permulaan selepas cuti raya aidiladha yang tidak diimpikan langsung... bila nak gie kerja pagi nie, enjin kereta aku tak boleh nak start... check punya check, bateri kereta flat... hampeh betul... satu kerja plak nak cari jumper pepagi buta kat taman perumahan yang rata-ratanya masih cuti beraya di kampung lagi... tapi, alhamdulillah, dapat gak pinjam jumper untuk start enjin kereta aku... bila sampai bengkel, terus sambar bateri bosch satu.. padahal tak pernah-pernah sebelum nie nak pakai bosch pun... anyway, tahan ke bosch nie ?? huhuu... alang-alang dah sampai bengkel, suruh check tayar belakang sekali... tahu-tahu rupanya sampai 2 lubang bocor kat tayar belakang... adess... asyik bocor je tayar belakang kereta aku nie... apalah nasib.... huuhuhu....
p/s: terima kasih kepada yang sudi mendengar luahan entri lepas.. terima kasih gak atas nasihat yang diberi, really appreciate it... tapi, nak cerita lebih lanjut dan terbuka, harap maaflah kerana masih belum sedia...