adeh... nie la padah agaknya bila terlampau aktif main dalam satu malam... 2 jam main badminton, then 2 jam main futsal dalam 5 jam berturut dan hasilnya hamstring problem... i guess this is the prices i've paid for actively bersukan without any thinking and planning... huhuhu... dan kalau dipikir-pikir balik, aku nie memang injury prone betul la... baru je nak baik sikit, da injured balik... bosan betul la... nie yang macam nak seeking for specialist help nie... tolong aku !!!Sunday, February 22, 2009
Hamstring Injury...
adeh... nie la padah agaknya bila terlampau aktif main dalam satu malam... 2 jam main badminton, then 2 jam main futsal dalam 5 jam berturut dan hasilnya hamstring problem... i guess this is the prices i've paid for actively bersukan without any thinking and planning... huhuhu... dan kalau dipikir-pikir balik, aku nie memang injury prone betul la... baru je nak baik sikit, da injured balik... bosan betul la... nie yang macam nak seeking for specialist help nie... tolong aku !!!
Labels:
Bubbling Talk
Monday, February 16, 2009
Rumah Takde Ayo...
hampeh punya SYABAS... boleh plak rumah parent aku takde air sepanjang hari ahad ari tue (walhal diorang da bagi notis dalam paper)... janji nak setelkan problem injap ape ke benda ntah by petang ahad... ku tunggu punya tunggu sampai games Man U lawan Derby, still gak takde air... aku da menyumpah sakan da pagi tadi bila aku bangun tido nak bersiap gie kerja, air still gak tak naik... tak pasal-pasal aku kena berkejar balik rumah aku plak pagi nie semata-mata nak mandi sebelum gie kerja... syabas kepada pihak SYABAS atas kualiti kerja dan janji yang macam yo-yo tue...
Labels:
Bubbling Talk
Wednesday, February 11, 2009
UiTM Kena Bom !!!
Labels:
Bubbling Talk
Monday, February 9, 2009
Kemelut Dua Nakhoda...

kemelut politik yang membadai negeri Perak nampaknya belum surut sepenuhnya... terbaru, polemik terbaru yang sedang dipalu oleh pakatan rakyat adalah untuk menyaman Tuanku Sultan Perak kerana dikatakan melampaui batas kuasa undang-undang tubuh kerajaan Perak.. semestinya, cereka politik terbaru ini lantang dicanangkan oleh Karpal Singh.. apa motif disebalik idea menyaman Sultan oleh Karpal ini ?? nampaknya, si Karpal ini masih tidak serik untuk memainkan sentimen yang boleh mencetuskan krisis perkauman jika tidak dibendung sedari awal..
paling menarik perhatian sekarang ini adalah keengganan kerajaan pakatan rakyat perak pimpinan Mohamad Nizar Jamaludin dan exco-exconya untuk mengaku kalah dan masih terus bermain dengan mimpi kosong (kononnya masih berkuasa)... apakah amat sukar untuk menurut kehendak dan titah Sultan Perak sehingga perlu memohon sembah derhaka ?? pemimpin bagaimanakah mereka ini sehingga sanggup membelakangi Tuanku Sultan Perak yang disayangi rakyat jelata ??
belum pernah ada dalam mana-mana sejarah di dunia wujudnya dua buah kerajaan dalam satu masa... semua sandiwara mabuk kuasa ini hanya akan merugikan rakyat Perak sendiri, malah secara tidak langsung akan membuatkan rakyat keliru dan terbeban.. jika segala perkiraan diambil, kepada siapa rakyat hendak berjumpa untuk mengadu masalah dan sebagainya ?? kerajaan lama pakatan rakyat yang mabuk kuasa atau kerajaan pintu belakang barisan nasional yang baru ??
nampaknya, masing-masing sudah melupakan perjuangan untuk rakyat dan hanya bertiangkan kepada perjuangan untuk survival politik sendiri... ini suatu yang amat menyedihkan sekali untuk rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya... ini kerana, telah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan pelbagai kemajuan infrastruktur dicapai, malangnya mentaliti politikus-politikus Malaysia masih ditahap sekolah tadika lagi...
berbalik kepada si Karpal, peguam veteran yang nampaknya semakin lama berkecimpung dalam politik, maka semakin sesat permainan sandiwara politiknya... apa faedah yang diperolehi oleh Karpal ini dengan memalu irama sumbang di khalayak rakyat Malaysia ?? adakah dia mempunyai motif peribadi ? hendak menjadi Perdana Menterikah si Karpal ini ??? hanya tuhan yang maha mengetahui apa yang bermain dalam fikiran Karpal yang benak hatinya itu...
apa pun sandiwara kartun yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin politik ini, marilah kita bersama berdiri dibelakang kepimpinan Tuanku Sultan Perak... kepada umat melayu yang menyokong mereka yang menentang Tuanku Sultan sehingga berbuat kecoh baru-baru ini, cuba fikir-fikirkan perbuatan anda itu... berbaloikah ?? ketika itu, anda seorang Muslim (siap dengan kopiahnya) tetapi perbuatan anda tidak mencerminkan keislaman sebenar sehingga sanggup menghina Tuanku Sultan yang merupakan ketua institusi Islam di negeri masing-masing... sekadar renungan bersama...

Political View
Thursday, February 5, 2009
Rakyat Menolak, Perak Bergolak..

semalam merupakan kemuncak kepada kemelut politik negeri aku yang terchenta, Perak Darul Ridzuan... setelah sekian lama main tarik tali, akhirnya kerajaan gabungan PKR-PAS-DAP runtuh dan tertegaklah kerajaan pintu belakang pimpinan BN sekarang ini... cuma yang masih menjadi persoalan adalah status kedudukan menteri besar 'lama' dari PAS, Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.. adakah masih menteri besar atau pun tidak... kasihan si menteri besar yang lama, keseorangan mempertahankan diri tanpa ada ADUN yang setia di belakang beliau...
episod sebenarnya bermula apabila ADUN Bota (merupakan ADUN kampung aku), Datuk Nasarudin Halim yang secara mengejut menyertai PKR... bermula dari situlah, episod tarik menarik ADUN berterusan.. secara mengejut juga, 2 ADUN PKR dikatakan meletak jawatan (mereka menafikan pula selepas 3 jam), manakala seorang ADUN DAP berhasrat menyertai MCA (kalau tak silap aku)...
kisah menjadi lagi menarik bila mana ketiga-tiga ADUN PKR-DAP tadi mengisytiharkan bahawa mereka adalah calon bebas dan menyatakan sokongan kepada BN.. menambah rencah kemelut politik ini, ADUN BOTA secara mengejut sekali lagi menyatakan bahawa beliau menyertai BN semula... dan secara tak langsung gabungan kerajaan terdahulu tumbang...
yang membuatkan cerita lebih haru, menteri besar Perak mengisytiharkan pula bahawa DUN Perak dibubarkan walaupun tidak jelas samada Tuanku Sultan Perak memperkenankan tindakan tersebut atau tidak... aku sebenarnya taklah nak menyokong mana-mana pihak... lagi pula sekarang nie aku da bersara dari bab politik-politik nie... tapi, aku rasa da macam cerita kartun je sandiwara politik Perak nie... ADUN sama ADUN saling menarik, rakyat pula menolak... tak pasal-pasal Perak bergolak... buat gelak orang luar je...

Wednesday, February 4, 2009
Kecomelan Bumper Tercalar !!!
aku rasa aku nak declare semalam sebagai hari bad mood sedunia la... mana taknya, semalam aku gie UiTM gie tolong observe problem yang jadi kat sana... bila balik dari sana, aku terperasan yang bumper kereta aku da kena scratch dengan kereta makhluk mana ntah... tension je... nak je bakar UiTM tue... tapi bila pikir-pikir balik oleh akal aku yang waras sekejap nie, kalau aku bakar UiTM tue, mana plak member-member aku tue nak kerja... nanti tak pasal-pasal jadi penganggur terhormat cam berpuluh ribu lagi kat luar sana yang still tak dapat kerja lagi... so, sisi baik aku suruh aku lupakan je niat jahat aku tue... tapi, sumpah aku akan kerjakan teruk kalau aku dapat tau sapa makhluk yang mencemar kecomelan bumper kereta aku tue...
Labels:
Bubbling Talk
Azeezah Station's Chicken Chop...
semalam, aku teman Kak Za dan Emma gie makan chicken chop kat Azeezah Station (A.S)... A.S nie terletak kat area Keramat dan Emma bersama tunang dia berjaya menempekkan perniagaan chicken chop mereka kat situ gak... so, demi nak promote chicken chop tue, sanggup la Emma nie blanja kami berdua makan kat situ... so, dua jenis makanan yang kami rasa kat situ adalah chicken chop dan garlic bread with mushroom soup... so, aku bagi 4/5 untuk chicken chop dia, utk set garlic bread plak aku bagi 3.5/5.. so, agak memadai la dengan harga yang ditawarkan (eh jap, aku tak tau harga dia sebab Emma blanja)... hikhikhik...
Labels:
Bubbling Talk
Tuesday, February 3, 2009
Retorik Palestin Part 1...

suatu ketika dahulu, suara dunia Islam bergema melalui suara Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat... beliau lantang melaung dan memperjuangkan hak umat Islam yang tertindas terutamanya berkenaan isu-isu rantau Teluk... suara beliau di dengari dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat, bermula dari pemimpin-pemimpin dunia hinggalah kepada jutaan warga manusia biasa di seantero dunia... tapi itu semua kisah dahulu...
sekarang, tidak nampak lagi pemimpin dunia Islam yang berwibawa, yang mampu memikul beban sebegitu besar demi memperjuangkan harapan dunia Islam keseluruhannya... Pemimpin dunia Arab yang terdiri daripada raja hasil legasi salasilah keluarga sehinggalah kepada pemimpin yang kononnya dipilih hasil amalan demokrasi, semuanya berdiam diri dan melihat sahaja penindasan yang terus menerus dilakukan ke atas umat Islam...
dan beberapa hari lalu, kecoh di seluruh dunia mengenai tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dengan lantang bertikam lidah dengan Presiden Israel di sebuah sidang di Davos... secara tiba-tiba, Erdogan dijulang bagai wira dunia Islam yang baru kerana berani menyuarakan rasa hati seluruh umat Islam kepada Presiden Israel itu... apakah Erdogan merupakan jawapan kepada persoalan yang dinanti-nantikan selama ini, yakni pemimpin yang mampu memimpin dan menyatukan dunia Islam ?? hanya Allah sahaja yang tahu kebenaran hakikat tersebut...
Palestin, merupakan isu lapuk yang acapkali mendapat tempat di pentas dunia kerana masalahnya telah sekian lama membarah, namun penyelesaian tetap tidak ada, malah lebih parah pula masalahnya... setiap kali Israel mengganas di bumi Palestin, umat Islam di seluruh dunia secara automatik akan merasa simpati... lantas pelbagai tabung derma diwujudkan untuk membantu... laungan supaya memboikot barangan Israel dan sekutu kuatnya, Amerika begitu kuat bergema... persoalannya, adakah itu sahaja kewajaran penyelesaiannya ???
cuba fikirkan mengenai beberapa perkara di bawah:

- dahulu Bangsa Palestin bersatu berjuang menentang Israel dan kini 2 kumpulan Bangsa Palestin (Hamas dan Fatah) berperang sesama sendiri untuk menentang Israel... pelik bukan ? persoalannya, bagaimana bangsa Palestin hendak menentang Israel yang satu dan penuh muslihat itu sedangkan mereka sendiri berpecah-belah dan berpuak-puak ??
- dunia memang tahu dengan kekejaman Israel yang tidak mengenal erti kemanusiaan.. sebutir peluru roket dilancar ke arah Israel, sebatalion angkatan tentera rejim Zionis akan bertindak balas menceroboh dan membunuh penduduk Palestin.. persoalannya, perlukah roket tersebut dilancarkan oleh pejuang Palestin jika natijah sebutir roket tersebut akan memberi impak besar ke atas penduduk awam Palestin ???
- ajaib sungguh kerana inilah satu-satunya isu di rantau Arab yang berperang berhabisan dahulu, kemudian jika hampir kalah, baru nak berbincang di meja rundingan.. kita tahu Israel penuh dengan muslihat, jadi kenapa perlu bermain permainan mereka ??? kita juga tahu amat mustahil untuk pejuang Palestin menang jika berperang dalam keadaan sekarang, jadi kenapa perlu ikut berperang ?? tidakkah berdamai di meja rundingan lebih baik berbanding berperang ?? rasulullah juga dulu menganjurkan perdamaian sebelum memilih jalan perang... jika kita sudah kalah di medan perang baru nak berdamai, apa faedah dan kelebihan yang kita perolehi ??
- tak mungkin umat Islam mampu mengalahkan Israel dengan kekuatan tentera sedia ada hatta seluruh dunia Arab bergabung tenaga dan tentera untuk membantu kerana diakui tentera Arab tidaklah sebijak mana.. perkara ini sudah terbukti dalam peperangan-peperangan sebelum ini yang melibatan negara Arab... persoalannya, kenapa tidak digunakan kekuatan minyak untuk mengajar Israel yang durjana ?? muslihat Israel perlu dilawan dengan muslihat juga oleh umat Islam...
bersambung kemudian....
Labels:
Political View
Subscribe to:
Posts (Atom)
Faithful Followers
Blog Walking
♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------
-------------------------------