Monday, August 30, 2010

Malam Kemerdekaan untuk Anak Bangsa yang Terjajah Minda !!


kenapa agaknya kes buang bayi kat Malaysia nie kejap hangat diperkatakan, kejap orang terlupakan ??

perasankah korang yang kes buang bayi nie sering hangat diperkatakan menjelang bulan May, September dan November sahaja.... apa istimewanya bulan-bulan tue berbanding bulan-bulan yang lain ??

pikir-pikirkan bersama,

andai malam ini malam kemerdekaan Malaysia, biar silih berganti sekali pun angka kemerdekaan tue, situasinya tetap sama... anak muda yang masih belia remaja akan meraikannya dengan simbolik kebebasan dan kemerdekaan daripada penjara nafsu... agaknya, jika bukan hari sambutan kemerdekaan, maka tak merdekalah jiwa raga nafsu mereka... barangkali...

andai malam ini malam tahun baru, biar silih berganti kurun masehi yang terpampang di kalendar pengaruh roman, situasinya masih kekal sama... anak muda belia mahupun yang sudah senjakala bakal meraikannya dengan simbolik penyerahan diri demi sebuah kepuasan sementara yang bakal mencipta ketagihan tak berkesudahan... agaknya, jika bukan sambutan tahun baru, maka tak cukup barulah rekod kemaksiatan nafsu yang ada... barangkali...

andai malam ini malam pengabadian kekasih, biar silih berganti kekasih yang mewarnai dunia hari-hari, situasinya pasti masih sama... anak muda remaja merelakan jiwa mereka ternoda tatkala meraikannya dengan simbolik penyerahan dan pengabadian tubuh yang diratah enak ibarat lauk yang terhidang percuma... agaknya, jika bukan kerana hari kekasih, maka pasti kekasih tak sebenarnya dianggap kekasih... barangkali...

andai malam-malam nie terus-terangan menjadi simbol kemerdekaan dan kebebasan kita, lantas pasti jahanamlah benih-benih adam masa depan...

jika demikian kisahnya, maka, merdekakah kita pada zahirnya ??

(idea iklan bertema pidato berapi sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke 53 nie sebenarnya dah kalah kepada idea iklan buat kereta abc petronas masa peringkat saringan hari tue... tue pasallah aku cuma iklankan kat sini saja... hehehe...)

Aidy Shahiezad:- tetiba terasa macam aku sedang berpidato gaya Sukarno dulu-dulu... dengan berbekalkan sut lengkap bersongkok tinggi senget, fuh !!! berimaginasi tinggi sungguh aku nie rupanya... haha...

regards,

Sunday, August 29, 2010

Mini Novel: Sebelum Terlewat .::. [Chapter 1 - Introduksi]


Chapter 1: Introduksi

Suasana di Dewan Utama hingar-bingar saat itu. Di setiap sudut dewan, masing-masing galak bertukar-tukar cerita diselang-seli dengan tawa canda. Malam itu adalah malam apresiasi mahasiswa Kolej Almaputra. Acara tahunan itu, kebiasaannya bagi meraikan para mahasiswa dan mahasiswi Kolej Almaputra yang berada pada tahun terakhir pengajian mereka.

“Hadirin sekalian !!”, teriak suara moderator majlis memecahkan suasana di dalam Dewan Utama.

“Malam ini, kita akan dipersembahkan dengan sebuah persembahan istimewa. Berikan tepukan gemuruh untuk saudara Budi Haikal bin Hariz..”

Hadirin majlis menghalakan pandangan ke arah pentas utama. Lampu sorot perlahan-lahan menyinari ruang tengah pentas, memperlihatkan susuk tubuh seorang anak muda berusia awal 20-an yang tatkala itu tunduk memandang ke lantai pentas sambil kejap memegang gitar di tangannya. Tubuhnya diam terpaku tanpa menunjukkan sebarang reaksi kepada hadirin majlis yang menanti persembahannya. Sejurus kemudian, jarinya mula memetik gitar, mengalunkan sebuah irama muzik.

Semakin ku menyayangimu
Semakin kau menyakitiku
Semakin ku mencintaimu
Semakin kau menghancurkanku

Entah sampai kapan
Kau akan menyadarinya
Bahwa hanya diriku
Yang pantas ‘tuk memiliki diriku
Yang rela korbankan semuanya untukmu

Sampai kapanpun kau ‘kan ku cintai
Walau kau tak pernah membalas cintaku padamu
Walau apapun kau ‘kan ku sayangi
Setulus hatiku seumur hidupku ku mencintaimu

Takkan pernah bisa
Ku melupakanmu walau sekejap saja
Takkan pernah mampu
Menggantikanmu dalam seluruh hidupku


Penuh penghayatan dia menyampaikan lagu tersebut, seolah-olah dia di dalam dunianya sendiri tanpa mempedulikan audien di bawahnya. Hadirin majlis yang mendengarkan persembahan tersebut juga turut terpaku diam. Usai persembahan lagu tersebut, seisi dewan bertepuk tangan tanda terhibur dengan persembahan yang dibawakannya. Dia hanya memberikan isyarat tunduk hormat dan lantas terus meninggalkan pentas tanpa mengucapkan sepatah perkataan.

“Budi, nanti dulu...”, pengurus acara malam itu, Farah memanggil dia.

Langkah pantas Budi terhenti di sudut pintu keluar bilik persediaan itu. Farah berlari-lari anak mendapatkan dia. Farah memandang wajah Budi saat itu.

“Terima kasih Budi kerana masih menunaikan janji Budi... Farah tahu yang Budi masih marahkan Farah lagi...”, bicara Farah lembut.

“Sekurang-kurangnya aku masih menepati janji...”, jawapan yang terlontar dari mulut Budi seolah-olah menempelak Farah saat itu.

Farah menundukkan wajahnya.

“Farah tahu memang Farah bersalah... harap Budi maafkan Farah...”, perlahan sahaja Farah melafazkan permohonan maafnya kepada Budi.

“aku pergi dulu...”, Budi membalas, lantas mengatur langkah pantas keluar dari bilik persediaan itu, meninggalkan Farah termangu-mangu seorang diri.

Ketika Budi menghampiri kereta Proton Savvy miliknya, bahunya dipegang dari belakang.

“Assalamualaikum Budi...”

(bersambung jika ada permintaan...)

Aidy Shahiezad:- mencuba nasib sekali lagi dengan menulis mini novel kedua tahun ini.. harap korang menerima seadanya kisah "Sebelum Terlewat" nie.... :)

regards,

Monday, August 2, 2010

Aku Hilang Nafsu !!!


sejak beberapa minggu nie...

aku hilang nafsu untuk berblogging secara tegar... *apa sudah jadi nie ? hurm...
aku hilang nafsu mahu berfesbuk secara aktif... *setiap hari, buka fesbuk sekali je...
aku hilang nafsu nak buat kerja rajin-rajin... *hurm.. sangat terasa tak dihargai pun...
aku hilang nafsu untuk berjalan jauh-jauh... *dah penat berjalan agaknya...
aku hilang nafsu mahu main games bebanyak... *entah bila kali terakhir aku main pun...
aku hilang nafsu untuk makan nasi tiap hari... *makan kuey teow goreng lagi best kot !!
aku hilang nafsu terhadap kamu juga.. ehh ?? *siapakah kamu yang aku maksudkan tue ?? nasiblah kamu... huhu...

tapi, kini...

aku cuba sedaya upaya untuk membangkitkan kembali nafsu yang kian pudar tue...
nafsu yang kian buntu, bangkitlah cepat... kembalikan ghairahku seperti sediakala...
*mampu ke ?? ke ada sesiapa yang sudi nak bantu aku ??
aku terima seikhlas hati je nanti tanpa banyak bicara... hohoho...


sesekali, aku terpikir...

adakah ini yang dinamakan krisis pertengahan umur agaknya... uhuks... :p

-----------------------------------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
maaf, sebenarnya aku tak mahu lagi ingat masa nakalku di dalam hatimu... aku telah pun melanjutkan hidupku dan pesanku, lanjutkanlah juga hidupmu... kini, kau bukan lagi dalam setiap mimpiku... :)

-----------------------------------------------------------------------------

Aidy Shahiezad: kenakalan dan nafsu sama sekali tidak dapat dipisahkan... benarkah begitu ?? hehe..

regards,

Sunday, August 1, 2010

Kisah Kanak-Kanak Riang Yang di Eksploitasi...


tadi, masa tengah aku syok bergolek-golek atas katil sambil menghabis pembacaan novel Cinta Sufi (*pelengkap trilogi Bagaikan Puteri) tulisan novelis favourite aku, Ramlee Awang Murshid, secara mengejut ustazah yang pernah mengajar aku mengaji time kanak-kanak riang dulu muncul depan rumah aku... mau la aku tak terperanjat beruk kat situ... haha...

actually, dah lama gak tak jumpa dia, sejak aku abes sekolah rendah sampai la sekarang... aku pun ingat-ingat lupa je muka dia... so, bila dia datang menziarah rumah aku tadi, tetiba terbit la memori lama pasal kes mengaji nie, yang jarang-jarang aku sharekan dengan orang sebelum nie... bukan skandal cinta terlarang ke ape ke okey... juz kes lurus bendul sorang kanak-kanak riang yang suci lagi murni.. *sekarang, aku rasa macam kesucian tue dah dinodai je... uhuks..

fuh.. alkisahnya macam nie...

masa first day aku datang mengaji dulu, seriously aku sangat nervous okey... kanak-kanak riang umur 7 tahun kena paksa mengaji, mau tak nervous kau... haha... so, bila sampai rumah ustazah tue, aku tengok dah ada 3-4 orang kanak-kanak lain yang dengan feelingnya tengah mengaji gak.. aku pun ngan segan-silunya duduk la kat satu ceruk tersorok kat sudut dinding rumah tue...

sedang aku dengan khusyuk dan tawaduknya mengaji,

1, 2, 3, do, re, mi....
apa nak jadi, alif, ba, ta, A, B, C....

ustazah tue panggil aku untuk sesi menghadap...
*korang tau kan maksud menghadap bila time tengah mengaji tue.. haih.. cuak seyh aku time tue..

ustazah tanya aku, “mak panggil apa ??”
aku dengan confidentnya, sebut la nama yang selalu orang lain panggil mak aku sebab pemahaman aku kuat mengatakan yang ustazah tue tanya, orang selalu panggil mak aku dengan panggilan apa...

ustazah tue diam sekejap lepas dengar jawapan aku sebelum dia terus suruh aku sambung mengaji depan dia... lepas daripada hari tue, dia panggil aku nama dengan nama mak aku tue... dan aku, sebagai kanak-kanak riang yang suci lagi murni, bagi respons je la setiap kali dia panggil aku dengan nama mak aku... *adoi.. lurus bendul !!

makin lama aku dok terpikir, apesal ustazah tue suka panggil nama mak aku ea... pikir punya pikir, baru la aku paham soklan dia sebenarnya bila prosa ayat bahasa melayu aku dah makin hebat dan fantastik... rupa-rupanya dia tanya, mak aku selalu panggil aku nama apa...

dan kesudahan sadisnya, nama tue la yang dok dia panggil sampai la aku khatam Quran dengan flying colors 3 tahun selepas tue... *ces... tak pasal-pasal je...

-------------------------------------------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
sebagai kanak-kanak tak cukup umur, jangan malu untuk bertanya pada yang lebih dewasa kalau korang rasa macam ada kemusykilan... malu bertanya, nanti sakit hati menahan telinga jawabnya... haha...

-------------------------------------------------------------------------------------

Aidy Shahiezad: yang penting, aku tetap pandai mengaji... hehe... :p

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs