Monday, April 5, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 07 - Saat Itu Datang)

(bagi yang dah 2 hari tak visit blog aku nie, ingin sekali aku nyatakan bahawa Episode 06 dan Episode 07 PYT telah dipublish secara back to back episode.. sila rujuk entri sebelum entri nie terlebih dahulu... sekian...)

Episode 07 – Saat Itu Datang

Pagi itu, Jane tiba awal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penerbangannya ke Auckland hanya dijadualkan berlepas kira-kira jam 10.20 pagi nanti. Masih ada 2 jam lagi, getus hatinya.

Selesai check-in di kaunter MAS, dia mengambil keputusan untuk bersarapan di kafeteria berdekatan. Dalam pada itu, sempat juga dia menghantar khidmat pesanan ringkas kepada setiausahanya, memberitahu yang dia akan mengambil cuti panjang dan segala urusan syarikat harus dirujuk kepada rakan kongsinya.

Jane juga turut menghantar khidmat pesanan ringkas kepada teman baiknya, Fiqah memberitahu kedatangan mengejutnya ke Auckland. Temannya itu sememangnya menetap di sana sesudah tamat pengajian mereka setahun yang lepas.

Setelah itu, sedar tak sedar dia hanya mengelamun sendirian.

“panggilan untuk penumpang pesawat MH2738 ke Auckland.. pintu A4 dibuka sekarang..”, suara seorang perempuan bergema dari corong speaker terminal tersebut bagi memaklumkan kepada semua penumpang terlibat.

Jane bingkas tersedar dari lamunannya, segera bangun dan menuju ke pintu A4 sebagaimana yang diumumkan tadi. Langkahnya pantas menyaingi derap sepatu khalayak umum yang sibuk menuju arah destinasi masing-masing.

Setibanya di pintu A4, dia terus mengunjukkan pas penerbangan berserta dengan kad pengenalannya kepada petugas pintu ynag berkenaan. Petugas tersebut menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Jane hanya mengangguk sebagai tanda membalas.

“enjoy your flight cik...”, ucap petugas saat menyerahkan semula dokumen perjalanan Jane.

Tepat jam 10.20 pagi, pesawat MH2738 meluncur pantas membelah awan menuju ke Auckland. Buat kali keduanya, Jane meninggalkan Malaysia.

--------------------------------------------------------------

Hari itu, Iskandar mengambil cuti setelah sekian lama dia tidak mengambilnya. Tidak ada apa-apa yang bermain di dalam fikirannya saat dia memohon cuti tersebut.

Fikirannya masih menerawang jauh mengingatkan pertemuan semula dia dan Jane semalam. Pertemuan tersebut bukanlah kebetulan memandangkan Jane sememangnya mencari dia. Namun, sama sekali dia tidak menyangka yang Jane datang untuk menagih cinta lama.

Begitu lama masa berlalu. 3 tahun bukanlah satu waktu yang singkat. Iskandar sendiri masih ingat bagaimana dirinya begitu terseksa dengan perasaannya sendiri saat pulang meninggalkan Auckland ketika itu. Itu semua dilakukan semata-mata demi memenuhi permintaan Jane sendiri.

Dan sekarang ini, Jane muncul kembali.

“tetapi, mengapa setelah 3 tahun berlalu ??”, getus fikiran Iskandar saat itu seakan tidak mengerti. Bingung dia memikirkannya.

Sudahnya, dia mengambil keputusan untuk melupakan saja apa yang berlaku semalam.

Dia menoleh ke arah meja di tepi sofa tempat dia duduk. Matanya meliar mencari dompetnya. Jumpa, terus dicapai pantas. Iskandar mencari tisu putih yang tersimpan rapi di dalam dompetnya semalam.

Wajahnya mengukir senyuman saat menemukan tisu tersebut. Iskandar memandang ke arah tisu yang tertera di atasnya nombor telefon Suhayati. Dia mencari pula telefon bimbitnya, lantas terus di dail nombor-nombor yang tertulis kemas di atas tisu tersebut.

Bunyi ton memanggil kedengaran dan seketika terdengar talian dihujung sana diangkat.

“err... assalamualaikum...”, Iskandar memulakan bicaranya.

“wa’alaikumsalam, nak cakap dengan siapa ?”, kedengaran suara wanita berusia pertengahan abad bertanya di hujung talian tersebut.

“err... Suhayati ada tak makcik ??”, Iskandar bertanya. Dia membahasakan wanita di hujung talian tersebut sebagai makcik, setelah berkira-kira wanita tersebut mungkin ibu Suhayati.

“ada.. tapi siapa yang bercakap nie ??”, tanya wanita itu lagi.

“kawan dia makcik, Iskandar... boleh saya bercakap dengan dia ??”, Iskandar menjelaskan, seterusnya meminta kebenaran bercakap dengan Suhayati.

“boleh... sekejap ye..”, sambung wanita itu sambil meminta Iskandar menunggu.

Setiap detik yang berlalu sambil menunggu Suhayati menyambut panggilan darinya dirasakan begitu lambat sekali.

“hello.. assalamualaikum..”, sapa suara lembut di sebelah hujung talian tersebut.

“wa’alaikumsalam... err.. Suhayati ke tue ??”, Iskandar bertanya meminta kepastian.

“iyelah... ke Iskandar nak telefon orang lain sebenarnya nie ??”, usik Suhayati seperti menduga kekalutan Iskandar di corong talian tersebut.

“hehehe... sorry, sorry... pertama kali call Suhayati.. terasa nervous plak...”, Iskandar cuba memberikan alasan menutup perasaan kagetnya ketika itu.

“Iskandar panggil Su saja okey...”, pinta Suhayati ringkas.

“dan Su panggil Iskandar Isk saja okey ??”, pantas Iskandar menjawab semula.

Terdengar gelak kecil gadis tersebut di hujung talian.

“okey Isk... ada apa sebenarnya Isk call Su nie ??”, Suhayati cuba menebak tujuan panggilan Iskandar tengah hari itu.

“Isk nak ajar Su keluar, petang nie... itu pun kalau Su sudi nak keluar dengan Isk...”, jelas Iskandar berterus-terang.

“hurm... kita nak keluar ke mana ??”, soal gadis itu meminta kepastian.

“keluar makan-makan ke...”, pantas saja Iskandar membalas.

“okey, kita jumpa kat McD.. pukul berapa nak jumpa ??”, balas Suhayati bersetuju.

“jam 2 petang ??”, Iskandar mencadangkan.

“setuju...”, ringkas saja gadis tersebut menjawab.

Setelah mengucap salam, talian diputuskan. Iskandar bingkas bangun berlari-lari ke biliknya untuk bersiap. Hatinya berbunga girang.

--------------------------------------------------------------

Lapangan Terbang Auckland, New Zealand

Setelah 10 jam menyusuri langit biru, pesawat yang dinaiki Jane akhirnya mendarat di Lapangan Terbang Auckland. Sejurus turun dan menyelesaikan urusan masuk di pintu imigresen, Jane berjalan pantas menuju ke ruangan pengambilan bagasi.

10 minit menunggu, akhirnya bagasi-bagasi penumpang pesawat penerbangan dari Kuala Lumpur itu mula bergerak di atas carousel yang disediakan. Jane menarik bagasi berwarna coklat gelap miliknya dan meletakkan di atas troli. Dia kemudiannya menolak troli tersebut menuju ke pintu ketibaan terminal.

Sebaik melangkah keluar pintu ketibaan terminal, matanya meliar mencari kelibat Fiqah. Teman baiknya itu telah pun diberitahu akan kedatangannya kali ini dan Jane sendiri telah meminta Fiqah menjemputnya di lapangan terbang.

Seketika menoleh kiri dan kanan, Jane ternampak Fiqah yang sedang melambai-lambai ke arahnya. Jane tersenyum, lantas menolak troli ke arah teman baiknya itu.

Satu langkah, dua langkah, tiga langkah. Tanpa amaran, Jane rebah ke lantai. Fiqah yang menyedari keadaan tersebut kaget. Dia berlari mendapatkan Jane.

Fiqah menjerit-jerit memanggil nama Jane. Namun, Jane hanya terkulai layu tidak sedarkan diri.

‘somebody, please call an ambulance !!”, jerit Fiqah.

Suasana di depan pintu ketibaan terminal menjadi sedikit gawat. Petugas-petugas lapangan terbang cuba memberikan bantuan kecemasan awal kepada Jane.

Tidak lama kemudian, sebuah ambulans tiba. Tubuh Jane segera diangkat dan diusung ke dalam ambulans. Ambulans tersebut kemudiannya berkejar pantas menuju ke Auckland City Hospital.

Fiqah yang mengiringi Jane di dalam ambulans ketika itu hanya mampu menangis. Hatinya berbisik sendiri,

“takkanlah seawal ini ??”

Setibanya di hospital, Jane terus dikejarkan ke bilik kecemasan. Fiqah yang menunggu di luar saat itu menjadi tidak keruan. Hatinya menjadi risau dengan apa yang menimpa Jane.

Sejam kemudian, Dr Baggins datang menemuinya.

“how is she, doc ??”, Fiqah tidak sabar mengetahui keadaan Jane.

“she’s still in critical condition right now.. i’m afraid to tell you this, but her condition might getting worse in a few days time... ”, Dr Baggins meluahkan pendapatnya.

“it’s a miracle her heart can withstand until now, but i’m afraid she can’t take any longer.. she need new heart...”, ujar Dr Baggins lagi.

Fiqah mengangguk mengerti dengan penerangan Dr Baggins. Tetapi, selama ini Jane sendiri yang berkeras tidak mahu menerima jantung baru.

--------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur

Saat itu, Iskandar baru saja sampai apartmennya. Pertemuan kali pertamanya dengan Suhayati berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Dia bergegas mendapatkan telefon bimbitnya. Dilihatnya pada skrin telefon bimbitnya itu, nombor antarabangsa terpapar !!

“hello..”, Iskandar menyapa, memulakan bicara.

“Isk, Fiqah nie...”, suara perempuan di talian tersebut mengejutkannya.

“i’m sorry.. Fiqah still ingat janji Fiqah pada Isk dulu, tapi nie emergency...”, ujar Fiqah cemas.

“kenapa Fiqah ?? what’s happened ??”, tanya Iskandar.

“tentang Jane...”, balas Fiqah pendek.

“kenapa dengan Jane ??”, tanya Iskandar lagi.

“Jane sekarang nie dekat Auckland Hospital... dia dalam keadaan kritikal sekarang nie...”, jelas Fiqah panjang lebar.

Iskandar terkejut. Kejutan kedua melibatkan Jane dalam masa 2 hari ini.

“ehh.. dia baru jumpa Isk semalam.. how come suddenly, dia ada kat Auckland plak ??”, tanya Iskandar kehairanan.

“she collapsed when arriving at airport, depan mata Fiqah...”, terang Fiqah menjelaskan persoalan Iskandar.

“please Isk.. Fiqah minta Isk datang ke Auckland segera.. i don’t think she can withstand any longer with her desease right now..”, rayu Fiqah.

“Jane ada penyakit ?? sakit apa ??”, Iskandar semakin pelik.

“just come here okay, i’ll explain everything later..”, balas Fiqah lagi.

Talian diputuskan. Iskandar kebingungan.

--------------------------------------------------------------

Keesokkan paginya, Iskandar bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sampainya Iskandar di terminal utama, dia terus menuju ke kaunter tiket untuk mendapatkan tiket yang telah pun ditempah secara online malam semalam.

“selamat pagi encik.. boleh saya bantu ??”, sapa petugas kaunter tersebut ramah.

“saya nak collect tiket flight saya..”, balas Iskandar sambil menunjukkan sehelai kertas kecil, tertera nombor rujukan penempahan.

Petugas tersebut mengambil kertas kecil tersebut dan menyemak nombor rujukan tersebut. Seketika, dia memandang Iskandar dari atas ke bawah berulang kali.

“betul ke nombor rujukan yang encik berikan saya nie ??”, soal petugas tersebut memastikan.

Iskandar mengangguk pantas.

“err... penerbangan ke Madras, encik Gurmit Singh ??”, petugas tersebut menyatakan nama yang tertera di skrin komputernya.

Riak muka Iskandar berubah serta-merta.

“ehh... nama saya Iskandar Hakimi, bukan Gurmit Singh...”, Iskandar menjelaskan. Kaget.

Petugas kaunter tersebut tergelak kecil mendengarkan penafian Iskandar.

“saya tahu encik... saya pun dapat melihatnya sendiri..”, petugas kaunter tersebut hanya tersenyum menjawab.

“minta kad pengenalan encik..”, sambung petugas tersebut. Beberapa minit berlalu.

“nombor rujukan encik salah tadi, selisih satu huruf saja... yang ini sepatutnya huruf L, tetapi ditulis sebagai C..”, petugas tersebut menerangkan sambil menunjukkan semula kertas kecil pemberian Iskandar sebelum itu.

“owh...”, Iskandar menghela nafas panjang.

“okay, nie tiket encik dan selamat jalan encik..”, petugas kaunter tersebut mengunjukkan tiket kepada Iskandar.

“terima kasih...”, balas Iskandar sambil tersenyum.

(bersambung...)

regards,

8 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

isk nk g cari jane ke?

Aidy Shahiezad said...

isk nk gie tgk jane yg tgh sakit kt auckland tue... ;)

Anonymous said...

sesuatu...
huuhuhu


tibe air mata aku kuar boleh?
hahahhahaahah

Aidy Shahiezad said...

kau menangis jane ?? hehehe... ;)

syah said...

chop!
heroin dia su ke jane?
haha.
*kidding

Aidy Shahiezad said...

dua2 pun bukan... ahaha... ;p

NAJ HEBAT said...

Dr Baggins??

wohoho.. mula2 jane si jenab tu..

tetibe watak baggins? hincik frodo pulak??

naj hebat tamau masukkan ke?

Aidy Shahiezad said...

naj,
mau jadik watak jugak ke ??
ape2 watak pun okey ek ?? hohoho...

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs