Thursday, March 26, 2009

Ini Kenyataan: Chilli Dan Aku Tak Serasi Bersama...

mungkin ramai yang da tau.. dan mungkin gak ramai gak yang masih tak tau tentang hakikat nie... sebenarnya aku admit bahawa incik Chilli dan aku sangat tak serasi bersama... apakah maksudnya tue ?? ada sebarang skandalkah kami ??? owh tidak... incik Chilli yang aku maksudkan adalah cili yang sebenar-benarnya cili (cili merah, hijau, padi, kecil, besar, semua la).... hehehe.... actually sedari dulu aku memang tak makan cili.. bukan sebab pedas, tapi lebih kepada perut aku yang tak mampu nak terima cili nie... kalau cheese tue lain la ceritanya kan... huhuhu...

if termakan gak cili nie, maka sakitlah perut aku nanti.. walaupun macam tue, takla plak aku write off terus cili tue dari hidup aku... kalau ada masakan bercili yang kurang pedas tue, aku paksa-paksakan gak la perut aku menerimanya... orang kata, jangan tak merasa sudah la kan... ermm.. sesekali terasa seksa gak jiwa menelan cili tue... so, konklusi akhir aku, since chilli and i didn't get along very well, so i'm declaring hate statement towards the chilli... kesian sungguh cili-cili yang tak bersalah tue kan... hahaha...

p/s: nasi lemak antarabangsa (N.L.A) pagi tadi best betul... ada sambal sotong lagi, kena plak milo ais, sungguh menyelerakan... natijahnya, aku sakit perut pastue... hehehe....

Monday, March 23, 2009

From Jelebu With Love...

last Sabtu, seperti plan awal, aku dan Kerol menuju ke Jelebu untuk memeriahkan majlis perkahwinan Azila dan Viktor.... seharusnya, kami pergi bertiga, tapi Wan tak dapat join atas sebab yang tak dapat dipastikan kebenarannya... perjalanan mengambil masa 2 jam dari Kay Ell dan kami berdua singgah kat Alamanda dulu untuk cari hadiah... gila last minute punya kerja... hahaha... akhirnya, jam 12.30 kami bergerak dari Alamanda tue menuju ke Jelebu... huh, sungguh lambat aku rasa...

aku decide untuk ikut jalan biasa dari Putrajaya - Sepang - Nilai - Seremban - Jelebu... rileks sikit mata... bagi yang tak tau lagi, aku sebenarnya cukup lemah kalau kena travel ikut highway nie... mau rasa ngantuk je.... hehehe... iku jalan biasa, banyak benda boleh dipandang dan dilayan oleh mata aku... on the way pergi ke sana, kami da nampak air terjun... kalau tak silap, air terjun nie kat area Kuala Klawang da dan betul-betul kat tepi jalan tue...

actually, sampai-sampai je kat rumah Azila, pengantin da siap makan da... memang a bit late la kalau jam 2.30 baru sampai... tengok-tengok, pengantin tengah sebok bersanding sambil berposing melayan tetamu... apalagi, terus jumpa Azila dulu (konon-kononnya nak mengumumkan ketibaan kami kat majis tue la...)... hahaha... time tengah makan, majlis dihiburkan oleh live band... gila best cara diorang main... ingatkan budak muda yang main, sekali ada terselit sorang pakcik jadi gitaris dia... memang best...

on the way balik, seperti rancangan asal, kami singgah kat air terjun tue... bukan untuk mandi pun, tapi just sesaja untuk snap gambar... sekali time snap gambar tue, lensa kamera aku terfokus pada 2 orang anak gadis yang comel tahap okey yang tengah main air (disyaki 2 orang anak gadis tue turut sama join majlis kahwin Azila tadi)... hehehe... dapat la aku snap gambar diorang time tue.... pada korang yang kenal gadis ini (rujuk gambar), sila berikan maklumat lanjut kat aku okey... huhuhu....

"terus terang ku katakan dengan indah, dengan terbuka (amik mode lagu Peterpan jap).. bahawa dia sangat chantek..." sapa sokong statement aku nie, sila angkat tangan sebagai tanda sokongan moral kat aku !!!

ingatkan nak balik Kay Ell terus, sekali otak aku yang kreatif nie tetiba dapat ilham nak jenjalan kat Pee Dey plak... so, terus la kami ke Pee Dey tanpa pikir jauh tak jauh nak pergi sana... sampai sana dalam jam 5.30, terus cari port clear tuk main air dan pose kamera (rujuk facebook aku untuk tengok pose-pose kat Pee Dey)... puas main air, kami berhenti kat Bangi Kopitiam untuk lepak sekejap sambil pekena cendol Ali Kutty dan satay Kajang... sampai la nie, aku still tertanya kenapa cendol tue tak rasa cendol tapi lebih kepada 4 rasa dalam satu mangkuk... uiks, 4 rasa lagi tue... huhuhu... selesai mengenyangkan diri, kami gerak balik Kay Ell...

p/s: siot je Man U kalah lagi... nasib la nasib...

Thursday, March 5, 2009

Kembali Jumpa...

yesssss !!!! finally aku da jumpa balik gift voucher Parkson aku yang hilang tanpa kesan sekejap tue... rupanya, terselit kat bawah telepon atas meja opis aku nie... bole la sambung shooping lagi next week... hahahaha.... best.. best...

Wednesday, March 4, 2009

Krisis Cleaner...

bunyinya macam lawak, tapi inilah yang terjadi bila bangunan bertaraf nasional macam Menara TM nie diserbu oleh Jabatan Imigresen kelmarin... hasilnya, hampir kesemua cleaner-cleaner yang berasal dari seberang ditahan atas kesalahan tiada permit... abis semua terbabit sama, dari Menara TM hingga ke Bangunan Annexe bertiga tue... kesudahannya, di Menara TM, diorang dapat cleaner baru 'made in local punya'... manakala opis aku di Bangunan Annexe nie plak, team maintenance terpaksa jadi cleaner, termasuklah dengan bos-bos diorang sekali... geli hati bila pikir-pikirkan...

p/s: tak dapatlah nak tengok adik-adik cleaner yang comel-comel dan cun di pagi hari lagi.. huhuhu....

Tuesday, March 3, 2009

Kegelapan Kay Ell...

inilah wajah Kuala Lumpur pada jam 4.30 petang hari nie... gelap bukan ?? hujan hari nie sangat luar biasa sekali sebab 'kepekatan malamnya' seakan-akan malam yang gelap-gelita, seperti sama mengiyakan perasaan kelam warganya di dalam gelap pekat malam... inilah Kuala Lumpur, gambaran sisi negatif kota metropolitan yang 'kegelapan dalam kehidupan' seharian.... neway, saja je nak share ngan korang semua fenomena kat luar opis aku nie... daa...

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs