Wednesday, July 21, 2010

Adik, Kau Memang Ayu (A.K.M.A), Tapi...


seriously dik, abang tak tipu...

adik memang nampak menawan... dengan rambut lurut tersisir rapi, adunan hitam likat warna rambut tue nampak bersinar, tambah lagi bila diblend secukup rasa dengan warna coklat emas tue... berseri !! dah kira hampir sama dengan warna rambut abang je nie haa.. :)

dan muka adik yang bujur sirih tue pun nampak comel je sebab ada iras-iras Lisa Surihani yang glamor tue... sejuk je mata nak memandang... haih... senang cerita, kita nie kira macam sejiwa gak laa... *kan ??

tapi kan, skill masak burger adik kena improve sket la kot... huhuhu....

kalau ikutkan standard rancangan realiti masakan Master Chef yang pames tue, abang ratekan adik macam nie laa...

Gaya Persediaan – Tip Top !!
Skill & Teknik Memasak – Out !!
Presentation Masakan – Suam-Suam Okey !!


adik jangan ambil hati ea... walaupun skill masak burger adik tue nampak macam tak PRO, tapi seriously rasa burger tue memang sedap abes la... ikhlas abang puji... tak rugi beli walaupun abang kena tahan mata tengok adik terkial-kial nak masak daging burger tue tadi.. *berpeluh menunggu !! fuh...

-----------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
kat Malaysia nie, burger dah hampir mencapai tahap piawaian yang ditetapkan untuk disenaraikan sebagai salah satu makanan ruji rakyat... hoho... lepas nie adik kena improve sket teknik masak burger tue la kot sebab demand memang tinggi.. !!

-----------------------------------------------------

Aidy Shahiezad: entry yang sepatutnya release untuk hari nie terpaksa diperam dulu bagi memberikan laluan kepada entry nie... hehe...

regards,

Sunday, July 18, 2010

Hipokrasi AMNESIA dalam Kehidupan !!

di dalam hidup ini,

berapa ramaikah daripada kita yang benar-benar beribadah kerana ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada yang lain ??

biarpun korang pikir perkara nie macam agak tak logik je, namun percaya atau tidak, inilah yang terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari... *tidak dapat tidak, sedikit riak dalam setiap perbuatan kita pasti ada... benar begitu kan ??

maka, sebuah persoalan ini dilontar untuk renungan kita bersama... seberapa ramaikah dari kita yang sebenarnya mengalami AMNESIA dalam kehidupan kita ??? huhuhu....

berbuat baik jika kau dilihat orang
berkata halus jika kau didengar orang

menghujat orang pun tak pernah ditinggalkan

dzolimi orang pun selalu dilakukan

kadang kau beramal, kadang kau memfitnah
padahal Tuhan selalu melihat

PAGI BERIMAN, SIANG LUPA LAGI
SORE BERIMAN, MALAM AMNESIA...

~ Gigi - Amnesia ~

aku juga merasakan aku sendiri tergolong dalam kelompok AMNESIA yang diperkatakan itu... huhuhu (*blame me, i'm juz another weak creature in this beautiful world !!)... sesekali aku mula mendengarkan lagu catchy Gigi nie, hati rapuh aku seakan-akan di panah tepat ke sasaran... nah... aku sendiri pun kena tusuk dalam dengan mesej ringkas sebegini... huhuhu...

oleh yang demikian, menjelang bulan Ramadhan yang semakin hampir tiba nie, jomlah kita selalu ingat-mengingati di antara satu sama lain... tak salah bukan ?? sememangnya, kita mampu mengubahnya !!

---------------------------------------------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
sebagai seorang perfectionist, aku mula belajar untuk menerima hakikat kehidupan bahwa tak semua orang itu sempurna... masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan mula mengikut rentak arah angin berhembus... jom !! *namun, tidak pula bermakna aku bakal menjadi lalang yang lemah dan acapkali meliuk-lentuk mengikut tiupan kasar angin... hehehe...

---------------------------------------------------------------------------------------

regards,

Tuesday, July 13, 2010

Senti Yang Mental...


aku kini beberapa SENTI lagi untuk menjadi MENTAL...

abeslah aku kalau macam nie... hahaha...

to my heart,
juz keep smiling and be cool alwitz...
bcoz i'm far better than some people expected... yeah !!!

--------------------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
suddenly, felt like losing some faiths (not related to religious issue k)... also, i'm felt like missing some strengths... juz wondering, am i start to losing my mind ??? hurm... :(

--------------------------------------------------------------

regards,

Saturday, July 10, 2010

Gejolak Rasa Jiwa (GeRaJi)


ehh.. korang semua... hai !! :D

owh korang tau tak...

aku dah tak tau macam mana lagi aku nak membendung rasa nie... keinginan aku sejak 3-4 bulan yang lepas tersangat la membuak-buak dan meronta-ronta !! *adeh.... sangat terseksa jiwa suci aku sekarang nie...

tolong la aku korang semua... aku dah tak kuat nak menahan amukan perasaan aku nie... gejolak jiwa seakan kuat menekan-nekan... *dup dap dup dap... terasa mengalir laju je degup jantung aku nie... arghhhh !!

adessss... pasal apa la payah benar nak jumpa kau nie.... dah merata dah aku mencari, ke hulu ke hilir aku bertanya... tapi, hampa dan kecewa... kau tetap juga tak aku jumpa... *aku dah lelah mencari.. fuh...

tolong jangan dera aku macam nie sekali....
*kenapa la kau suka mendera aku tatkala belum musim tiba ?? haih...

owh.. CEMPEDAK GORENG, mana nak cari kau nie ?? dah lama sangat aku mengidam kau nie... please....

---------------------------------------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
gila lama aku mengidam nak makan Cempedak Goreng nie... tapi, still tak jumpa-jumpa sampai sekarang nie... cesss.... dan, aku dah tukar header blog... okey ke header baru nie ?? errr... sila beri komen ea... babai !! hohoho...

---------------------------------------------------------------------------------

regards,

Monday, July 5, 2010

Terbajet Ala Retro: Buat Ujian Ushar Market (T.A.R.B.U.U.M)

(TARBUUM pun ada iras-iras bunyi DA BOOM kan..)

sekali pandang di kejauhan, apa pendapat kau orang tentang gambar nie ?? itu kalau kau pandang dari kejauhan la... kalau pandang dari kedekatan pulak ?? *owh, ada ke istilah kedekatan sebenarnya dalam kamus dewan bahasa dan pustaka tue ?? ahh.. layankan saja.. aku kan perosak bahasa tegar !! hahaha....

ibarat resmi orang zaman dulu-dulu, kalau nak meminang anak dara depan rumah, mestilah mak kau bawak gambar kau buat test market yang ternyata susah nak diduga pasang surut untungnya itu... agak-agak kau orang, dengan berbekalkan sekeping gambar yang ala-ala retro camnie, mampukah sebarang hati terpaut dan berpaut di dahan ranting yang rapuh itu ?? *ehh.. ehh.. silap pulak dah... tue lirik lagu la... hohoho...

okey, seriously, apa kata kau orang semua tentang gambar tue ??? share la sket, jangan kedekut pandangan dan idea.... saja je sebagai persediaan, kot-kot la mak aku mintak 'gambar terbajet' aku nak buat promo... okey, aku nak masuk tidur dulu... esok, mahu berjalan jarak jauh... *berjalan jarak jauh tak semestinya kita melangkahkan kaki hingga lenguh, tapi adakalanya kita menerawang terbang ke alam yang lain hanya dengan kekuatan kreativiti... gear automatik kan ada... sekian...

------------------------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
tapi, jiran depan rumah aku takde anak dara comey nan ayu, anak teruna gagah perkasa adalah barang 2-3 ekor (*metafora kumbang)... aiyark !!! mampus aku silap ushar rumah pulak.... rumah sebetulnya kat seberang belakang rumah aku nie hah... cesss !!!

------------------------------------------------------------------

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs