Monday, November 30, 2009

Permulaan Minggu Yang Tak Diimpikan...


permulaan selepas cuti raya aidiladha yang tidak diimpikan langsung... bila nak gie kerja pagi nie, enjin kereta aku tak boleh nak start... check punya check, bateri kereta flat... hampeh betul... satu kerja plak nak cari jumper pepagi buta kat taman perumahan yang rata-ratanya masih cuti beraya di kampung lagi... tapi, alhamdulillah, dapat gak pinjam jumper untuk start enjin kereta aku... bila sampai bengkel, terus sambar bateri bosch satu.. padahal tak pernah-pernah sebelum nie nak pakai bosch pun... anyway, tahan ke bosch nie ?? huhuu... alang-alang dah sampai bengkel, suruh check tayar belakang sekali... tahu-tahu rupanya sampai 2 lubang bocor kat tayar belakang... adess... asyik bocor je tayar belakang kereta aku nie... apalah nasib.... huuhuhu....

p/s: terima kasih kepada yang sudi mendengar luahan entri lepas.. terima kasih gak atas nasihat yang diberi, really appreciate it... tapi, nak cerita lebih lanjut dan terbuka, harap maaflah kerana masih belum sedia...

regards,

Aku Menulis Dari Sisi Gelap...


kebelakangan ini aku gelisah, aku tak tentu arah... sesuatu perubahan yang aku mulai rasakan, perubahan yang begitu ketara dari sisi kacamata aku sendiri... adakah ada khalayak sang sahabat yang menyedarinya ?? hurmm… silap pertanyaan barangkali… masih adakah khalayak yang bergelar sang sahabat di luar sana sekarang ini yang ambil kisah ??

suatu waktu dahulu, aku hidup dalam dunia gelap yang tersendiri.. setiap saat aku mengimpikan cahaya terang yang mampu menyinari langkah perjalanan mendatang.. anugerah tuhan itu perkasa, kerana itulah aku di lingkari bintang-bintang cerah, bintang yang sentiasa mengingatkan aku bahawa masih ada kehidupan di sebalik setiap kejatuhan..

“it used to be four, suddenly it down to three… and now it was two… but, I realize it’ll become only one after all…”

kerana itu, aku berekplorasi dengan khalayak, mencari sumber kekuatan alternatif… gusar cahaya bintang yang tinggal bakal kelam sedikit waktu mendatang… ekplorasi berani mati itu menemukan aku dengan sesuatu yang sirna.. dengan perkiraan, sedikit kilapan, ia pasti kemilau bersinar secerah yang dahulu… namun, membiarkan ia hadir bertamu, antara salah satu kekhilafan teragung dari aku yang naif… dan akhirnya, selamat datang kembali sang sisi gelap !!

suatu interaksi yang hanya sentiasa memberi dan tidak sekali menerima balas pasti akan mengundang ketidakseimbangan... interaksi abnormal ini jugalah yang memungkinkan suatu perasaan aneh bertapak dan bersarang, perasaan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata mudah... suatu penyeksaan bila bermain dengan perasaan, apa lagi perasaan itu aneh, unik dan mungkin juga kronik !!

dan semakin lama, semakin aku menyedari akan kehilangan sentuhan, semakin hilang pertimbangan, semakin hilang akal waras... sisi gelap itu kembali menghantui dengan tarikan yang kuat... menunggu masa untuk aku rebah dari bertahan...

aku yang menghitung waktu bertahan dari sisi gelap,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs