Saturday, June 20, 2009

Orang Melaka, Ampun Aku !!!

Jumaat lepas, secara tak di rancang aku kena turun Melaka sekali lagi atas urusan kerja... jadi tergesa-gesa la aku ke sana pagi tue.... by tengah hari, aku da drive balik ke Kuala Lumpur semula... tak sempat pun nak singgah-singgah kat mana-mana tempat kat Melaka tue macam yang selalu aku buat sebelum nie... jadi, minta maaf bebanyak kepada semua kenalan aku yang berada kat Melaka... aku tak sempat nak bagi notis kehadiran aku (macam kerabat diraja plak) pada korang... yela, kerja beb, bukan makan angin... jadi diharap jangan makan hati ye... ada masa dan kesempatan lain, kita jumpa okey....

p/s: last time nak dekat 10 orang Melaka marah aku sebab datang sana tak bagitau diorang... adeh...

Tuesday, June 16, 2009

Destinasi Yang Tak Terancangkan...

Sabtu lepas, aku dan geng sekali lagi melakukan aktiviti yang tak dirancangkan... hahaha... setelah selesai menyelesaikan urusan kerja di Tanjung Malim dan apabila ada suara-suara ghaib yang membisikkan supaya mencari sedikit keseronokan, akhirnya, roda tayar kereta aku berpusing ligat menuju ke arah Trolak, jauhnya sekitar 1 jam dari lokasi asal kami... kami tiba di sana saja, langit sudah beransur gelap dalam lebat hujan yang mencurah turun... waktu semakin menginjak ke asar yang singkat... entri masuk cuma RM10 seorang bagi yang dewasa, yang kecil tidak ku periksa pula berapa, barangkali belum datang keperluannya... hehehe...

puaslah kami menanti hujan teduh kerana gara-garanya kolam sasaran kami tidak dibuka untuk mandian secara umum... hahaha... lewat detik titisan hujan yang terakhir, kami pun bergerak separa pantas menuju sasaran kolam panas yang hanya separas pinggang itu... hampir 2 jam berendam sakan, tirai langit semakin menyerlahkan cahaya senjanya, kami pun berangkat pulang kemudiannya...



p/s: aku sedang mencuba gaya bahasa tulisan yang baru nie... hehehe... untuk lebih banyak gambar di sana, sila rujuk facebook aku... tq

Friday, June 12, 2009

Pandangan Mata Psycho...

telah beberapa hari kebelakangan nie, aku terperasan ada mata yang memandang aku... bukannya tak suka jika ada yang memandang, tapi kurang selesa... terasa seperti semua yang dibuat tak kena belaka... jika pandangan biasa-biasa saja okay la gak... ini, sebuah pandangan yang jauh menusuk ke akal, pandangan tajam dan penuh dengan sinar yang tak pula aku mengerti maksudnya... arghh.. tolong la jangan psycho aku camnie... psycho aku lebih-lebih, silap-silap haribulan, aku terjatuh chenta nanti, baru jadi kes naya plak... tapi, maaf je la, aku tak minat... takut jadi kes sumbang HARAM lak nanti... kalau sumbang mahram tue, boleh diterima lagi... huhuhu....

Friday, June 5, 2009

Prebiu Wayang: Terminator Salvation...

Selasa lepas, aku sempat curik masa melayan cerita sekuel keempat filem Terminator - Terminator Salvation kat GSC Mid Valley yang hanya sejengkal jauhnya dari opis aku nie... pada yang tak tau, inilah adalah filem pertama Terminator yang tak menampilkan Arnold Schwarzenegger (payah benar nak eja nama dia nie) sebagai teraju utama... kali nie teraju utama adalah Christian Bale... incik Arnold tue cuma muncul secara cameo role untuk sebabak je... apa pun, sangat berbaloi untuk ditonton dan sangat lari dari stereotaip siri Terminator yang sebelum nie... walaupun camtue, kesinambungan cerita masih ada... dan base on ending cerita, aku simpulkan ada lagi kot sekuel seterusnya nanti... sesamalah kita tunggu okay...

Monday, June 1, 2009

Serangan Phobia Tatkala Cuti Sekolah Bermula !!!

minggu nie sesi persekolahan mula bercuti selama 2 minggu.. maka secara tak langsungnya, bermula phobia aku tentang keadaan persekitaran rumah aku untuk 2 minggu yang akan datang nie... pasti ada yang tertanya-tanya, apa yang memungkinkan aku phobia... jawapannya adalah majis perkahwinan yang diadakan kat depan rumah aku nie !!! sebenarnya, aku lebih kepada tension yang seterusnya mencetuskan suatu aliran perasaan ke saraf otak aku nie dan diterjemahkan sebagai phobia dalam pemikiran akal waras aku...

sebagaimana yang semua sedia maklum, kawasan rumah aku nie takde la besar sangat pun... nak parking kereta pun, siap boleh bertindih-tindih lagi... jadi, apabila ada jiran buat majlis kahwin kat tempat parking kereta yang sekangkang kera tue, maka kawasan yang sememangnya da pack tue telah menjadi super duper pack !!! hasilnya, kereta lain tak dapat parking untuk 3 hari; jumaat, sabtu dan ahad... sudahlah khemah kahwin makan space besar, lepas tue boleh plak reserve lagi 10 parking lot panjangnya untuk pertunjukan bunga api... tak ke menyusahkan jiran tetangga lain...

inilah masalah mentaliti masyarakat melayu nie, kalau nak buat kerja kahwin, mesti nak buat dekat depan rumah gak... tak boleh tidak... tak sedar plak yang awak tue berkongsi kawasan dengan yang lain... jadi apalah salahnya kalau buat kat dewan orang ramai ke ?? tak pun, dewan sekolah je kalau agak-agak nak save... susah ke ?? nie kawasan da sempit, tapi nak gak buat majlis grand ala-ala kat hotel... boleh jadi sakit jiwa kalau camnie selalu... isk..

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs