rasa macam banyak je yang nak dikisahkan, tapi ada ke orang kisah dengan kisah-kisah aku ?? larat plak orang nak membaca semua kisah yang aku tulis kalau dah semua kisah aku tuliskan panjang belaka... jadi, ringkasan jelah aku tuliskan kali nie... [cuba kira, berapa banyak kali aku guna perkataan "kisah" ??]
1) weekend yang hectic... kenapa ?? kerana menghabiskan seisi ahad di Melaka... sambil menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan, Sket, alang-alang dah menjejakkan kaki ke bumi Melaka, merantau dan merayau la kami semua... hehehe... bukan senang nak berkumpul macam nie dengan rakan-rakan ex-UTMians [nie aku suka hati je letak nama, hehehe]... so, sempat la gak menyinggah kat Kota A'Famosa
memandangkan ada plak seorang rakan yang mengidam nak bergambar sakan kat situ... tak banyak tempat boleh nak rayau pun, kena plak dengan bandar Melaka yang punyalah sesak macam sardin... jadi, berpose sakan kat A'Famosa dan sekitar je la, makan malam di Ayer Keroh dan main bowling di MIBC [waiting list saja dah 1 jam lebih - rasa teruja dan keinginan mengatasi segalanya]... hahaha... sampai rumah je dah sekitar jam 3 pagi... hehehe...2) movie marathon yang best.. sekadar nak mengisi cuti panjang yang terluang je... so, bangun pepagi, terpikir nak tengok wayang.. so, terus buka website GSC, beli tiket online... cerita pilihan adalah filem yang aku teringin nak tengok sangat, Ninja Assasin dan filem penyiasatan, Sherlock Holmes... sangat best dan mengujakan... lakonan RDJr sangat selamba sekali... tetapi, Avatar tetap masih nombor satu di hati... hehehe...
3) spoiler baru kereta... actually, dah dapat ganti spoiler yang hilang tue... tak dapat nak cari yang untuk SE, so amek yang untuk GTI version je la... baru je siap pasang, cuma tak sempat nak cat je lagi... plan nak pergi cat pagi tadi, sekali ngantuk dan penat mengatasi plan tue, jadi tertunda la dulu... hurmm, entah bila la nak cat nie ?? sekali tengok, macam pelik je kereta kuning berspoilerkan hitam.. dua kali tengok, eh lawa gak ea... hahaha... adess, tetiba aku dalam dilema nak memilih cat kaler apa plak nie... ;p
okay, sampai sini je dulu... aku nak menyiapkan material tahun baru nie... nantikan ea [sambil menghitung rakan-rakan yang masih setia membaca kisah aku nie...]




























