Sunday, May 23, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 12 - Nia Karina)


Episode 12 – Nia Karina

Malam itu, hujan turun lebat membasahi bumi Kuala Lumpur. Iskandar yang ketika itu baru pulang dari pejabatnya memandu penuh berhati-hati. Di tepian jalan, kelihatan khalayak manusia yang berlumba-lumba, berlari-lari mencari perlindungan sementara daripada terus dibasahi hujan yang semakin menggila lebatnya.

Saat mengharungi kesesakan jalan raya di dalam hujan lebat itu, barulah Iskandar terasa lapar. Perutnya berkeroncong minta diisi. Iskandar mengubah destinasi tujuannya menuju ke restoran McD kebiasaannya. Telah hampir 3 minggu dia tidak menjejakkan kakinya ke situ, sejak dia terbang ke Auckland ketika Jane sakit dahulu.

15 minit kemudian, Iskandar memarkir keretanya di perkarangan restoran McD. Lebat hujan ketika itu telah sedikit mereda. Dia lantas berlari-lari anak menuju ke arah pintu utama restoran.

Usai pintu ditolaknya, kelibat Suhayati direnungnya dari jauh. Keadaan kaunter ketika itu lengang, tiada pelanggan. Iskandar perlahan-perlahan menuju ke arah kaunter yang dijaga Suhayati.

assalamualaikum...”, sapa Iskandar.

Demi mendengar suara yang menyapanya, Suhayati yang ketika itu sedang mengemas kabinet di bawah kaunter mendongak, lantas berpaling ke arah susuk tubuh di depan. Gadis itu sedikit terperanjat.

Iskandar...”, pendek bicara gadis itu. Dari riak wajahnya, nyata dia masih terkejut dengan kehadiran Iskandar waktu itu.

salam Isk masih tak berjawab...”, tegur Iskandar saat itu.

err.. maafkan Su.. waalaikumsalam...”, balas Suhayati setelah menyedari kealpaannya sebentar tadi.

Su apa khabar ?”, soal Iskandar lanjut.

alhamdulillah.. Su baik je... Isk pulak ?? lama menghilang ??”, Suhayati membalas soalan Iskandar.

Isk baik-baik je... oh ye, lama Isk tak berbual dengan Su... kita keluar lepas Su habis kerja malam nanti.. okey ??”, Iskandar mengemukan cadangannya.

err... pasal tue, Su minta maaf sangat... Su tak boleh keluar dengan Isk lagi..”, lambat-lambat Su memberikan jawapannya.

eh, kenapa pulak ??”, Iskandar kehairanan.

sebab nanti takut ada yang cemburu..”, Su menerangkan ringkas.

Iskandar pantas menangkap maksud tersirat di sebalik jawapan Suhayati itu. Dia mengeluh panjang.

owh... jadi, Isk terlambat la nie ??”, ujar Iskandar sambil cuba mengukir senyuman. Sebuah senyuman yang dipaksakan.

Suhayati mengangguk perlahan.

okey.. no luck...”, Iskandar menenangkan rasa hatinya sendiri.

tapi, kita still kawan kan Su ??”, soal Iskandar lagi.

yup, tapi tak boleh rapat sangat...”, jawab Suhayati. Dia tersenyum.

okey, paham...”, Iskandar mengangguk tanda memahami situasi gadis tersebut.

Diam. Masing-masing melayani perasaan yang bersarang di jiwa.

kita mungkin tak dapat keluar bersama, tapi Su masih boleh ambik order Isk kan ??”, Iskandar cuba meredakan suasana yang sedikit senyap itu. Dia tersengih sumbang.

Gadis itu mengangguk. Pesanan Iskandar diambilnya. 5 minit kemudian, dia keluar dari restoran makanan segera itu sambil membimbit bungkusan makanan yang dipesannya.

Hati Iskandar kecewa lagi.

--------------------------------------------------------------

Pagi itu, seperti kebiasaannya Iskandar bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Tepat jam 7.30 pagi, enjin kereta dihidupkan. Setelah 10 minit membiarkan enjin keretanya panas, Iskandar memandu menuju ke arah Sooka Sentral.

20 minit memandu membelah lalu lintas yang sedikit sesak pagi itu, kereta yang dipandu Iskandar tiba ke destinasi tujuan. Dia mencari parkir di tempat yang masih kosong.

Ketika Iskandar melangkah masuk ke pejabat, jarum jam baru saja menginjak ke pukul 8.20 pagi. Setelah duduk ditempatnya, punat “ON” pada komputer mejanya ditekan dan Iskandar memulakan kerja rutin hariannya seperti hari-hari sebelumnya. Timbunan fail kertas kerja memenuhi ruang meja kerjanya !!

Isk... bos panggil !!”, Najihah, setiausaha kepada Mr David memanggilnya.

Iskandar menoleh ke belakang dan memandang Najihah.

sekarang ke ??”, soal Iskandar untuk memastikan.

sekaranglah, takkan esok pulak kot...”, Najihah selamba menjawab.

Mata Iskandar mengerling tajam ke arah Najihah tatkala dia bangun dari kerusinya. Najihah hampir tergelak melihat raut muka Iskandar yang serius mengerling ke arahnya.

tok.. tok.. tok..”, pintu diketuk.

come in..”, suara dari dalam bilik membenarkan Iskandar masuk ke dalam bilik tersebut.

Setelah masuk, Iskandar menyedari akan kehadiran seorang wanita yang ketika itu duduk berhadapan dengan bosnya, Mr David. Wajahnya tidak kelihatan oleh kerana kedudukannya yang membelakangkan Iskandar.

hah.. Iskandar, come in... please sit down..”, pelawa Mr David.

Perlahan-lahan Iskandar melangkah menuju ke arah kerusi kosong yang berada bersebelahan dengan kerusi yang diduduki oleh wanita tersebut. Iskandar menjeling ke arah wajah wanita di sebelahnya ketika menarik kerusi untuk duduk. Wanita membalas jelingannya dengan sebuah senyuman.

Demi melihat saja wajah wanita tersebut, riak muka Iskandar berubah. Nyata dia terperanjat besar.

Jane ??”, ucap Iskandar seakan tidak percaya.

Saat itu juga, dia kehilangan imbangan badan, lupa bahawa dia belum menarik kerusi sepenuhnya. Dia tergolek jatuh saat menghenyakkan badannya !!

Wanita di hadapannya tergelak kecil demi melihat kekalutan Iskandar ketika itu. Mr David pula hanya mengeleng-gelengkan kepalanya.

you okay ke nie ??”, wanita itu bersuara.

yes.. i’m okay... no worries...”, Iskandar bingkas bangun sambil mengipas seluarnya. Dia cuba berlagak biasa sahaja.

Iskandar, perkenalkan.. Nia Karina...”, ujar Mr David kepadanya.

she will assist you starting from today...”, sambung Mr David lagi, menerangkan peranan Nia kepada Iskandar.

Wanita tersebut menghulurkan tangan untuk bersalam.

Nia Karina Hashim... just call me Nia...”, ujar Nia memulakan bicara.

Iskandar Hakimi.. panggil Isk je...” balas Iskandar. Teragak-agak dia menyambut salam Nia ketika itu. Dia cuba menyembunyikan kekalutan hatinya dengan senyuman. Sebuah senyuman yang ternyata hambar.

okey Iskandar, you boleh tunjukkan Nia all around our office, then you explain tentang kerja-kerja dia sekali okay ??”, Mr David memberikan arahan kepada Iskandar.

orait boss..”, Iskandar mengangguk setuju.

--------------------------------------------------------------

Pagi itu, Iskandar menunjukkan keseluruhan kawasan pejabatnya kepada Nia. Nia juga diperkenalkan kepada semua rakan-rakan sepejabat yang lain.

Setelah itu, Iskandar menunjukkan ruang kerja Nia. Ruang kerja Nia yang terletak berhadapan dengan ruang kerja Iskandar akan memudahkan mereka untuk berkomunikasi dan berbincang mengenai hal kerja kelak.

Iskandar yang duduk di mejanya kembali menghadap skrin komputernya. Niat di hatinya untuk menyambung kerja-kerja yang tertangguh sebelum itu. Sesekali matanya liar mengerling ke arah Nia yang sedang khusyuk membaca isi kandungan sebuah fail kerja.

raut wajah Nia Karina saling tak tumpah serupa dengan Jane...”, getus hati kecil Iskandar.

Dia merenung lama ke arah Nia, memerhatikan tingkah laku wanita tersebut. Nia yang menyedari dirinya diperhatikan memalingkan mukanya ke arah Iskandar. Menyedari perkara itu, Iskandar cepat-cepat melarikan pandangannya ke arah skrin komputer semula.

Tidak lama, mata Iskandar tertancap semula ke arah Nia. Sebatang pen dimain-mainkan di jarinya. Nia memandang Iskandar sekali lagi. Kali ini, Iskandar tidak sempat mengelak. Kekalutannya menyebabkan pen yang dimainnya tercampak ke lantai.

Isk.. you asyik pandang I je dari tadi.. why ??”, soal Nia meminta penjelasan.

eh.. mana ada...”, acuh tak acuh Iskandar menjawab.

dalam bilik bos tadi pun, you pandang I pun macam you nampak hantu je.. kenapa nie ??”, Nia menyoal lagi.

takde apa-apalah.. don’t worry ok...”, Iskandar membalas sambil tersenyum.

tadi, you ada sebut nama Jane bila nampak I first time.. siapa Jane ??”, Nia menebak Iskandar dengan soalan yang sememangnya cuba dielakkan Iskandar.

Raut senyuman Iskandar bertukar mendadak menjadi kelat.

(bersambung...)

regards,

Wednesday, May 19, 2010

Hati Ini Telah Give Up...

(ini bukan diari aku.. aku tak campak diari aku merata-rata okey)

hati ini dah banyak bersabar..
hati ini dah banyak cuba memahami..
namun, tak semudah pemahaman campur tolak darab bahagi...
ini lebih kompleks dari persamaan matematik tersukar di alam semesta !!

hati ini cuba mengalah..
hati ini juga cuba mendalami...
namun jujur, masih teraba-raba dalam kelikatan gelap malam...
ini lebih gelap dari duduk di tengah pekat malam tanpa lilin !!

suatu hal yang pasti..

hati ini ada jangka hayatnya..
hati ini rupanya ada tahap dan hadnya...
namun, tetap aku cuba untuk tak memperlihatkan ketara bezanya...
ini lebih ketara sukar dari permainan yang sudah-sudah !!

jika sekali mencuba, simbol penolakan mudah yang aku terima..
percayalah, aku pasti mampu memahaminya..
namun jika setiap kali mencuba, penolakan simbolik secara halus dilontarkan...
tetaplah aku percaya, ketetapan hati itu telah pun dibuat sebenarnya...
biarpun dia tak berani meluah bicara...

kawan-kawan, teman-teman sekalian...
ketahuilah bahawa sesungguhnya kini...

AKU GIVE UP !!

p/s: tiada lagi kata-kata puitis dari aku untuk kamu selepas ini... "tak berani mencuba" dan "tak ingin mencuba" adalah dua perkara berbeza...

Nukilan Ikhlas,

Monday, May 17, 2010

FTTSanTai SeSSioN @ HaRd RoCk PeNanG...


biar sehari dah berlalu, jiwa aku tetap kental dengan rock keras (hard rock okay)... huhuhu... fuh.. penat menyantai 3 hari 2 malam pun tak hilang lagi nie... hohoho... asalnya, sesi nie adalah sesi handover dokumen untuk projek Fiber to the School (FTTSschool), tapi dek kerana temptation untuk bersantai melebihi segala-segalanya, maka bertukarlah menjadi sesi handover keriangan projek Fiber to the Santai (FTTSantai)... hehehe... nie idea original aku okay, aku chop trademark pattern dia nanti...


kerja aku sepanjang 3 hari kat sana ?? bergambar sakan je... makan, minum, jalan, tido, mandi, semua benda buat mesti wajib ambik gambar (ehh.. jap-jap... mandi takde la plak ambik gambar... typo error okay.. ahaha...)... dapat plak roomate yang memang pantang nampak kamera... terus-terusan jadi fanatik kamera... tak kisahlah photogenik @ photogedik sekali pun, tue bukan perkiraan... hehehe... aktiviti lain yang sempat aku buat termasuklah lepak tepi pantai, tengok kuda (nak naik tak berani plak), then layan parasailing (seriously, teringin nak naik gak)... selain dari tue, menghabiskan masa kat dalam kolam renang yang best gila tue... hohoho...


malamnya, sempat melayan Skool Daze’s Red FM yang kebetulan buat kat tepi kolam Hard Rock tue... musik akustik band diorang gempak beb... still terngiang-ngiang kat telinga lagu Kau Ilhamku yang diubah lirik tue...


izinkan ku tambah isteri lagi satu, izinkan ku mencuri kereta wajamu.. lalala...


Haha... kreatif tahap the maksimas korang.... hiihiiihii..... masa nyanyi lagu U2- With or Without You pun korang sangat superb.. aku sangat terpegun seyh... best8x... Semalam plak, sebelum balik, sempat la singgah Chowrasta, borong jeruk satu beg plastik besar (hari nie semua dah abes da..).. huhuhu...


Apa pun, dok kat Hard Rock nie best.. asyik makan je, dari seafood sampai la ke ayam, lembu, kambing... ehh.. tapi berat badan makin turun plak 3 hari dok sana... sapa nak jawab tue ?? mungkin sebab berendam lama sangat dalam kolam renang kot... uhuks... bilik plak adalah sangat best dan gempak.. dengar kata rate bilik yang balkoni dia boleh terus terjun dalam kolam tue cecah RM700.. bilik kami ?? baru nak masuk RM400 je.. hehehe... :D


kata-kata AQLI aku: kadang-kadang kerja keras kita perlu diselang-selikan dengan keriangan, baru semangat nak bekerja.. betul ke ??

p/s: banyak skool yang buat sambutan hari guru hari nie... so, selamat hari guru pada semua yang bergelar pendidik.. asalkan korang niat ikhlas dan berusaha keras demi anak murid, aku pasti support korang k...

regards,

Friday, May 14, 2010

Kredit Tanpa Sengaja...


baru sekejap tadi, Maybank kol aku...

MBY: "encik.. ada customer salah kredit duit ke akaun encik..."
ADS: "jadi ??"
MBY: "nak mintak kebenaran encik nak keluarkan balik duit tue..."
ADS : "berapa ek yang tersalah masuk tue ??"
MBY : "RM1,100.00"
ADS : "wow, banyak tue... kalau saya tak benarkan ??"
MBY : "kesian la dekat customer tue encik... banyak jumlah dia tue..."
ADS : "hahaha... okey2x..."

tetiba dapat kredit tanpa sengaja plak... ingat, suka-suka orang tue nak bersedekah kat aku... hahaha... fuh... kalau tak, dah sure2 aku untung besar beb... tapi, malangnya, bukan hak aku la plak kan... maka, kenalah pulangkan balik pada tuan empunya hak... hehehe....

kata-kata AQLI aku: yang bukan hak, tetap bukan hak kita walau macam mana kita korner ikut mana sekalipun... aku ?? tetap cool... hohoho...

p/s: off to Penang.... mau main tepi pantai.... weee... ;)

regards,

Thursday, May 13, 2010

Kejutan Terbesar Hari Ini... Esok ?? Tak Tau Lagi...


astagfirullah-al-azim... i accidentally found out the most shocking truth about someone... ex-public figure plak tue... oh no... dunia dah semakin pelik.... help me, i juz can't breathe properly rite now... damn !! ;(

regards,

Terpukul, Terhenyak Gara-Gara Penulisan Novel... Tak Perlu Kot...

(gambar agak 18sx di situ... sila buat-buat tak nampak okies..)

pepagi buta dah nie... tapi aku masih tak lena mata gara-gara semangat Piala Thomas malam tadi.. hahaha... nama pun rakyat Malaysia, mesti ada semangat 1Malaysia tue... hohoho... neway, bicara aku kali nie tentang novelku... ye, bosan tak bosan, korang kena baca gak... aku tak kira... ahaha... *ini sudah kes memaksa namanya.... huhuhu...*

lately, banyak gak yang mengkritik kelainan dan kejutan yang aku cuba tampilkan dalam setiap entri episode baru tue... dan kadang-kadang, korang sure tak terjangka kan... so, ape sebenarnya yang aku try buat kat situ ?? eksperimental market ?? yup.. tepat sekali kerana novel aku memilih jalan genre imaginatif fiksyen... *ehh, dah imaginasi, fiksyen plak tue... belasah la korang pun... hahaha...*

ramai suka buat andaian, penulisan novel biasanya adalah berdasarkan kisah nyata, pengalaman dalam hidup dan sebagainya... well, aku sangat tak setuju okey.. tak okey... hohoho... sebab pada aku, kalau kisah benar, orang tak buat novel... diorang akan terus buat cerita macam kat tv dulu tue, Kisah Benar: Neraca Kehidupan (KBNK)... ahaha *serius tak best cerita tue sebab baseline story sangat dull....*

taukah korang, bila jari aku actively menekan keyboard untuk mengarang, aku put aside diri aku ke tepi sebab ini bukan kisah tentang aku... to be honest, aku tak sure sama ada aku ada kisah untuk dinovelkan... haahaha... kalau ada, mungkin aku buat drama tv plak pasni... ala, yang macam, cerita KBNK tue tadi, cuma mungkin dalam mode yang lebih ceria-meria... hoho...

basic storyline novel aku adalah simple... semua terarah ke perjalanan hidup Iskandar.. siapa Iskandar dalam dunia nyata ?? seriously, no one... imaginatif semata-mata... *psstt.. kalau ada insan berICkan Iskandar yang punya pengalaman hidup sama macam jalan cerita yang aku coret, do buzz me okay.. aku bagi royalti nanti kat dia, tak kisahlah dia bin apa sekalipun... hahaha...*

watak lain dalam novel tue, adalah berdasarkan permintaan... tak percaya, korang boleh baca balik tiap komen dalam entri episod novel tue... normally, korang hanya minta masuk watak, tapi tak bagitau plak nak jadi apa.. so, aku terpaksa guna kreativiti aku untuk selit masuk dalam setiap episod... kalau ada yang tak gemar dengan pengisian watak yang aku tempekkan, aku mohon maaf sesangat okey... *do let me know of what do you expect from me k.... aku akan consider sebaik mungkin...*

pengarapan aku sebenarnya mudah.. sentiasa mengikut isu semasa yang hangat diperkatakan masyarakat... sekarang nie, jalan cerita aku ke arah mana, dan isu apa yang sedang hangat diperkatakan, aku rasa korang sendiri pun boleh relatedkan... since, aku sendiri pun tak tau apa yang sebenarnya jadi antara 2 pihak tue, sampai naik turun mahkamah, maka aku fiksyenkannya sendiri... tak perlu pening-pening sampai demam nak memikirkannya... yang penting dalam penceritaan aku, mesej sampai... simple !! *ehh.. jap2 nak tanya, kalau benda yang jadi tanpa kerelaan, macam mane boleh sempat pakai pelincir lagi ek ?? seriously, lawak gila... aku dah 2-3 hari gelak bila baca... hehehe...*

cuma, jika ada yang rasa sakit hati dengan isu kupasan menerusi medium novel aku tue, aku rasa tak perlu kot... tak pernah pun, jalan cerita aku point to anybody specific.. unless lah, kalau kau sendiri yang yang rasa terpukul bila baca apa yang aku tulis kan... dan kenapa perlu terpukul dengan cerita novel yang ditulis secara fiksyen imaginatif nie ?? novel picisan je pun... *gila bangga sekejap... okey, dah abes bangga dah... ahaks..*

kata orang, kalau kita rasa terpukul sebab baca penulisan orang lain, apa maknanya tue ?? maknanya, mesej penceritaan tue sampai dan mungkin kau rasa panas sebab kau mungkin buat macam apa yang aku garapkan... pendapat aku, mungkin kebetulan tersirat je tue... tapi, janganlah terlampau defensive sampaikan nampak desperate sangat nak proof something yang pada asalnya takde kaitan langsung dengan kau pun... tak perlu nak memburukkan satu sama lain... haizzz....

prinsip aku mudah je... benda kalau tak betul, kau tak perlu cepat melatah dan melompat macam cacing kepanasan... let go je lah, esok lusa hilanglah ditiup angin, siapa ambil peduli pun.. tapi, kalau dah sampai panas dan rasa terpukul, apakah maknanya ek ?? maknanya betullah kan... ahaha... korang simpulkan lah sendiri ek... *dalam dunia nie, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing... aku pun tak terkecuali ada gak, no big deal... pape pun, aku tetap cool... tak rasionallah nak main kecoh-kecoh nie... hahaha....*

p/s: dah namanya novel, imaginatif dan fiksyen tak dapat dipisahkan.. tambah sikit perencah asam pedas, gulai kawah dsb, orang pun sukalah nak baca... abes cerita...

regards,

Tuesday, May 11, 2010

Amazing Race Versi PMC - Gelak-Gelak Golek...

pertama kali, aku dok kat site dari pukul 10 pagi sampai pukul 1 pagi, then drive 2 jam untuk balik ke rumah... ahaha... korang boleh kata aku gila sebab kadang-kadang aku sendiri pun rasa yang aku suka buat kerja gila... gilakah aku ?? okey, aku mengaku... huhuhu...

okey, macam yg di update kat dalam fesbuk semalam... hari nie aku kena gie jumpa specialist pasal masalah ibu jari kaki aku... aku sendiri suspek kuku ibu jari aku tue dah mati... dah gone, gone with the wind.. hahaha... 2 minggu dah, punya seksa nak pakai kasut biasa.. penyelesaiannya, bergaya dengan kasut crocs ke hulu dan ke hilir... (nota kaki: cros, teman yang dipercayai... dalam sakit, gaya tetap penting okey... hikhikhik...)

okey, semua orang pun tahu yang aku memang tak gemar nak gie jumpa doktor.. pasal ape ?? nie salah satu sebabnya... sabtu lepas, aku gie check kt klinik opis nie, lepas dia belek-belek, golek-golek... ehh ?? takde-takde, dia cuma belek je... doktor import dari India tue cakap yang kena refer ke specialist.. aku agree je la.. then, dia tanya aku plak, persoalannya nak refer ke specialist unit mana kat hospital tue... ade ke tanya aku plak... adoyai...


so, hari nie bila gie Pantai Medical Centre (PMC) tue, bermula la episod amazing race aku... hohoho... mula-mula, surat doktor klinik tue refer aku ke Unit Hand & Microsurgery kat tingkat 5... bila sampai-sampai, dia reject sebab diorang cakap diorang buat tangan je, kaki tak main... ahaha..

aku then disepak ke tingkat 2, Unit Ortopedik... cerita-cerita punya cerita, depa suruh aku gie ke blok seberang, tingkat 7 - Unit Sendi and Spines... erk ?? ade ke unit cmtue kat situ ?? haha... okey, aku lupa nama unit tue, yang pasti diorang deal hal ehwal sendi-sendi dan spines je...

on the way ke sana, aku nampak booth 1901... berlari-larian ke hulu hilir, pasti mengundang rasa penat... minda bawah sedar aku cepat-cepat terbayang air sejuk... ekor mata aku dah liar menjeling 1901 lapan kali, hati dah meronta-ronta mahukan tekak di isi... endingnya, aku beli New York Chicken HotDogs tue... *sosej dia sangat besar macam... hey, stop di situ... pikiran aku tetiba nakal di malam hari... ahahaha....

okey, sambung balik... bila sampai kat tingkat 7 tue, kat situ nampak semua orang tua je.. tetiba, aku terasa cam aku sama tua macam diorang gak... insaf.. insaf sekejap... huhuhu... nurse yang kat situ cakap aku tak patut gie situ.. so, aku tanya dia,

"nak tendang saya gie mane plak pasnie akak nurse cun ??"
(seriously, aku memang cakap camtue sebab dia memang ayu cun... hahaha.. *maaf, aku masih seorang lelaki biasa dengan kelemahan pandangan mata yang tajam dan tak reti duduk diam !! euuww...*)

diorang kata, diorang akan tolong aku find out.. di suruh aku lepak kat bilik tv yang selesa gila.. kalah bilik tv aku kat rumah.. uhuks...

15 minit menunggu, aku di bawa gie tingkat 1 plak, jumpa ngan Dr Karpal Singh (bukan Karpal Singh yang sorang lagi tue okey..), doktor Unit Pembedahan plak... dia check ibu jari kaki aku sambil borak-borak dengan aku... sedar tak sedar, dia cakap,

"okey, kuku dah cabut.."

ehh... oh tuhan... macam mana aku boleh tak perasan nie... dabel suspicious betul la... hohoho... dan sekarang, ibu jari kaki kiri aku dah takde kuku... sangat selesa... ~~ lalala...

p/s: Doktor Singh tue memang best !! Singh is King ehh... aahahaha...

regards,

Sunday, May 9, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 11 - Mencari Alasan)


Episode 11 – Mencari Alasan

Deraian demi deraian air dari shower membasahi tubuh Iskandar. Kesejukan air saat itu bagai tidak dirasainya. Puas memikir, terpacul sebuah nama dari bibirnya.

Hani !!”, spontan terpacul nama tersebut dari bibirnya.

dia pasti boleh tolong aku..”, gumam hati kecil Iskandar lagi.

Usai mandi, Iskandar segera mencapai telefon bimbitnya dan menghantar sms kepada Hani menyatakan hasratnya ingin bertemu sebentar.

Seminit kemudian, telefon bimbit Iskandar berbunyi, menandakan ada sms baru diterima. Iskandar segera membacanya. Menerusi sms tersebut, Hani setuju untuk bertemu malam itu. Iskandar kemudian mengerling ke arah Adib yang sedang khusyuk melayari internet ketika itu.

Adib, Isk rasa dah sampai masa untuk Adib pulang...”, Iskandar dengan selamba memberitahu Adib.

Adib sedikit terkejut, “sekarang ke?

yup.. jom...”, Iskandar mendesak.

Lambat-lambat Adib bangun dan mengemas barangnya. Langkahnya keberatan.

5 minit kemudian, mereka berdua bersaing turun daripada apartmen Iskandar menuju ke kereta.

kenapa tergesa-gesa nie Isk ?”, soal Adib sebaik kereta Iskandar laju bergerak meninggalkan perkarangan apartmen tersebut.

ada hal sikit..”, pendek jawapan Iskandar.

hurmm..”, Adib sekadar mengeluh.

15 minit kemudian, setelah menurunkan Adib di kolejnya, Iskandar memandu terus ke pejabat Hani yang terletak di Ampang seperti yang telah dijanjikan.

Setelah tiba di situ, Iskandar menghantar sms kepada Hani memberitahu keberadaannya di luar pejabatnya saat itu.

5 minit berlalu, kelihatan kelibat seorang wanita berkaca mata dan bertudung litup menghampiri kereta Iskandar. Tingkap kereta diketuk perlahan, Iskandar menoleh. Bibirnya mengukir senyuman panjang.

assalamualaikum Isk...”, sapa Hani. Pembuka bicara.

Salam bersambut.

Dr Hani... lama aku tak jumpa kau ye... sihat Hani ??”, Iskandar membalas.

macam biasa.. aku sentiasa okay..”, jawab Hani sambil gelak kecil.

kau okey ke Isk ?? serius je bunyi sms kau tadi...”, soal Hani lagi.

aku ?? sangat okey luaran, tapi tak berapa okey dalaman...”, jawab Iskandar selamba.

Masing-masing gelak mendengarkan jawapan Iskandar itu.

kita makan kat Victoria okey ??”, sambung Iskandar sambil memberi cadangan.

Hani mengangguk setuju. Kereta yang dipandu Iskandar mula bergerak menuju ke destinasi yang dirancangkan.

--------------------------------------------------------------

Suasana di dalam Victoria Station ketika itu agak lengang. Sementara menunggu makan yang dipesan oleh mereka tiba, Iskandar memulakan bicara tujuan utama dia mengajak Hani keluar malam itu. Kepadanya, Iskandar menceritakan dilema yang berlaku dalam hidupnya.

Galak bercerita, makanan yang dipesan mereka pun sampai. Iskandar memesan Grilled NZ Fillet Steak, manakala Hani memesan Norwegian Salmon.

Sewaktu menjamah makanan masing-masing, Hani mula mengulas apa yang diceritakan Iskandar kepadanya.

Isk, aku kenal kau dah lama.. jadi aku nak tanya, kau yakin apa yang kau rasa tue adalah cinta ??”, soal Hani.

maksud kau Hani ??”, Iskandar tidak mengerti.

let’s put this way.. kau couple dengan dia pun bila kau rasa kau terlanjur dengan dia kan ??”, soal Hani lagi.

hurm.. betul..”, Iskandar mengiyakan.

jadi aku tanya semula, kau yakin apa yang korang ada tue adalah cinta ??”, Hani mengulangi semula pertanyaan mereka.

aku tak pasti.. aku mengaku, aku setuju untuk couple pun sebab dia cakap dia dah lama sukakan aku.. tambahan plak, aku rasa bertanggungjawab dengan apa yang berlaku...”, panjang lebar Iskandar menerangkan.

sepanjang korang couple, pernah korang buat anything lagi tak ??”, Hani menyoal.

Wajah Iskandar berkerut memandang Hani bila mendengarkan soalan tersebut.

that night was the first time and last time we did it...”, lambat-lambat Iskandar menjawab.

Hani menggelengkan kepalanya.

so, apa yang korang buat sebagai membuktikan cinta korang tue ??”, dengan muka selamba Hani meneruskan soalannya.

aku bagi dia kesenangan...”, pendek Iskandar menjawab.

maksudnya ??”, Hani pula yang tidak faham kali ini.

bila keluar, biasanya aku cover makan minum dia.. bila dia perlukan pertolongan, aku bantu setakat yang boleh, aku hantar ke mana yang diminta...”, ujar Iskandar.

Hani mengelengkan kepalanya lagi. Tergambar rasa tidak setuju dengan tindakan Iskandar di mukanya.

Isk, to be honest, aku tak rasa apa yang kau ada nie adalah cinta... hubungan kau dan dia tak seintim mana pun dan dia plak banyak menikmati kemewahan yang kau beri... tapi, aku tak nampak give and take dalam hubungan korang nie..”, panjang lebar Hani memberikan kesimpulannya.

Iskandar mengangguk perlahan.

kau tau tak, nampak macam kau sugar daddy dia plak... no wonder la dia ada orang lain...”, lancar saja Hani menempelak Iskandar.

eh.. kau nie... perli aku ke apa nie ??”, terbit riak tidak puas hati dalam nada bicaranya. Iskandar menjeling tajam ke arah Hani.

Hani gelak kecil melihat reaksi Iskandar ketika itu.

Isk, kau yang minta pendapat aku.. jadi aku perlu bagi seikhlas mungkin dan tanpa prejudis... harap kau tak kecik hati.. okey ??”, Hani cuba memujuk Iskandar yang kelihatannya masih tidak berpuas hati dengan tempelak Hani tadi.

ye la... aku paham... so, apa aku kena buat nie ??”, tanya Iskandar acuh tak acuh.

eh.. tak paham-paham lagi kau nie agaknya... first, aku rasa kau tinggalkan je dia.. bukan kau dapat apa pun... kedua, kau bayar harga makanan aku nie.. kira upah consultation aku la...”, dengan selamba Hani menjawab.

eh.. member-member pun nak berkira ke ??”, Iskandar tidak puas hati.

kau ingat aku amek Master Managerial Psychology tue free ke Isk ?? dah dah-sah bayar tau tak...”, Hani menjeling kepada Iskandar.

hahaha... okey, okey... aku bayar kali nie...”, Iskandar mengalah...

Hani tersengih mendengar jawapan Iskandar.

--------------------------------------------------------------

Keesokkan malamnya, telefon bimbit Iskandar berbunyi. Dicapainya pantas, dilihat terdapat sms baru diterima daripada Adib.

Adib : “bila kita nak keluar nie ?? boringlah...
Iskandar : “malam ni pun boleh... lgpun, memang nak Adib malam ni..
Adib : “erk... serius je bunyinya..
Iskandar : “jam 8 nie, tunggu tempat biasa..
Adib : “okey..

Setelah bertemu malam itu, Iskandar membawa Adib makan di sebuah restoran di Bangi. Sewaktu makan, Iskandar memulakan bicara. Segalanya telah disusun di dalam fikirannya sedari semalam ketika pertemuan dengan Hani berakhir.

Adib, siapa Idzwan ??”, selamba Iskandar menyoal Adib.

Adib yang ketika itu sedang mengunyah makanannya, tersedak.

kenapa ?? terkejut ke ??”, Iskandar menyoal lagi.

Adib kaget. Direnungnya wajah Iskandar yang kelihatan tenang dan bersahaja saja saat itu.

dia... dia.. err...”, gagap Adib mengatur bicara.

dia ada skandal dengan Adib sekarang nie kan ??”, terjah Iskandar lagi...

Wajah Adib tunduk diam...

okey, kau diam lagi... takpe... jom balik !!”, Iskandar masih menyabarkan dirinya. Dia lantas bangkit dan menuju ke arah pintu keluar.

Setelah Adib masuk ke dalam kereta, Iskandar terus memandu laju ke arah kolej Adib. Kelajuan kereta ketika itu mencecah 160 km/j. Beberapa lampu isyarat merah dilanggar begitu sahaja oleh Iskandar.

Isk, please... janganlah macam nie...”, Adib merayu.

Iskandar masih diam seribu bahasa. Tidak lama kemudian, kereta yang dipandu Iskandar tiba di perkarangan kolej Adib.

Iskandar menarik nafas panjang.

selama nie aku ingat apa yang aku beri adalah cinta, tapi baru aku sedar, segala apa yang aku taburkan hanya kebendaan dan kesenangan pada kau, tak lebih dari tue...”, Iskandar mengeluh lembut.

Isk...”, Adib cuba memujuk Iskandar. Tangannya meraih bahu Iskandar, namun ditepis pantas oleh Iskandar.

sebelum ini mungkin aku keliru, dikelabui rasa bersalah.. tapi sekarang aku sedar yang perasaan aku sebenarnya bukan untuk seorang lelaki..”, ujar Iskandar lagi.

Adib minta maaf Isk...”, Adib cuba memujuk Iskandar sekali lagi.

Adib Uzair, kau bebas bawa jalan kau sendiri... mulai malam ini, antara kita tiada apa-apa lagi hubungan... apa yang kau buat di belakang aku, hanya memudahkan keputusan yang aku ambil nie...”, Iskandar dengan tegas menyatakan pendiriannya.

Demi mendengar kata-kata Iskandar, Adib memandang Iskandar, meminta pengertian.

mungkin kau lebih selesa dengan Idzwan... dan aku harap dia mampu memberikan apa yang pernah aku berikan kepada kau... selamat tinggal Adib..”, perli Iskandar.

Isk....”, Adib tidak mampu meneruskan kata-katanya.

--------------------------------------------------------------

Kini, Apartmen Iskandar.

ding.. ding.. ding..

Jam yang berdenting 10 kali menyedarkan Iskandar dari lenanya.

astagfirullah-al-azim... aku tertidur rupanya...”, bisik hati Iskandar sendirian.

Iskandar menoleh ke arah skrin komputer yang masih terpasang. Email dari Adib masih terbuka. Dia tidak menyangka sehingga terlelap dia mengingati kisah antara dia dan Adib dulu.

Secara tiba-tiba, fikiran Adib teringatkan sesuatu.

eh.. suara Adib dulu, macam familiar...”, getus rasa hatinya.

Otaknya ligat memikirkan sesuatu dan lantas Iskandar teringatkan sesuatu. Nafasnya berdegup kencang.

suara Adib dan suara dalam mimpi yang sering menganggu tidurnya sebelum ini, ternyata sama !!”, simpul Iskandar.

astagfirullah-al-azim...”, buat kali kedua Iskandar beristighfar.

(bersambung...)

regards,

Sunday, May 2, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 10 - Cinta Menjauh)


Nota:
Ini adalah update episode back-to-back.. Sila pastikan korang membaca entri "Episode 09 - Yang Tertinggal" terlebih dahulu.. TQ

--------------------------------------------------------------

Episode 10 – Cinta Menjauh

Sejak daripada kejadian yang tidak disangka oleh Iskandar, telah 5 bulan Iskandar dan Adib bersama. Biarpun, Iskandar sibuk dengan kerjanya, namun sedaya upaya dia cuba untuk tidak mengabaikan Adib.

Dia masih cuba untuk menyesuaikan diri kehidupan baru yang tidak langsung pernah dibayangkan sebelum ini. Biarpun sekadar bertemu dan bersama seminggu sekali oleh kerana kerana kekangan pengajian Adib yang masih belum selesai, namun ia bukan masalah.

Cuma, terkadang Iskandar tidak mengerti dengan sikap Adib. Namun, dia cuba mengalah demi mengelakkan konflik daripada berlaku. Pernah suatu ketika mereka saling bersms,

Iskandar : “slm.. sayang Isk nie tgh buat apa tue ?
Adib : “baru nak gie makan..
Iskandar : “hurm... sayang nak makan apa ? share sket bole ?"
Adib : “tak tau ag.. neway, tak perlu la pggl sayang.. tak biasa la..
Iskandar : “abes tue nak pggl apa ag ?
Adib : “pggl name je dah la..
Iskandar : “knp tak bole pggl sayang plak ? tak best la cmnie...
Adib : “tak suka la..
Iskandar : “ok.. baiklah...

Iskandar tidak mengerti, namun dia sebolehnya cuba menghormati apa yang diinginkan oleh Adib, biar seringkali dia yang makan hati.

--------------------------------------------------------------

Adib : “slm.. Isk tgh buat apa ?
Iskandar : “tgh ready nk keluar lunch nie..
Adib : “tolong amik Adib kat kolej skrg nie, bole tak ?
Iskandar : “skrg nie ? bukan kelas Adib sampai ptg ke ?
Adib : “kelas cancel.. bole tak nie ?
Iskandar : “hurm...
Adib : “pls Isk... bosan la dok kt kolej nie..
Iskandar : “abes tue Adib nk watpe ?
Adib : “nk lepak rumah Isk... at least bole surf internet..
Iskandar : “ye la.. setengah jam ag sampai..
Adib : “ok, leklok tau..

Selepas itu, Iskandar bergegas menuju ke kolej Adib, mengambilnya seperti yang diminta. Iskandar rela hati melakukannya walau kadang-kadang dia tidak suka diperlakukan sebegitu. Bila hanya diperlukan, dia di cari, jika tidak masing-masing diam seribu bahasa.

Setibanya Iskandar di kawasan kolej Adib, matanya melihat ke arah sekeliling mencari kelibat Adib. Tidak kelihatan. Tangannya mencapai telefon bimbitnya, lantas menghantar sms kepada Adib.

Iskandar : “dah smp dah nie...
Adib : “jap...

Iskandar menggelengkan kepalanya. Bunyi sms awal tadi seakan minta diambil cepat, tapi sekarang ini disuruh tunggu pula.

5 minit berlalu dan kemudian tingkap kereta diketuk dari luar. Iskandar menoleh, kelibat Adib berada di luar keretanya. Iskandar memberikan isyarat supaya masuk.

sorry Isk sebab minta amik tetiba macam nie..”, Adib memohon maaf kepada Iskandar.

hurm.. ye la tue.. Adib nie, kalau ada benda nak je, baru nak cari Isk kan.. kalau tak, jangan haraplah... betul tak ??”, Iskandar menempelak Adib.

Adib sekadar tersengih.

eh.. Isk dah makan ke belum ? jom makan, Adib lapar la... belanja Adib makan hari nie, boleh ?? please...”, Adib merayu Iskandar, sekaligus mengubah topik perbualan asal.

belanja hari nie ?? bukan tiap kali pun Isk yang belanja ke ??”, perli Iskandar.

ye la.. Adib mane ada duit.. kerja pun tak lagi... lain la Isk, banyak duit..", Adib menarik muka masamnya.

dah, dah... jom kita gie makan...”, Iskandar memujuk.

Kereta yang dipandu oleh Iskandar segera meluncur laju keluar daripada kawasan kolej tersebut.

kita nak makan apa nie ??”, soal Adib.

kita makan mcD je la.. lagi pun, kul 2 nanti Isk nak kena masuk opis balik..”, jawab Iskandar.

okay..”, ringkas Adib memberi reaksi.

Senyap. Keadaan menjadi senyap sepanjang perjalanan mereka. Adib lebih sibuk melayan sms yang diterima telefon bimbitnya. Iskandar menyedari keadaan itu. Bukan sekali dua ia berlaku, namun belum masanya untuk dia menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Setibanya dia mcD berdekatan, mereka berdua segera memesan set makanan masing-masing. Kemudiannya, mereka memilih untuk duduk di tempat yang paling hujung sekali di dalam restoran makanan segera itu. Suasana di dalam restoran tersebut agak lengang ketika itu.

Mereka berdua dengan berselera menikmati makanan masing-masing. Sambil menikmati makanannya, Adib masih galak melayan sms di telefon bimbitnya itu. Iskandar sekadar memerhatikan gelagat Adib. Dia memilih untuk membisu buat masa sekarang ini.

20 minit berlalu.

jom.. dah nak dekat pukul 2 nie...”, Iskandar memecah suasana senyap di antara mereka.

Adib sekadar mengangguk bersetuju.

10 minit kemudian, kereta yang dipandu Iskandar tiba di kawasan apartmen rumahnya. Iskandar hanya sekadar menurunkan Adib kerana dia perlu kembali ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerjanya. Sebelum berpisah, Iskandar berpaling untuk mengucup pipi Adib, namun sempat dielak oleh Adib.

later okay...”, ujar Adib.

--------------------------------------------------------------

Malam itu, sekitar jam 7 malam, Iskandar tiba di rumahnya. Dia mencari kelibat Adib, namun tak kelihatan pada awalnya. Bunyi desiran air dari arah bilik air rumahnya memberitahunya bahawa mungkin Adib sedang mandi.

Iskandar merebahkan tubuhnya ke atas katil di dalam biliknya. Tidak sempat pun dirinya menikmati saat itu, telefon bimbit milik Adib berkelip-kelip. Telefon bimbit yang disilentkan bunyinya itu dicapai oleh Iskandar. Terpapar di skrin kecil telefon tersebut terdapat sebuah mesej sms daripada Idzwan. Saat itu, gejolak hati Iskandar kuat ingin mengetahui isi kandungan sms tersebut. Iskandar keluar dari bilinya sebentar, melihat ke arah bilik air. Tiada tanda-tanda Adib akan keluar lagi.

Demi sahaja sms tersebut ditekan dan terpapar, Iskandar menarik nafas panjang.

Idzwan : “sayang tgh buat apa tue ?

Iskandar tidak puas hati lagi, dia terus membaca sms-sms lama yang masih terdapat di dalam kotak mesej telefon Adib itu. Sebaik sahaja membaca kesemuanya, aliran nafas Iskandar menjadi kencang dan tidak terkawal.

Matanya tertancap pada perkataan-perkataan “sayang”, “abang”, “miss you” yang berulang kali muncul dalam sms-sms tersebut. Dia terus membaca lagi.

Melihatkan sahaja ayat-ayat yang berbaur lucah seperti “sayang kan ganas di ranjang” dan sebagainya, hati Iskandar seakan-akan mahu meletup. Namun, sedaya upaya masih cuba ditahan dan dikawal perasaan amarah oleh Iskandar.

Kemudian, kedengaran bunyi air dari arah bilik air berhenti, menandakan Adib telah selesai mandi. Iskandar dengan pantas meletakkan semula telefon bimbit Adib di tempat asalnya. Dia kembali berbaring di atas katil dan berlakon seakan-akan tiada apa yang berlaku.

Adib yang muncul di pintu bilik sedikit terkejut dengan kepulangan Iskandar.

eh, bila Isk sampai ? tak dengar pun..”, soal Adib.

baru je.. penat pun tak hilang lagi...”, ujar Iskandar acuh tak acuh sahaja.

Adib menghampiri Iskandar yang sedang baring ketika itu. Dia duduk di sebelah tubuh Iskandar. Tangannya diletakkan perlahan-lahan di dada Iskandar. Iskandar lantas bangun secara spontan.

Isk nak mandi dulu la...”, balas Iskandar ringkas. Dia berlalu mencapai tuala yang tersangkut, terus menuju ke bilik air.

Saat tubuhnya dibasahi oleh titis-titisan air shower yang deras terpasang, fikiran jauh menerawang memikirkan tentang apa yang baru diketahuinya itu.

siapa Idzwan ?”, gumam hati kecilnya.

(bersambung...)

regards,

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 09 - Yang Tertinggal)


Episode 09 – Yang Tertinggal

Telah seminggu Jane kembali ke pangkuan Ilahi.

“Tetaplah menjadi bintang di langit agar cinta kita akan abadi..
Biarlah sinarmu tetap menyinari alam ini agar menjadi saksi cinta kita berdua...”

Tatkala Iskandar khusyuk melayan lagu dendangan kumpulan Padi dari komputer ribanya, paparan browser kecil muncul di skrin komputer memberitahu terdapat sebuah email baru yang diterimanya. Lantas dia membuka email tersebut.

Demi melihat nama pengirimnya, Iskandar menghela nafas panjang. Adib Uzair, sebuah nama yang telah lama tidak muncul dalam hidupnya. Iskandar menghitung, hampir setahun lamanya.

Perlahan, dia membaca email tersebut.

assalamualaikum Isk,

Isk sihat tak ?? masih marahkan Adib lagi ke ?
Adib tau Adib dah banyak buat salah sebelum nie..
Adib minta maaf sangat-sangat... I’m sorry k..
boleh kita jumpa ?? itu pun kalau Isk tak keberatan...

- Adib –

Usai membaca email tersebut, fikiran Iskandar menerawang jauh, mengimbas saat perkenalan singkat mereka sebelum ini. Perkenalan yang menyakitkan.

--------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur, awal 2009..

Telah hampir setahun lebih sejak peristiwa di Auckland terjadi. Biarpun apa yang berlaku bukanlah kehendaknya, namun ia tetap memberi kesan mendalam terhadap Iskandar.

Semenjak pulang dari Auckland dan menyambung pengajiannya yang tertangguh di ibu kota, Iskandar cuba sebolehnya untuk mengelakkan daripada komited terhadap sebarang perhubungan serius. Walaupun kini, pengajiannya telah tamat, namun prinsipnya yang satu itu tetap tidak berubah.

Namun, perkenalannya dengan Adib Uzair melalui ruangan maya telah memberi sisi dimensi baru kepadanya untuk melihat kehidupan. Ternyata, perkenalan yang berlaku cukup menyenangkan Iskandar.

Baginya, Adib seorang yang memahami dan sangat mengambil berat, meskipun adakalanya anginnya tidak dapat dibaca. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka menjadi rapat dan bersahabat. Persahabatan yang dibina semakin utuh dari hari ke hari, biar singkat sekali masa yang berlalu.

Namun, langit yang di lihat cerah tak semestinya sampai ke petang. Keakraban yang terjalin di atas nama sebuah persahabatan ternyata belum cukup kuat untuk menepis dan menongkah badai yang datang menghempas tanpa amaran.

Malam itu, seperti lazimnya, Adib datang meluangkan masa bersama-sama di apartmen Iskandar. Acapkali sebelum ini, mereka menghabiskan masa bersama menonton video atau berbual-bual kosong, jika tidak keluar merayau ke mana-mana. Bagi Adib, apartmen Iskandar bukanlah tempat asing untuknya apabila tiba hujung minggu.

Malam itu, ternyata amat sama sekali berbeza daripada malam-malam yang lainnya. Ternyata, suara bisikan dan godaan halus kesesatan berjaya mengoncangkan iman tipis mereka berdua. Garis batas persahabatan yang dipelihara erat selama ini, gagal dipertahankan dan cukup mudah dilangkaui demi sebuah keseronokan sementara. Satu kemenangan kepada sang iblis laknatullah !!

Keesokkan paginya, saat Iskandar terjaga, dia menyedari yang Adib berada di dalam pangkuannya. Merenung wajah Adib yang masih nyenyak tidur, dia cuba mengingati kejadian semalam.

“eh ??”, serta-merta peristiwa yang berlaku diantara dia dan Mark dulu menerjah ruang ingatan Iskandar. Bezanya kali ini, dia yang memainkan peranan Mark. Iskandar pantas menarik tangannya daripada terus memeluk Adib, sekaligus menyebabkan Adib terjaga. Demi melihat keadaan mereka berdua, Adib kaget !!

--------------------------------------------------------------

Sepanjang pagi itu dilalui mereka berdua tanpa sepatah bicara mengenai kejadian malam semalam. Saat itu, Iskandar berperang dengan perasaaannya sendiri.

Melihat Adib yang sedang leka menonton televisyen saat itu seolah-olah seperti tiada apa-apa yang terjadi menjadikan Iskandar serba-salah.

membiarkan saja apa yang terjadi tanpa berbincang, hanya akan menjadikan aku sama seperti Mark...”, bisik hati kecil Iskandar.

Iskandar lantas bangun menuju ke arah Adib. Dia nekad dengan keputusan yang diambil. Dia merasakan dia perlu bertanggungjawab juga dengan apa yang terjadi.

Adib..”, Iskandar memulakan langkah bicara. Agak berat untuk dia menyambung bicaranya, lantas terus menghela nafas yang panjang.

Isk minta maaf dengan apa yang berlaku semalam... tanpa sedar kita berdua tewas pada keseronokan dunia..”, ujar Iskandar lagi.

Adib memandang ke arah Iskandar, menghadiahkan sebuah senyuman.

takpe Isk.. Adib dah biasa dah...”, selamba saja Adib menjawab. Iskandar agak terperanjat mendengarkan jawapan spontan Adib itu.

maksudnya Adib ?”, Iskandar meminta kepastian.

maksudnya, tak ada apa-apa yang perlu Isk risaukan.. Adib memang sukakan Isk... harap Isk tak kisah...”, ucap Adib berterus-terang.

Kejutan lagi. Iskandar terkejut, namun cuba disembunyikan perasaannya itu.

kenapa Adib tak pernah bagitau pun sebelum nie ??”, Iskandar menyoal lagi.

Adib takut Isk tak mampu nak terima Adib..”, balas Adib lagi. Tangannya mula menarik tangan Iskandar. Iskandar yang masih serba-salah hanya membiarkan saja perbuatan Adib tersebut.

please Isk.. bagi peluang pada Adib ??

Iskandar terkedu mendengarkan permintaan Adib itu. Dia merenung ke arah Adib. Lama Iskandar mendiamkan diri, sebelum memberikan keputusannya.

okey..”, pendek saja jawapan Iskandar.

thanks Isk...”, Adib tersenyum gembira. Sebuah kucupan dihadiahkan ke arah pipi Iskandar. Iskandar tersenyum pahit, nyata sekali dia kekok !!

(bersambung...)

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs