak kena pikir kot...

tapi, seriously aku dah macam mengharapkan sangat plak message ringkas dari dia... kalau satu message ringkas pun, dah cukup buat aku bahagia.. cuba bayangkan kalau berduyun-duyun message ringkas dari dia aku terima ?? silap2 boleh baik semua sakit aku sekarang nie kot... huhuhu...

takpelah, aku cuba belajar untuk bersabar sikit kot... hurm...

Penulis:- hopefully, esok dah boleh masuk office balik... bosanlah kalau lama2 macam nie je...

regards,

6 comments:

~~aKoO~~ January 25, 2011 3:25 PM  

mkn ubt..kshtn tu pntg..
byk giler ubt nyer smpai 6 ek..oo plus 2..erk, 8..
slmt beristirehat(fuhh, pent nk eja tkut jd slmt beristeri..uhuhu)

♥ p a A n i ♥ January 25, 2011 5:09 PM  

laa..sakit kaa?? makan ubat okk..
ehem2..tgu msj sapekah? jeng jeng jeng

Aidy Shahiezad January 25, 2011 9:40 PM  

aKoo:-

yerp.. dah agak bosan makan ubat sebenarnya... huhuhu...

isteri ?? jauh sgt tue.. :p

Aidy Shahiezad January 25, 2011 9:41 PM  

Paani:-

sy tunggu msg seseorang la.. xkan objek len juga mampu bermsg plak ?? huhuhu... :p

aShaBuLz January 31, 2011 11:18 PM  

ubat jangan lupa makan bro. nak tak nak kene gak makan. nnt takleh nak karok marathon lagi. haha.

anyway, jangan terlalu mengharap kerana bila pengharapan kita letakkan, terlalu tinggi akan menghampakan, terlalu rendah akan megecewakan...sedang2 ja..hehe.

Aidy Shahiezad February 2, 2011 1:21 AM  

AShaBuLz:-

haha... sure kena makan ubat2 tue semua sbb ubat2 tue dah mcam adik-beradik angkat dah.. huhu..

hurm... sedang cuba mengharapkan dlm mode sedang2 je... :)

neway, thanks bro.. :D

|| Kotak BelogWalking ♥

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

♥ Tuan Rumah ♥

♥ Tuan Rumah ♥