Tuesday, September 29, 2009

Obsessi Bintang !!

"seandainya aku terobsessi jelas, tunjukkanlah satu bintang itu sebagai suatu tanda pasti... jika seandainya sirna bintang itu kelam di kejauhan, tetaplah buat aku tersenyum... dan seandainya bulan itu membayangi bintang yang satu, tetaplah bercahaya agar bisa ku tahu arah tujuan destinasi akhirku..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

nukilan ikhlas terzahir saat waktu merangkak perlahan merapati jam 11.45 malam, 29 September 2009... selamat menginjak seangka ke usia baru untuk diriku...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

regards,

Taklukan Hale's Kitchen !!

salam selamat pagi... semalam aku gie makan kat sekitar kawasan kejiranan Kg Baru... tetiba terlintas nak gie makan kat sana lepas terbaca artikel promosi makanan best kat dalam suratkhabar mingguan... so, sebagai pengemar makanan sejati, aku hasut Kerol sekali, kami gie ke Hale's Kitchen (bukan Hell's Kitchen yang macam dalam televisi tue ye), terletak kat Plaza RAH, Kg Baru... apa yang kami makan ek ?? aku order Irish Lamb Stew Shank, Hale's Tower dan Striking Strawberry Soda... Kerol plak amik Salmon Thermidor dan Apple Juice... untuk pengetahuan, Stew dan Hale's Tower tue adalah signature untuk Hale's Kitchen... yummy, sangat menyelerakan dan heaven !!! hahaha... pada harga hampir mencecah RM100 untuk semua hidangan tue, masih dikira sangat berbaloi dek kerana rasanya yang best... daging stew yang empuk dan lazat, salmon yang segar dan lembut, speechless beb !!


regards,

Friday, September 18, 2009

Ucapan Sampaikan Salam Aidilfitri untuk Semua...

aku sangat pasti separuh isi Kuala Lumpur telah pun selamat sampai ke kampung halaman masing-masing... dan aku plak ?? masih tercongok kat dalam pejabat nie... hehehe... tapi, tercongok aku bukan la sebab tak dapat cuti, tapi malas nak habiskan cuti sebelum raya, tak berbaloi sungguh... walau camne pun, aku tetap cuti seminggu lepas raya nie... huhuhu... so, aku amik kesempatan nie untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin (walaupun aku amat yakin aku tak buat apa-apa salah BATIN kat sesiapa pun lagi.. hehe..) kepada semua yang membaca entri blog aku, baik menerusi blog ataupun facebook aku... semoga semua sahabat dan kenalan berjaya kembali ke Kuala Lumpur dalam bentuk solid tubuh badan (erk.. apakah maksudnya ?? - jangan main mercun la... hehehe..)... terima kasih gak pada semua yang sempat hantar kad raya melalui blog tue (aku pun tak paham style nie, korang yang hantar kad, aku sebagai penerima plak yang kena gie amik sendiri.. adeh...)... tahun nie, aku tak sempat nak design satu kad raya macam tahun sudah, jadi sebagai penggantinya, amik la kad raya versi Upin & Ipin nie je... sekian salam aidilfitri...

p/s: 2 hari lagi je nak raya dan aku masih tak nampak 'anak bulan mood raya' aku nie.. adeh, perkara serius nie... ;(

regards,
Aidy Shahiezad

Wednesday, September 16, 2009

Kedinginan Hujan Tingkat Tinggi, Buka Puasa Yang Tak Pasti...

ketika ini, hujan turun lebat mencurah-curah ke bumi... dan aku masih lagi terperangkap kat pejabat... bila merenung keadaan luar dari jendela tingkap pejabat, kiri kanan arah jalan penuh sesak dengan kenderaan yang tak bergerak... eh atau bergerak pada kala yang tersangat perlahan sebenarnya (mungkin aku yang tak nampak kot)... macam mana aku nak balik rumah nie ?? dah la hujan, ditambah dengan kesesakan jalan yang maha dahsyat lagi... adeh, berbuka kat pejabat la aku buat pertama kali sepanjang bulan puasa nie... actually, nak makan apa pun aku still tak decide lagi... mungkin sekadar KFC je atau Secret Recipe kot.. mudah, senang & cepat... huhuhu...

p/s: makin nak dekat raya, makin menimbun plak kerja kat pejabat nie... mood raya aku pun tak datang lagi nie.. ape nak buat ??

Tuesday, September 15, 2009

Layan Mood Indah di Pagi Hari...

hye... selamat pagi... pagi nie hujan turun la.. walaupun tak lebat tapi cukup la untuk buat semua jalan utama kay ell sesak sikit berbanding biasa... tapi, tue semua tetap tak mengganggu mood aku yang tetiba cam best je pagi nie... mengapakah aku begitu ?? hahaha... sebab semalam aku buka puasa ngan murtabak size XL (gambar pinjam tanpa izin dri blog http://masak-masak.blogspot.com, ya ampun tuan blog... sekadar untuk tujuan promosi je nie...) kat Victory Arab Street, USJ Taipan nun... walaupun sekadar murtabak, tapi ia sangat besar dan kenyang !! huhuhu... kemudiannya, waktu sahur pagi tadi dapat plak makan burger arnab yang sangat jarang-jarang dibeli oleh aku... bertambah ceria la hari nie... hehehe... tue jela nak bagitau... petang nie buka puasa kat Concorde Shah Alam plak... ~~lalala...

p/s: bajet shopping raya aku meningkat 3 kali ganda dari yang sepatutnya... sape nak jawab tue ?? aiseh... ape nak jadi la nie ??? hahaha...

regards,
Aidy Shahiezad

Thursday, September 10, 2009

Aku Mati Rasa...

aku rasa ngantuk petang nie... aku rasa tekanan tahap tinggi tatkala nie... aku rasa sangat tak best je saat nie... aku rasa segala-galanya yang aku tak harus rasa... adakah aku mati rasa saat nie ?? atau adakah aku kekurangan oksigen yang mengalir ke serata deria saraf otak untuk kewarasan akal aku berpikir ketika nie ??? huwarghhh !!! tertekan segala tekanan sekarang nie... erm... entri dramatik terpendek yang pernah terhasil oleh aku rasanya... ;(

regards,
Aidy Shahiezad

Wednesday, September 9, 2009

Weekend's Reunion...

waa... semakin malas je nak update blog nie... lelebih lagi bila masuk bulan puasa nie.. huhuu... apa pun, skadar short update tentang aktiviti weekend yang lepas... sabtu lepas, geng UTM buat reunion buka puasa + bowling di Alamanda, Putrajaya... aktiviti bermula seawal jam 5 petang (walau pun janji kononnya jam 3 berkumpul)... adalah dalam 13 orang masa mula-mula main bowling tue, jadi terpaksa pecah 3 kumpulan... kemudian, player 'substitute' pun ramai join kemudiannya, adalah dalam 3-4 orang lagi... result tak rasmi, group aku (team J.A.H.A.D - Jinni, Addy, Henni, Amin, Dilla) telah menang besar...


kemudian, kami beramai-ramai buka puasa di restoran Rasa Mas... habis berderet meja dari dalam sampai luar kami booking... neway, thanx to Ju sebab dengan rela hatinya tolong bookingkan dan uruskan segala urusan hal makanan nie... selesai berbuka puasa, agenda diteruskan dengan sesi bergambar sakan di sekitar Putrajaya... part nie aku tak join sebab, aku da blah balik rumah... huhuhu...

Wednesday, September 2, 2009

Siri Kisah Hantu: Benarkah Berhantu ??

seriously, aku tak tipu kali nie (ceh... macamlah aku menipu pada masa lalu..)... sememangnya kuih samperit nie memang berhantu betul... sekali amik, terus rasa nak amik lagi 10, 20 dan puluh-puluh lagi la... hehehe... sebenarnya, al-kisah sebelum bulan puasa lagi nie... bila mana, masing-masing tengah sebok dok promote kuih-muih raya untuk ditempah kat opis aku nie... so, sebagai tester tetap yang tak bertauliah kat opis tue (workstation aku hanya 15 langkah je dari pantry tue), niat asal aku sekadar nak merasa je... sekali makan sekeping, terus nak amik lagi... tapi sayang tak boleh makan banyak plak, kalau tak macam mana orang lain nak rasa gak kan... hehehe.... akhirul kalam, pujian ikhlas dari aku, memang 1st class !!!

regards,
Aidy Shahiezad

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs