Wednesday, June 30, 2010

Kualiti Yang Kau Cari Dalam Tak Sedar...


sekarang macam nak busy balik je ngan kerja.. hari-hari ingat pasal kerja, dari time makan sampai waktu tidur asyik ingat pasal kerja... kadang-kadang dalam tidur pun boleh termimpi pasal bos dan kerja lagi... *hadoi.. gila gay dah aku nie kalau dah siap terbayang-bayang bos time tidur !!! hahaha.... ;p

kali ini entri aku separa suam-suam hangat je... sekadar nak berbicara dan berkongsi persoalan dan pandangan mudah.. dalam kehidupan singkat nie, dalam tak sedar kita sebenarnya pilih bulu gak dalam berkawan... so, kualiti sebagaimana yang kita cari sebenarnya ?? jom kita cerita-cerita sekejap sementara aku ade masa terluang nie... *kadang-kala pilih bulu kita dah masuk tahap cerewet macam la nak memilih anak ikan kat pasaraya waktu pagi hari je.... hohoho....

1 – adakah korang akan memilih kawan yang kaya raya je ?? nanti senang la sket nak cover korang kalau tengah-tengah sesak nazak... makan pun, boleh selalu kena cover je.... *jimat beb.. jimat !! hahaha....

2 – adakah korang mencari kawan yang gila bertenet je ?? so, boleh la selalu korang lepak dengan dia sebab rumah dia ada tenet 24 jam... korang tinggal lagi cakap je bila nak lepak sama-sama... *jimat bil bulan-bulan tenet korang nanti... hehehe...

3 – adakah korang mencari kawan yang muka comel-comel atau kiut-miut je ?? dengan cara nie, kehadiran korang kat atas muka bumi nie akan terperasan gak la oleh orang lain yang memandang... ye la, bersosial dengan kawan kelas tinggi nie, sure la semua orang pun perasan... *kena la pandai bajet sket kalau nak hidup... lalalala....

4 – adakah korang mencari kawan yang ada kereta besar ?? (*moto-moto cabuk nie tak main la...) kalau ada kereta tue, senang la sket nak menumpang, nak minta hantar gie puduraya ke atau nak minta amik gie mana-mana ke.... tak pun, kalau esok-esok korang nak mengangkut barang ke, diorang-diorang nie la yang korang tala nak minta tolong nanti kan....

okey, yang kat atas tue sekadar contoh je okey... jangan makan dalam plak okey... huhuhu... dan aku plak, sejak akhir-akhir nie aku baru terperasan... dalam pada tak kisah aku dalam berkawan, rupanya aku amik kisah gak sebenarnya (*pening ke dengan ayat bukan tahap SPM aku nie ?? hohoho)... aku paling favor pada ketepatan janji... kalau jenis yang khianat janji nie, sah-sah aku akan blah dengan selambanya... *nampak sangat aku value tinggi bab menepati janji nie...

bagi aku, asas berkawan adalah kebolehupayaan korang menunaikan janji sebenarnya dan itu adalah perkara pertama bagi aku.... *yang lain, aku tak kisah sangat pun... korang anak dato’ ke, anak tan sri ke, anak ikan ke, anak ayam ke atau bukan anak sesiapa sekali pun ke, baik kalau korang lurus, bengkok atau lembab sekali pun, tak pernah aku kisah.... asalkan syarat yang satu nie, korang mampu commit !! hahaha....

p/s: agak bengang dengan orang-orang yang beria-ia membuat janji sebelum nie, tapi bila sampai masa, kau buat bodoh tak mengerti... apa kau pikir kau star ??

-------------------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
kadang-kala, dalam hidup, kita suka amik mudah... just take anything for granted... tapi kita alpa kerana kesilapan mudah macam tue la yang lead kita kepada kesilapan-kesilapan seterusnya sehingga orang mudah nak pijak kepala kita pada akhirnya...

-------------------------------------------------------------

regards,

Tuesday, June 22, 2010

Macam Nak Kena Paksa, tapi Nasib Baek Aku Cha Alif But = Cabut !!!

owh... cuti sekolah dah habes rupanya... syukur alhamdulillah, lega !!! hahaha...
*tapi, dengar kata Cikgu Hizami yang macam Shahir AF8 kat Melaka tue tak suka bila sekolah dah mula balik... sindrom la tue kan... ahaks... ;p

kenapa aku tak suka cuti sekolah ?? sebab, bila waktu cuti sekolah hari tue, jenuh la aku nak menjawab pertanyaan demi pertanyaan (*kau orang ingat aku nie kaunter pertanyaan ke... hadoi...)... ape jenis pertanyaan yang cukup aku tak gemari tue ek ??

soklan: “bila kau nak kawen nie ??”

adeh.... mati la aku nak menjawab soklan yang maha susah nak produce jawapannya... *tolong !! help !! aku takde idea nak jawab nie....

jawapan: “errr... no comment please...”
*sambil buat-buat gaya macho membetulkan kaca mata hitam reiban yang mahal tue... hikhikhik....

hari tue time balik dari Melbourne tempoh hari, mak aku pun ade tanya gak soklan yang sama... haish... apesal semua pun nak tanya nie ?? aku benci.. benci... benci... huhuhu.... isk, ape aku nak jawab nie...

aku jawab, “kalau nak suruh kawen sekarang, okey je mak... tapi, nanti mak abah kena tanggung la semua kos belanja kawen tue ek... plus sekali hantaran kawen...” *dengan bangga aku jawab, konon-konon nak selamatkan diri la tue kiranya... hehehe...

sekali,

mak aku: “kalau kau takde calon, meh sini aku carikan....”

aku: (diam...) *gulp !!!! pengsan...

mak aku: “ade anak kawan abah kau dah offer hari tue... kalau kau nak la... tak pun, kau nak yang sedara-mara kita ke ?? ade yang available nie...”

aku: (still diam...) *erk !! adoyai... mampus aku kali nie... da start da kes kenen mengenen dalam diam nie rupanya... tapi, part yang kenen ngan sedara tue yang aku paling musykil... haish sape plak la tue... hihihi....

adik-adik aku dah pakat gelak-gelak dah...
hampeh korang !! nantikan pembalasan dari aku kemudian hari... siap !!!
hahaha.... ;0

dan akhirnya, aku bersuara gak...

aku: “mak, nak keluar gie Giant jap, nak beli barang...”

sepantas kilat, aku capai kunci kereta dan terus aku cabut dengan kelajuan cahaya... zaassssss !!!! * sorry mak, aku takde jawapan konkrit sekarang nie, so, jalan penyelesaian... cha alif but – cabut !!!! huhuhu....

---------------------------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
aku tak boleh bayangkan hidup aku yang kena tanggung anak dara orang tue nanti... dah la aku still tak cukup ilmu lagi nie... tunggang langgang rumahtangga nanti... target aku, 4 tahun dari sekarang la kalau ade yang sudi nanti... baru 26 tahun umur aku sekarang nie... tak puas nak travel sedunia lagi... bagi la chance sket nak men-men... huhuhu...

---------------------------------------------------------------------

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs