||:. SaLaM PerKeNaLan...

hype... assalamualaikum w.b.t dan salam permulaan untuk semua pendukung blog ini... selamat datang kepada sahabat pembaca sekalian... Melawan Keterbatasan Akal ini merupakan cetusan rasa hati dan pandangan peribadi aku terhadap kehidupan aku dan mereka yang berada di sekeliling aku... pada yang sudi tue, jadilah follower blog nie, kita exchange link nanti k... so, selamat bersantai okay...

regards,

||:. LaYaR KaCa SiRi TeLeViSi...

02 Feb 2010 ::.. Chuck S03E06 "Chuck vs The Nacho Sampler"
02 Feb 2010 ::.. House S06E12 "Moving the Chains"
02 Feb 2010 ::.. Heroes S04E18 "The Wall"
02 Feb 2010 ::.. CSI: Miami S08E14 "In The Wind"
03 Feb 2010 ::.. NCIS S07E14 "Masquerade"
03 Feb 2010 ::.. NCIS: Los Angeles S01E14 "LD50"
03 Feb 2010 ::.. White Collar S01E10 "Vital Signs"
04 Feb 2010 ::.. Leverage S02E13 "The Future Job"
04 Feb 2010 ::.. Criminal Minds S05E14 "Parasite"
04 Feb 2010 ::.. CSI: NY S06E14 "Sanguine Love"
05 Feb 2010 ::.. Bones S05E14 "The Devil in the Details"
05 Feb 2010 ::.. CSI: Las Vegas S10E13 "Internal Combustion"
05 Feb 2010 ::.. Fringe S02E15 "Jacksonville"
05 Feb 2010 ::.. Supernatural S05E13 "The Song Remains the Same"
06 Feb 2010 ::.. Ghost Whisperer S05E14 "Dead to Me"
06 Feb 2010 ::.. Caprica S01E03 "The Reins of a Waterfall"

------#------#------#------#------#------#------#------
#------#------#------#------#------#------

09 Feb 2010 ::.. Chuck S03E07 "Chuck vs The Mask"
09 Feb 2010 ::.. House S06E13 "5 to 9"
09 Feb 2010 ::.. Heroes S04E19 "Brave New World"
09 Feb 2010 ::.. CSI: Miami S08E15 "Miami, We Have A Problem"
10 Feb 2010 ::.. NCIS S07E15 "Jack Knife"
10 Feb 2010 ::.. White Collar S01E11 "Home Invasion"
11 Feb 2010 ::.. Leverage S02E14 "The Three Strikes Job"
11 Feb 2010 ::.. Criminal Minds S05E15 "Public Enemy"
11 Feb 2010 ::.. CSI: NY S06E15 "The Formula"
12 Feb 2010 ::.. Bones S05E15 "The Bones on the Blue Line"
12 Feb 2010 ::.. Supernatural S05E14 "My Bloody Valentine"

Sunday, February 7, 2010

Qada' Tidur Untuk Karaoke (QaTUK)...


uwarghh... semalam terasa sangat best kerana berjaya meng’qada’kan tido yang tertinggal selama beberapa hari kebelakangan nie... terasa badan jadi ringan je berjalan, fresh !!! hahaha... malam sebelumnya, sangat ceria dan tak ingat dunia berkaraoke sampai 2 pagi, malam jumaat plak tue... adoyai.... huhuhu... bercerita tentang karaoke, satu pertanyaan menerjah kotak pemikiran liberal aku nie... kenapa perlu karaoke ek ??

okay, aku berkaraoke sebab aku nak release tension... adakala aku berkaraoke sebab nak me’rapat-rapat’kan hubungan silaturahim antara 2 insan... korang paham-paham sendiri la ek maksud tersirat di sebalik tue... kadang-kadang, aku gak boleh kenal karakter orang melalui ‘hubungan karaoke’ nie.. (bukan hubungan terlarang ok, hanya hubungan halal saje yang dibenarkan di sini...) hahaha...

selain daripada tue, aku berkaraoke saje-saje je nak test suara aku nie... sebab aku tau aku boleh menyanyi (pergh.. statement ko macam diva plak !!)... hahaha... okey, aku tipu !! kalau aku boleh menyanyi bagus, pastilah aku dah menyanyi atas pentas... disebabkan suara aku tak sedap menyanyilah, aku cuma mampu menyanyi di kotak-kotak sempit pusat karaoke saje.... hehehe...

apa pun, karaoke nie sangat best kalau dapat dibuat dalam kumpulan yang ramai dan berbilang jantina... kalau sesama jantina je nanti, payah plak nak nyanyi lagu duet laki dan perempuan... kalau takde perempuan, masing-masing berebut nak nyanyi part laki je... (hurm... korang nie nyanyi nak part laki je, walhal jiwa tak cukup lelaki pun ??!! oopss... larik !!!) wakakakaaaaaa.....

p/s: ade sesape nak jadi partner duet aku tak (perempuan) ??? dah lame plak tak nyanyi lagu Ajai / Kris Dayanti – Hati Ini Telah Dilukai... please... please... please... (takde kena mengena dengan lagu Alif Satar tue ek).... huhuhu...

regards,

Tuesday, February 2, 2010

Lelaki Yang Korang Lihat Itu...


"tak semua lelaki yang korang lihat di luar sana itu sama..
tak semua lelaki yang korang jumpa itu setara sikapnya...
tak semua lelaki yang korang dambakan itu mulia sifatnya..
tak semua lelaki yang korang harapkan itu, kuat semangatnya..."

motif intro aku kali ini ??? hahaha... saja, sekadar mahu berbicara persoalan lelaki dari kaca mata sorang lelaki... huhuhu... hari ini, kotak memori aku secara tak sengaja merewind kembali sejalur lembaran kisah lama... bukanlah kisah sedih, tapi lebih kepada moment yang membuat aku gelak berguling-guling bila dikenangkan kembali...

dulu ada yang berkata... tak seharusnya, sorang lelaki itu menangis kerana itu lambang kelemahan lelaki.. tetapi lelaki juga manusia, diciptakan Allah supaya mampu menangis tatkala tak mampu menahan beban yang mendatang ke atas pundaknya... pendek kata, kalau dah diciptakan tuhan kebolehan untuk menangis, rugi jika tak manfaatkannya... *ehh... betulkah falsafah sampah aku yang berideologi liberal ini ???*

dulu ada yang berpendapat... tak seharusnya, sorang lelaki itu merajuk dan berkecil hati kerana itu bukan sifat seorang lelaki sejati... tetapi lelaki juga punya hati.. untuk apa hati itu, jika tak digunakan untuk berkecil atau berbesar hati sekalipun ?? boleh jadi hati batu gak silap hari bulan kalau asyik terbiar tanpa dimaksimakan kegunaannya... *errr... boleh terimakah konsep pengunaan hati aku nie ek ??*

dulu ada gak yang berpendapat.. tak seharusnya, sorang lelaki itu moody kerana khalayak akan berpikir dia mungkin gay... yang nie lah selalu buat aku gelak... kitab mana plak yang menetapkan lelaki itu tak punya hak untuk bermoody ?? hukum mana yang menentukan lelaki yang sebegitu mungkin sahaja tak normal ?? hurm... aku gelak lagi... begitu sempit pemikiran mereka bagi orang-orang yang cukup open minded tentang takrifan “hubungan sesama manusia”... aishhh, aku gelak lagi.... hahaha... *betulkan aku jika aku salah dalam menilai, tapi aku tak silap kan ??? hehehe...*

kesimpulan ringkas.. jangan buat 3 benda di atas kalau mahu jadi sorang lelaki yang LELAKI... paham ke maksud aku ?? pasti korang akan terhindar dari segala gosip dan tanggapan liar masyarakat sekeliling... tapi, bagi aku plak, gosip dan tanggapan liar adalah satu compliment... so, jangan cepat melenting... adesss, dah berbelit-belit dah jari aku menaip nie... adios...

akhirul kalam... *Islam Itu Indah !!!*

regards,
Related Posts with Thumbnails