Wednesday, March 10, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 02 - Permainan Hati)


Iskandar menoleh kembali ke arah Suhayati yang memanggil beliau dari kaunter. Perkiraannya, tatktiknya tadi berhasil, tetapi ternyata silap. Gadis itu menunjukkan isyarat ke arah bungkusan plastik makanan yang masih terletak di atas meja kaunter.

“encik tak nak makanan encik ke ??”, soal Suhayati. Terus sahaja Iskandar menepuk dahinya, lalu berpatah semula mendapatkan Suhayati.

“awak cantik sangat, terus terlupa pada makanan nie...”, tutur Iskandar sambil berusaha menutup kealpaannya sebentar tadi. Suhayati memandang tepat Iskandar. Muka gadis berusia 23 tahun itu merona merah, malu gara-gara dek pujian yang dilontarkan oleh Iskandar tadi. Namun, dia masih cuba mengawal sebaik mungkin riak muka di hadapan pelanggan yang seorang ini.

“terima kasih encik.. nanti datang lagi...”
“pasti !!”, balas Iskandar sambil tersengih, lantas bergerak pergi.

Satu langkah, dua langkah, tiga langkah, beliau berjalan. Pada langkah yang kelima di depan pintu keluar restoran makanan segera itu, sekilas beliau menoleh dan tersenyum melambai ke arah gadis kecil molek tadi. Suhayati yang memerhati sedari tadi hanya menggelengkan kepala. Akhirnya, lelaki itu lenyap dari pandangan.

“ada yang minat nampak ??”, sergah Fitri, rakan sekerja Suhayati yang memerhati keadaan itu sejak tadi.

Suhayati tersenyum kecil, “customer tadi main-main je kot...”

“ala, jangan tipulah... tak nampak macam main-main pun... mcD dia pun siap boleh tertinggal lagi sebab minat sangat kat kau tadi..”, rakannya menambah lagi.

Suhayati hanya tersenyum membalas komen Fitri.

“kau pun sukalah tue kan ?? hehe...”

“eh, mana ada !! memandai je kau nie Fieyt...”, menidakkan serkap jarang rakannya itu. Perbualan mereka terhenti di situ disebabkan pelanggan lain yang datang membuat pesanan di kaunter tersebut.

---------------------------------------------------

Episode 02 – Permainan Hati

Kuala Lumpur, 19 Feb 2010

Ruangan itu luas, namun kosong serba-serbi. Dia berlari-lari ke segenap penjuru ruang itu, cuba untuk mencari jalan keluar tetapi gagal. Dia mencuba lagi dan terus-terusan gagal. Akhirnya, dia terduduk kepenatan, menghela nafas yang panjang sambil cuba mencari ikhtiar lain.

“kau tipu aku !!”, gema satu suara yang mendadak muncul. Dia menoleh sekeliling, tiada siapa yang dilihatnya.

“kau tipu aku.. kau tipu diri kau sendiri !!”, suara itu menambah, kali ini dengan nada yang sedikit keras.

“siapa kau ??”, dia menyoal. Suara itu ketawa. Semakin lama semakin kuat gema ketawa suara itu.

“kau lupa pada aku ??”
“orang seperti kau tak mungkin mudah lupa !!”, sindir suara itu. Ketawanya makin panjangnya...

“tidak !! aku tak kenal kau...”
“pergi !! pergi !! pergi !! aku mahu keluar dari sini !!”, dia meningkah suara misteri itu. Dia bingkas bangun, berusaha lagi mencari pintu yang membawa kepada jalan keluar. Malangnya, masih tidak berhasil.

Suara itu ketawa lagi, “usaha kau hanyalah usaha sia-sia... sebagaimana juga kau mensia-siakan janji kau pada aku !!”

“apa yang kau mahu ??”
“apa salah aku ??”, dia binggung memikirkan situasi yang melandanya kini.

“kau lupa pada janji !!”, suara itu menjerit.
“janji adalah untuk ditepati, bukan dikhianati !!”, tegas suara itu lagi.

“aaaa... aaaku tak mengerti...”, dia menjawab gagap.

“kau harus dihukum atas apa yang berlaku...”

“tolong, aku tak mahu mati lagi... setidaknya, bukan di tempat yang tak pasti ini...”, dia merayu mengharapkan suara itu berlalu pergi.

Suara itu kembali bergema dengan hilaian ketawa. Dia binggung.

“mati bukan hukuman yang layak untuk kau, Iskandar Hakimi !!”, ketawa suara itu bertambah kuat memenuhi segenap ruang yang ada.

“penderitaan jiwa adalah yang sebaiknya buat kau...”

Dia terkejut, tidak mengerti dengan maksud sebenar suara itu. Otaknya ligat berfikir di ketika itu. Lantas, kepalanya terasa berat sekali. Sakit yang dirasakan seperti mahu pecah tempurung kepala dia di saat itu.

Dia menjerit tak tertahan, “aaarrrgghhhhhhhhhhhhhhhhh !!!”
Nafas terasa sesak seketika. Visual ruangan kosong itu mula memudar perlahan, gelap.

“maafkan aku jika aku salah.... arrrggghhhhh !!!”, denyut dada yang menyesak semakin kuat menghimpit, semakin kuat ditekan. Sekeliling menjadi kelam.

“teet teet teet... teet teet teet...”, bunyi asing itu cukup kuat, cukup untuk mengejutkan dia.

Iskandar terbangun mengejut. Nafasnya tercungap-cungap keletihan. Terpijat-pijat matanya memandang sekeliling dalam keadaan gelap gelita itu memastikan di mana dia berada. Setelah diamati, dia berada di bilik dia ketika itu. Tangannya meraba-raba kunci jam untuk memberhentikan bunyi alarm tersebut.

“astagfirullah-al-azzim..”, gumam Iskandar. Dia menyeka peluh yang membasahi mukanya. Dia mengerling ke arah jam di atas meja sisi katilnya. Angka-angka digital pada jam kotak tersebut memaparkan waktu 6.06 pagi ketika itu.

Azan subuh ketika itu berkumandang sayup dari pembesar suara surau yang berhampiran. Dia termenung sejenak, cuba memikirkan apa yang dialaminya sebentar tadi. Sekadar bermimpikah dia ? atau barangkali ada maksud tersirat di sebalik semua yang dialaminya tadi.

Dia binggung.

(bersambung...)

regards,

13 comments:

Frodo Baggins said...

wooohaaaa ....
mimpi jer?
bro mimpibeliau jd knyataan x?
ngahahahhaha


>>____<<


sambooongggg

Anonymous said...

aku baca episod pertama kau..best..sambong lagi pon best

tapi tang mimpi tu apakah mksud?
kekekekeke

aku beranagan jadi suhayati buleh?
wakakkakkaka
aku kcik molek gak

kah3x~

♥ p a a n i ♥ said...

hoho nmpaknye iskanda mcm ade sejarah silam yg pahit??

mazni namaku said...

boleh tak nak dapatkan edisi lengkap...ngeeee ;)

zara aluwi said...

Kalau sekadar berblogging, cara penulisan sebegini dah kira bagus. Jalan ceritanya menarik.

Tapi, kalau menulis untuk novel banyak yang perlu dikupas. Kesilapan pada tanda-tanda bacaan dan pastikan setiap dialog watak perlu diasingkan pada satu perenggan. Jangan satukan watak lain dalam penceritaan dialog orang pertama. eg: susunan ayat sebenar.

"Siapa kau?" dia menyoal.

Pertanyaan itu disambut dengan tawa. Semakin lama, tawa itu semakin kuat bergema.

Kalau ada dua dialog bersambung oleh orang yg sama. Pastikan pada dialog pertama sebutkan keadaan semasa dia berkata. eg:

"Kau lupa pada aku?" tanya suara itu. "Orang seperti kau, tak mungkin mudah lupa!" jelas suara itu dalam nada menyindir.

Kemudian, suara itu terus ketawa. Kali ini semakin panjang tawanya.

Kena elaborate more on the 'ketawa' beri contoh ketawa like apa? Menyeramkan ke, menyakitkan hati ke... whatever...

Good try. Keep it up.

Anonymous said...

syabas..ade talent,benti keje buat full time menulis..bakat boleh di asah :)

Aidy Shahiezad said...

frodo,
agak-agak jadik kenyataan tak mimpi dia ??
(tanya balik nk duga) ;)

jane,
kna trus mmbace pasni kalo nk tau ape maksud mimpi tue... lg satu, kau tak boleh jadik suhayati sbb aku bajet nk masukkan watak kau, mcm yg kau request ari tue... okay ??

paany,
eh... ade ke sejarah silam yg x pahit ??
sejarah manis ke sbg contoh... ;p

lai,
edisi lengkap ??
nk lengkap macam mane, kalau baru ade 2 bab nie je... sy menulis dari masa ke semasa je... belum ade naskah lengkap lg... harap sabar menanti... ;0

kak zara,
thank q untuk tips yg diberikan... ;)
insya-Allah boleh dipraktikkan slps nie (jika tangan nie tak degil menaip ikut kebiasaan)... hehehe....

izatty,
thank q gak... tp, nk suruh berhenti buat full time ?? hehe... tak berani plak rasenya... ;p

kalian semua,
next update, insya-Allah menjelang ahad mlm isnin... nntikan jika masih sudi membaca.. ;)

Anonymous said...

ye ke nak masukkan watak aku??
bestnyeeeeeeeeeee


make sure watak baik dan comel yer...
ngahahahahahahah~

Aidy Shahiezad said...

eh.. boleh siap demand nk watak baik dan comel lg tue... uhuks... ;)

Anonymous said...

mestilah
kahkahkahkah










kiranya brguna jugak entry aku utk novel kau
muahhahaha


















make sure baik tau
huahuahua

Aidy Shahiezad said...

jane,
okay, dah sambung da bab 3...
sila bace... muahahaha... ;)

Anonymous said...

salam ziarah
kalau ditulis panjang lagi best..sebab ni pendek..mcm sekat lak.

Aidy Shahiezad said...

fndrocka:
slm... thanx... ;)
penulisan yg panjang memerlukan lebih masa kan... :D

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs