Saturday, January 24, 2009

Sepatu Putih, Tarikan Khalayak...

semalam, aku gie kerja pakai kasut baru, kasut kaler putih... kasut tue asalnya dibeli untuk dinner GSB minggu lepas... nie kali kedua aku pakai kasut tue... plan aku, nak pakai kasut tue tiap hari Jumaat je since kasut sangat sesuai dengan attire aku untuk hari Jumaat, t-shirt dan seluar jeans.. betapa selambanya aku gie kerja kalau hari Jumaat... huhuhu... memula aku segan la gak nak pakai, sebab macam terlampau menonjol je... tapi bila da pakai, dan orang kat sekeliling aku pun bagi feedback yang agak memberangsangkan... tetiba aku jadi seronok lak nak pakai lagi... hehehe.. memang giler glamor lak aku rasa sekarang... hahaha...

orang pertama yang aku tunjuk dan tanyakan pendapat bila sampai opis adalah Kak Za, then Emma... feedback amat positif... huhuhu... seterusnya bila waktu petang gie Menara, bos-bos aku ikut tegur dan bagi reaksi yang tersangat la positif dan fantastik berkaitan ngan kasut aku tue.... hahaha... so, semakin kuat la keinginan aku untuk terus memakai kasut tue tiap Jumaat nanti...

Tuesday, January 20, 2009

Sebatas Waktu Seorang Budak..

budak itu,

dulu dia comel, sekarang dia kuat ngomel
dulu dia mendengar kata, sekarang keras kepala
dulu dia janji lupakan saja, alih-alih dia buat lupa
dulu dia kata aku yang pertama, sekarang entah yang ke berapa jadinya

tetap saja dia,

dulu dia rendah hati, akhir ini semakin tinggi diri
dulu kata kita kawan, sampai akhir tiba tiba lawan
dulu kita juga yang tolong, sekarang dibiarkan saja melopong
dulu dia lurus, tau tau dia bengkok juga

argh.. biarkan saja budak itu...

dulu dia di tunjuk ajar, malang sungguh tak makan ajar
dulu dia dibajai kasih, lambat lambat ia dipersia
dulu dia lambang kebanggaan, sekarang tak ubah di ambang kerapuhan
dulu dia keutamaan, lama lama dah naik bosan

kini dah sampai batas waktu, semua harus berlalu...
tak berbaloi lagi untuk ditunggu...

nukilan hati,
Aidy Shahiezad, 20 Januari 2009, 3.37 pagi

Sunday, January 18, 2009

Appreciation Nite 2008: All That Glitterz...

All Glitterz Like a Stars, tue la yang dapat dikatakan untuk GSB Appreciation Nite 2008 malam Jumaat yang lepas… bertempat di Hilton Kuala Lumpur, demam glitterz tue da melanda sedari 2 minggu yang lepas lagi… masing-masing sibuk pikir dan mencari baju apa yang digayakan malam tue… dan hasilnya sangat superb.. masing-masing melaram sakan, meriah dengan kilauan yang menyilau mata… hahaha… aku gak rasanya tak terlepas dari demam glitterz tue, buktinya, boleh rujuk entri post kisah aku mencari baju dinner di serata tempat dan akhirnya last minute decision untuk penampilan aku yang tak terjangka… tak terjangka ke ??? huhuhu…






okey, jom cerita sikit pasal malam tue… aku, Wan, Kerol bersiap awal untuk dinner tue… jam 6 petang lagi da siap dan kami bergerak ke Kerinchi untuk tunggu Kak Za dan Emma yang tak kunjung tiba… janji jam 6 tapi jam 7.15 baru muncul gara-gara set rambut dan mekap last minute kat salon mana entah… selepas tue, kami bergerak konvoi dua kereta ke Hilton… sekitar jam 8, kami da sampai setelah berpusing-pusing mencari parking kat limited parking space kat bangunan Hilton tue..


first impression aku bila sampai sana, wow semua dashyat-dashyat belaka… semua nak berkilauan sakan… hahaha.. kami register masuk dan amik hadiah wajib untuk semua yang hadir… tak perlu la cerita aku dapat apa kan, yang penting ada bawak balik something… then, masuk ballroom cari seat…kami dapat seat yang agak best gak la kat belakang table VVIP, tapi table tue tak berapa luck la kot since kami tak menang apa-apa pun cabutan bertuah untuk grand prize dari sekecil nilai Microwave sampai la ke sebesar nilai LCD TV 32’’ tue… apa punya nasib la malam tue…


untuk pengetahuan, artis jemputan malam tue, Dayang Nurfaizah… dapat la dengar dia nyanyi live depan mata at last… banyak gak lagu yang dibawak untuk set 30 minit tue… best part, dia memang professional, tak berkira walaupun lastly, our CEO request lagu Kasih yang tak termasuk dalam set senarai lagu yang dibawa.. sanggup gak dia nyanyi lagu tue without sebarang music since dia tak bawa minus one lagu tue… and guess what, stil superb as always… dan aku terkedu jap bila dia nyanyi lagu Seandainya Masih Ada Cinta, teringat cerita lalu gak malam tue… huhuhu…



dinner malam tue habis sekitar jam 11.00 malam dan diteruskan dengan sesi bergambar sakan oleh semua… yang pasti semua happy la kot…

Wednesday, January 14, 2009

Kerlipan Bintang Itu Semakin Hampir...

kiranya aku happy hari nie sebab at last aku dapat gak cari baju untuk annual dinner Jumaat nie.. tue pun lepas puas pusing keliling dari Bukit Bintang -> Uptown Shah Alam -> Sunway Piramid -> USJ Summit -> Alam Sentral -> Mid Valley -> Sogo -> Pertama… aku rasa aku da tak kesah da baju apa pun, janji ada baju sebab aku sendiri pun da bosan nak mencari payah sangat.. kalau aku sendiri da bosan, nie kan plak tukang pengikut setia yang temankan aku mencari baju tue sekali…

erm.. tapi aku mengaku la yang aku nie memang cerewet gila kalau masuk bab nak pilih baju nie… dan aku rasa gak, baju yang aku dapat nie da larik betul dari planning asal aku… tak kesah la pasal tue… pikir punya pikir balik, punya la ramai umat manusia yang menyumbang idea bernas @ pelik untuk baju aku, dari Wan & Kerol sampai la ke Kak Za & Emma… dan hasil gabungan semua otak makhluk Allah nie la gak, aku rasa aku bakal tak jadik macam aku yang sepatutnya masa malam dinner tue nanti… isk.. malas nak cerita banyak la, kerja aku pun melambak lagi nie… okay, tunggu je la malam dinner tue nanti… adios..

Monday, January 12, 2009

Nak Bunuh Orang Je !!!


9th January 2009 – dari awal pagi lagi aku da kena gie site untuk try setelkan masalah yang jadik… yang buat aku angin gila, aku stranded kat situ sampai jam 10 malam… 13 jam kat sana, apa je la yang aku buat… da macam-macam test aku buat untuk figure out masalah sebenar, tapi last-last client tue decide nak format server bermasalah tue… dari awal-awal lagi sibuk da nak format server tue, so format la awal-awal… tak payah la buang masa aku banyak-banyak kat situ… alih-alih, da malam baru nak firm untuk format.. boleh la plak demand supaya buat esok hari (Sabtu).. main paksa-paksa lak tue… siot betul la…

terasa nak bunuh orang je time tue… keluar je dari ‘bilik tahanan’ tue, aku ajak Kerol ngan Wan lepak kat OTWC (sekali lagi ??).. aku amik diorang kat rumah Kerol then terus gie sana.. lama gak la lepak sana, nak lepaskan tension.. duit aku pun abis banyak malam tue semata-mata untuk makan !!! bayangkan 3 jam dok sana, aku berjaya hisap rokok sampai 12 batang, sejarah baru dalam hidup aku… da la aku jenis bukan merokok sangat… isk… da kronik betul da aku nie… kena cari penawar cepat nie…

A Day to Remember II – Nyanyi-Nyanyi…

6th January 2009 – setel je farewell party kecil-kecilan tue, kami take around 2 jam gak untuk layan CS dulu sebelum proceed dengan aktiviti terakhir, karaoke… kali nie, kiami buat style baru… nyanyi 7 round sorang dan setiap round ada theme tertentu.. antara theme yang aku tetapkan; lagu yang dinyanyikan artis perempuan, lagu era 90-an, lagu era 80-an, lagu P Ramlee, lagu dengan judul nama perempuan, lagu nasyid dan lagu Indonesia.. maka terkial-kial la semua nak mencari lagu seperti yang disyaratkan oleh aku… aku sendiri pun struggle gak nak pilih lagu since aku main letak je theme tue… huhuhu…

A Day to Remember I – Makan-Makan…

6th January 2009 – hari tersebut, Aum datang opis untuk wrap up semua kerja-kerja dia dan officially handover semua harta benda company pada bos.. so, kami seisi opis plan buat a bit makan-makan untuk meraikan kepergian dia… hahaha… kejam je bunyinya, macam kami suka je dia pergi… takda la, ia lebih kepada meraikan dia dengan masa depan dia.. so, why not happy-happy for member kan… untuk hari tue, kami juz termampu nak sediakan kek dan hadiah biasa-biasa je, almaklum la, bajet kena control bulan nie… hehehe… kek tue kira 2 dalam 1, untuk celebrate birthday merangkap farewell party…

okay, layan je la pix-pix yang ada tue ek…

Wednesday, January 7, 2009

Ter'Rasuah'...

pagi semalam aku gie site atas urusan kerja... lokasi, IOI Resort Putrajaya... since aku malas nak parking jauh pagi tue, aku try la usha parking yang khas untuk season pass kat situ... kelihatannya, agak kosong dan lebih dekat ngan bangunan yang aku nak pergi tue... bila aku sampai kat entry tue, aku tanya kat guard tue sama ada boleh tak aku parking kat situ... aku expect dia cakap tak boleh...

skali rupanya dia kata patutnya tak boleh, tapi kalau nak parking gak dia tak kisah, cuma perlu hulur dia duit kopi barang 4 ringgit... erm.. not bad... aku pun malas nak pikir banyak, so aku keluarkan duit... aiseh, takde duit kecik lak... aku pun terpaksa la unjukkan duit not 10 aku... guard tue pun kekononnya nak cari baki untuk pulangkan kat aku... dan seperti di duga, at last dia kata dia takda duit pecah.. so, terpaksa la aku halalkan je 10 ringgit aku tue... so, dia pun bagi aku masuk ngan senyum lebar... cis, melayang 10 ringgit aku... isk.... ape nak jadik la dunia nie skrang... parking pun nak kena bagi duit kopi a.k.a rasuah gak ke ???

Monday, January 5, 2009

Langgar Lari Kucing...

pagi nie, on the way aku nak gie kerja, aku terbunuh kucing yang tengah nak melintas jalan… kalau ikut bukan salah aku sebab kucing tue yang lintas jalan tak tengok kiri kanan dulu.. da la aku tengah speed 100 kmj time tue… tak pasal-pasal je da arwah kucing tue… aku rasa serba-salah tapi since nie bukan la kes pertama langgar lari kucing dalam Malaysia nie, jadi aku redhakan je la… dan kepada kucing-kucing yang lain, lain kali kalau nak lintas jalan besar, pandang la kiri kanan dulu ek, jangan main terjah je… anda mampu mengubahnya okay… huhuhu…

Isu Kekejaman Israel: Boikot Secara Terancang…

Dalam temuramah wartawan Mingguan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, aku sangat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Tun untuk satu soklan yang dikemukakan kepada beliau mengenai isu kekejaman berleluasa Israel..

Soklan:

Apa pandangan Tun dengan tindakan jihad bagi menangani isu keganasan seumpama ini ?

Tun Dr Mahathir:

NAK JIHAD BOLEH, TETAPI BOLEH MENANG KE ? Orang Islam buat kesalahan besar iaitu menolak ilmu Sains dan Matematik pada abad ke-15. Kerana tidak tahu ilmu Sains dan Matematik, kita tidak boleh membangunkan senjata canggih sehinggakan orang Islam terpaksa bergantung kepada AS atau Rusia untuk mendapatkan senjata. Adakah anda fikir AS akan memberikan senjata (tercanggih) kepada orang Islam untuk memerangi mereka ? Kalau ada ilmu kita boleh bina senjata canggih sendiri.

Sebelum abad ke-15, zaman kegemilangan Islam ada ilmu Sains dan Matematik sehingga mampu MEMBINA TAMADUN CANGGIH malahan orang Eropah datang untuk belajar dengan orang Islam. Selepas abad ke -15, HANYA PENDIDIKAN AGAMA DIUTAMAKAN MENYEBABKAN UMAT ISLAM KETINGGALAN.

Petikan daripada Mingguan Malaysia, 4 Januari 2008..

p/s: apa pendapat korang ? aku rasa ada betulnya gak apa yang Tun cakapkan tue… jadi, pikir-pikirkan la ek…

Thursday, January 1, 2009

1 Januari, 3 Tahun Berlalu..

Satu Januari, Tiga Tahun Lalu..

aku mengikut rasa hati
kewarasan hukum akal tertolak ke tepi
bererti SATU KEMENANGAN kepada Iblis laknatullah
dan SATU KEJATUHAN untuk waris Adam

seketika aku hamba fantasi
seketika aku berpaksikan hati mati
seketika juga aku bergelumang dosa kelalaian manusia
dan sejauh itu aku terus alpa, melawan dunia

Satu Januari, Setelah Tiga Tahun Berlalu..

bagaikan semalam baru berlaku
tertancap jelas di layar ingatan
kisah itu ku cuba tanam sedalamnya
namun tetap ia terus menghantui

aku cuba bangkit untuk melangkah
sayang langkah itu membawa rebah
hakikat yang tak dapat disembunyi
rebah terjerumus merasai sakit masa lalu

cerita khilaf ini bukan satu kebanggaan
hanya sekadar pengajaran buat ingatan
tentang dunia yang masih tetap sama
memerhati kaki mengatur langkah sumbang

namun aku kan tetap melawan selagi diberi kekuatan..

nukilan hati,
Aidy Shahiezad, 1 Januari 2009, 5.27 pagi

Dia Tak Peduli Lagi..

suatu masa lalu..

dia sungguh ku ambil peduli
kerna dia terkadang memahami
dia ingatan luhur ku pada diri
dia tanda berdiri sebuah ideologi

dia dulu ku ambil tahu
kerna itu kemahuan ku
biar terbit seribu tanya
dia tetap jadi tandanya

dan kini..

31 Disember berlalu pergi
meninggalkan ku terpinga berdiri
biar penuh berharap aku menanti
menemukan noktah akhir terlewati

dia kini tak lagi mengerti
tentang keinginan menghargai
saat dia melanggar janji
dia kini tak lagi di hati

nukilan hati,
Aidy Shahiezad, 1 Januari 2009, 2.27 pagi

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs