Thursday, December 31, 2009

Rentetan Rantau + Rayau @ Melaka [ReCap]...


rasa macam banyak je yang nak dikisahkan, tapi ada ke orang kisah dengan kisah-kisah aku ?? larat plak orang nak membaca semua kisah yang aku tulis kalau dah semua kisah aku tuliskan panjang belaka... jadi, ringkasan jelah aku tuliskan kali nie... [cuba kira, berapa banyak kali aku guna perkataan "kisah" ??]


1) weekend yang hectic... kenapa ?? kerana menghabiskan seisi ahad di Melaka... sambil menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan, Sket, alang-alang dah menjejakkan kaki ke bumi Melaka, merantau dan merayau la kami semua... hehehe... bukan senang nak berkumpul macam nie dengan rakan-rakan ex-UTMians [nie aku suka hati je letak nama, hehehe]... so, sempat la gak menyinggah kat Kota A'Famosa memandangkan ada plak seorang rakan yang mengidam nak bergambar sakan kat situ... tak banyak tempat boleh nak rayau pun, kena plak dengan bandar Melaka yang punyalah sesak macam sardin... jadi, berpose sakan kat A'Famosa dan sekitar je la, makan malam di Ayer Keroh dan main bowling di MIBC [waiting list saja dah 1 jam lebih - rasa teruja dan keinginan mengatasi segalanya]... hahaha... sampai rumah je dah sekitar jam 3 pagi... hehehe...

2) movie marathon yang best.. sekadar nak mengisi cuti panjang yang terluang je... so, bangun pepagi, terpikir nak tengok wayang.. so, terus buka website GSC, beli tiket online... cerita pilihan adalah filem yang aku teringin nak tengok sangat, Ninja Assasin dan filem penyiasatan, Sherlock Holmes... sangat best dan mengujakan... lakonan RDJr sangat selamba sekali... tetapi, Avatar tetap masih nombor satu di hati... hehehe...


3) spoiler baru kereta... actually, dah dapat ganti spoiler yang hilang tue... tak dapat nak cari yang untuk SE, so amek yang untuk GTI version je la... baru je siap pasang, cuma tak sempat nak cat je lagi... plan nak pergi cat pagi tadi, sekali ngantuk dan penat mengatasi plan tue, jadi tertunda la dulu... hurmm, entah bila la nak cat nie ?? sekali tengok, macam pelik je kereta kuning berspoilerkan hitam.. dua kali tengok, eh lawa gak ea... hahaha... adess, tetiba aku dalam dilema nak memilih cat kaler apa plak nie... ;p

okay, sampai sini je dulu... aku nak menyiapkan material tahun baru nie... nantikan ea [sambil menghitung rakan-rakan yang masih setia membaca kisah aku nie...]

regards,

Saturday, December 26, 2009

Spoils Incidents : Spoiler dan Rasa Yang Hilang....

(gambar di sebelah, sekadar gambar hiasan)

agak lama gak aku tak update blog nie... dah bersarang sana-sini kelihatannya... huhuhu... maaflah, kesempatan tue ada, tapi malangnya agak terbatas sikit... sedar tak sedar, bulan Disember pun hampir berlalu pergi, berlalu dengan membawa 1001 cerita suka duka hidup nie... antara cerita duka yang terjadi bulan nie:

1) spoiler kereta aku hilang kena curi... hilang keanggunan kereta kuning aku... huhuhu... dan sekarang nie dalam proses nak ketuk-ketuk dan cari spoiler baru la nie... tengah hari tadi baru selesai ketuk body kesan daripada spoiler yang dicabut dengan ganas... isk2.. alang-alang dah ketuk tue, aku setelkan sekali repair bumper depan dan belakang yang kelihatan macam agak lowered dari kebiasaan... duit melayang lagi !!

2) cuti panjang, cuti repair kereta... plan asalnya nak bercuti. panjang untuk release tension.. tapi dah bertukar menjadi cuti untuk merepair kereta plak dah... nasib, nasib...

3) seseorang mula mempersoalkan diri aku dalam berkawan dan bersahabat... sesuatu yang tak pernah-pernah terjadi sebelum nie... walaupun agak terkilan, tapi aku tak rasa aku perlu membuktikan apa-apa lagi... segala apa yang aku buat dan korbankan dah cukup sebagai bukti keikhlasan aku, mahu apa lagi ?? perlukah bumi ini aku terbalikkan, baru puas hati ?? apa pun, hidup masih perlu diteruskan walau apa sekali pun yang aku rasa, takkan plak terhenti jarum waktu hanya kerana kita inginkan ia sebegitu.. betul tak ?? dan sekurang-kurangnya aku tak hidup berpura-pura depan famili dan rakan-rakan aku, tak seperti sesetengah orang di luar sana... sigh...

dan antara perkara-perkara gembira yang berlaku plak:

1) rakan aku, Khairul akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan beliau minggu lepas... majlis yang meriah dengan persalinan pengantin yang ternyata lain daripada lain... tahniah dan semoga bahagia sampai bila-bila....

2) akhirnya, aku terima surat pengesahan jawatan dari HR.. biarpun sekadar bermula 1 Januari 2010, tapi dah kira confirm la tue... aku kan cuti sampai tahun baru.... hehehe... harap ada banyak lagi berita baik selepas nie, barulah berbaloi kerja keras aku selama nie... tak nak la jadi macam sesetengah orang tue, kerja tak seberapa + teknikal pun kurang + masuk dan balik kerja tepat masa je (tak boleh lewat sikit, berkira) + ada plak masa nak main awek segala bagai nie, tapi sibuk target permanent, ingat diri layak... nasihat aku, harap cermin diri dululah...

3) berjaya tampil dengan imej rambut baru... akhirnya, pertama kali rasa puas hati ngan potongan rambut aku.. mau tak puas hati, kalau potong + treatment + highlight rambut pun sampai ke Alor Star... hehehe... apa pun, thanx to Elvin (Mode's Hair Studio) atas kreativiti beliau... yelah, biasa potong rambut, selalu aku cakap "buatlah ikut yang mana rasa sesuai"... dan kali nie sangat berbaloi... silap-silap haribulan, lepas nie kena turun Alor Star lagilah bila nak potong rambut... ;)

inilah Disember untuk aku tahun nie... dan sekarang nie, tinggal 5 hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru... aku pun dalam rangka nak identify ape misi dan target 2010 plak... sesamalah kita nantikan... huhuhu....

regards,

Monday, December 7, 2009

Natrah, Simbolik di Sebalik Sebuah Kisah...


Jumaat lepas, aku berkesempatan menonton teater Natrah di Istana Budaya... belum pernah dalam sejarah aku menonton teater, apatah lagi nak menjejakkan kaki ke Istana Budaya tue... tapi, entah ilham mana yang terlintas dalam akal fikiran aku waktu tue, terus je aku ikut member-member office aku tengok sekali...

berdasarkan kepada cerita yang banyak keluar di media massa, kisah ini patutnya kisah sedih... kisah yang seharusnya membawa pengajaran kepada bangsa kita... tapi, penilaian aku, mesejnya ada, tidak pula jelas terarah, namun cukup untuk buat kita yang menghayatinya berpikir sejenak (jika khalayak yang menonton itu benar-benar datang untuk menghayati dan bukan kerana Remy Ishak teraju utamanya !!)... hahaha...



berkisar pementasan Natrah nie, aku simpulkan... jalan ceritanya mudah, propnya sangat menarik, kesan khas yang super duper hebat, tapi, kenapakah terlampau banyak sangat lagu ?? lagu ceria pula tue, seperti menonton filem hindustan plak... hehehe... aku merasakan yang kehadiran banyak lagu itu hanya membunuh mood penonton yang baru nak feeling erti kesedaran... wallahualam...

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs