Monday, December 15, 2008

Di Kenduri Kahwin Itu, Sejarah Tercipta, Pencarian Bermula…

semalam, aku decide untuk pergi majlis kahwin sepupu aku sorang je since penat aku yang masih membebani tubuh badan aku sejak 2-3 hari terakhir nie… secara keseluruhannya, aku simpulkan bahawa majlis tue berjalan lancar walaupun cuaca seperti tak berapa nak friendly dengan tetamu (hujan la tue)… majlis nie meriah dengan sesi karaoke oleh penyanyi majlis kahwin jemputan tetap, tak silap nama dia Erin… kecik je orangnya tapi still cun, suara pun boleh tahan sedap… turut memeriahkan sesi karaoke adalah orang perseorangan yang terasa nak lepaskan gian walaupun da tau suara diorang tak sedap… hehehe…

satu lagi rekod tercipta pada majlis kahwin tue bila mana semua makanan yang dihidang abis dengan cepat… tak silap aku, 4 jenis set menu lauk terpaksa dimasak dalam 4 pusingan (pusingan 1 – set menu asal, pusingan seterusnya, set menu yang tak plan langsung… apa je yang ada, yang boleh dimasak, diorang masak)… pening tukang masak tue sebab siap masak je, lauk tue terus abis licin… mungkin sebab ramai sangat kot yang datang majlis tue… al maklum la, pakcik aku nie merupakan ketua kampong yang baru nak meningkat naik dalam arena politik setempat semenjak kerajaan PKR Selangor berkuasa… mungkin sebab tue la kot... hahaha… apa pun, selamat pengantin baru diucapkan buat sepupu aku tue…

dalam pada tue, aku gak turut diasak dengan soklan yang aku cukup tak gemar bila majlis kahwin berjalan… ramai lak sedara-sedara aku yang bertanya, bila lak turn aku…. isk, aku mati idea nak menjawab sebenarnya soklan cepumas tue… lantas, aku jawab secara berkias, lebih kurang camnie la bunyinya,

“macam mana saya nak kahwin, jangan kan bunganya, tapak tanah tempat nak tanam bunga tue pun belum ada lagi…”

sapa yang tau seni kiasan orang melayu dulu nie, tau la apa maksud aku sebenarnya.. hehehe… nie kes nak lepaskan diri nie sebenarnya… tapi, alih-alih mak aku masuk campur, siap tembak aku dengan ayat selamba manjanya,

“sekarang nie nak tanam bunga tak payah nak cari tapak tanah da… kalau nak tanam, pakai hidroponik pun boleh tanam gak… sebenarnya, dia nie yang tak pandai nak pilih bunga, nak salahkan tanah plak…”

adeh, panas je telinga aku mendengar… abis la, mak aku da bagi hint da tue, macam nak suruh kahwin je… kena mencari calon cepat la aku nampak gayanya lepas nie… isk… isk.. problema besar nie, terpaksa buat iklan la pasnie… huhuhu… maka, di kenduri kahwin itu, sejarah baru tercipta dan pencarian aku pun bermula…

27 comments:

killr0yLive said...

kah kah kah...lawak tul baca post nih..
ko kena bersiap sedia la ady..ema romawa kn rela je ko ambik dia sebagai kekasih..
apa lagi..:-)

Wanabe PJ said...

hahahaha...pe lg ady..ada lesen suh kwin cpt 2..pas ni ady leh geng ngan kerol la.hehehe...

Fieda said...

owh..sudah berjumpa seseorang kat majlis kenduri kawen tu ker??

Aidy Shahiezad said...

kerol: aku tak mau emma romawa la sbb dia da pangkat makcik2 tue... huhuhu...

wan: takmo ar geng kerol... walaupun aku kawin skali pun, aku still nak geng ngan ko... hehehe...

fieda: belum jumpe orangnya pun, baru nak start mencari lepas dapat green light...

Unknown said...

kenduri kawen tuan blog bl lak..
ekekek

killr0yLive said...

ooo xnk geng aku..ye la sape la aku ni kan.an an an...

aurikelsan said...

ye..btul tue makcik[refer kpd mak ko ye ady]..kehkehkeh suka aku dgn ayat slumber manja mak ko..cayalah makcik!!

ada bnyk jenis bunga ady oi..tinggal ko plh jer..xd tanah guna hidroponik, xnak guna hidroponik blh pakai crystal gel..kalau sush sgt cari bnga plastik pon buleh..tp nnt perangai pn plastik ler jugak hehehe

killr0yLive said...

plastik yg xbest 2..usik pn senyap je...no feel..

Aidy Shahiezad said...

ade ke ko sokong mak aku plak suria... patutnya sokong la aku... hehehe...

neway, jenis plastik aku da tak layan da... hahaha...

killr0yLive said...

xlayan dah???mcm penah lyn jek?

Aidy Shahiezad said...

erk... terlepas lak..
da pena la kot agaknya...

Wanabe PJ said...

hahaha..bhye 2..xpe, yg pntg jgn lyn sabun..hehehe...

Aidy Shahiezad said...

xdenya aku nak layan sabun cm mamat sengal blakang rumah aku tue... kalo perlukan pape nanti aku ajak ko je la ek wan... boleh kan ?? huhuhu... ;p

Wanabe PJ said...

hahaha..bykla ko..statement ko 2 leh mbnuh ady..nnt kak zah tgk pn plik..hahaha..

Aidy Shahiezad said...

jgn risau, kak za tak layan pu blog aku nie... nie kan plak nak tengok comment2 kat blog nie... ;p

Wanabe PJ said...

ooo..yeke??bgs2..heheheh...

Aidy Shahiezad said...

so, boleh la ko join aku nanti bila perlu kan ??? kan ??? hehehe... ;p

Wanabe PJ said...

hahaha..bykla ko..ko ajkla kerol ke aum ke..rmi2 bru syok..hahahaha

Aidy Shahiezad said...

xmo la ajak diorang... diorang da x shengle lagi... hikhikhik... ;p

Wanabe PJ said...

hahaha..dorg single but non available..hehehe..

Aidy Shahiezad said...

hah, ko sendirik pun tau diorang tak available wan... so, tinggal kita dua saje la... ape lagi...

Wanabe PJ said...

join benda lain xpe tp jgn sabun..hahaha..

Aidy Shahiezad said...

ada banyak lagi benda len yang boleh menyamai kepuasan bersabun tue... takda hal... hehehe... ;p

Wanabe PJ said...

hahaha..bhye 2..

Aidy Shahiezad said...

nak wat camne, ko da bg persetujuan td... so, kena trima la... huhuhu...

Wanabe PJ said...

aku lum terima lg..xde tandatgn ngan cap jari pn..hahaha

Aidy Shahiezad said...

"join benda lain xpe tp jgn sabun.. hahaha.."

tue adelah tanda penerimaan ko okay...

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs