Nota:
Ini adalah update episode back-to-back.. Sila pastikan korang membaca entri "Episode 09 - Yang Tertinggal" terlebih dahulu.. TQ
Episode 10 – Cinta Menjauh
Sejak daripada kejadian yang tidak disangka oleh Iskandar, telah 5 bulan Iskandar dan Adib bersama. Biarpun, Iskandar sibuk dengan kerjanya, namun sedaya upaya dia cuba untuk tidak mengabaikan Adib.
Dia masih cuba untuk menyesuaikan diri kehidupan baru yang tidak langsung pernah dibayangkan sebelum ini. Biarpun sekadar bertemu dan bersama seminggu sekali oleh kerana kerana kekangan pengajian Adib yang masih belum selesai, namun ia bukan masalah.
Cuma, terkadang Iskandar tidak mengerti dengan sikap Adib. Namun, dia cuba mengalah demi mengelakkan konflik daripada berlaku. Pernah suatu ketika mereka saling bersms,
Iskandar : “slm.. sayang Isk nie tgh buat apa tue ?”
Adib : “baru nak gie makan..”
Iskandar : “hurm... sayang nak makan apa ? share sket bole ?"
Adib : “tak tau ag.. neway, tak perlu la pggl sayang.. tak biasa la..”
Iskandar : “abes tue nak pggl apa ag ?”
Adib : “pggl name je dah la..”
Iskandar : “knp tak bole pggl sayang plak ? tak best la cmnie...”
Adib : “tak suka la..”
Iskandar : “ok.. baiklah...”
Iskandar tidak mengerti, namun dia sebolehnya cuba menghormati apa yang diinginkan oleh Adib, biar seringkali dia yang makan hati.
Adib : “slm.. Isk tgh buat apa ?”
Iskandar : “tgh ready nk keluar lunch nie..”
Adib : “tolong amik Adib kat kolej skrg nie, bole tak ?”
Iskandar : “skrg nie ? bukan kelas Adib sampai ptg ke ?”
Adib : “kelas cancel.. bole tak nie ?”
Iskandar : “hurm...”
Adib : “pls Isk... bosan la dok kt kolej nie..”
Iskandar : “abes tue Adib nk watpe ?”
Adib : “nk lepak rumah Isk... at least bole surf internet..”
Iskandar : “ye la.. setengah jam ag sampai..”
Adib : “ok, leklok tau..”
Selepas itu, Iskandar bergegas menuju ke kolej Adib, mengambilnya seperti yang diminta. Iskandar rela hati melakukannya walau kadang-kadang dia tidak suka diperlakukan sebegitu. Bila hanya diperlukan, dia di cari, jika tidak masing-masing diam seribu bahasa.
Setibanya Iskandar di kawasan kolej Adib, matanya melihat ke arah sekeliling mencari kelibat Adib. Tidak kelihatan. Tangannya mencapai telefon bimbitnya, lantas menghantar sms kepada Adib.
Iskandar : “dah smp dah nie...”
Adib : “jap...”
Iskandar menggelengkan kepalanya. Bunyi sms awal tadi seakan minta diambil cepat, tapi sekarang ini disuruh tunggu pula.
5 minit berlalu dan kemudian tingkap kereta diketuk dari luar. Iskandar menoleh, kelibat Adib berada di luar keretanya. Iskandar memberikan isyarat supaya masuk.
“sorry Isk sebab minta amik tetiba macam nie..”, Adib memohon maaf kepada Iskandar.
“hurm.. ye la tue.. Adib nie, kalau ada benda nak je, baru nak cari Isk kan.. kalau tak, jangan haraplah... betul tak ??”, Iskandar menempelak Adib.
Adib sekadar tersengih.
“eh.. Isk dah makan ke belum ? jom makan, Adib lapar la... belanja Adib makan hari nie, boleh ?? please...”, Adib merayu Iskandar, sekaligus mengubah topik perbualan asal.
“belanja hari nie ?? bukan tiap kali pun Isk yang belanja ke ??”, perli Iskandar.
“ye la.. Adib mane ada duit.. kerja pun tak lagi... lain la Isk, banyak duit..", Adib menarik muka masamnya.
“dah, dah... jom kita gie makan...”, Iskandar memujuk.
Kereta yang dipandu oleh Iskandar segera meluncur laju keluar daripada kawasan kolej tersebut.
“kita nak makan apa nie ??”, soal Adib.
“kita makan mcD je la.. lagi pun, kul 2 nanti Isk nak kena masuk opis balik..”, jawab Iskandar.
“okay..”, ringkas Adib memberi reaksi.
Senyap. Keadaan menjadi senyap sepanjang perjalanan mereka. Adib lebih sibuk melayan sms yang diterima telefon bimbitnya. Iskandar menyedari keadaan itu. Bukan sekali dua ia berlaku, namun belum masanya untuk dia menyuarakan ketidakpuasan hatinya.
Setibanya dia mcD berdekatan, mereka berdua segera memesan set makanan masing-masing. Kemudiannya, mereka memilih untuk duduk di tempat yang paling hujung sekali di dalam restoran makanan segera itu. Suasana di dalam restoran tersebut agak lengang ketika itu.
Mereka berdua dengan berselera menikmati makanan masing-masing. Sambil menikmati makanannya, Adib masih galak melayan sms di telefon bimbitnya itu. Iskandar sekadar memerhatikan gelagat Adib. Dia memilih untuk membisu buat masa sekarang ini.
20 minit berlalu.
“jom.. dah nak dekat pukul 2 nie...”, Iskandar memecah suasana senyap di antara mereka.
Adib sekadar mengangguk bersetuju.
10 minit kemudian, kereta yang dipandu Iskandar tiba di kawasan apartmen rumahnya. Iskandar hanya sekadar menurunkan Adib kerana dia perlu kembali ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerjanya. Sebelum berpisah, Iskandar berpaling untuk mengucup pipi Adib, namun sempat dielak oleh Adib.
“later okay...”, ujar Adib.
Malam itu, sekitar jam 7 malam, Iskandar tiba di rumahnya. Dia mencari kelibat Adib, namun tak kelihatan pada awalnya. Bunyi desiran air dari arah bilik air rumahnya memberitahunya bahawa mungkin Adib sedang mandi.
Iskandar merebahkan tubuhnya ke atas katil di dalam biliknya. Tidak sempat pun dirinya menikmati saat itu, telefon bimbit milik Adib berkelip-kelip. Telefon bimbit yang disilentkan bunyinya itu dicapai oleh Iskandar. Terpapar di skrin kecil telefon tersebut terdapat sebuah mesej sms daripada Idzwan. Saat itu, gejolak hati Iskandar kuat ingin mengetahui isi kandungan sms tersebut. Iskandar keluar dari bilinya sebentar, melihat ke arah bilik air. Tiada tanda-tanda Adib akan keluar lagi.
Demi sahaja sms tersebut ditekan dan terpapar, Iskandar menarik nafas panjang.
Idzwan : “sayang tgh buat apa tue ?”
Iskandar tidak puas hati lagi, dia terus membaca sms-sms lama yang masih terdapat di dalam kotak mesej telefon Adib itu. Sebaik sahaja membaca kesemuanya, aliran nafas Iskandar menjadi kencang dan tidak terkawal.
Matanya tertancap pada perkataan-perkataan “sayang”, “abang”, “miss you” yang berulang kali muncul dalam sms-sms tersebut. Dia terus membaca lagi.
Melihatkan sahaja ayat-ayat yang berbaur lucah seperti “sayang kan ganas di ranjang” dan sebagainya, hati Iskandar seakan-akan mahu meletup. Namun, sedaya upaya masih cuba ditahan dan dikawal perasaan amarah oleh Iskandar.
Kemudian, kedengaran bunyi air dari arah bilik air berhenti, menandakan Adib telah selesai mandi. Iskandar dengan pantas meletakkan semula telefon bimbit Adib di tempat asalnya. Dia kembali berbaring di atas katil dan berlakon seakan-akan tiada apa yang berlaku.
Adib yang muncul di pintu bilik sedikit terkejut dengan kepulangan Iskandar.
“eh, bila Isk sampai ? tak dengar pun..”, soal Adib.
“baru je.. penat pun tak hilang lagi...”, ujar Iskandar acuh tak acuh sahaja.
Adib menghampiri Iskandar yang sedang baring ketika itu. Dia duduk di sebelah tubuh Iskandar. Tangannya diletakkan perlahan-lahan di dada Iskandar. Iskandar lantas bangun secara spontan.
“Isk nak mandi dulu la...”, balas Iskandar ringkas. Dia berlalu mencapai tuala yang tersangkut, terus menuju ke bilik air.
Saat tubuhnya dibasahi oleh titis-titisan air shower yang deras terpasang, fikiran jauh menerawang memikirkan tentang apa yang baru diketahuinya itu.
“siapa Idzwan ?”, gumam hati kecilnya.
(bersambung...)

--------------------------------------------------------------

13 comments:
yaaaaaaaa ... ni citer spesis ky jelly ke AS? hahahhaa. ke wa blur ni?
frodo,
hahaha... lu mane pena blur bro...
bile ade entri ghairah2 je, lu tros muncul...
tue mmg identiti lu ar... hehehe...
neway, jgn slah paham...
nie adalah skadar penulisan..
skadar lencongan mencari kelainan...
bosan la asyik bace naratif novel yg spesen je kn... ye tak ?
dah jd citer cinta gay ke?
geli aku baca
bongok
haha
((nape ak pn rasa Isk tuh macam gay~~~~~))
=.="
jane,
jgn suka mbongok ngan org !! ahaha...
neway, 2 episod nie sbg selingan je (cerita mase lalu Isk, kn ke flashback tue)...
setiap cerita kan ade pasang surutnya... ;p
pasni, dia normal balik kot.... kahkahkah...
fecca,
jgn rase, selami trus je... hehehe...
sbg sorg independant writer, aku no comment..
korg tlampau cepat menilai la....
jgn jatuh hukum sehingga terbukti kebenarannya...
makanya korg berdua,
nnt kebenarannya di episod akan datang...
aku janji dlm mase sehari dua nie... insya-Allah...
okey geng ??
satu nk kata
aku bersyukur gile aku mati dlm cter ni
tak rela you bekas gay
ngahahhahhahaah
wassalam
hahaha....
masing2 punya pendapat tersendiri...
tp, tunggu la dulu kesudahannya ek...
hohoho...
p/s: tk semesti apa yg kita bayangkan, itu yg tjadi, dan tk semestinya apa yg kita sangka, itu yg terjadi... ;)
okey, babai !!!
>>___<<
lalu lalang lagi ~~~
actually wa pun nak cakap td, seb baik lu bg mati watak jane tu. tak sanggup wa. no no no. tp takut tetiba cik DEER menjelma sound wa, tu wa diam jer .. simpan dalam hati. wakakakakkaka
ok sambung tidoooo . zzzzzzzzzz
okay3x..
aku paham... korg sgt tk menyokong kelainan yg aku tampilkan...
naseb baek eksperimental jer...
jgn risau, tak seperti ape yg korg pikirkan...
episode 11 pun dh hampir ready dah nie...
p/s: aku dah sehabis daya menjadikan ep kali nie x lucah... mane ade details activity pun yg lucah2, sbb aku sendiri tk pasti ape yg dorg slalu wat kalo kes cmnie... muaahahaha...
wakakakaka.best best. ade kelainannn.. boleh tau gay cmne skg hahaha
paani,
eh, sbg ilmu pengetahuan tambahan tk mengapa..
jgn smp dipraktikkan plak sudah la...
hehehe... ;)
p/s: antara chapter tersukar nk dikarang... tkde idea... huhuhu.... ;p
cess!! ni dah masuk bab2 gay ni! adesss..
aku tertipu!
menarik.. haha
saje buat kelainan...
dah bosan ngan citer2 jenis klise nie...
hehehe... ;)
Post a Comment