Tuesday, April 27, 2010

Mengintai Langit Terbilang...


pagi ini,
aku cuba mengintai langit terbentang,
kelam tertutup tak memberi ruang...

dari hati,
aku cuba untuk gelak-gelak riang,
tapi yang ada hanya gelak-gelak sumbang...

demi hati,
aku cuba untuk menyabar rasa yang terbuang,
sayang semakin aku terasa seakan pengemis terbuang...

rasa ini,

terderap keras mengharap yang terbilang,
yang ada hanya langkah longlai tewas terhadap pemenang...

dan kini,

aku cuba kuat untuk menerjah tembok ruang,
entahkan sampai entahkan semakin menghilang...

nukilan asli,

Monday, April 19, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 08 - Hilang Berganti)


Episode 07 – Hilang Berganti

Auckland City Hospital

teet.. teet...”, bunyi mesin denyutan nadi secara berkala itu cukup untuk menunjukkan Jane masih bernyawa saat itu biarpun dia masih belum sedarkan diri.

Di luar wad ICU hospital, Iskandar yang baru tiba daripada menempuh penerbangan yang panjang dari Kuala Lumpur memandang sayu ke arah tubuh Jane yang tidak bergerak itu. Setia menemaninya di kala itu adalah Fiqah.

Fiqah, dah bagitau family Jane ke ??”, perlahan saja Iskandar melemparkan soalan kepada Fiqah.

yeah.. they will be here tomorrow morning...”, Fiqah menjawab sambil mengangguk ringkas.

Sepanjang perkenalan mereka sebelum ini, Iskandar mengakui yang dia tidak pernah mengetahui mahupun mengenali ahli keluarga Jane. Jane cukup berahsia mengenai keluarganya sebelum ini. Dan esok pagi, adalah kali pertama dia akan berjumpa dengan mereka, 3 tahun selepas mereka berpisah.

Iskandar tambah ralat apabila Fiqah menerangkan tentang penyakit jantung yang dihidapi Jane selama ini. Iskandar kecewa kerana sepanjang hubungan mereka berdua sebelum ini, Jane tidak pernah memberitahunya tentang penyakitnya.

--------------------------------------------------------------

Keesokkan paginya, saat Iskandar tiba di wad ICU, Fiqah segera mendapatkannya.

Isk, family Jane dah sampai...”, sambil tangannya menunjukkan ke arah seorang wanita berusia separuh abad ditemani oleh seorang wanita muda.

Iskandar menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Fiqah. Iskandar mengamati susuk tubuh wanita muda yang berada bersebelahan dengan wanita berusia separuh abad itu. Dadanya berombak kencang.

Perlahan-lahan dia menghampiri kedua mereka.

makcik...”, Iskandar menyapa sambil menghulurkan tangan bersalaman.

Wanita berusia separuh abad itu memandang ke arah Iskandar.

anak ni Iskandar kan ??”, soal wanita tersebut.

Iskandar sekadar mengangguk sahaja.

makcik nie ??”, Iskandar cuba mengatur bicara untuk menyoal.

makcik Habibah, ibu Jane...”, jawapan ringkas wanita tersebut cukup untuk merungkai persoalan di benak hati Iskandar.

Khaylila, apa khabar ?”, Iskandar kemudian mengalihkan pandangan ke arah wanita muda tersebut.

Pandangan mereka bertemu saat itu. Khaylila sedikit kekok dengan suasana tersebut.

Fiqah yang menyedari situasi tersebut cepat-cepat mencelah.

Isk kenal dengan Khaylila ke ?

Iskandar tersenyum mengangguk.

lama kita tak jumpa kan, Khaylila ?? tak sangka kita bertemu kembali dalam keadaan begini..”, Iskandar menyambung bicaranya.

Khaylila sekadar mengangguk tanpa banyak bicara.

bila Ila dan Iskandar berkenal sebelum nie ??”, soal makcik Habibah.

masa sekolah dulu !!”, serentak Khaylila dan Iskandar menjawab.

Kedua-duanya saling berpandangan. Akhirnya, terlerailah ketawa mereka melihatkan suasana yang tidak disangka-sangka itu.

Makcik Habibah hanya tersenyum melihatkan keletah mereka..

Petang itu, keadaan Jane masih tiada perkembangan. Tubuh Jane masih lagi kaku, kritikal. Iskandar mengambil peluang untuk mengajak Khaylila berbual sambil berjalan-jalan di ruang taman hospital.

Isk tak tau plak Khaylila ada adik sebelum ini...”, Iskandar menyuarakan kehairanannya kerana setahu dia, Khaylila anak tunggal.

owh.. Jane hanya sepupu Khaylila.. Khaylila di sini pun sebab nak temankan makcik Habibah melawat Jane.. Jane pun anak tunggal juga...” terang Khaylila panjang lebar.

kecik rupanya dunia kita nie... pusing-pusing, alih-alih jumpa semula kan...”, Iskandar menyatakan pendapatnya.

Khaylila tersenyum.

Isk, macam mana Isk boleh kenal Jane ??”, soal Khaylila ingin tahu.

hurm... panjang ceritanya...”, Iskandar menghela nafas panjang. Agak sukar untuk dia menerangkan kepada Khaylila.

tapi, cukuplah Isk katakan yang kami pernah bersama suatu masa dulu.. tapi itu semua cerita masa lepas, dah lama berlalu pun...”, terang Iskandar lagi.

jika cerita yang dah lama berlalu, kenapa Isk masih di sini hari nie menantikan Jane untuk sedar ??”, Khaylila melontarkan persoalan sinis kepada Iskandar.

Iskandar terkesima. Dia lantas merenung wajah Khaylila. Wajah yang suatu masa dulu pernah mengisi ruang hatinya, di saat dia belum berangkat melanjutkan pelajarannya ke Auckland lama dahulu.

Persoalan itu sengaja dibiarkan tidak berjawab oleh Iskandar. Khaylila juga tidak memaksa Iskandar untuk menjawab soalannya tadi. Topik perbualan petang itu dialihkan daripada satu topik ke topik yang lain.

Sehinggalah, bunyi mesej dari telefon bimbit menganggu perbualan mereka. Iskandar membaca mesej yang diterima daripada Fiqah menyampaikan berita bahawa Jane telah sedar.

Iskandar dan Khaylila terus bergegas ke tingkat atas hospital untuk mendapatkan Jane.

Setibanya di wad Jane, Iskandar menerpa ke arah Jane.

Jane... “, Iskandar menyapa. Tangannya mengenggam tangan kanan Jane.

Khaylila sekadar memerhati gelagat Iskandar saat itu.

i’m sorry Isk...”, Jane menutur bicara lemah.

Keadaan Jane yang masih lemah ketika itu meghalangnya daripada berbicara lanjut.

no.. no.. i’m sorry too Jane...“, balas Iskandar.

Jane hanya mampu mengangguk tanda faham dengan kata-kata Iskandar.

Selepas itu, Iskandar memberi peluang kepada Khaylila dan makcik Habibah untuk bersama menemani Jane. Dia melangkah keluar dari wad tersebut, cuba menyembunyi perasaan hibanya saat itu.

--------------------------------------------------------------

Jam menunjukkan waktu ketika itu menginjak 3.45 pagi waktu Auckland. Iskandar yang saat itu sedang nyenyak tidur di bilik hotelnya terjaga apabila telefon bimbitnya berbunyi.

Dia mencapai telefonnya, melihat nama Fiqah tertera pada skrin telefonnya, lantas di angkat.

Isk, Jane...”, dalam esak tangisan Fiqah cuba memberitahu Iskandar.

Tanpa menunggu Fiqah menghabiskan kata-katanya, Iskandar segera mencapai t-shirt berwarna ungu gelap dan terus bergegas ke Auckland City Hospital. Jarak perjalanan di antara tempat Iskandar menginap dan hospital hanyalah 10 minit berjalan kaki sahaja.

5 minit kemudian, Iskandar tiba di wad Jane. Nafasnya mengah dek kerana berlari pantas dalam pada menuju ke situ.

what’s happened ??”, soal Iskandar kepada Fiqah.

i think her time has come...”, Fiqah masih lagi menangis.

Iskandar menyerbu masuk ke dalam, kelihatan makcik Habibah dan Khaylila di sisi Jane. Makcik Habibah cuba untuk membimbing Jane mengucap dua kalimah syahadat terakhirnya, dengan harapan Jane pergi dalam ketenangan. Air mata jernih di kelopak matanya tidak henti bercucuran walaupun dia cuba menguatkan semangatnya.

Iskandar merapati tubuh kaku Jane, lantas mengenggam tangannya.

Jane...”, tiada ungkapan kata susulan yang mampu diluahkannya saat itu. Hatinya sebak.

Tepat jam 4.08 minit pagi waktu Auckland, Jane kembali menghadap ilahi. Tangis sedu-sedan menghiasi suasana wad ketika itu. Khaylila cuba menenteramkan perasaan makcik Habibah yang baru sahaja kehilangan anak tunggalnya.

--------------------------------------------------------------

Jenazah Jane selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur keesokkan harinya. Keberangkatan pulang jenazahnya diuruskan oleh Fiqah dengan bantuan Iskandar dan Konsulat Malaysia di Auckland. Dari situ, rancangan pengebumian diatur oleh ahli keluarga Jane yang lain dan dijadualkan berjalan selepas waktu asar nanti.

--------------------------------------------------------------

Selesai upacara pengebumian Jane, Fiqah datang menghampiri Iskandar yang masih lagi duduk berteleku memandang kosong ke arah pusara Jane.

Isk, surat nie dah lama Jane titipkan untuk simpanan Fiqah, sebelum daripada Jane kembali ke Malaysia untuk mencari Isk... pesanannya agar dapat diserahkan pada Isk bila dia telah tiada...”, sebak Fiqah menuturkan bicaranya.

Iskandar menyambut sekeping sampul surat kecil yang diunjukkan oleh Fiqah. Perlahan dia membuka surat tersebut. Tulisan tangan Jane di dalam surat tersebut dibacanya.

Iskandar,

Masih ingatkah lagi Isk dengan janji Isk akan permintaan Jane ?? Jane minta maaf untuk itu kerana terlalu mengikut kata hati meskipun berat untuk ditunaikan Isk saat itu. Hari Isk kembali pulang ke Malaysia dan meninggalkan bumi Auckland, Jane cuba mengejar, namun apa kan daya.. Takdir menentukan Jane tidak sempat untuk bertemu Isk ketika itu, biar dicuba, biar dikejar dan biar dipaksa sekalipun..

lilin kecil, sinarmu pancarkan harapan
jangan kau hilang, jangan kau pergi
temani aku yang sedih dan sepi
air mata jatuh basahi pelangi
pupus warnamu di masa yang indah
menepilah cinta saat tak ingin ku dekati
takkan teringkari masa ini kan ku lalui
takkan pernah sesali menghentikan langkah-langkahku...

Iskandar lilin kecilku, Jane mohon maaf...

- Jane –

Saat selesai membaca surat terakhir Jane itu, Iskandar terduduk. Air matanya bergenang lagi.

(bersambung...)

regards,

Sunday, April 18, 2010

Adrenalin Aku Gigih Mengalir.. Kau Pulak ??


aha... selamat tengah malam... actually, aku baru jer balik dari main futsal tadi... fuh.. lama sungguh tak main futsal... seingat aku adalah dalam 3 bulan gak tak main... sebelum main, pikiran kreatif aku nie banyak berpikir yang negatif... abeslah aku pancit, takde stamina nak mainlah... sesambil berpikiran tak positif tue, sempat gak lah aku karaoke dalam kereta... lagu M. Nasir lagi tue... ahaha...

"tanya sama itu hud-hud.. lang mensilang, kui mengsikui... kerana dia yang terbangkan aku ke mari... Lai lai lai lai lai lai lai lai lai....." (adoi.. letih aku dok mengulang lai lai lai tue..)

ehh.. terbabas story plak... okey sambung balik...
bila dah start main, aku jadi pelik... ehh ?? aku tak mengah @ pancit... stamina pun tahap tinggi mencurah-curah... adrenalin aku gigih mengalirkan tenaga dalaman (tetiba ade ciri-ciri cerita kung fu The Heaven Sword and The Dragon Sabre yang aku tengok kt 8tv tiap malam tue... uhuks)... okey, aku terbabas lagi...

hasilnya, game kali ini adalah sangat superb... consistency goal scoring record, chantek !! cuma, sedikit impak negatif yang mencemarkan malam yang indah ini adalah terhasilnya darah beku dalam ibu jari kaki kiri aku nie plak... adoyai... nampak gayanya, aku out of games lagi untuk 2 minggu kalo camnie... asyik injured je... hurm... ;(

tapi, abaikan tentang itu... mesej penting di sini adalah aku tak pancit ye...

sisi nakal aku: "psst.. tak macam sesetengah orang tue, baru larik setengah tasik pun tak sampai, dah pancit terlentang.... ahaks..."

sisi baik aku: "ehh... sape yang ko maksudkan nie ?? (sambil menjeling-jeling manja..)

sisi nakal aku: "adalah orang tue... larikkkkk !! hahaha....."

sisi baik aku: (geleng kepala melihat keletah 'sisi nakal aku'..)

okeylah, aku nak perah otak malam nie, nak pikir macam mana nak keluarkan semua darah-darah beku yang ada nie... otak, mari berpikir kreatif !!

sekian, dah abes... ;-)

regards,

Monday, April 12, 2010

Aku Berkabung Sehari...


salam semua... ingat nak update entry panjang lebar, tapi aku terpaksa berkabung hari nie... hati aku sakit, jiwa aku kecewa, minda aku tak centre... man u main macam takmo menang... makin menyampah aku tengok diorang main.. huhuhu... esok lusa bila mood aku dah okay, kita boleh sambung hooray sana-sini nanti... sekian jer lah...

p/s: novel aku tue, rabu jer lah baru aku sambung... sabarlah ek... bagi chance aku kecewa sekejap... ehh ??

regards,

Thursday, April 8, 2010

Gaya Hidup Songsang... Ehhh, Silap... Gaya Hidup Hipokrit Sebenarnya...


status fesbuk aku hari nie,

"galak melihat seseorang menipu perasaan sendiri :: mahu membuktikan sesuatu pada khalayak barangkali ?? siapa tahu :: FYI, hipokrasi adalah penyakit hati yg memudaratkan diri.."

mungkin ada yang membaca dan barangkali ada yang bakalan terasa membacanya, tetapi percayalah... aku tak tujukan kat korang semua wahai kawan-kawanku sekalian... jujurnya (wahh... aku cuba untuk jujur di sini ek... sila beri sokongan moral dan mural okey... kehkehkeh...), kalau aku mahu tujukan kat korang, sudah pastilah korang ku beritahu secara berdepan dan terang-terangan kerana ia lebih menyakitkan untuk didengari tetapi masih dapat diterima dalam suasana norma-norma kemesraan (teknik diplomasi yang kejam... aiyarkk !!!)... haishh... tinggi sungguh tingkat penggunaan nahu bahasa aku hari nie... harap korang mengertilah...

okay, kependekan cerita... adakah korang mengamalkan gaya hidup hipokrit gak ??
sape yang berani jawab nie ?? hehehe.... ;p

p/s: hari nie aku tak sumbat mane-mane lirik lagu dalam entry nie sebab berkabung atas penyingkiran Man Utd... uhuks...

regards,

Monday, April 5, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 07 - Saat Itu Datang)

(bagi yang dah 2 hari tak visit blog aku nie, ingin sekali aku nyatakan bahawa Episode 06 dan Episode 07 PYT telah dipublish secara back to back episode.. sila rujuk entri sebelum entri nie terlebih dahulu... sekian...)

Episode 07 – Saat Itu Datang

Pagi itu, Jane tiba awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penerbangannya ke Auckland hanya dijadualkan berlepas kira-kira jam 10.20 pagi nanti. Masih ada 2 jam lagi, getus hatinya.

Selesai check-in di kaunter MAS, dia mengambil keputusan untuk bersarapan di kafeteria berdekatan. Dalam pada itu, sempat juga dia menghantar khidmat pesanan ringkas kepada setiausahanya, memberitahu yang dia akan mengambil cuti panjang dan segala urusan syarikat harus dirujuk kepada rakan kongsinya.

Jane juga turut menghantar khidmat pesanan ringkas kepada teman baiknya, Fiqah memberitahu kedatangan mengejutnya ke Auckland. Temannya itu sememangnya menetap di sana sesudah tamat pengajian mereka setahun yang lepas.

Setelah itu, sedar tak sedar dia hanya mengelamun sendirian.

“panggilan untuk penumpang pesawat MH2738 ke Auckland.. pintu A4 dibuka sekarang..”, suara seorang perempuan bergema dari corong speaker terminal tersebut bagi memaklumkan kepada semua penumpang terlibat.

Jane bingkas tersedar dari lamunannya, segera bangun dan menuju ke pintu A4 sebagaimana yang diumumkan tadi. Langkahnya pantas menyaingi derap sepatu khalayak umum yang sibuk menuju arah destinasi masing-masing.

Setibanya di pintu A4, dia terus mengunjukkan pas penerbangan berserta dengan kad pengenalannya kepada petugas pintu ynag berkenaan. Petugas tersebut menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Jane hanya mengangguk sebagai tanda membalas.

“enjoy your flight cik...”, ucap petugas saat menyerahkan semula dokumen perjalanan Jane.

Tepat jam 10.20 pagi, pesawat MH2738 meluncur pantas membelah awan menuju ke Auckland. Buat kali keduanya, Jane meninggalkan Malaysia.

--------------------------------------------------------------

Hari itu, Iskandar mengambil cuti setelah sekian lama dia tidak mengambilnya. Tidak ada apa-apa yang bermain di dalam fikirannya saat dia memohon cuti tersebut.

Fikirannya masih menerawang jauh mengingatkan pertemuan semula dia dan Jane semalam. Pertemuan tersebut bukanlah kebetulan memandangkan Jane sememangnya mencari dia. Namun, sama sekali dia tidak menyangka yang Jane datang untuk menagih cinta lama.

Begitu lama masa berlalu. 3 tahun bukanlah satu waktu yang singkat. Iskandar sendiri masih ingat bagaimana dirinya begitu terseksa dengan perasaannya sendiri saat pulang meninggalkan Auckland ketika itu. Itu semua dilakukan semata-mata demi memenuhi permintaan Jane sendiri.

Dan sekarang ini, Jane muncul kembali.

“tetapi, mengapa setelah 3 tahun berlalu ??”, getus fikiran Iskandar saat itu seakan tidak mengerti. Bingung dia memikirkannya.

Sudahnya, dia mengambil keputusan untuk melupakan saja apa yang berlaku semalam.

Dia menoleh ke arah meja di tepi sofa tempat dia duduk. Matanya meliar mencari dompetnya. Jumpa, terus dicapai pantas. Iskandar mencari tisu putih yang tersimpan rapi di dalam dompetnya semalam.

Wajahnya mengukir senyuman saat menemukan tisu tersebut. Iskandar memandang ke arah tisu yang tertera di atasnya nombor telefon Suhayati. Dia mencari pula telefon bimbitnya, lantas terus di dail nombor-nombor yang tertulis kemas di atas tisu tersebut.

Bunyi ton memanggil kedengaran dan seketika terdengar talian dihujung sana diangkat.

“err... assalamualaikum...”, Iskandar memulakan bicaranya.

“wa’alaikumsalam, nak cakap dengan siapa ?”, kedengaran suara wanita berusia pertengahan abad bertanya di hujung talian tersebut.

“err... Suhayati ada tak makcik ??”, Iskandar bertanya. Dia membahasakan wanita di hujung talian tersebut sebagai makcik, setelah berkira-kira wanita tersebut mungkin ibu Suhayati.

“ada.. tapi siapa yang bercakap nie ??”, tanya wanita itu lagi.

“kawan dia makcik, Iskandar... boleh saya bercakap dengan dia ??”, Iskandar menjelaskan, seterusnya meminta kebenaran bercakap dengan Suhayati.

“boleh... sekejap ye..”, sambung wanita itu sambil meminta Iskandar menunggu.

Setiap detik yang berlalu sambil menunggu Suhayati menyambut panggilan darinya dirasakan begitu lambat sekali.

“hello.. assalamualaikum..”, sapa suara lembut di sebelah hujung talian tersebut.

“wa’alaikumsalam... err.. Suhayati ke tue ??”, Iskandar bertanya meminta kepastian.

“iyelah... ke Iskandar nak telefon orang lain sebenarnya nie ??”, usik Suhayati seperti menduga kekalutan Iskandar di corong talian tersebut.

“hehehe... sorry, sorry... pertama kali call Suhayati.. terasa nervous plak...”, Iskandar cuba memberikan alasan menutup perasaan kagetnya ketika itu.

“Iskandar panggil Su saja okey...”, pinta Suhayati ringkas.

“dan Su panggil Iskandar Isk saja okey ??”, pantas Iskandar menjawab semula.

Terdengar gelak kecil gadis tersebut di hujung talian.

“okey Isk... ada apa sebenarnya Isk call Su nie ??”, Suhayati cuba menebak tujuan panggilan Iskandar tengah hari itu.

“Isk nak ajar Su keluar, petang nie... itu pun kalau Su sudi nak keluar dengan Isk...”, jelas Iskandar berterus-terang.

“hurm... kita nak keluar ke mana ??”, soal gadis itu meminta kepastian.

“keluar makan-makan ke...”, pantas saja Iskandar membalas.

“okey, kita jumpa kat McD.. pukul berapa nak jumpa ??”, balas Suhayati bersetuju.

“jam 2 petang ??”, Iskandar mencadangkan.

“setuju...”, ringkas saja gadis tersebut menjawab.

Setelah mengucap salam, talian diputuskan. Iskandar bingkas bangun berlari-lari ke biliknya untuk bersiap. Hatinya berbunga girang.

--------------------------------------------------------------

Lapangan Terbang Auckland, New Zealand

Setelah 10 jam menyusuri langit biru, pesawat yang dinaiki Jane akhirnya mendarat di Lapangan Terbang Auckland. Sejurus turun dan menyelesaikan urusan masuk di pintu imigresen, Jane berjalan pantas menuju ke ruangan pengambilan bagasi.

10 minit menunggu, akhirnya bagasi-bagasi penumpang pesawat penerbangan dari Kuala Lumpur itu mula bergerak di atas carousel yang disediakan. Jane menarik bagasi berwarna coklat gelap miliknya dan meletakkan di atas troli. Dia kemudiannya menolak troli tersebut menuju ke pintu ketibaan terminal.

Sebaik melangkah keluar pintu ketibaan terminal, matanya meliar mencari kelibat Fiqah. Teman baiknya itu telah pun diberitahu akan kedatangannya kali ini dan Jane sendiri telah meminta Fiqah menjemputnya di lapangan terbang.

Seketika menoleh kiri dan kanan, Jane ternampak Fiqah yang sedang melambai-lambai ke arahnya. Jane tersenyum, lantas menolak troli ke arah teman baiknya itu.

Satu langkah, dua langkah, tiga langkah. Tanpa amaran, Jane rebah ke lantai. Fiqah yang menyedari keadaan tersebut kaget. Dia berlari mendapatkan Jane.

Fiqah menjerit-jerit memanggil nama Jane. Namun, Jane hanya terkulai layu tidak sedarkan diri.

‘somebody, please call an ambulance !!”, jerit Fiqah.

Suasana di depan pintu ketibaan terminal menjadi sedikit gawat. Petugas-petugas lapangan terbang cuba memberikan bantuan kecemasan awal kepada Jane.

Tidak lama kemudian, sebuah ambulans tiba. Tubuh Jane segera diangkat dan diusung ke dalam ambulans. Ambulans tersebut kemudiannya berkejar pantas menuju ke Auckland City Hospital.

Fiqah yang mengiringi Jane di dalam ambulans ketika itu hanya mampu menangis. Hatinya berbisik sendiri,

“takkanlah seawal ini ??”

Setibanya di hospital, Jane terus dikejarkan ke bilik kecemasan. Fiqah yang menunggu di luar saat itu menjadi tidak keruan. Hatinya menjadi risau dengan apa yang menimpa Jane.

Sejam kemudian, Dr Baggins datang menemuinya.

“how is she, doc ??”, Fiqah tidak sabar mengetahui keadaan Jane.

“she’s still in critical condition right now.. i’m afraid to tell you this, but her condition might getting worse in a few days time... ”, Dr Baggins meluahkan pendapatnya.

“it’s a miracle her heart can withstand until now, but i’m afraid she can’t take any longer.. she need new heart...”, ujar Dr Baggins lagi.

Fiqah mengangguk mengerti dengan penerangan Dr Baggins. Tetapi, selama ini Jane sendiri yang berkeras tidak mahu menerima jantung baru.

--------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur

Saat itu, Iskandar baru saja sampai apartmennya. Pertemuan kali pertamanya dengan Suhayati berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Dia bergegas mendapatkan telefon bimbitnya. Dilihatnya pada skrin telefon bimbitnya itu, nombor antarabangsa terpapar !!

“hello..”, Iskandar menyapa, memulakan bicara.

“Isk, Fiqah nie...”, suara perempuan di talian tersebut mengejutkannya.

“i’m sorry.. Fiqah still ingat janji Fiqah pada Isk dulu, tapi nie emergency...”, ujar Fiqah cemas.

“kenapa Fiqah ?? what’s happened ??”, tanya Iskandar.

“tentang Jane...”, balas Fiqah pendek.

“kenapa dengan Jane ??”, tanya Iskandar lagi.

“Jane sekarang nie dekat Auckland Hospital... dia dalam keadaan kritikal sekarang nie...”, jelas Fiqah panjang lebar.

Iskandar terkejut. Kejutan kedua melibatkan Jane dalam masa 2 hari ini.

“ehh.. dia baru jumpa Isk semalam.. how come suddenly, dia ada kat Auckland plak ??”, tanya Iskandar kehairanan.

“she collapsed when arriving at airport, depan mata Fiqah...”, terang Fiqah menjelaskan persoalan Iskandar.

“please Isk.. Fiqah minta Isk datang ke Auckland segera.. i don’t think she can withstand any longer with her desease right now..”, rayu Fiqah.

“Jane ada penyakit ?? sakit apa ??”, Iskandar semakin pelik.

“just come here okay, i’ll explain everything later..”, balas Fiqah lagi.

Talian diputuskan. Iskandar kebingungan.

--------------------------------------------------------------

Keesokkan paginya, Iskandar bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sampainya Iskandar di terminal utama, dia terus menuju ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket yang telah pun ditempah secara online malam semalam.

“selamat pagi encik.. boleh saya bantu ??”, sapa petugas kaunter tersebut ramah.

“saya nak collect tiket flight saya..”, balas Iskandar sambil menunjukkan sehelai kertas kecil, tertera nombor rujukan penempahan.

Petugas tersebut mengambil kertas kecil tersebut dan menyemak nombor rujukan tersebut. Seketika, dia memandang Iskandar dari atas ke bawah berulang kali.

“betul ke nombor rujukan yang encik berikan saya nie ??”, soal petugas tersebut memastikan.

Iskandar mengangguk pantas.

“err... penerbangan ke Madras, encik Gurmit Singh ??”, petugas tersebut menyatakan nama yang tertera di skrin komputernya.

Riak muka Iskandar berubah serta-merta.

“ehh... nama saya Iskandar Hakimi, bukan Gurmit Singh...”, Iskandar menjelaskan. Kaget.

Petugas kaunter tersebut tergelak kecil mendengarkan penafian Iskandar.

“saya tahu encik... saya pun dapat melihatnya sendiri..”, petugas kaunter tersebut hanya tersenyum menjawab.

“minta kad pengenalan encik..”, sambung petugas tersebut. Beberapa minit berlalu.

“nombor rujukan encik salah tadi, selisih satu huruf saja... yang ini sepatutnya huruf L, tetapi ditulis sebagai C..”, petugas tersebut menerangkan sambil menunjukkan semula kertas kecil pemberian Iskandar sebelum itu.

“owh...”, Iskandar menghela nafas panjang.

“okay, nie tiket encik dan selamat jalan encik..”, petugas kaunter tersebut mengunjukkan tiket kepada Iskandar.

“terima kasih...”, balas Iskandar sambil tersenyum.

(bersambung...)

regards,

Saturday, April 3, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 06 - Rasa Terpendam)


Episode 06 – Rasa Terpendam

Kuala Lumpur, 26 Februari 2010

Malam itu, setelah selesai menjamah mcD yang dibelinya, Iskandar hanya berehat-rehat di atas sofa sambil menonton televisyen. Dari satu saluran ke satu saluran ditukarnya, namun tidak satu pun yang menambat hatinya. Akhirnya, dia memilih untuk menonton saluran sukan yang ketika itu sedang menyiarkan siaran tertunda perlawanan hoki di antara Australia dan India. Sedang leka dia menonton, loceng pintu apartmennya berbunyi. Konsentrasi menontonnya terganggu. Matanya terarah pada jam dinding yang berada tepat di atas televisyen. Jam 10.30 malam !!

“siapa sajalah yang mengganggu waktu malam begini.. haish...”, gumam Iskandar sendirian.

Iskandar melangkah malas ke arah pintu. Tombol dipulas dan pintu ditarik. Kelihatan susuk tubuh seorang perempuan di depan pintu apartmennya.

“Iskandar....”, sapa perempuan itu.

“Jane ???”, Iskandar memandang penuh kehairanan.

“dah lama kita tak jumpa kan ??”, mula bicara Jane.

“macam mana Jane tahu Isk tinggal kat apartmen nie ??”, Iskandar menyoal Jane yang secara tiba-tiba muncul mengejut malam itu.

“dari contact Jane... dah lama Jane cuba cari Isk sebenarnya...”, Jane cuba menerangkan kepada Iskandar.

“tak nak jemput Jane masuk ke ??”, Jane menyoal lagi.

“err... masuklah...”, Iskandar membuka luas pintu apartmennya bagi memberi ruang kepada Jane untuk masuk. Sebelum itu, sempat jua dia mengerling keadaan sekeliling. Bimbang jika ada jiran yang melihat ketika itu.

“jemputlah duduk...”, Iskandar mempelawa Jane duduk di sofa di ruang tamu tersebut.

“thanks Isk...”, balas Jane pendek.

“so Jane, lama kita tak jumpa... seingat Isk, kali terakhir masa di Auckland dulu... it was 3 years ago right ??”, Iskandar sekadar membuka bicara sambil cuba mengingat semula.

Jane sekadar mengangguk perlahan.

“apa yang membawa Jane ke rumah Isk malam nie ??”, Iskandar menyoal Jane. Dia sebenarnya masih tidak percaya Jane muncul di depan pintu apartmennya malam ini.

“sebenarnya Jane...”, kata-kata Jane terhenti seketika. Dia menghela nafas panjang.

“sebenarnya..”, Jane agak gugup untuk menyambung bicaranya. Tambahan pula melihat wajah Iskandar yang seakan tidak sabar menanti apa yang ingin dikatakannya.

“sebenarnya, Jane dah lama cuba mencari Isk.. sejak daripada Jane pulang ke Malaysia tahun lepas... tapi Isk terus menghilang tanpa khabar berita...”, Jane menerangkan kepada Iskandar.

“tapi mungkin salah Jane gak sebab Jane yang berkeras tak mahu berjumpa dengan Isk masa di Auckland dulu...”, Jane menyambung lagi. Di wajahnya, terpamer riak kekesalan di atas apa yang berlaku sebelum ini.

“tak apalah... Isk pun dah lupakan perkara tue... lagi pun, apa yang Isk buat, hanya sekadar memenuhi permintaan Jane waktu tue...”, Iskandar menjelaskan.

“Isk... Jane minta maaf... Jane terlalu menurut kata hati waktu tue...”, lembut Jane mengatur bicara.

“Jane harap kita masih mampu kembali seperti dulu...”, pinta Jane dengan nada yang penuh mengharap.

“Jane, apa yang terjadi cuma salah faham antara kita.. kadang-kala, mata yang melihat mampu menipu kita... tak semestinya apa yang kita lihat itu, adalah apa yang berlaku.. terpulang pada kita bagaimana untuk mentafsirkannya...”, panjang lebar Iskandar menjelaskan.

“cuma satu... Isk ralat dengan apa yang terjadi...”, keluh Iskandar seolah menyesali apa yang pernah terjadi.

“Jane, untuk kita terus berkawan, itu pasti... tapi, untuk kita kembali seperti dulu, Isk tak pasti... harap Jane mengerti...”, ujar Iskandar lagi.

Mata biru Jane mula kelihatan jernih berkaca. Kata-kata akhir Iskandar ibarat satu pukulan mati untuknya. Bertahun dia mencari Iskandar, namun hatinya hampa biarpun telah ketemu.

“Jane... jangan bersedih... pasti ada yang lebih baik menanti di luar sana...”, Iskandar memujuk saat menyedari riak muka Jane yang kecewa.

“tapi hati Jane tertutup untuk mereka...”, tingkah Jane lembut.

“tak salah mencuba kan ?? mereka juga berhak diberikan peluang sama seperti Isk dulu...”, Iskandar membalas memujuk.

Jane tunduk diam dan membisu. Tatkala itu, dentingan jam dinding yang berbunyi 12 kali menandakan waktu telah menginjak ke hari yang baru. Kedua-duanya saling berpandangan ke arah jam dinding tersebut.

Jane bingkas bangun sambil mengesat air mata yang bergenang halus di kelopak matanya.

“Jane minta diri dulu...”, sebak suaranya ketika itu.

Iskandar sekadar mengangguk.

--------------------------------------------------------------

Usai keluar dari apartmen Iskandar, Jane memandu tanpa arah tujuan di sekitar bandar raya Kuala Lumpur. Saat itu, suasana ibu kota agak lenggang dari kesesakan lalu lintas yang menjadi pemandangan biasa di waktu siang harinya.

Sedang leka Jane memandu, titisan air matanya gugur lagi tika mendengarkan lagu yang berkumandang saat itu dari corong radio keretanya. Lagu Ready for Love nyanyian India Arie itu begitu menyentuh hatinya.



Semakin lama dia mendengarkan lagu tersebut, semakin pantas air matanya mengalir membasahi pipinya. Saat itu, Jane membuat keputusan nekad. Telefon bimbitnya pantas di capai dan dia terus mendail dari senarai speed dialnya.

Sesudah mendengar panggilannya berjawab di sebelah sana, Jane terus membalas laju,

“saya nak booking tiket ke Auckland untuk esok... one way ticket...”, suaranya masih sedikit sebak gara-gara menangis sebentar tadi.

(bersambung...)

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs