Thursday, January 1, 2009

1 Januari, 3 Tahun Berlalu..

Satu Januari, Tiga Tahun Lalu..

aku mengikut rasa hati
kewarasan hukum akal tertolak ke tepi
bererti SATU KEMENANGAN kepada Iblis laknatullah
dan SATU KEJATUHAN untuk waris Adam

seketika aku hamba fantasi
seketika aku berpaksikan hati mati
seketika juga aku bergelumang dosa kelalaian manusia
dan sejauh itu aku terus alpa, melawan dunia

Satu Januari, Setelah Tiga Tahun Berlalu..

bagaikan semalam baru berlaku
tertancap jelas di layar ingatan
kisah itu ku cuba tanam sedalamnya
namun tetap ia terus menghantui

aku cuba bangkit untuk melangkah
sayang langkah itu membawa rebah
hakikat yang tak dapat disembunyi
rebah terjerumus merasai sakit masa lalu

cerita khilaf ini bukan satu kebanggaan
hanya sekadar pengajaran buat ingatan
tentang dunia yang masih tetap sama
memerhati kaki mengatur langkah sumbang

namun aku kan tetap melawan selagi diberi kekuatan..

nukilan hati,
Aidy Shahiezad, 1 Januari 2009, 5.27 pagi

2 comments:

Anonymous said...

what was on dat 3 years ago?

Aidy Shahiezad said...

the day when unimaginable love story started and turned out to be such a great disaster later... ;(

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs