Tuesday, September 28, 2010

Sebelum Terlewat .::. [Chapter 2 - Lelaki Tua Itu]


Chapter 2: Lelaki Tua Itu

“Assalamualaikum Budi..”

Budi menoleh ke arah belakang. Demi melihat sahaja susuk tubuh wanita yang menyapanya, dia menghela nafas panjang. Berpakaian blouse merah di samping skirt labuh hitam, dia amat kenal wanita tersebut.

“Datuk ingin berjumpa Budi sekarang...”, sambung bicara wanita di dalam lingkungan umur 30-an itu.

“mana dia ??”, balas Budi endah tak endah sahaja.

“di dalam kereta di hujung sana..”, jawab wanita tersebut sambil menunjukkan isyarat ke arah hujung kawasan parkir kereta di situ.

Budi menoleh ke arah yang dimaksudkan oleh wanita tersebut. Langkahnya di atur lambat-lambat menuju ke arah sebuah kereta Mercedes Benz S Class berwarna hitam yang diparkir di bawah pohon rendang di situ.

“Assalamualaikum Datuk..”, ucap Budi setelah dia masuk ke dalam tempat duduk belakang kereta tersebut. Di sebelahnya, duduk seorang lelaki tua yang telah menjangkau umur lebih 50-an. Walaupun, uban-uban putih semakin menghiasi rambut lelaki tua itu, namun dia masih kelihatan tegap dan kuat.

“wa’alaikumsalam... Budi sihat ??”, soal lelaki tua itu.

“saya macam biasa je Datuk... ada apa hal Datuk nak jumpa saya nie ??”, Budi sekadar menjawab pendek, sambil melontarkan soalan tentang tujuan lelaki tua tersebut.

“salahkah kalau sekadar nak berjumpa Budi bertanya khabar ??”, soal lelaki tua tersebut.

“hurmm.. banyak betul masa Datuk ye nak jumpa saya saja-saja nie...”, balas Budi dalam nada sindiran tajam.

Wajah lelaki tua itu merona merah demi mendengarkan jawapan Budi, namun dia masih cuba untuk berlagak tenang biarpun sesekali Budi melakar raut wajah tidak senang terhadapnya.

“takpalah.. nie ada duit untuk belanja Budi, ambillah...”, lelaki tua itu menghulurkan beberapa keping not berwarna biru bernilai RM50 setiap satu.

Budi lantas mengalihkan pandangannya dan memandang tajam ke arah lelaki tua tersebut.

“saya tak perlukan duit Datuk pun... terima kasih jelah...”, sindir Budi selamba. Dia dengan pantas keluar dari kereta Mercedes Benz hitam tersebut dan mengatur langkah laju ke arah kereta Proton Savvy miliknya.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam saat itu, bila mana pintu rumah sewa Budi diketuk perlahan. Dia yang baru 10 minit menonton televisyen di atas sofa berkalih bangun ke arah pintu.

Pintu dibuka dan Budi sedikit terkejut dengan kehadiran tetamunya malam itu.

“kau nak apa malam-malam buta nie Liya ??”

“boleh aku masuk ??”, soal gadis bernama Liya itu.

“kau gila ke apa ?? dah tengah malam dah nie... karang macam-macam plak yang jadi nanti..”, nada suara Budi sedikit meninggi.

Liya sekadar ketawa kecil.

“kau takut ke Budi ??”, dia menyindir.

“kau nak apa sebenarnya Liya ??”, soal Budi meminta kepastian.

“nie hah, aku nak pulangkan buku Teori Fizik nie je...”, Liya lantas mengunjukkan sebuah buku tebal berwarna biru gelap.

“haih kau nie, pasal buku pun beriya datang malam-malam buta nie.. esok pagi tak boleh bagi ke ??”, Budi menyuarakan protes atas kedatangan Liya malam itu.

Liya sekadar menyengih. Suasana senyap seketika. Perlahan-lahan dia mendekati Budi yang ketika itu berdiri di muka pintu.

“Budi... serius kau tak mahu ajak aku masuk dalam dulu ??”, bisik Liya di telinga Budi. Tangannya sengaja diletakkan di atas bahu Budi.

Nafas Budi sedikit berubah menjadi laju.

“Gulp...”, dia berulang kali menelan air liurnya. Adrenalinnya yang mengalir pantas menghujam jantungnya cuba ditenangkan.

“err... Liya...”

(bersambung lagi lain kali...)

Aidy Shahiezad:- fuh.. lama betul, baru aku dapat nak post chapter 2 nie... huhu...

regards,

Wednesday, September 15, 2010

Kompilasi Kisah Raya...

(suasana raya kedua)

Strategi Malam Raya :-

seperti raya-raya yang lepas, raya tahun nie pun tak terlepas daripada habit aku yang satu nie.. orang lain semua sibuk nak balik kampung seawal-awal yang boleh... aku plak ?? tunggu malam raya baru nak bergerak balik kau tahu... haha... biasa aku bajet malam raya nie jalan raya tue agak cool la berbanding dengan malam-malam lainnya... kenapa ea ?? sebab malam raya, jalan tak sesak sangat, tambah plak polis tak buat speedtrap atau roadblock malam raya nie... sesambil tue, dapat la tengok panorama percikan bunga api di langit sepanjang perjalanan balik ke kampung aku kat Perak tue... hehehe...

(tengah ready nak pergi beraya nie)

Suam-Suam Raya Pertama :-

since raya kali nie jatuh pada hari Jumaat, maka tak banyak yang dapat dilakukan oleh peraya-peraya tegar macam aku nie... hehe... mana taknya, baru je abes solat aidilfitri, bila mana mood baru nak gear up then kena plak solat jumaat... jadi, secara officialnya, kemeriahan raya hanya bermula pada raya kedua sahaja yakni hari sabtu kau tahu...

(muka seposen Danish.. hehe..)

Roti Canai :-

kau pernah beli roti canai ?? tipu la kalau tak pernah ye tak ?? huhu... masuk raya ketiga, aku dah bosan makan bihun, nasi lemak, nasi impit, rendang segala bagai... jadi, aku amek inisiatif beli roti canai plak sebagai breakfast menu... serius, roti canai yang satu nie memang sedap la... mana nak dapat roti canai harga 80 sen yang still lagi tebal lagi roti dia.. walau pun tebal, tapi terserlah lembut roti tue... kuah kacang dal dia plak jangan cakap la marvellous dia.. haha...

(kedai roti canai famous giler tue)

tapi, nak beli roti canai tue rupanya adalah satu penyeksaan kau tahu... bayangkan, beli roti canai pun kena amek nombor giliran... ingatkan pergi pejabat kerajaan je kena amek nombor... adoyai... aku yang datang jam 7.30 pagi pun hanya dapat nombor giliran 45... haih.. dua jam aku menunggu kat situ.. huhu... dan masa aku nak amek roti canai aku tue, nombor giliran dah jadi 60 lebih dah... next year raya, kena keluar jam 6.30 pagi plak kot... hehehe...

(tengah melepak sambil enjoy bayu laut)

Main Air di Laut Terbuka :-

macam raya-raya yang lepas gak, masuk raya ketiga hari tue, sempat gak la pergi main air kat Teluk Batik, Lumut... dapat main air barang sejam dua pun jadilah kan.. hehe... tapi, seriously raya kali nie, punya la banyak umat manusia datang main air kat situ... padat tak padat la gak tempat tue... dan sempat la aku menyaksikan sorang hamba Allah tercampak kat tengah laut tue time tengah main bot airhead tue... melambung tinggi kau tahu... kecoh gak la sekejap.. huhuhu...

Aidy Shahiezad:- tiada perasaan sudah saat ini... hurm...

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs