sangat pelik title post kali nie, tapi memang tue la titlenya… tak salah taip, tak juga salah memberi maksud… meminjam title single baru Efek Rumah Kaca yang baru rilis, aku nak membawa korang semua kembali ke alam remaja dulu-dulu… bukan la maksudnya yang aku nie da tua, cuma lebih dewasa berbanding dulu-dulu je… ahaks…korunk pernah nakal tak zaman remaja dulu ?? persoalan aku, apa yang korunk da buat masa tue sampai melayakkan korunk mendapat tag nakal ?? sure ada memacam jenis perbuatan yang korunk buat dulu… takpe la, apa yang korunk buat tue boleh je kongsi dalam ruangan comment nanti kalau sudi …
***** iklan:- berehat sebentar bersama kit kat *****
senang mengabadikan tubuh yang tak berhalang pada hanya insan belaka
ketika diraih yang juara, etika dibuang entah ke mana
nafsu menderu-deru, bikin malu..
tegar mempamerkan badan dan yang lainnya mungkin hanya untuk kenangan
nafsu menderu-deru, susah maju..
apakah kita tersesat arah ??
mengapa kita tak kisah dewasa ??
***** iklan tamat *****
okay sambung balik… remaja zaman aku (termasuk aku) sememangnya sangat berani… diorang nie tak kisah apa pun, yang penting kepuasan diri, enjoy… ada masanya, kenakalan aku sendiri sangat sukar untuk dipercayai… bagi aku, aku suka mencuba semua benda… dan tentunya subjek favorit aku tak lain tak bukan manusia itu sendiri… aku teramat la gemar menguji dan menduga insan lain dari pelbagai aspek… aspek apa, jangan tanya… yang da pena teruji ngan aku tau la aspek-aspek yang aku maksudkan… hehehe…
tapi, aku rasa aku da cukup merasai dan melalui semua perkara hanya atas nama kenakalan itu sendiri hingga adakalanya aku terbabas gak… aku akui, semua tue memainkan peranan besar dalam proses melangkah ke alam dewasa… dan kini, aku lebih matang dalam memilih langkah-langkah seterusnya, terima kasih kepada kenakalan masa lalu aku.. hehehe…
namun, remaja terkini (zaman kini , era pasca Mahathir) lagi hebat aku kira, kiranya berani mati… dengan canggihnya teknologi, semua benda da ada kat depan mata… bagitau aku, apa benda yang tak boleh dicapai sekarang nie ? semuanya di hujung jari je… macam-macam boleh dibuat hingga boleh buat runtuh akhlak la dan sebagainya… pakcik makcik, alim ulama, bijak pandai alam kat luar sana sibuk je nak salahkan remaja-remaja nie sebagai bodoh, membuang masa dan golongan rugi… tapi, pernah tak mereka cuba menyelami remaja-remaja nie ??? tau nak salahkan je… aku bukan la nak sokong mereka, tapi aku melihat ada keperluan untuk remaja ini nakal dan mengikut aliran darah muda sendiri… untuk apa semua itu ?? bukan la untuk suka-suka sebenarnya…
perkiraan aku sebenarnya mudah, mereka lebih tahu baik buruknya sesuatu perkara tue kalau mereka yang mengalami sendiri… semua ini adalah pengetahuan, mungkin ada yang tak sedar sekarang, tapi percaya la remaja nie akan faham dengan sendirinya bila da jatuh terduduk kelak… hidup adalah berlandaskan kepada pengalaman kan ?? kalau pengalaman hidup yang ada, semuanya baik-baik je, maknanya tak habis hidup lagi la kot orang tue… tak boleh la nak dikatakan sebagai bijak pandai… lagipun kena ingat, kongkongan hanya akan menambah rasa mereka untuk mencuba dan terus mencuba… so, apa salahnya, biarkan la mereka mencuba selagi boleh…
mungkin ramai yang akan melabelkan aku sebagai tak sayang bangsa la, pemusnah agama la lepas nie, tapi aku lebih melihat diri aku sebab pendokong pemikiran liberal, ultra-reformis… peduli apa kata orang, bukan orang lain yang mengetahui niat dan tujuan kita, bukan orang lain gak yang menentukan hala tuju kita, yang penting diri sendiri beb !!!


