hype korang... lama rasanya tak update... dan aku kembali menghiasi ruangan blog aku dengan cerita-cerita baru untuk dikongsikan...
hurm, hari nie nampaknya dah 15hb, tapi malangnya takde sape pun lagi yg macam nak join novela contest tue... takde sape yang minat kot... takpelah, nak buat macam mana kan... *it seems like many peoples like to read it without interested in giving some ideas... okey, i’ll live with the fact... hehehe... ;)
neway, bagi korang yang still tak aware lagi, aku dah selamat sampai ke Malaysia kembali... cuma, aku tak selamat-selamat lagi nak masuk ke opis.. terasa malas yang amat... maybe ini sindrom cuti yang tak habis lagi kot.. *psst bos... boleh saya cuti lagi esok ?? huhuhu...
okey, jom aku cerita serba sedikit pengalaman kat Melbourne selama seminggu...
sekarang tengah musim winter, suhu mencecah antara 5 hingga 15 darjah celcious... aku kebekuan setiap kali bangun pagi... dan cahaya matahari plak mula menyinari bumi seawal jam 6 pagi !! selain daripada tue, Melbourne terkenal sebagai pusat fashion Australia.. banyak betul talented designer yang dok kat sini... Melbournians memang stylo habislah... dan yang paling best sekali, sekarang nie tengah musim winter sales... ya Allah, serious best sebab sales dia sampai cecah 80%.. *kalau macam nie lah, bawak RM15K pun belum tentu cukup lagi nie... adesss...

paling sinonim dengan Melbourne adalah Tram (*sejenis train kat tengah jalan raya...) dan bukannya Koalas.. huhuhu.. dan cara termudah untuk bergerak ke serata bandar adalah dengan menaiki Tram... bagi pelancong, boleh je naik free City Circle Tram untuk area City Business District (CBD) atau boleh gak naik free City Tourist Shuttle Bus... Tram stop sentiasa ada kat setiap satu blok... jadi, tak perlu gatal-gatal nak berjalan kaki jauh-jauh macam yang aku buat hari tue.. ahaha... *di antara integrated transportation plan yang paling baik selepas tube train kat London, pada pendapat akulah...


tiket bagi transportation kat sini adalah integrated, maknanya boleh beli satu tiket daily atau monthly untuk 3-in-1; bas, train, tram dan naiklah sepuas hati korang, atau beli saje beli tiket khas untuk mana-mana satu jenis pengangkutan yang korang suka... rate boleh tahan, aku beli daily tiket dengan harga AUS$6.80 atau korang boleh kali 3 untuk nilai duit ringgit Malaysia... *tiket bas memang mahal giler kalau beli asing untuk satu jalan... korang bayangkan harga tiket bas sehala dari city ke airport yang tak sampai 20 minit perjalanan berharga AUS$16.00... teksi plak, tak tanyalah... lagi dahsyat... isk3x...


bangunan paling tinggi kat Melbourne adalah Eureka Skydeck 88.. actually, ada 92 tingkat semua sekali... dan pelawat boleh naik sampai tingkat 88 untuk menikmati pemandangan seluruh bandar Melbourne.. dan korang gak boleh merasa satu-satunya pengalaman berada dalam cube yang lutsinar cermin atas, bawah, kiri dan kanannya (*called as Edge Experience..).... cube tue terkeluar 3 meter dari dinding bangunan sedia ada, dengan ketinggian 280 meter dari tanah... ketebalan cermin yang korang pijak tue hanya 2-3 cm je... cuba pandang bawah dan apa yang korang rasa ?? hehehe... *seriously, hanya satu-satunya di dunia, KLCC pun takde benda nie...

korang terasa nak shopping barang branded pada harga yang korang tak mampu nak percaya murahnya ?? so, aku suggest pergi ke Victoria Market, buka setiap hari kecuali Isnin dan Rabu.. VM ada 2 section; satu - pasar basah... seriously, aku jeles tengok sayur dan buah-buahan kat situ yang teramatlah comel dan berkilat-kilat (*boleh sikat rambut silap-silap haribulan..)... section kedua - aneka barangan lain dari souvenirs ke kasut dan baju... *pada rate harga Aussie, ia dikira murah berbanding harga pasaran yang jauh berkali ganda lagi mahal, tapi pada rate harga Malaysia, tak semua pun yang korang mampu beli... nilaikan sendiri okey... hehehe...


pilihan lain yang ada, factory outlet yang bertaburan kat serata Melbourne nie... harga buat masa nie ditambah dengan winter sales nie, tersangatlah giler murah... tak dapat kat tempat lain punya... nasib baik aku naik kapal terbang MAS, kalau aku naik kapal terbang sendiri, mau gak aku borong satu bangunan bawak balik... hehehe... *wah, Donald Trump lah sangat... mimpi jelah aku kalau nak buat macam tue...
bagi pencinta Koalas dan Kanggaroo plak, jujurnya tak perlulah korang bersusah payah nak pergi Melbourne Zoo tue... sebab Koalas dan Kanggaroo yang ada tersangatlah tak aktifnya di musim winter nie... haish, terase macam rugi je masuk mahal-mahal kat situ... boleh plak Koalas tue main sorok-sorok polis sentri ngan pelawat, dah tue siap dok cam patung je kau kat situ... ke kerja kau tidur je musim winter nie ek ?? *geng Koalas dengan Kanggaroo kat Perth lagi best... hyperaktif beb !!!
dan akhirnya, tepat 9 malam 12hb June 2010, aku selamat kembali ke Malaysia semula setelah mengharungi 8 jam penerbangan balik... hurm, memenatkan tapi still enjoy giler !! adios...
p/s: korang-korang semua, untuk lebih banyak pix, sila melawat facebook aku okey... chills.. :)
----------------------------------------------------------------------------------
Yang Tak Terungkapkan:-
you're beginning to lose when things are fading in front of your eyes.. you've a long way to fall before you even realise... and all these people you hurt along the way will haunt you now... lies, yeah I told you, you'd pay for it, lonely are the days of your life... - Will Young
----------------------------------------------------------------------------------
regards,
