Friday, June 4, 2010

Mini Novel: Pertama Yang Terakhir (Episode 13 - Peperangan Hati)


Episode 13 – Peperangan Hati

Persoalan Nia semalam dibiarkan Iskandar tidak berjawab. Tindakan Iskandar hanya menyebabkan Nia lebih tertanya-tanya, namun wanita tersebut tidak pula memaksa Iskandar untuk menjelaskannya.

Hari ini Iskandar masuk awal ke pejabatnya. Sesampainya dia ke pejabat, dilihatnya Nia sedang khusyuk memerhatikan skrin komputernya.

morning Nia...”, sapa Iskandar ringkas.

Nia mengalihkan pandangannya seketika ke arah Iskandar. Iskandar hanya sekadar membalas dengan sebuah senyuman.

morning Isk...”, balas Nia kembali.

awal you sampai ye...”, Iskandar menyambung bicaranya.

hurm... terpaksa, elak traffic jam...”, Nia menjawab.

ehh.. you dah breakfast ke ?? jom, kita pekena roti canai ke...”, Iskandar mempelawa Nia untuk bersarapan pagi itu.

kat mana you nak breakfast nie ??”, soal Nia memastikan.

ala, KL Sentral je.. come on, i belanja you... kira welcoming breakfast la nie...”, Iskandar tersengih mengusik.

okay, jom la...”, setuju Nia lantas bangun dan menuju ke arah pintu keluar.

--------------------------------------------------------------

you tau tak Nia, roti canai kat sini antara yang paling sedap tau... susah nak cari kat KL nie...”, ujar Iskandar saat mereka tiba di sebuah restoran Melayu di situ.

iye ke ?? alah, roti canai je pun... mana-mana pun sama gak...”, balas Nia ringkas.

Iskandar memesan 2 keping roti canai dan 2 gelas milo panas untuk mereka berdua. Dalam pada itu, Nia pula mengambil tempat di bahagian luar kedai. Kelihatan suasana di KL Sentral pagi itu agak sibuk seperti kebiasaannya.

dah lama ke you kerja kat sini Isk ??”, soal Nia saat Iskandar menarik kerusi untuk duduk setelah selesai memesan di kaunter.

tak lama... adalah dalam 2 tahun mungkin...”, jawab Iskandar.

mungkin ??”, soal Nia lagi.

hahaha... I sendiri dah lost count dah...”, Iskandar membalas acuh tak acuh.

Diam. Perbualan mereka terhenti seketika saat makanan yang dipesan sampai.

haa... sedap tak roti canai dia ??”, Iskandar menyoal Nia ketika wanita itu mula menyuap masuk roti canai tersebut.

biasa je Isk... apa yang specialnya nie ??”, Nia cuba menagih kepastian daripada Iskandar.

sebab roti canai tue personal favorite I, mestilah sedap... in fact, semua yang berkaitan dengan benda yang I suka, mestilah sedap atau best..”, selamba sahaja Iskandar menjawab.

ehh, apa kaitan ??”, Nia memprotes.

takde kaitan apa-apa pun.. saja je nak bagitau you makanan favourite I nie hah....”, Iskandar menyambung lagi.

mengadalah you nie...”, pantas jari Nia mencubit bahu Iskandar.

ehh.. ehh... adoi.. adoi... sakitlah Nia...”, Iskandar meluahkan rasa sakitnya apabila dicubit kuat oleh Nia.

oopps... sorry, tak sengaja...”, gelak Nia.

Iskandar menjengilkan matanya ke arah Nia tanda tidak puas hati.

you nie kan Isk, nampak je macho... tapi, cubit sikit camtue pun dah tak tahan... kalah perempuan...”, komen Nia. Sengaja dia membakar perasaan Iskandar saat itu.

I macho ek ?? nasib baik you perasan kan...”, Iskandar menjawab sambil tersenyum puas.

Nia menarik muka masam mendengarkan kata-kata Iskandar itu. Dia hanya sekadar mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

--------------------------------------------------------------

Usai bersarapan di KL Sentral, mereka berdua memutuskan untuk terus sahaja kembali ke pejabat. Ketika hendak melintas jalan menuju ke Sooka Sentral semula, langkah mereka terhenti oleh lampu isyarat merah pejalan kaki.

Saat lampu isyarat bertukar hijau untuk pejalan kaki, tangan Nia dicapai dari belakang. Tidak sempat dia menoleh ke belakang, tangannya ditarik terus ke hadapan untuk melintasi jalan tersebut.

ehhh ??”, tersekat suara Nia.

Iskandar dengan selamba menarik tangannya dan memimpinnya melintas jalan tersebut.

Setibanya di seberang jalan, Nia menarik semula tangan. Iskandar hanya memandang Nia dengan sebuah senyuman.

apesal you tarik tangan I Isk ??”, Nia tidak berpuas hati.

ehh.. tangan you ke ?? I ingatkan tangan siapalah tadi yang iIpimpin... kesian iItengok orang tue... macam teragak-agak je nak lintas jalan tadi...”, Iskandar selamba menjawab. Dia tersengih lagi.

mana ada I teragak-agak tau... you nie saja je kan...”, Nia memprotes lagi. Jarinya pantas mencubit Iskandar. Kali kedua pagi nie.

adoi.. adoi... sakitlah Nia..”, jerit kecil Iskandar smabil tangannya cuba menarik tangan Nia yang sedang mencubitnya lagi.

you tau tak, kalau macam nie lah selalu, mati kering I nanti... asyik kena cubit je kan...”, ulas Iskandar.

tak kesian ke buli orang macho yang tak bersalah macam I nie ??”, sambung Iskandar lagi.

Nia yang mendengar kata-kata Iskandar, sekadar membisu sahaja dan terus berlalu meninggalkan Iskandar menuju ke pintu lif. Malas dia untuk melayan Iskandar.

--------------------------------------------------------------

Hari itu berlalu seperti biasa. Jam saat itu menunjukkan waktu hampir menginjak pukul 7 malam. Nia masih khusyuk menghadap kerjanya. Iskandar yang turut berada di hadapannya ketika itu, turut sama khusyuk dengan kerjanya.

Isk... macam mana nak buat part nie ek ?? I takde idealah... pening dah pikir nie...”, ngomel Nia kepada Iskandar.

Iskandar yang sedang menyiapkan kertas kerjanya mengalihkan pandangannya ke arah Nia. Konsentrasi kerja terganggu seketika.

mintak tolong Isk... please...”, rayu Nia lagi.

Iskandar bingkas bangun dari kerusinya menuju ke arah meja Nia. Dari belakang Nia, dia berdiri.

part yang mana ??”, Iskandar menyoal.

yang nie..”, jawab Nia sambil menunjukkan ke arah skrin komputernya.

Iskandar mencapai sekeping kertas A4 putih dari printer yang berada di sebelah meja Nia dan mula melakar sesuatu di atas kertas tersebut.

you buatlah macam nie...”, ujar Iskandar sambil menyerahkan lakaran yang dilukisnya sebentar tadi.

sekejap ek, I try...”, balas Nia.

eh, salah tue...”, Iskandar menegur.

Tangannya pantas mencapai mouse komputer yang sedang dimainkan oleh tangan Nia saat itu. Dia memimpin tangan Nia perlahan-lahan untuk melakar draft lukisannya tadi ke dalam komputer.

you patutnya kena buat macam nie Nia...”, Iskandar memberikan tunjuk ajarnya.

Tangan Iskandar masih lagi memegang tangan Nia, dan memimpin arah pergerakan mouse tersebut. Keadaan sebegitu menyebabkan kedudukan badan Iskandar merapat di belakang Nia yang sedang duduk ketika itu.

Tanpa sedar, tangan kiri Iskandar memegang bahu Nia demi mengimbangi kedudukannya yang berada di belakang Nia. Tangan kanannya pula masih memimpin tangan Nia memainkan pergerakan mouse komputer tersebut.

Nia yang menyedari keadaan itu sekadar diam tidak membantah. Gelojak jiwanya berperang hebat saat itu.

ehh... sorry Nia.. I tak sengaja...”, ujar Iskandar apabila menyedari perbuatannya. Kedua belah tangannya pantas ditarik ke belakang.

Nia sekadar membalas dengan sebuah senyuman. Senyuman tawar yang dipaksakan !!

(bersambung...)

regards,

12 comments:

Cinda... said...

aidy.. x suke la perkataan usai tu.. awk byk pakai perkataan tu.. sy pon tak tahu kenapa sy tak suke.. tp bile bace cam tak best jek..

hehehe.. jgn marah... sy tunggu episod seterusnye..

P/S: tgk lagenda budak setan jom! hehehe...tgk jln citenye same x cam novel..

♥ p a a n i ♥ said...

senyuman tawar yang dipaksakan?? jeng jeng jeng

Aidy Shahiezad said...

Cinda:
okey, akan cuba diperbaiki lagi...
insya-Allah... ;)

Aidy Shahiezad said...

Paani:
hahaha.... rase2 ape jadi pastue ??

Anonymous said...

episod ni byk meleret la bro...rasanya tak perlu kot part2 ni diceritakan dg detail...

skdr pndgn wa

Cinda... said...

keciwa lagi arr tu..

Aidy Shahiezad said...

Iman:
hurm... ramai gak yg rase benda yg same utk chapter kali nie... okey, my bad...

thanks... ;)

Aidy Shahiezad said...

Cinda:
uiks...
dah mendahului cerita dr author dia sendiri nie..
confirm ke kecewa lg nnt ??huhuhu...

Anonymous said...

ni tahu dgn mendlam kl sentral dgn sooka sentral..kerja kat sana ka.

hoho

Terbaru : Si Kacak Mengintai Dari Tirai Kamar

Aidy Shahiezad said...

fndrocka:
haha... tak la...
keje kat tempat lain sebenarnya...
huhuhu... ;)

Cinda... said...

nape x sambung2x agi ni.. penat arr tunggu ...

Aidy Shahiezad said...

Cinda:-

err.. tak sangka plak masih ada yg menanti... hurm...

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs