Sunday, March 28, 2010

Di Sebalik Rantai Itu...


sebenarnya, dah semakin ramai yang perasan, tp ada gak yg tertanya...
apa maksud sebenar di sebalik alphabet A pada rantai yg aku pakai selama nie ??
dengan ini, aku meleraikan maksud sebenar di sebalik alphabet A tue..

A itu,
pertama sekali membawa maksud awalan nama aku sendiri...

A
itu,
turut membawa ingatan kepada awalan nama my-ex...
so that, i will never forget what really happened between us...
(tak perlulah korang nak cari yg mana satu plak okay)

A
itu,
juga membawa erti kepada awalan nama sahabat-sahabat sejati aku...
(nama dirahsiakan... huhuhu...)

A
itu,
tak lupa mengingatkan bahawa aku masih lagi anak kelahiran Perak...
(nombor plat kereta Perak kan A gak)

A
itu,
adalah huruf pertama dalam keseluruhan alphabet yang ada...
so, it will alwalys reminds me to be number 1 !!

aku agak sentimental kan ?? hahaha...

p/s: Aidyt pun sebahagian daripada rantai A tue gak... hehehe... ;)

-----------------------------------------

neway, thank to sahabat blogger, zamie rahim atas award yang diberikan sebelum nie... really appreciate it... ;) and, this is 7 things about me (seperti yang diwajibkan):

Nombor 1 :-
mental aku terkadang agak senti sikit...
so, boleh di kira sentimental gak ler kot... ker korang rasa aku gila ??

Nombor 2 :-
sensitiviti tingkat tinggi...
(seriously, aku tengah working on improving this weakness...)

Nombor 3 :-
sangat menghargai sebuah persahabatan...

Nombor 4 :-
semakin hilang sentuhan menulis sejak akhir-akhir nie...
sorry guys... tue yang agak liat nak update tue... hehehe.. ;p

Nombor 5 :-
aku adalah hamba kepada timbunan kertas kerja yang ada...
err boss, ada lagi tak nak bagi nih ?? hehehe... ;p

Nombor 6 :-
orang selalu ambil kesempatan atas aku kot...
aku je yang tak menyempat nak buat macam diorang... haha...

Nombor 7 :-
aku sangat gila muzik...
tanpa muzik, satu kerja pun lambat atau mungkin tak jalan langsung... uhuks...

sekian....

regards,

Friday, March 26, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 05 - Terakhir Kali)


Episode 05 – Terakhir Kali

Kelihatan dua susuk tubuh separuh bogel saling berpelukan di atas katil di dalam bilik tersebut.

Iskandar tersedar. Dia mengosok-gosokkan matanya, kemudian terkejut melihat Jane di muka pintu bilik Mark pagi itu. Jane memandang meminta pengertian.

Seketika, Jane rebah. Pengsan !!

Iskandar lantas menolak tubuh Mark yang menindih dia ketika itu, medapatkan Jane.

“Jane !! Jane !!”, Iskandar menerpa ke arah Jane yang tidak sedarkan diri lagi ketika itu.

Pantas dia mencapai segelas air dari dapur. Air tersebut direnjiskan ke muka Jane. Tidak lama kemudian, Jane kembali sedar.

“Jane, are you okay ??”, Iskandar bertanya meminta kepastian.

Demi melihat Iskandar yang masih dalam keadaan separuh bogel begitu, Jane menangis. Dia bingkas untuk cuba bangun, menolak Iskandar dari tubuhnya.

“Jane, i’m so sorry okay... clearly, it was a misunderstanding here...”, Iskandar cuba menerangkan kepada Jane.

“no, no dear.. i saw everything myself... how could you do this to me ??”, Jane menggeleng-gelengkan kepalanya tanda kecewa.

Mark yang baru tersedar dari lenanya, terkejut melihat Jane berada di dalam biliknya.

“hey, what’s going on here ??”, Mark bertanya semua yang berada di situ.

“shut up Mark !! it was all your fault !!”, Iskandar meningkah Mark soalan Mark.

“i believe everything is over now...”, Jane berlari keluar dari apartment Iskandar saat itu juga.

“Jane.. Jane... tunggu dulu...”, Iskandar cuba mengejar, tetapi langkah Jane lebih laju meninggalkannya.

Keluar dari Greys Avenue, Jane terus berlari merentasi jalan tanpa menoleh sekeliling.

“Jane, wait !!! no !!!!”, Iskandar menjerit memberi amaran kepada Jane, namun telah terlambat.

Hentaman kuat dari sebuah trak pikap menyebabkan tubuh ringan Jane terpelanting beberapa meter dari situ. Mujur trak tersebut menekan brek tepat pada masanya. Pemandunya serta-merta memberhentikan traknya dan meluru keluar mendapatkan Jane.

Lutut Iskandar lemah ketika itu melihat kejadian yang tidak terduga di depan matanya. Dia berlari mendapatkan Jane yang separuh sedar ketika itu.

“are you okay miss ??”, pemandu trak tersebut menyoal Jane untuk memastikan keadaannya.

“miss... miss...”, suara lelaki tersebut tenggelam timbul di pendengaran Jane.

“call the ambulance, now !!”, jerit Iskandar..

Jane pengsan lagi.

--------------------------------------------------------------

10 minit kemudian, sebuah ambulans tiba. Jane segera dikejarkan ke Auckland City Hospital.

Setibanya di sana, Jane terus diberikan bantuan kecemasan oleh petugas hospital. Iskandar yang turut serta menurutinya sedari tadi risau, masih tidak percaya semua yang berlaku sekelip mata.

Tidak lama kemudian, Fiqah, teman serumah Jane tiba sama. Dia terus mendapatkan Iskandar.

“apa yang dah jadi Isk ??”, Fiqah meminta kepastian.

Iskandar hanya mampu menggelengkan kepalanya. Air matanya tidak mampu untuk keluar lagi.

Dari bilik pembedahan, seorang doktor keluar menuju ke arah mereka.

“how is my friend, doc ??”, Fiqah menerpa dan terus menghujani doktor tersebut dengan soalan.

“she’s stable now..”, doktor tersebut menjawab ringkas.
“but, we have to wait for a few days first..”, doktor tersebut menyambung lagi jawapannya.

“can we see her now, doc ?? please...”, Iskandar mencelah, merayu untuk dibenarkan untuk melihat Jane.

“i’m sorry... although she only suffered a minor injuries but she still in shocked... so, please be patience.. i’ll allow you to see her when she regain her consciousness back...”, panjang lebar doktor tersebut menerangkan kepada mereka berdua.

“thanks doc...”, Fiqah mengucapkan terima kasih di atas penerangan doktor itu. Tertera di tag nama doktor itu, namanya Fred Baggins.

--------------------------------------------------------------

Beberapa hari telah berlalu. Setiap hari, Iskandar tidak jemu-jemu menemani Jane biarpun masih tidak dibenarkan melihat Jane secara dekat. Fiqah juga menemaninya di waktu itu. Hanya tingkap kaca wad tersebut yang menjadi pemisah di antara mereka saat itu.

“Isk, apa yang terjadi sebenarnya sampai Jane jadi macam nie ??”, Fiqah menyoal Iskandar. Dia tidak mampu lagi untuk menahan gejolak hatinya untuk mengetahui perkara yang terjadi.

“semua nie salah aku Fiqah... memang salah aku...”, Iskandar menjawab sugul.

“apa maksud kau Isk ??”, Fiqah masih tidak mengerti dengan jawapan yang diberikan oleh Iskandar. Hatinya kuat mengatakan, ada sesuatu yang dirahsiakan di sebalik jawapan Iskandar tersebut.

Hari keempat. Jane mula sedarkan dirinya. Iskandar dan Fiqah telah diberikan kebenaran untuk menemui Jane.

“Jane, how do you feel now ??”, Fiqah bertanyakan keadaan Jane sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam wad Jane.

Jane mengganguk lemah, cuba mengukir senyuman sebagai tanda dia tidak apa-apa. Namun, senyuman yang cuba dibentuk itu terhenti apabila melihat kelibat Iskandar masuk di belakang Fiqah.

“Jane...”, Iskandar menyapa ringkas.

Jane memalingkan mukanya ke sudut lain wad tersebut.

“maafkan Iskandar okay...”, Iskandar memujuk Jane lagi.

“i know i made a mistake...”, Iskandar cuba menerangkan.

“please go... i don’t want to see you..”, lemah Jane mengatur bicara.

“please...”, Jane merayu lagi. Kelopak matanya mula digenangi air mata.

“tapi Jane...”, Iskandar cuba untuk membantah, tetapi belum sempat dia meneruskan kata-katanya, Fiqah mencelah.

“Fiqah rasa elok Isk keluar dulu..”

Iskandar menoleh ke arah Fiqah, meminta pengertian. Fiqah sekadar mengganguk.

“okey, Isk keluar dulu.. nanti kemudian Isk datang semula..”, Iskandar mengalah kepada kehendak Jane.

Jane hanya diam membisu.

--------------------------------------------------------------

Setiap hari selepas itu, Iskandar masih setia untuk datang melawat Jane. Biarpun, Jane masih belum mahu berjumpa dan berbicara dengannya, namun dia tetap setia menunggu di luar wad tersebut.

Sejambak bunga bersama dengan sekeping kad kecil bertulisan ringkas memohon maaf turut dibawa. Setiap hari jambangan bunga tersebut dititipkan melalui Fiqah.

Seminggu berlalu.

Hari itu, Fiqah datang menemuinya.

“Isk, surat dari Jane..”, sekeping kertas yang berlipat empat diunjukkan kepada Iskandar.

Iskandar membuka lipatan kertas tersebut, lantas membaca.

Iskandar...

I’m trying to forgive you, but i just can’t..
And i wish, i never see you again...

- Jane -

Iskandar menghela nafas panjang sesudah membaca surat ringkas Jane itu. Dia memandang ke arah Fiqah yang masih menanti di situ.

“sampaikan pada Jane, katakan padanya yang Isk faham akan permintaannya dan Isk mohon maaf sangat-sangat...”, pesan Iskandar kepada Fiqah sebelum berlalu pergi dari wad tersebut.

--------------------------------------------------------------

Akhir musim luruh itu, Iskandar mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Pengajiannya akan disambung semula di Malaysia saja.

Sebelum berangkat ke lapangan terbang Auckland, dia singgah menemui Fiqah. Daripada Fiqah, dia mengetahui yang Jane telah dibenarkan pulang.

“are you sure to do this Isk ?”, Fiqah tidak berpuas hati dengan keputusan Iskandar untuk pulang ke Malaysia.

“i have too, Fiqah... i have too...”, ringkas Iskandar menjawab.

“please send my regards to Jane... ini untuk Jane...”, Iskandar mengunjukkan sekuntum bunga mawar dan sekeping envelop bersaiz buku nota kepada Fiqah.

Fiqah mengangguk sambil menerima barang-barang yang dipesankan kepadanya.

“goodbye Fiqah... semoga kita jumpa lagi...”, Iskandar berlalu pergi menuju ke arah teksi yang sedia menanti dari tadi.

Fiqah sekadar melihat dan menunggu sehingga kelibat teksi yang dinaiki Iskandar menghilang dari pandangannya.

--------------------------------------------------------------

“Jane, ini untuk kau...”, Fiqah meletakkan sekuntum bunga mawar dan sekeping envelop pemberian Iskandar tadi di atas meja.

“siapa yang beri ??”, soal Jane.

“Iskandar...”, jawab Fiqah ringkas.

Jane mencapai bunga mawar tersebut, dihidunya. Kemudian envelop tersebut dibuka. Di dalamnya terdapat sekeping nota ringkas dan sekeping CD.

Jane pantas memasukkan CD tersebut ke dalam CD-ROM komputer ribanya dan terus menekan punat play. Seketika, irama muzik keluar dari corong speaker kecil komputer riba milik Jane. Bait-bait lirik lagu tersebut dihayati Jane sepenuhnya.

biarlah sendiri, biar ku pahami
hadirku di sini buat kau bersedih
biarlah kecewa, biar ku terluka
biar ku tercela, asal kau bahagia

seringku berjanji, namun ku ingkari
seringku berdusta, aku tak setia
lelahku melangkah sesat tanpa arah
mencari pelita, sebuah cahaya cinta

cobalah kau rasakan akan hasil karya ciptaku
cobalah kau dengarkan sebuah lagu maaf untukmu

cobalah kau rasakan panggilan di dalam hatiku
cobalah kau terbangkan dua sayap pada pundakmu

Jane langsung menatap nota ringkas Iskandar.

Jane,

Sekali lagi Isk mohon kemaafan dari Jane atas apa yang berlaku.. Isk dah puas mencuba untuk menerangkan perkara yang sebenarnya, tetapi malangnya gagal. Ternyata Jane tak memberi ruang dan peluang itu kepada Isk.

Sekadar untuk pengetahuan, permintaan Jane tempoh hari telah Iskandar tunaikan. Petang ini, Isk akan berangkat pulang ke Malaysia.

p/s: kadang-kadang, apa yang dilihat mata kasar kita tak semestinya benar kerana mata kasar masih mampu menipu kita.. tetapi apa yang dilihat mata hati kita, itulah yang sebenar-benar rasa cinta kerana mata hati itu suci...

Salam kemaafan,
Iskandar Hakimi

Jane menghela nafasnya. Fikirannya bercelaru ketika ini. Mendengarkan lagu di dalam CD tersebut dan membaca nota tulisan Iskandar membuatkan hatinya berkocak.

“Fiqah...”, Jane memanggil rakannya.

“cari teksi, Jane nak ke airport..”, Jane meminta tolong rakannya itu.

Fiqah menggarukan kepalanya, tidak mengerti sikap Jane. Namun, dia menggangguk sahaja bersetuju dengan permintaan Jane itu.

Perjalanan selama 30 minit ke lapangan terbang Auckland dirasakan sebegitu lama sekali oleh Jane. Berkali-kali pemandu teksi yang membawa Jane didesak untuk melajukan kenderaannya. Fiqah berusaha menyabarkan Jane.

Saat teksi yang dinaiki oleh Jane dan Fiqah tiba di pintu masuk lapangan terbang, saat itulah pesawat yang dinaiki oleh Iskandar mula bergerak untuk berlepas.

“selamat tinggal bumi Auckland... selamat tinggal Jane...”, bisik hati kecil Iskandar sejurus pesawat Malaysia Airlines yang dinaikinya berlepas membelah awan.

(bersambung...)

p/s: sebenarnya, episode 06 dah pun siap.. episode 06 hanya akan keluar hari Sabtu nie jika episode nie dapat kumpulkan 15 comments daripada pembaca yg berbeza menjelang Sabtu... hehehe... ;)

regards,

Saturday, March 20, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 04 - Tentang Jane)


Episode 04 – Tentang Jane..

Auckland City, musim luruh, 5 tahun lalu

Cuaca petang itu sedikit mendung walaupun derap angin sesekali menghembus kencang, petanda hujan mungkin bakal turun mencurah bumi Auckland malam itu. Suasana di sekitar Albert Park di saat itu terasa sedikit sejuk, namun tidak menghalang sekumpulan kanak-kanak berlari-larian, menikmat kegembiraan zaman masa kecil mereka.

Saat itu, Iskandar mengerling jam tangan Tag Heuer miliknya. Jarum jam semakin menghampiri angka 5 petang di waktu itu. Kelibat Jane yang ditunggu masih juga tidak kunjung tiba. Iskandar mundar-mandir di situ. Bosan berdiri, dia kembali duduk di kerusi panjang di belakangnya.

Setengah jam berlalu, hari semakin gelap menandakan tirai malam bakal menjelang tidak lama lagi. Dari jauh, kelihatan sesusuk tubuh kecil gadis berjalan pantas menuju ke arah Iskandar.

“finally..”, Iskandar menyapa Jane.

“i’m so sorry Isk.. my discussion finish a little bit late tadi...”, Jane cuba menerangkan sebab kelewatannya.

“dah lama ke you sampai dear ??”, Jane lantas menyambung bicaranya dengan pertanyaan.

“erm... baru je, tak lama mana pun.. setengah jam maybe...”, Iskandar mencebik mukanya, tanda protes.

“oh my dear, janganlah merajuk.. i’m sorry okay...”, Jane cuba memujuk lagi.

“yela tue, next time you still buat lagi kan...”, Iskandar memerli sambil merenung tajam ke arah Jane.

“but, it’s okay.. apology accepted this time...”, Iskandar menyambung lagi.

“okey dear...”, Jane tersenyum girang.

“neway, apa plan kita petang nie ?”, soal Iskandar kepada Jane.

“macam mana kalau kita pergi makan dulu ? tempat biasa...”, Jane mengutarakan cadangannya.

Iskandar tersenyum mengangguk tanda setuju. Mereka berdua lantas bergerak menuju ke destinasi kebiasaan mereka di Queen Street.

Setibanya mereka di Istanbul Kebab and Pizza, mereka terus membuat pesanan makanan masing-masing. 15 minit berlalu, makanan yang dipesan pun diterima. Dari situ, kemudian mereka berjalan menyusuri Quay Street sambil menikmati makanan yang dipesan tadi menuju ke Judges Bay.

Mereka mengambil keputusan untuk menghabiskan masa di situ, sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Angin laut yang bertiup lembut menemani bicara dan canda ketawa mereka petang itu. Judges Bay menjadi saksi keakraban merpati dua sejoli ini.

--------------------------------------------------------------

Putri Melati Jane Ihsan, nama yang telah membuatkan hati lelaki Iskandar tunduk pada cinta kali pertama. Pelajar tahun kedua School of Business di Universiti Auckland itu bukan sahaja unik pada nama tetapi turut punya karakter yang unik. Iskandar masih ingat lagi bagaimana awal perkenalannya dengan anak berdarah kacukan Jawa, Belanda dan Melayu itu di sebuah majlis resepsi untuk pelajar-pelajar baru Universiti Auckland.

“hai... awak nampak cantik malam ini..”, Iskandar memulakan bicara dengan memuji ikhlas gadis bergaun merah hati itu.

Jane menoleh ke arah iskandar dan tersenyum. Senyuman itulah yang telah mencairkan hati Iskandar pada pertama kalinya.

“terima kasih..”, Jane membalas.

“saya Iskandar, Iskandar Hakimi.. dan awak pula wahai gadis cantik ?”, Iskandar menyusun kata sebaik mungkin.

“Jane...”, jawab gadis itu ringkas.

“err.. Jane saja ke ??”, soal Iskandar lebih panjang.

“Putri Melati Jane Ihsan... tapi panggil saja saya Jane...”, gadis itu menerangkan.

“hurm... nama yang unik dan indah...”, Iskandar memuji.

Perbualan mereka terganggu sebentar apabila pengacara mengumumkan acara tari menari akan dimulakan sebentar lagi. Muzik sentimental mula beralun dari corong speaker yang memenuhi segenap penjuru dewan tersebut.

Iskandar memandang ke arah Jane.

“sudikah awak menari dengan saya, Jane ??”, pelawa Iskandar sembil menghulurkan tangannya.

Jane tersenyum lagi. Dia mengangguk, menyambut huluran tangan Iskandar dan mereka terus menuju ke tengah dewan untuk menyertai acara tari menari tersebut.

Malam tersebut adalah detik permulaan sebuah ikatan di antara dua insan yang tertarik sesama mereka.

--------------------------------------------------------------

Masa terus berlalu. Perasaan sayang itu semakin menebal di dalam diri mereka. Ibarat belangkas, ke mana pun pasti bersama.

“Jane..”, panggil Iskandar. Ketika itu mereka sedang menikmati hidangan makanan tengah hari di Khyber Tandoori Indian Restaurant.

“yes dear...”, Jane membalas ringkas.

“boleh tak i panggil you Putri ? kan lebih manis bunyinya...”, Iskandar menyoal gadis pujaan hatinya.

“eh... tak maulah... semua orang pun panggil i Jane, takkan you sorang pulak nak panggil i Putri ??”, tingkah Jane waktu itu membantah tidak setuju.

“ala.. apa salahnya kan ??”, Iskandar merayu Jane lagi.

“eeii.. tak maulah... you jangan nak mengada-ngada okay..”, Jane memberi amaran.

“Putri..”, sengaja Iskandar mengusik gadis kesukaannya itu.

“nah ambil nie... rasakan... nak sangat panggil i Putri...”, Jane mencubit lengan Iskandar.

“aahhh.. sakitlah Jane !!”, Iskandar sedikit menjerit.

Seisi pelanggan di dalam Khyber Tandoori itu memandang ke arah mereka berdua. Mereka tersenyum-senyum.

Iskandar memandang ke arah bekas cubitan Jane tadi. Kelihatan masih berbekas merah lagi di situ.

“kalau you nak lagi i cubit macam tue, you try lah panggil i Putri lagi...”, selamba saja Jane berbicara sambil mengunyah nasi yang disuapkan ke dalam mulutnya.

Iskandar hanya sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya tanda mengalah.

--------------------------------------------------------------

Akhir musim luruh itu, hampir genap dua tahun Iskandar dan Jane bersama. Dan pastinya esok merupakan hari ulang tahun pertemuan mereka sewaktu di majlis resepsi pelajar dahulu.

Jane merancang ingin membuat sedikit kejutan untuk Iskandar pada esok hari. Hajatnya ingin menyediakan sedikit masakan istimewa untuk Iskandar. Sedari pagi lagi, Jane mula sibuk menyediakan barang-barang yang diperlukan.

Sementara Iskandar pula, hanya duduk sahaja di apartment murah yang disewanya bersama teman sekuliahnya, Mark. Baginya, hujung minggu sebeginilah masa untuk dia berehat. Tambahan pula, Jane sendiri telah memberitahunya yang dia tidak dapat menghabiskan waktu bersama kerana terdapat hal lain yang perlu diselesaikan segera.

Iskandar faham, sebagai seorang pelajar perniagaan, Jane tentulah sibuk dengan assignment yang kadang-kadang memerlukan dia untuk keluar berbincang dengan rakan-rakan sekuliahnya yang lain. Adakalanya, dia juga perlu berjumpa dengan ahli-ahli perniagaan setempat untuk ditemubual sebagai bahan rujukan kajian.

Teman serumah Iskandar, Mark pula entah ke mana perginya. Sememangnya, Iskandar masak benar dengan aktiviti Mark. Pantang hujung minggu sahaja, pasti Mark akan hilang dan tidak lekat di rumah. Menjelang malam biasanya barulah dia akan pulang.

Jam menunjukkan hari telah menginjak petang. Iskandar kebosanan. Dia mencapai handphone miliknya. Pendek sahaja ayat ditaipnya dan terus dihantar kepada Jane.

Di rumah Jane, handphonenya berbunyi menandakan ada mesej baru yang diterima. Jane berkejar-kejar dari dapur mencari handphonenya yang diletakkan di atas meja ruang biliknya, lantas dicapainya. Mesej dari Iskandar dibuka,

“tgh watpe tue ??”

“tgh buat kerja sikit.. nie kt mane dear ?”, Jane membalas semula mesej Iskandar itu.

Seminit berselang, mesej baru masuk lagi.

“i tgh bosan kat rumah nie... rindu kt you la..”

Jane membalas lagi, “esoklah kita jumpa okey.. if dear bosan, tidurlah... tk”

Iskandar membaca mesej terakhir dari Jane. Dia tersenyum.

Iskandar menekan punat On pada remote control televisyen. Dia cuba memaksa matanya untuk menonton bagi menghilangkan kebosanan. Sedar tak sedar, dia terlelap di sofa.

--------------------------------------------------------------

“Tok.. Tok.. Tok...”

Iskandar terjaga mengejut..

“Tok.. Tok.. Tok...”

Pintu apartmentnya diketuk lagi dari luar. Jam menunjukkan pukul 10 malam ketika itu. Iskandar tak menyangka dia boleh terlelap tidur sebegitu lama.

“Isk, are you there ?? open the door please...”

Iskandar bangkit dari sofa dan menuju ke arah pintu. Tombol dipulas. Susuk tubuh Mark, teman serumahnya kelihatan sebaik sahaja pintu dikuak.

“Isk, thank you dear...”, ujar Mark sambil terhuyung-hayang mencari arah masuk.

“you're drunk again Mark.. how many times i should tell you about this ??”, Iskandar memarahi Mark.

Dia segera mendapatkan Mark, dan memapah Mark masuk terus ke dalam bilik. Tak sedar dia yang pintu depan tidak tertutup rapat sebenarnya.

“it’s not my fault, not my fault...”, Mark masih meracau tak sedarkan diri.

Tubuh Mark dibaringkan di atas katil. Iskandar mengeleng-gelengkan kepala. Dia menghampiri pintu dan memadamkan suis lampu.

“Iskandar...”, Mark memanggil nama Iskandar.

Iskandar yang baru sahaja hendak melangkah keluar dan kembali ke biliknya sendiri menoleh ke belakang semula.

“please come here Isk... don’t leave me here alone...”, rayu Mark seperti anak kecil.

“you’re drunk my friend.. you should have some rest first..”, Iskandar kembali semula ke arah Mark, tak jadi untuk balik ke biliknya.

“i know, but please....”, Mark merayu kepada Iskandar lagi.

Iskandar mencapai selimut dan menyelimuti tubuh badan Mark dengan selimut itu. Tiba-tiba, leher Iskandar dirangkul oleh Mark dan bibir mereka berdua bertemu.

“ehh.. please stop it Mark !!”, Iskandar cuba menolak Mark dari dirinya. Malangnya, tidak berjaya. Mark merangkul kemas Iskandar. Saat itu, Mark tidak mempedulikan rayuan Iskandar lagi.

“don’t do anything stupid Mark, please dont..”, Iskandar mencuba lagi untuk mebebaskan dirinya.

Gagal.

Malam itu merupakan malam yang panjang dan melelahkan buat Iskandar.

--------------------------------------------------------------

Matahari pagi yang bersinar terang cukup memberikan semangat kepada Jane untuk menyediakan Bolognese Spaghetti kegemaran Iskandar. Sesudah selesai, dia bersiap-siap untuk keluar. Destinasi tujuannya adalah Greys Avenue, lokasi apartment Iskandar.

Sesampainya Jane di situ, dilihatnya pintu apartment Iskandar tidak ditutup rapat. Jane mengetuk pintu, namun tiada jawapan. Akhirnya, Jane memutuskan untuk masuk sahaja ke dalam. Pintu tersebut dikuak dan Jane memanggil-manggil nama Iskandar. Tiada jawapan.

Jane mencari di bilik Iskandar, malangnya tidak nampak kelibat Iskandar. Dia menolak pintu bilik bersebelahan bilik Iskandar yang tidak ditutup rapat dan menjenguk ke dalam.

“Pranggg”

Bekas yang berisi Spaghetti Bolognese yang dibawa Jane terlepas dari pegangan. Jane menutup mulutnya tidak menyangka.

“Oh My God !!”, Jane terperanjat melihat keadaan di depan matanya.

(bersambung...)

regards,

Wednesday, March 17, 2010

EXtravaganza Hipokrit !!


sesetengah orang, tersembunyi kebijakan di sebalik kegilaan...
sesetengah orang, tersembunyi kebusukan dalam kebaikan...
sesetengah orang, tersembunyi kebinatangan di sebalik kelembutan...
sesetengah orang, tersembunyi kemunafikan di sebalik kealiman...

ringkasannya:
tak semua yg baik tue nampak baik... tue semua sekadar interface yg nak mengelabui pandangan masyarakat je, yg penting mesti tikam belakang punya bila ada peluang... agak pelik plak bila kawan aku boleh je jadi kawan kau, tapi kawan kau milik kau sorang je... barang kau sorang ke ?? cerita memburukkan orang, kaulah jagoan terhandal., seolah kau insan maksum di muka bumi Allah nie.. haish, kanak-kanak betullah... aku tak perlu nak layan perangai budak-budak kecik camnie... setakat muka je cun / lawa / hensem / cute, tak gunalah, matanglah sikit wei...

EXtravaganza hipokrit !!

regards,

Monday, March 15, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 03 - Langkah Pertama)


Episode 03 - Langkah Pertama

Seminggu telah berlalu. Rutin harian Iskandar sentiasa saja padat. Jika tidak sibuk dengan mesyuarat, dia akan bergelumang dengan fail-fail kertas yang menimbun di atas meja kerjanya itu. Saban hari, ada saja kertas kerja yang diterimanya dan perlu disiapkan dengan kadar segera. Itu tuntutan kerja dan Iskandar tidak dapat tidak, harus juga menyiapkannya.

Semenjak kejadian mimpi tempoh hari, telah tiga kali Iskandar mengalami situasi yang sama. Dia sendiri tidak mengerti mengapa semua itu terjadi. Tidurnya kerap terganggu. Disebabkan itulah, dia banyak menghabiskan masa di pejabat walaupun hari ketika itu telah pun menginjak gelap pagi. Baginya, segala kerja-kerja yang menunggunya itu dapat mengeluarkan dia daripada situasi binggung tersebut.

Sesekali dia keluar sebentar dari pejabatnya, sekadar mengambil udara segar. Dalam keadaan tekanan kerja yang banyak, sedikit waktu senggang yang diperolehi sebegitu cukup memberi kelegaan kepada Iskandar. Adakalanya, dia akan keluar menuju ke restoran makanan segera yang berdekatan untuk menikmati set mcD kegemarannya. Sejak kali pertama bertemu dengan Suhayati, boleh dikatakan hampir setiap dua hari sekali, Iskandar akan ke sana. Bagai ada suatu kuasa magnet yang menarik-menarik kedatangannya ke situ. Gadis tersebut pun telah biasa dengan kehadirannya itu. Iskandar sanggup menanti giliran di barisan, menunggu Suhayati mengambil pesanan biarpun ada ketikanya terdapat pekerja kaunter lain yang sedia mengambil pesanan makanannya !!

Sedang Iskandar leka membaca kertas kerja di atas mejanya, komputer di depan matanya berbunyi menandakan terdapat satu email baru diterima. Dia menekan butang read pada menu email tersebut, kemudian tertera satu mesej pendek,

“jom borak. Kita YM macam biasa... - Iman”

Iskandar tersenyum mengeleng kepala membaca mesej dari Iman itu. Dia lantas membuka aplikasi Yahoo Mesenger beliau. Butang log in diklik, setelah itu, nama Iman dicari dan diklik dua kali. Satu paparan skrin muncul dan Iskandar terus menaip,

“hurm.. baru teringat orang kat sini ke ??”, Iskandar memulakan bicara.

“hehehe... perli akulah tue ??”, Iman membalas.
“aku bosanlah, kau tengah buat apa tue ??”, Iman melanjutkan pertanyaannya.

“bukanlah macam tue.. kau tue macam biskut Iman, kejap ada, kejap hilang... susah aku nak cari kau bila perlu...”, getus rasa hati Iskandar.

“kau tak jawab lagi tadi, tengah buat apa tue ??”, Iman mengulangi pertanyaannya.

“macam biasalah, menghadap paperwork yang menimbun nie.. entah bilalah nak habis semua paper nie... huhuhu...”, keluh Iskandar menyatakan isi hatinya.

“kau tak rindu aku ke Isk ??”, soal Iman lagi.

“rindu kau ?? nak buat apa ?? takde maknanya ...”, Iskandar cuba mengusik Iman dengan jawapannya.

“sampai hati kau.. aku taulah siapa je aku nie... tak sama league dengan kau kan Isk.. hurm...”, Iman menjawab semula, seakan merajuk jawapannya.

“haha... Iman dah merajuk pulak...”, Iskandar mengusik lagi.

“teruklah kau nie Isk, macam nie la kawan...”, Iman menyatakan rasa tak puas hatinya.

“eh.. mana ada... kau nie cepat sangat terasalah Iman... aku main-main je tadi...”, Iskandar cuba memujuk Iman semula.

“okay.. okay... aku rindu kau jugak Iman.. puas hati ??”, Iskandar mengalah. Baginya hati Iman yang terasa perlu dipujuk cepat.

“ala.. bunyi macam tak ikhlas je tue...”, Iman membalas ringkas.

“hahaha... ada-ada jelah kau nie Iman... dah lah, aku nak sambunag buat kerja nie...”, Iskandar mematikan suasana tidak selesa itu secepat mungkin.

“okay, kita sambung lagi later...”, Iman mengalah.

“okay, bye Iman..”, skrin browser YM itu ditutup.

Iskandar tersenyum sendirian mengenangkan perbualannya dengan Iman tadi. Iman adalah rakan rapatnya sejak dari kolej dulu. Bagi Iskandar, berkawan dengan Iman cukup menyenangkan. Sebab itulah, hubungan mereka mampu bertahan hingga sekarang.

Iskandar cuba untuk memberi tumpuan kepada kerjanya semula tetapi gagal dek kerana perutnya yang mula berbunyi minta diisi. Dia mengerling waktu di jam tangannya. Waktu ketika itu menunjukkan jam 7.30 malam.

“padanlah lapar sangat nie...”, getus Iskandar sendirian.

Iskandar bingkas bangun, jarinya menekan punat Off di monitor komputer miliknya. Memang sudah menjadi kebiasaannya, dia membiarkan komputernya terbuka dan hanya menutup monitornya sahaja. Mejanya yang berselerak dibiarkan sebegitu. Tuntutan perut perlu diutamakan dahulu.

Dia melangkah keluar dari bangunan pejabatnya. Destinasi tujuan, restoran makanan segera kegemarannya. Dahulu, hanya satu sebab sahaja mengapa dia ke sana, set mcD yang digemarinya. Kini, ada tambahan sebab mengapa dia harus ke sana, penangan gadis manis yang bernama Suhayati itu.

Setibanya Iskandar di situ, dia terus menuju ke kaunter di mana Suhayati bertugas. Suhayati menghadiahkan sebuah senyuman ikhlas kepadanya. Iskandar membalas semula senyuman tersebut.

“macam biasa ke encik ??’, soal gadis itu meminta kepastian.

Iskandar mengangguk pantas.

“okey, sekejap ye encik..”, gadis itu meminta dia menunggu sebentar.

Dua minit berlalu, dan set yang dipesannya pun siap. Iskandar menoleh ke belakangnya, didapati tiada siapa yang beratur dibelakangnya ketika itu.

Iskandar memberanikan diri bertanya,
“cik Suhayati, boleh bagi nombor telefon tak ?? nak berkenalan... nama saya Iskandar...”

Suhayati terkejut dengan permintaan drastik dari pelanggan yang baru seminggu dikenalinya itu. Dia kelihatan teragak-agak.

“jangan risau, niat saya ikhlas nak berkawan dengan awak..”, Iskandar menerangkan lanjut, seakan dapat membaca riak kaget di wajah manis Suhayati.

Suhayati mencapai sehelai tisu yang berada di bawah meja kaunternya. Gadis itu lantas menulis pantas beberapa angka di permukaan tisu itu, lalu mengunjukkan kepada Iskandar. Iskandar dengan pantas menyambar tisu tersebut. Sekilas dia melihat, mukanya berkerut dan menoleh semula kepada Suhayati.

“nombor telefon rumah ?”, Iskandar meminta kepastian.

Suhayati mengangguk.

“nombor handphone takde ke ??”, Iskandar menyoal lagi.

“saya takde handphone... kalau encik Iskandar nak berkawan dan berkenalan, kenalah telefon rumah dulu..”, lancar sahaja Suhayati menjawab.

“tapi, biasanya mak saya yang jawab.. jadi encik kena mintak kebenaran daripada dia dululah...”, gadis itu menambah lagi sambil tersenyum.

“err... okaylah kalau macam tue... nanti ada masa saya call awak ye..”, Iskandar pula yang teragak-agak berbicara.

“lagi satu, janganlah panggil saya encik.. panggil saya Iskandar atau Isk pun dah cukup..”, pinta Iskandar penuh mengharap.

Suhayati hanya mengangguk dan tersenyum lagi.

“okay, saya pergi dulu...”, Iskandar mula berpaling untuk melangkah.

“encik... eh... Iskandar, makanan nie jangan lupa lagi...”, Suhayati mengingatkan sambil menunjukkan bungkusan mcD yang dipesan Iskandar tadi.

“eh.. hampir terlupa tadi... sorry, dah tua-tua nie selalu pelupa pulak...”, Iskandar membalas dengan selamba. Suhayati menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Iskandar sambil melihat kelibat lelaki itu semakin menghilang dari pandangannya.

Malam itu, setelah selesai menjamah mcD yang dibelinya, Iskandar hanya berehat-rehat di atas sofa sambil menonton televisyen. Dari satu saluran ke satu saluran ditukarnya, namun tidak satu pun yang menambat hatinya. Akhirnya, dia memilih untuk menonton saluran sukan yang ketika itu sedang menyiarkan siaran tertunda perlawanan hoki di antara Australia dan India. Sedang leka dia menonton, loceng pintu apartmennya berbunyi. Konsentrasi menontonnya terganggu. Matanya terarah pada jam dinding yang berada tepat di atas televisyen. Jam 10.30 malam !!

“siapa sajalah yang mengganggu waktu malam begini.. haish...”, gumam Iskandar sendirian.

Iskandar melangkah malas ke arah pintu. Tombol dipulas dan pintu ditarik. Kelihatan susuk tubuh seorang perempuan di depan pintu rumahnya.

“Iskandar....”, sapa perempuan itu.

“Jane ???”, Iskandar memandang penuh kehairanan.

(bersambung...)

regards,

Wednesday, March 10, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 02 - Permainan Hati)


Iskandar menoleh kembali ke arah Suhayati yang memanggil beliau dari kaunter. Perkiraannya, tatktiknya tadi berhasil, tetapi ternyata silap. Gadis itu menunjukkan isyarat ke arah bungkusan plastik makanan yang masih terletak di atas meja kaunter.

“encik tak nak makanan encik ke ??”, soal Suhayati. Terus sahaja Iskandar menepuk dahinya, lalu berpatah semula mendapatkan Suhayati.

“awak cantik sangat, terus terlupa pada makanan nie...”, tutur Iskandar sambil berusaha menutup kealpaannya sebentar tadi. Suhayati memandang tepat Iskandar. Muka gadis berusia 23 tahun itu merona merah, malu gara-gara dek pujian yang dilontarkan oleh Iskandar tadi. Namun, dia masih cuba mengawal sebaik mungkin riak muka di hadapan pelanggan yang seorang ini.

“terima kasih encik.. nanti datang lagi...”
“pasti !!”, balas Iskandar sambil tersengih, lantas bergerak pergi.

Satu langkah, dua langkah, tiga langkah, beliau berjalan. Pada langkah yang kelima di depan pintu keluar restoran makanan segera itu, sekilas beliau menoleh dan tersenyum melambai ke arah gadis kecil molek tadi. Suhayati yang memerhati sedari tadi hanya menggelengkan kepala. Akhirnya, lelaki itu lenyap dari pandangan.

“ada yang minat nampak ??”, sergah Fitri, rakan sekerja Suhayati yang memerhati keadaan itu sejak tadi.

Suhayati tersenyum kecil, “customer tadi main-main je kot...”

“ala, jangan tipulah... tak nampak macam main-main pun... mcD dia pun siap boleh tertinggal lagi sebab minat sangat kat kau tadi..”, rakannya menambah lagi.

Suhayati hanya tersenyum membalas komen Fitri.

“kau pun sukalah tue kan ?? hehe...”

“eh, mana ada !! memandai je kau nie Fieyt...”, menidakkan serkap jarang rakannya itu. Perbualan mereka terhenti di situ disebabkan pelanggan lain yang datang membuat pesanan di kaunter tersebut.

---------------------------------------------------

Episode 02 – Permainan Hati

Kuala Lumpur, 19 Feb 2010

Ruangan itu luas, namun kosong serba-serbi. Dia berlari-lari ke segenap penjuru ruang itu, cuba untuk mencari jalan keluar tetapi gagal. Dia mencuba lagi dan terus-terusan gagal. Akhirnya, dia terduduk kepenatan, menghela nafas yang panjang sambil cuba mencari ikhtiar lain.

“kau tipu aku !!”, gema satu suara yang mendadak muncul. Dia menoleh sekeliling, tiada siapa yang dilihatnya.

“kau tipu aku.. kau tipu diri kau sendiri !!”, suara itu menambah, kali ini dengan nada yang sedikit keras.

“siapa kau ??”, dia menyoal. Suara itu ketawa. Semakin lama semakin kuat gema ketawa suara itu.

“kau lupa pada aku ??”
“orang seperti kau tak mungkin mudah lupa !!”, sindir suara itu. Ketawanya makin panjangnya...

“tidak !! aku tak kenal kau...”
“pergi !! pergi !! pergi !! aku mahu keluar dari sini !!”, dia meningkah suara misteri itu. Dia bingkas bangun, berusaha lagi mencari pintu yang membawa kepada jalan keluar. Malangnya, masih tidak berhasil.

Suara itu ketawa lagi, “usaha kau hanyalah usaha sia-sia... sebagaimana juga kau mensia-siakan janji kau pada aku !!”

“apa yang kau mahu ??”
“apa salah aku ??”, dia binggung memikirkan situasi yang melandanya kini.

“kau lupa pada janji !!”, suara itu menjerit.
“janji adalah untuk ditepati, bukan dikhianati !!”, tegas suara itu lagi.

“aaaa... aaaku tak mengerti...”, dia menjawab gagap.

“kau harus dihukum atas apa yang berlaku...”

“tolong, aku tak mahu mati lagi... setidaknya, bukan di tempat yang tak pasti ini...”, dia merayu mengharapkan suara itu berlalu pergi.

Suara itu kembali bergema dengan hilaian ketawa. Dia binggung.

“mati bukan hukuman yang layak untuk kau, Iskandar Hakimi !!”, ketawa suara itu bertambah kuat memenuhi segenap ruang yang ada.

“penderitaan jiwa adalah yang sebaiknya buat kau...”

Dia terkejut, tidak mengerti dengan maksud sebenar suara itu. Otaknya ligat berfikir di ketika itu. Lantas, kepalanya terasa berat sekali. Sakit yang dirasakan seperti mahu pecah tempurung kepala dia di saat itu.

Dia menjerit tak tertahan, “aaarrrgghhhhhhhhhhhhhhhhh !!!”
Nafas terasa sesak seketika. Visual ruangan kosong itu mula memudar perlahan, gelap.

“maafkan aku jika aku salah.... arrrggghhhhh !!!”, denyut dada yang menyesak semakin kuat menghimpit, semakin kuat ditekan. Sekeliling menjadi kelam.

“teet teet teet... teet teet teet...”, bunyi asing itu cukup kuat, cukup untuk mengejutkan dia.

Iskandar terbangun mengejut. Nafasnya tercungap-cungap keletihan. Terpijat-pijat matanya memandang sekeliling dalam keadaan gelap gelita itu memastikan di mana dia berada. Setelah diamati, dia berada di bilik dia ketika itu. Tangannya meraba-raba kunci jam untuk memberhentikan bunyi alarm tersebut.

“astagfirullah-al-azzim..”, gumam Iskandar. Dia menyeka peluh yang membasahi mukanya. Dia mengerling ke arah jam di atas meja sisi katilnya. Angka-angka digital pada jam kotak tersebut memaparkan waktu 6.06 pagi ketika itu.

Azan subuh ketika itu berkumandang sayup dari pembesar suara surau yang berhampiran. Dia termenung sejenak, cuba memikirkan apa yang dialaminya sebentar tadi. Sekadar bermimpikah dia ? atau barangkali ada maksud tersirat di sebalik semua yang dialaminya tadi.

Dia binggung.

(bersambung...)

regards,

Wednesday, March 3, 2010

Monolog Terdetik..


hati terdetik seketika, lantas aku terpikir...

aku selalu ada, memberikan yang terbaik untuk sekelilingku
aku selalu ada, mendengarkan setiap keluh kesah sekelilingku
aku selalu ada, menceriakan duka kesedihan sekelilingku
aku selalu ada, melontarkan pikiran yang tak terjangkau dek akal sekelilingku
aku selalu ada untuk keliling khalayak yang memerlukanku

hati terus-terusan terdetik dan lantas aku terpikir lagi...

andai aku pula mengalami apa yang dilalui mereka,
ada sesiapakah yang punya masa untuk aku ??

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs