
Episode 03 - Langkah Pertama
Seminggu telah berlalu. Rutin harian Iskandar sentiasa saja padat. Jika tidak sibuk dengan mesyuarat, dia akan bergelumang dengan fail-fail kertas yang menimbun di atas meja kerjanya itu. Saban hari, ada saja kertas kerja yang diterimanya dan perlu disiapkan dengan kadar segera. Itu tuntutan kerja dan Iskandar tidak dapat tidak, harus juga menyiapkannya.
Semenjak kejadian mimpi tempoh hari, telah tiga kali Iskandar mengalami situasi yang sama. Dia sendiri tidak mengerti mengapa semua itu terjadi. Tidurnya kerap terganggu. Disebabkan itulah, dia banyak menghabiskan masa di pejabat walaupun hari ketika itu telah pun menginjak gelap pagi. Baginya, segala kerja-kerja yang menunggunya itu dapat mengeluarkan dia daripada situasi binggung tersebut.
Sesekali dia keluar sebentar dari pejabatnya, sekadar mengambil udara segar. Dalam keadaan tekanan kerja yang banyak, sedikit waktu senggang yang diperolehi sebegitu cukup memberi kelegaan kepada Iskandar. Adakalanya, dia akan keluar menuju ke restoran makanan segera yang berdekatan untuk menikmati set mcD kegemarannya. Sejak kali pertama bertemu dengan Suhayati, boleh dikatakan hampir setiap dua hari sekali, Iskandar akan ke sana. Bagai ada suatu kuasa magnet yang menarik-menarik kedatangannya ke situ. Gadis tersebut pun telah biasa dengan kehadirannya itu. Iskandar sanggup menanti giliran di barisan, menunggu Suhayati mengambil pesanan biarpun ada ketikanya terdapat pekerja kaunter lain yang sedia mengambil pesanan makanannya !!
Sedang Iskandar leka membaca kertas kerja di atas mejanya, komputer di depan matanya berbunyi menandakan terdapat satu email baru diterima. Dia menekan butang read pada menu email tersebut, kemudian tertera satu mesej pendek,
“jom borak. Kita YM macam biasa... - Iman”
Iskandar tersenyum mengeleng kepala membaca mesej dari Iman itu. Dia lantas membuka aplikasi Yahoo Mesenger beliau. Butang log in diklik, setelah itu, nama Iman dicari dan diklik dua kali. Satu paparan skrin muncul dan Iskandar terus menaip,
“hurm.. baru teringat orang kat sini ke ??”, Iskandar memulakan bicara.
“hehehe... perli akulah tue ??”, Iman membalas.
“aku bosanlah, kau tengah buat apa tue ??”, Iman melanjutkan pertanyaannya.
“bukanlah macam tue.. kau tue macam biskut Iman, kejap ada, kejap hilang... susah aku nak cari kau bila perlu...”, getus rasa hati Iskandar.
“kau tak jawab lagi tadi, tengah buat apa tue ??”, Iman mengulangi pertanyaannya.
“macam biasalah, menghadap paperwork yang menimbun nie.. entah bilalah nak habis semua paper nie... huhuhu...”, keluh Iskandar menyatakan isi hatinya.
“kau tak rindu aku ke Isk ??”, soal Iman lagi.
“rindu kau ?? nak buat apa ?? takde maknanya ...”, Iskandar cuba mengusik Iman dengan jawapannya.
“sampai hati kau.. aku taulah siapa je aku nie... tak sama league dengan kau kan Isk.. hurm...”, Iman menjawab semula, seakan merajuk jawapannya.
“haha... Iman dah merajuk pulak...”, Iskandar mengusik lagi.
“teruklah kau nie Isk, macam nie la kawan...”, Iman menyatakan rasa tak puas hatinya.
“eh.. mana ada... kau nie cepat sangat terasalah Iman... aku main-main je tadi...”, Iskandar cuba memujuk Iman semula.
“okay.. okay... aku rindu kau jugak Iman.. puas hati ??”, Iskandar mengalah. Baginya hati Iman yang terasa perlu dipujuk cepat.
“ala.. bunyi macam tak ikhlas je tue...”, Iman membalas ringkas.
“hahaha... ada-ada jelah kau nie Iman... dah lah, aku nak sambunag buat kerja nie...”, Iskandar mematikan suasana tidak selesa itu secepat mungkin.
“okay, kita sambung lagi later...”, Iman mengalah.
“okay, bye Iman..”, skrin browser YM itu ditutup.
Iskandar tersenyum sendirian mengenangkan perbualannya dengan Iman tadi. Iman adalah rakan rapatnya sejak dari kolej dulu. Bagi Iskandar, berkawan dengan Iman cukup menyenangkan. Sebab itulah, hubungan mereka mampu bertahan hingga sekarang.
Iskandar cuba untuk memberi tumpuan kepada kerjanya semula tetapi gagal dek kerana perutnya yang mula berbunyi minta diisi. Dia mengerling waktu di jam tangannya. Waktu ketika itu menunjukkan jam 7.30 malam.
“padanlah lapar sangat nie...”, getus Iskandar sendirian.
Iskandar bingkas bangun, jarinya menekan punat Off di monitor komputer miliknya. Memang sudah menjadi kebiasaannya, dia membiarkan komputernya terbuka dan hanya menutup monitornya sahaja. Mejanya yang berselerak dibiarkan sebegitu. Tuntutan perut perlu diutamakan dahulu.
Dia melangkah keluar dari bangunan pejabatnya. Destinasi tujuan, restoran makanan segera kegemarannya. Dahulu, hanya satu sebab sahaja mengapa dia ke sana, set mcD yang digemarinya. Kini, ada tambahan sebab mengapa dia harus ke sana, penangan gadis manis yang bernama Suhayati itu.
Setibanya Iskandar di situ, dia terus menuju ke kaunter di mana Suhayati bertugas. Suhayati menghadiahkan sebuah senyuman ikhlas kepadanya. Iskandar membalas semula senyuman tersebut.
“macam biasa ke encik ??’, soal gadis itu meminta kepastian.
Iskandar mengangguk pantas.
“okey, sekejap ye encik..”, gadis itu meminta dia menunggu sebentar.
Dua minit berlalu, dan set yang dipesannya pun siap. Iskandar menoleh ke belakangnya, didapati tiada siapa yang beratur dibelakangnya ketika itu.
Iskandar memberanikan diri bertanya,
“cik Suhayati, boleh bagi nombor telefon tak ?? nak berkenalan... nama saya Iskandar...”
Suhayati terkejut dengan permintaan drastik dari pelanggan yang baru seminggu dikenalinya itu. Dia kelihatan teragak-agak.
“jangan risau, niat saya ikhlas nak berkawan dengan awak..”, Iskandar menerangkan lanjut, seakan dapat membaca riak kaget di wajah manis Suhayati.
Suhayati mencapai sehelai tisu yang berada di bawah meja kaunternya. Gadis itu lantas menulis pantas beberapa angka di permukaan tisu itu, lalu mengunjukkan kepada Iskandar. Iskandar dengan pantas menyambar tisu tersebut. Sekilas dia melihat, mukanya berkerut dan menoleh semula kepada Suhayati.
“nombor telefon rumah ?”, Iskandar meminta kepastian.
Suhayati mengangguk.
“nombor handphone takde ke ??”, Iskandar menyoal lagi.
“saya takde handphone... kalau encik Iskandar nak berkawan dan berkenalan, kenalah telefon rumah dulu..”, lancar sahaja Suhayati menjawab.
“tapi, biasanya mak saya yang jawab.. jadi encik kena mintak kebenaran daripada dia dululah...”, gadis itu menambah lagi sambil tersenyum.
“err... okaylah kalau macam tue... nanti ada masa saya call awak ye..”, Iskandar pula yang teragak-agak berbicara.
“lagi satu, janganlah panggil saya encik.. panggil saya Iskandar atau Isk pun dah cukup..”, pinta Iskandar penuh mengharap.
Suhayati hanya mengangguk dan tersenyum lagi.
“okay, saya pergi dulu...”, Iskandar mula berpaling untuk melangkah.
“encik... eh... Iskandar, makanan nie jangan lupa lagi...”, Suhayati mengingatkan sambil menunjukkan bungkusan mcD yang dipesan Iskandar tadi.
“eh.. hampir terlupa tadi... sorry, dah tua-tua nie selalu pelupa pulak...”, Iskandar membalas dengan selamba. Suhayati menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Iskandar sambil melihat kelibat lelaki itu semakin menghilang dari pandangannya.
Malam itu, setelah selesai menjamah mcD yang dibelinya, Iskandar hanya berehat-rehat di atas sofa sambil menonton televisyen. Dari satu saluran ke satu saluran ditukarnya, namun tidak satu pun yang menambat hatinya. Akhirnya, dia memilih untuk menonton saluran sukan yang ketika itu sedang menyiarkan siaran tertunda perlawanan hoki di antara Australia dan India. Sedang leka dia menonton, loceng pintu apartmennya berbunyi. Konsentrasi menontonnya terganggu. Matanya terarah pada jam dinding yang berada tepat di atas televisyen. Jam 10.30 malam !!
“siapa sajalah yang mengganggu waktu malam begini.. haish...”, gumam Iskandar sendirian.
Iskandar melangkah malas ke arah pintu. Tombol dipulas dan pintu ditarik. Kelihatan susuk tubuh seorang perempuan di depan pintu rumahnya.
“Iskandar....”, sapa perempuan itu.
“Jane ???”, Iskandar memandang penuh kehairanan.
(bersambung...)


21 comments:
cessss !!!!
ngahahhahahahahah~
knapa trkejut nmpk Jane?
kahkahkah
sambong cepat
kau sj nk wat aku nervous kan?
muahhaahahah
kahkahkah....
elemen surprise mesti kna ade slalu babe...
tak cun la kalo citer ikut flow biase je kan...
ape-ape pun, permintaan kau telah ku tunaikan...
amacam perasaan ?? ;p
tapi aku tak pernah g umah lelaki malam2..
ngahahhaahah
mcm plik je ngn watak aku tu
hahahhah
apa2lah yg pnting mlm kang sambong
kah3x~
aku tau kau tak pernah
tue pasal kemunculan watak kau jadi sebegitu
sebab akan ade twist ckit nnti...
neway, mlm nie xdpt la....
aku nk buat sesi menghayati watak mlm nie...
huhuhuhu... ;p
hahahahah
ok .. nnt aku pomot novel kau ni kat blog aku ..tp lps cter ni tamat la
hahaha
ok bye!!!
sila2 hayati
ngahahhahah~
lepas neh masuk nama sy plaks lah...
ekekekekeke~
ikhlas:
- penumpang teksi awam -
oh fecca,
boleh tue memg le bole tp, mcm mane sy nk bina watak awak dari description pendek cmnie:
"...I'm like a bird... I'll only fly away..."
hehehe... ;)
p/s: tgh dok imagine, cmne la agaknya kalo smua pembaca yg membace nie dok request masukkan watak.. confirm xde pengakhiran novel nie nnt... huhuhuu... ;)
fecca ni konco aku...
aku yg ajak dia masuk sini baca tadi
hahahaha
ku tahu tentang tue jane...
sbb bila aku gie tempat frodo
kt situ gak le kau dan fecca ade bertandang...
btul kan ?? hehehe...
"i'm like a bird.. i'll only fly away..." ((nmpak jinak.. tp sukar ditangkap... sukati je... kah kah kah kah~))
aku siapa? bg aku watak gadis misteri...
buley?
dtg pd saat diperlukn... kemudian hilang dicelah lautan manusia...
wakakkakakakka!
ala2 catwOmen gitteWww... wuhhhuuuu~~
lalalalalalalalalala~
~*(>_____<)*~
luper nk bgtau...
demi menjaga emosi si penulis, sy mohon agar...
request laen ditutup...
wakakkakakakkaka!
~*(>________<)*~
tak payah masukkn watak fecca~
aku dtg suh dia baca je
muahaahahahah
demi mnjaga hati aku, pliss jgn masukkn watak org lain melainkan aku shj
ngahahahhahahah~
bye!!!
psssttttt!!
((kalau cmtuh, xperlu jaga atey jane.... wakkakakakakakkaka!))
nak cadbury?
*smbil hulur cadbury*
wah pergadohan internal nie... hehehe...
fecca,
idea awak agak menarik gak tue.. bole dipikir2kan... idea tentang request ditutup pun cantik gak...
jane,
kau terase terancam ke ngan kehadiran watak fecca neh ?? huhu.. ;p
fecca again,
wah cadbury tuh....
nak.. nak.. nakkkkkk....
hehehe... ;p
takde..cume aku nak sbg permintaan terakhir, hanya watak aku jew dlm novel ni..
ada kenangan yg leh aku kutip kat sini
tu je
sekian...
harop mak long senah!
muahaah
jane,
permintaan terakhir ??
kau pasti ini yg terakhir kau pinta dr aku ??
(tetiba ayat mcm dialog drama sembilu plak.. ahaks..)
p/s: sape mak long senah ??
sape jane?? hahaha masukkan watak sy jugak!! :P
paany,
tanye le sendiri kt jane tue sape dia..
tgk dia jawab ke tak...
huhuhu...
satu lg, cuba bace balik komen si fecca yg ketiga kalinya tue... hehehehe... ;p
yaaaaaaaa
akulah
"Jane...bukan sekadar nama"
majok ngn ko sbb tk smbung novel
;(
laa.. iye ker ??
tp kan, aku pun majuk ngan kau gak jane...
sbb ko tak terima proposal pinjam bahu aku yg ikhlas ari tue...
ngegegegeeee.... larikkkkk...
ehh.. nk larik mane plak ?? nie kan rumah aku... huhuhuhuuu..... ;p
Post a Comment