|| Laskar Sang Pemimpi ♥

Sebuah Hiatus Konflik Diri...


salam dari hiatus yang panjang...
salam melangkah ke tahun baru 2011...

seketika aku menyepi dan menahan gejolak nafsu tingkat tinggi dari menulis sebarang entry di ruangan sempit nie.. bukan ketandusan idea, cuma tidak lebih hanya sekadar BERMUHASABAH ‘PENULISAN’ demi mencari ketetapan sebuah konflik diri yang tak pernah ada kesudahannya... huhuhu...

pada 2011 ini, aku mengharapkan penemuan semula sebuah sentuhan lama yang nyata hilang tanpa bayang sebelum ini... hanya itu sahaja azam tahun baru kali ini.. tidak demand kan ?? kan ?? uhuks..

owh ya.. meniti 2011 ini, masih ada 2 buah mini novel yang masih terbengkalai penghujung kesudahannya.. insya-Allah, akan cuba aku sudahkan untuk pembacaan kalian nanti.. harapnya, sabarlah menanti dengan rasa TERUJA dan GHAIRAH.. jika penantian itu dititipkan sekali dengan RASA SAYANG, barangkali aku lebih semangat untuk menyambungnya nanti... ahaks..

dan akhirul kalam untuk semua,
aku doakan yang TERBAEK untuk seluruh kehidupan di hari yang mendatang ini...
aku juga turut doakan yang TERHEBAT untuk mengiringi sebuah pergelutan dan perjuangan hidup yang menanti...

------------------------------------------------

Aidy Shahiezad:- “tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda.. tiada gambar secantik lukisan nak ku tunjukkan perasaan”... hurm.. semakin menginjak tahun, semakin aku meminati bait lagu-lagu lama ini.. haih.. sindrom... sindrom..

regards,

2 comments:

..hizamirahim.. January 2, 2011 10:40 PM  

haha.
selamat menempuh 2011 dengan jayanya.
ala.
kejap je 2011 ni.
XD

Aidy Shahiezad January 2, 2011 10:46 PM  

Hizami:-

selamat gak tuk ko... :)
erk !! adakah kau tak sabar2 nk masuk tahun 2012 plak ?? uhuks..

|| Kotak BelogWalking ♥

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

♥ Tuan Rumah ♥

♥ Tuan Rumah ♥