
Episode 07 – Hilang Berganti
Auckland City Hospital
“teet.. teet...”, bunyi mesin denyutan nadi secara berkala itu cukup untuk menunjukkan Jane masih bernyawa saat itu biarpun dia masih belum sedarkan diri.
Di luar wad ICU hospital, Iskandar yang baru tiba daripada menempuh penerbangan yang panjang dari Kuala Lumpur memandang sayu ke arah tubuh Jane yang tidak bergerak itu. Setia menemaninya di kala itu adalah Fiqah.
“Fiqah, dah bagitau family Jane ke ??”, perlahan saja Iskandar melemparkan soalan kepada Fiqah.
“yeah.. they will be here tomorrow morning...”, Fiqah menjawab sambil mengangguk ringkas.
Sepanjang perkenalan mereka sebelum ini, Iskandar mengakui yang dia tidak pernah mengetahui mahupun mengenali ahli keluarga Jane. Jane cukup berahsia mengenai keluarganya sebelum ini. Dan esok pagi, adalah kali pertama dia akan berjumpa dengan mereka, 3 tahun selepas mereka berpisah.
Iskandar tambah ralat apabila Fiqah menerangkan tentang penyakit jantung yang dihidapi Jane selama ini. Iskandar kecewa kerana sepanjang hubungan mereka berdua sebelum ini, Jane tidak pernah memberitahunya tentang penyakitnya.
Auckland City Hospital
“teet.. teet...”, bunyi mesin denyutan nadi secara berkala itu cukup untuk menunjukkan Jane masih bernyawa saat itu biarpun dia masih belum sedarkan diri.
Di luar wad ICU hospital, Iskandar yang baru tiba daripada menempuh penerbangan yang panjang dari Kuala Lumpur memandang sayu ke arah tubuh Jane yang tidak bergerak itu. Setia menemaninya di kala itu adalah Fiqah.
“Fiqah, dah bagitau family Jane ke ??”, perlahan saja Iskandar melemparkan soalan kepada Fiqah.
“yeah.. they will be here tomorrow morning...”, Fiqah menjawab sambil mengangguk ringkas.
Sepanjang perkenalan mereka sebelum ini, Iskandar mengakui yang dia tidak pernah mengetahui mahupun mengenali ahli keluarga Jane. Jane cukup berahsia mengenai keluarganya sebelum ini. Dan esok pagi, adalah kali pertama dia akan berjumpa dengan mereka, 3 tahun selepas mereka berpisah.
Iskandar tambah ralat apabila Fiqah menerangkan tentang penyakit jantung yang dihidapi Jane selama ini. Iskandar kecewa kerana sepanjang hubungan mereka berdua sebelum ini, Jane tidak pernah memberitahunya tentang penyakitnya.
--------------------------------------------------------------
Keesokkan paginya, saat Iskandar tiba di wad ICU, Fiqah segera mendapatkannya.
“Isk, family Jane dah sampai...”, sambil tangannya menunjukkan ke arah seorang wanita berusia separuh abad ditemani oleh seorang wanita muda.
Iskandar menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Fiqah. Iskandar mengamati susuk tubuh wanita muda yang berada bersebelahan dengan wanita berusia separuh abad itu. Dadanya berombak kencang.
Perlahan-lahan dia menghampiri kedua mereka.
“makcik...”, Iskandar menyapa sambil menghulurkan tangan bersalaman.
Wanita berusia separuh abad itu memandang ke arah Iskandar.
“anak ni Iskandar kan ??”, soal wanita tersebut.
Iskandar sekadar mengangguk sahaja.
“makcik nie ??”, Iskandar cuba mengatur bicara untuk menyoal.
“makcik Habibah, ibu Jane...”, jawapan ringkas wanita tersebut cukup untuk merungkai persoalan di benak hati Iskandar.
“Khaylila, apa khabar ?”, Iskandar kemudian mengalihkan pandangan ke arah wanita muda tersebut.
Pandangan mereka bertemu saat itu. Khaylila sedikit kekok dengan suasana tersebut.
Fiqah yang menyedari situasi tersebut cepat-cepat mencelah.
“Isk kenal dengan Khaylila ke ?”
Iskandar tersenyum mengangguk.
“lama kita tak jumpa kan, Khaylila ?? tak sangka kita bertemu kembali dalam keadaan begini..”, Iskandar menyambung bicaranya.
Khaylila sekadar mengangguk tanpa banyak bicara.
“bila Ila dan Iskandar berkenal sebelum nie ??”, soal makcik Habibah.
“masa sekolah dulu !!”, serentak Khaylila dan Iskandar menjawab.
Kedua-duanya saling berpandangan. Akhirnya, terlerailah ketawa mereka melihatkan suasana yang tidak disangka-sangka itu.
Makcik Habibah hanya tersenyum melihatkan keletah mereka..
Petang itu, keadaan Jane masih tiada perkembangan. Tubuh Jane masih lagi kaku, kritikal. Iskandar mengambil peluang untuk mengajak Khaylila berbual sambil berjalan-jalan di ruang taman hospital.
“Isk tak tau plak Khaylila ada adik sebelum ini...”, Iskandar menyuarakan kehairanannya kerana setahu dia, Khaylila anak tunggal.
“owh.. Jane hanya sepupu Khaylila.. Khaylila di sini pun sebab nak temankan makcik Habibah melawat Jane.. Jane pun anak tunggal juga...” terang Khaylila panjang lebar.
“kecik rupanya dunia kita nie... pusing-pusing, alih-alih jumpa semula kan...”, Iskandar menyatakan pendapatnya.
Khaylila tersenyum.
“Isk, macam mana Isk boleh kenal Jane ??”, soal Khaylila ingin tahu.
“hurm... panjang ceritanya...”, Iskandar menghela nafas panjang. Agak sukar untuk dia menerangkan kepada Khaylila.
“tapi, cukuplah Isk katakan yang kami pernah bersama suatu masa dulu.. tapi itu semua cerita masa lepas, dah lama berlalu pun...”, terang Iskandar lagi.
“jika cerita yang dah lama berlalu, kenapa Isk masih di sini hari nie menantikan Jane untuk sedar ??”, Khaylila melontarkan persoalan sinis kepada Iskandar.
Iskandar terkesima. Dia lantas merenung wajah Khaylila. Wajah yang suatu masa dulu pernah mengisi ruang hatinya, di saat dia belum berangkat melanjutkan pelajarannya ke Auckland lama dahulu.
Persoalan itu sengaja dibiarkan tidak berjawab oleh Iskandar. Khaylila juga tidak memaksa Iskandar untuk menjawab soalannya tadi. Topik perbualan petang itu dialihkan daripada satu topik ke topik yang lain.
Sehinggalah, bunyi mesej dari telefon bimbit menganggu perbualan mereka. Iskandar membaca mesej yang diterima daripada Fiqah menyampaikan berita bahawa Jane telah sedar.
Iskandar dan Khaylila terus bergegas ke tingkat atas hospital untuk mendapatkan Jane.
Setibanya di wad Jane, Iskandar menerpa ke arah Jane.
“Jane... “, Iskandar menyapa. Tangannya mengenggam tangan kanan Jane.
Khaylila sekadar memerhati gelagat Iskandar saat itu.
“i’m sorry Isk...”, Jane menutur bicara lemah.
Keadaan Jane yang masih lemah ketika itu meghalangnya daripada berbicara lanjut.
“no.. no.. i’m sorry too Jane...“, balas Iskandar.
Jane hanya mampu mengangguk tanda faham dengan kata-kata Iskandar.
Selepas itu, Iskandar memberi peluang kepada Khaylila dan makcik Habibah untuk bersama menemani Jane. Dia melangkah keluar dari wad tersebut, cuba menyembunyi perasaan hibanya saat itu.
--------------------------------------------------------------
Jam menunjukkan waktu ketika itu menginjak 3.45 pagi waktu Auckland. Iskandar yang saat itu sedang nyenyak tidur di bilik hotelnya terjaga apabila telefon bimbitnya berbunyi.
Dia mencapai telefonnya, melihat nama Fiqah tertera pada skrin telefonnya, lantas di angkat.
“Isk, Jane...”, dalam esak tangisan Fiqah cuba memberitahu Iskandar.
Tanpa menunggu Fiqah menghabiskan kata-katanya, Iskandar segera mencapai t-shirt berwarna ungu gelap dan terus bergegas ke Auckland City Hospital. Jarak perjalanan di antara tempat Iskandar menginap dan hospital hanyalah 10 minit berjalan kaki sahaja.
5 minit kemudian, Iskandar tiba di wad Jane. Nafasnya mengah dek kerana berlari pantas dalam pada menuju ke situ.
“what’s happened ??”, soal Iskandar kepada Fiqah.
“i think her time has come...”, Fiqah masih lagi menangis.
Iskandar menyerbu masuk ke dalam, kelihatan makcik Habibah dan Khaylila di sisi Jane. Makcik Habibah cuba untuk membimbing Jane mengucap dua kalimah syahadat terakhirnya, dengan harapan Jane pergi dalam ketenangan. Air mata jernih di kelopak matanya tidak henti bercucuran walaupun dia cuba menguatkan semangatnya.
Iskandar merapati tubuh kaku Jane, lantas mengenggam tangannya.
“Jane...”, tiada ungkapan kata susulan yang mampu diluahkannya saat itu. Hatinya sebak.
Tepat jam 4.08 minit pagi waktu Auckland, Jane kembali menghadap ilahi. Tangis sedu-sedan menghiasi suasana wad ketika itu. Khaylila cuba menenteramkan perasaan makcik Habibah yang baru sahaja kehilangan anak tunggalnya.
--------------------------------------------------------------
Jenazah Jane selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur keesokkan harinya. Keberangkatan pulang jenazahnya diuruskan oleh Fiqah dengan bantuan Iskandar dan Konsulat Malaysia di Auckland. Dari situ, rancangan pengebumian diatur oleh ahli keluarga Jane yang lain dan dijadualkan berjalan selepas waktu asar nanti.
--------------------------------------------------------------
Selesai upacara pengebumian Jane, Fiqah datang menghampiri Iskandar yang masih lagi duduk berteleku memandang kosong ke arah pusara Jane.
“Isk, surat nie dah lama Jane titipkan untuk simpanan Fiqah, sebelum daripada Jane kembali ke Malaysia untuk mencari Isk... pesanannya agar dapat diserahkan pada Isk bila dia telah tiada...”, sebak Fiqah menuturkan bicaranya.
Iskandar menyambut sekeping sampul surat kecil yang diunjukkan oleh Fiqah. Perlahan dia membuka surat tersebut. Tulisan tangan Jane di dalam surat tersebut dibacanya.
Iskandar,
Masih ingatkah lagi Isk dengan janji Isk akan permintaan Jane ?? Jane minta maaf untuk itu kerana terlalu mengikut kata hati meskipun berat untuk ditunaikan Isk saat itu. Hari Isk kembali pulang ke Malaysia dan meninggalkan bumi Auckland, Jane cuba mengejar, namun apa kan daya.. Takdir menentukan Jane tidak sempat untuk bertemu Isk ketika itu, biar dicuba, biar dikejar dan biar dipaksa sekalipun..
lilin kecil, sinarmu pancarkan harapan
jangan kau hilang, jangan kau pergi
temani aku yang sedih dan sepi
air mata jatuh basahi pelangi
pupus warnamu di masa yang indah
menepilah cinta saat tak ingin ku dekati
takkan teringkari masa ini kan ku lalui
takkan pernah sesali menghentikan langkah-langkahku...
jangan kau hilang, jangan kau pergi
temani aku yang sedih dan sepi
air mata jatuh basahi pelangi
pupus warnamu di masa yang indah
menepilah cinta saat tak ingin ku dekati
takkan teringkari masa ini kan ku lalui
takkan pernah sesali menghentikan langkah-langkahku...
Iskandar lilin kecilku, Jane mohon maaf...
- Jane –
Saat selesai membaca surat terakhir Jane itu, Iskandar terduduk. Air matanya bergenang lagi.
(bersambung...)


11 comments:
watak utama mati ke??
bagosss ... hahahhaha
jrg baca novel yg sad ending
((aku baca buku ke??))
hahahahhaha ...
weh, berbakat besar arr kau
sila buat novel!
esok2 aku beli ...
>>____<<
alamak jane mati ke?
huhu sape kah heroin sbnr?
hahahaha..kan dah log in account adik aku
takpe..mmg aku akan mati pon tak lama lg
redha ... ade org lg suke pown!
frodo / jane:
oit... jgn gadoh... x baek...
korg nie suka sgt gadoh2... haish...
juz enjoy je bace novel aku nie dah ler...
jane, sape nain ?? huhuhu... ;p
paani:
soklan cepumas, sape heroin sebenarnya ek ??
p/s: psst.. xbole ke buat novel yg xde heroin ?? uhuks..
cik deer101 ... saya bercerita ttg watak dlm novel.
seyesnye?
hahahhahaha
dah masok blog org tak komen
blah
frodo / jane,
gado2 lg ke nieh ?? ;)
nak baca bila semua dah siap boleh tak?
heee~
sya ar,
boleh je...
tp, bace chapter by chapter kn lebih mudah...
huhuhu... ;)
hahahahha khaylila lah!! cepat!! next episode
Post a Comment