Thursday, November 27, 2008

Kenakalan Remaja di Era Informatika...

sangat pelik title post kali nie, tapi memang tue la titlenya… tak salah taip, tak juga salah memberi maksud… meminjam title single baru Efek Rumah Kaca yang baru rilis, aku nak membawa korang semua kembali ke alam remaja dulu-dulu… bukan la maksudnya yang aku nie da tua, cuma lebih dewasa berbanding dulu-dulu je… ahaks…


korunk pernah nakal tak zaman remaja dulu ?? persoalan aku, apa yang korunk da buat masa tue sampai melayakkan korunk mendapat tag nakal ?? sure ada memacam jenis perbuatan yang korunk buat dulu… takpe la, apa yang korunk buat tue boleh je kongsi dalam ruangan comment nanti kalau sudi …

***** iklan:- berehat sebentar bersama kit kat *****

senang mengabadikan tubuh yang tak berhalang pada hanya insan belaka
ketika diraih yang juara, etika dibuang entah ke mana

nafsu menderu-deru, bikin malu..
tegar mempamerkan badan dan yang lainnya mungkin hanya untuk kenangan
nafsu menderu-deru, susah maju..

apakah kita tersesat arah ??
mengapa kita tak kisah dewasa ??

***** iklan tamat *****

okay sambung balik… remaja zaman aku (termasuk aku) sememangnya sangat berani… diorang nie tak kisah apa pun, yang penting kepuasan diri, enjoy… ada masanya, kenakalan aku sendiri sangat sukar untuk dipercayai… bagi aku, aku suka mencuba semua benda… dan tentunya subjek favorit aku tak lain tak bukan manusia itu sendiri… aku teramat la gemar menguji dan menduga insan lain dari pelbagai aspek… aspek apa, jangan tanya… yang da pena teruji ngan aku tau la aspek-aspek yang aku maksudkan… hehehe…

tapi, aku rasa aku da cukup merasai dan melalui semua perkara hanya atas nama kenakalan itu sendiri hingga adakalanya aku terbabas gak… aku akui, semua tue memainkan peranan besar dalam proses melangkah ke alam dewasa… dan kini, aku lebih matang dalam memilih langkah-langkah seterusnya, terima kasih kepada kenakalan masa lalu aku.. hehehe…

namun, remaja terkini (zaman kini , era pasca Mahathir) lagi hebat aku kira, kiranya berani mati… dengan canggihnya teknologi, semua benda da ada kat depan mata… bagitau aku, apa benda yang tak boleh dicapai sekarang nie ? semuanya di hujung jari je… macam-macam boleh dibuat hingga boleh buat runtuh akhlak la dan sebagainya… pakcik makcik, alim ulama, bijak pandai alam kat luar sana sibuk je nak salahkan remaja-remaja nie sebagai bodoh, membuang masa dan golongan rugi… tapi, pernah tak mereka cuba menyelami remaja-remaja nie ??? tau nak salahkan je… aku bukan la nak sokong mereka, tapi aku melihat ada keperluan untuk remaja ini nakal dan mengikut aliran darah muda sendiri… untuk apa semua itu ?? bukan la untuk suka-suka sebenarnya…

perkiraan aku sebenarnya mudah, mereka lebih tahu baik buruknya sesuatu perkara tue kalau mereka yang mengalami sendiri… semua ini adalah pengetahuan, mungkin ada yang tak sedar sekarang, tapi percaya la remaja nie akan faham dengan sendirinya bila da jatuh terduduk kelak… hidup adalah berlandaskan kepada pengalaman kan ?? kalau pengalaman hidup yang ada, semuanya baik-baik je, maknanya tak habis hidup lagi la kot orang tue… tak boleh la nak dikatakan sebagai bijak pandai… lagipun kena ingat, kongkongan hanya akan menambah rasa mereka untuk mencuba dan terus mencuba… so, apa salahnya, biarkan la mereka mencuba selagi boleh…

mungkin ramai yang akan melabelkan aku sebagai tak sayang bangsa la, pemusnah agama la lepas nie, tapi aku lebih melihat diri aku sebab pendokong pemikiran liberal, ultra-reformis… peduli apa kata orang, bukan orang lain yang mengetahui niat dan tujuan kita, bukan orang lain gak yang menentukan hala tuju kita, yang penting diri sendiri beb !!!

Tuesday, November 25, 2008

Wayang Chenta Tak Menjadi...

aku pun tak pasti apa kaitan antara title post aku ngan content yang aku cuba nak sampaikan kali nie... sebenarnya, aku baru je terbaca tentang tips-tips untuk mengatasi masalah kekurangan diri yang teringin nak bermain wayang chenta macam anak-anak muda lain tapi tak mampu lagi untuk mencapai dan mendapatkan chenta itu... dan ternyata 12 tips yang tersenarai boleh buat aku gelak sakan, tapi aku akui gak kebenarannya... agak unik sebenarnya pendekatan yang dicadang / digunapakai... neway, tq pada Incik Zaim sebab sharekan tips-tips beliau yang memang best nie... bravo la bro, memang first class !!

meh kite nengok satu-satu apakah tips-tips cadangan beliau:-
  • Mengelak dari mendengar lagu² jiwang favourite dan yg sayu mendayu..
  • Tak tengok citer jiwang langsung atau kurangkan tahap minimal gila.
  • Memilih untuk menikmati segala peluang yg lalu dihadapan dan manfaatkannya sebaik mungkin, seperti masuk tournament/competition, banyakkan terlibat dgn trip², sibukkan diri dengan aktiviti dalam dan luar kampus.
  • Perbanyakkan membuat persahabatan dan mengekalkan persahabatan yg dah lame/atau baru terjalin.
  • Berfikiran positif hingga ke akhir hayat.
  • Sentiasa menghubungkan, membantu dan memberi galakan kepada pasangan sahabat² yg sedang hangat berchenta agar diri sendiri berasa puas dan tenang sedikit.
  • Beribadah terutamanya yg wajib, hanya tuhan tempat kita bergantung.
  • Bekerja separuh masa (part time).
  • Teruskan bersukan dan pergi gymnasium utk dpt semuanya yg diinginkan perihal kesihatan.
  • Leka-kan diri dgn hobi yg digemari atau mencari aktiviti² baru yg memanfaatkan, sihat, memuaskan hati dan menggembirakan.
  • Hiraukan org yg x menghiraukan diri aku ini. Buang masa je.
  • Tak letak status@shoutout@ di ym!, facebook dan friendster tentang chenta..need a break beb.
Superb tak idea-idea beliau ??? aku macam nak cadangkan je 2 point pertama kat atas untuk Aum supaya dia tak terlampau jiwang sangat lepas nie... ahaks...

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs