Sunday, August 23, 2009

Kisah Sejarah: Tips Panjangkan Hayat Puasa Part 1...

sekejap lagi, dalam sejam je lagi da nak masuk waktu berbuka puasa... sementara nak menunggu tiba waktu tersebut, aku nak share ngan korang aktiviti-aktiviti aku waktu bulan puasa yang berlaku semasa zaman kekanak ribena aku dulu.... semestinya, apabila menjadi kekanak ribena nie, satu perkara yang paling best adalah ada excuse untuk buka puasa apabila perut da tak tahan... tapi, sebagaimana family lain gak, parents aku counter aku balik dengan tawaran hebat dan lumayan di saat itu yakni offer satu hari puasa penuh dapat seringgit mesia... kalau penuh sebulan, dapatlah aku bonus lima puluh ringgit mesia time raya...

dek kerana tawaran yang tak mampu nak ditolak tue, aku sebolehnya akan pertahankan puasa aku walau camne pun sekali caranya... acapkali, bila aku balik dari sekolah waktu petang, sure aku akan rasa lapar.. yela, gie balik sekolah pun jalan kaki je... bukan takde basikal, tapi aku ade ckit masalah dengan penunggangan basikal nie... cerita yang tue, lain kali la ye... huhuhu... berbalik kepada cerita asal, ini adalah trick tahap dewa yang selalu aku praktikkan bila rasa lapar tapi still dengan sombong dan egonya takmo gak buka puasa awal... selalunya aku akan buka peti sejuk mak aku kat dapur dan masukkan kepala aku yang kecik time tue dalam peti sejuk tue... 10 minit pun jadik la... time tue, tuhan saja yang tau betapa bestnya rasa sejuk tue yang terus buat rasa lapar aku hilang !! hehehehe... tapi awas, jangan sesekali buat trick nie time mak korang ade kat dapur, mau free-free kena pelangkung kang... hahaha... okey, sambung lagi nanti dengan trick lain plak... selamat berbuka puasa semua... hehehe..

Sunday, August 16, 2009

Prebiu Wayang: The Proposal..

When high-powered book editor Margaret faces deportation to her native Canada, the quick-thinking exec declares that she's actually engaged to her unsuspecting put-upon assistant Andrew, who she's tormented for years. He agrees to participate in the charade, but with a few conditions of his own. The unlikely couple heads to Alaska to meet his quirky family and the always-in-control city girl finds herself in one comedic fish-out-of-water situation after another. With an impromptu wedding in the works and an immigration official on their tails, Margaret and Andrew reluctantly vow to stick to the plan despite the precarious consequences.

Wednesday, August 5, 2009

Maryamah Karpov..

Maryamah Karpov ini adalah siri terakhir daripada tetralogi Laskar Pelangi, karya terbaru Andrea Hirata... menurut Sasterawan Negara, A. Samad Said, ia merupakan kisah ilmu yang mengilhamkan di tengah ilmuwan yang menyedarkan.... menurut pendapat Zeti Akhtar pula, menerusi Maryamah Karpov, sang penulis Andrea Hirata berterusan mempersonakan pembaca dengan keunikan dan kejujuran dalam pengucapan naratifnya. Karya akhir dari siri ini akan menjawab segala persoalan yang bersarang tatkala pembacaan novel Laskar Pelangi sebelumnya... pendapat aku pula, ia novel harus milik kerana ia buah tangan Andrea Hirata, penulis kegemaranku... tambahan pula, ia dinobatkan sebagai antara novel "International Best Seller"... mudah-mudahan aku diberi ruang masa untuk menyudahkan pembacaanku dalam masa terdekat nie... insya-Allah...

p/s: entri singkat dari bumi bertuah Melaka Bandar Bersejarah...

Monday, August 3, 2009

Bodohkah Akal, Benakkah Hati ??

aku terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenai insiden perhimpunan GMI (Gerakan Memansuhkan ISA) yang berlaku di sekitar tempat tumpuan khalayak di tengah-tengah Kuala Lumpur pada sabtu lalu, yang menyebabkan hampir 500 orang ditahan... pertama sekali, maaflah sekiranya entri bakal mengundang rasa kurang senang para khalayak yang terlibat kerana prinsip aku, siapa yang makan cili pasti terasalah pedasnya... aku bukanlah penyokong gerakan tersebut apatah lagi sebaliknya... cuma, aku kira luahan rakyat bawahan yang kerdil seperti aku nie wajarlah di dengar juga...

hairan bin ajaib kerana gerakan ini kuat melaungkan bahawa rakyat hidup dalam ketakutan kerana adanya ISA tue.. tetapi, apa yang dapat dilihat ISA tue bukanlah ancaman, jauh sekali menjadi ketakutan rakyat... sebaliknya, para khalayak yang sibuk berdemonstrasi inilah yang menjadi ketakutan rakyat... bukan tue sahaja, mereka malah menyusahkan rakyat pula, menganggu urusan seharian rakyat tanpa motif yang jelas... hanya lebih menurut emosi dan tingkah laku kurang akal saja... jangan pula ini dikatakan sebagai amalan demokrasi kerana hanya politikus picisan sahaja yang sibuk melontarkan modal tak seberapa nie...

kepada khalayak yang turut serta sabtu lalu aku bertanya, apakah yang kau benar-benar tulus ikhlas memperjuangkan kehendak rakyat ?? atau sekadar bodoh akal menuruti tingkah akal tangan-tangan ghaib secara semberono ?? mohon kau fikirkanlah, dimana letak kepentingan rakyat tue kalau kau sendiri menyusahkan dan menakutkan rakyat ?? haruslah kau yang patut dihapuskan dulu... perlu diingat, siapa yang terperangkap ketakutan dalam pusat membeli belah yang terpaksa ditutup ?? siapa yang terpaksa menutup perniagaan mereka dan mengalami kerugian perniagaan ?? dan siapa yang terpaksa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang maha dahsyat gara-gara jalan yang ditutup itu ?? bukankah semuanya ditanggung oleh rakyat juga ?? perjuangan untuk rakyat apa yang menyusahkan rakyat ?? fikirkanlah secara waras...

kepada para tangan ghaib di sebalik gerakan ini, jangan kau bermain gaya politik filem hindustan mahupun tamil yang acapkali dilihat dilayar perak saban minggu demi memenuhi cita-cita penuh muslihat kau... haruslah diingatkan bahawa masa berpolitik telah berlalu, simpan saja untuk pilihan raya seterusnya.. kalau asyik sibuk main politik saja, bila masanya mahu bekerja untuk rakyat ?? sekarang masanya membela dan memperjuangkan nasib rakyat mengikut lunas-lunas yang betul, bukannya menerusi tindak-tanduk politikus picisan seperti sabtu lepas... berpolitik ada hadnya, jadi berpeganglah pada batas-batas yang ada itu..

kepada mahasiswa yang turut serta, aku tak pasti apa alasan kau untuk turut serta... mahu membela nasib rakyatkah kau sedangkan nasib kau pun belum tentu lagi entah apa jadinya... tak perlu aku ingatkan untuk apa kau dihantar belajar oleh ibu bapa kau.. berpolitik di universiti tidak ada salahnya tapi telah ramai contoh terdahulu yang sibuk berpolitik sehingga pelajaran kecundang... cuba kau kira berapa ramai pula yang sibuk mengejar politik sehingga asyik extend saja pelajarannya saban semester... nasihat aku, kalau mahu menjadi politikus, janganlah jadi politikus yang celik politik tapi bodoh ilmu pelajaran... tak perlu ditambah statistik golongan ini yang sememangnya telah banyak di arena politik sedunia... harusnya jadilah politikus yang bijak serba-serbi, baru kau dipandang tinggi masyarakat... jika nasihat mudah seperti nie pun masih sukar kau fahaminya, maka sia-sialah kau belajar tinggi-tinggi... nyatalah kau masih bodoh akal dan benak hati walaupun mungkin kau celik politik !!!

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs