Monday, June 1, 2009

Serangan Phobia Tatkala Cuti Sekolah Bermula !!!

minggu nie sesi persekolahan mula bercuti selama 2 minggu.. maka secara tak langsungnya, bermula phobia aku tentang keadaan persekitaran rumah aku untuk 2 minggu yang akan datang nie... pasti ada yang tertanya-tanya, apa yang memungkinkan aku phobia... jawapannya adalah majis perkahwinan yang diadakan kat depan rumah aku nie !!! sebenarnya, aku lebih kepada tension yang seterusnya mencetuskan suatu aliran perasaan ke saraf otak aku nie dan diterjemahkan sebagai phobia dalam pemikiran akal waras aku...

sebagaimana yang semua sedia maklum, kawasan rumah aku nie takde la besar sangat pun... nak parking kereta pun, siap boleh bertindih-tindih lagi... jadi, apabila ada jiran buat majlis kahwin kat tempat parking kereta yang sekangkang kera tue, maka kawasan yang sememangnya da pack tue telah menjadi super duper pack !!! hasilnya, kereta lain tak dapat parking untuk 3 hari; jumaat, sabtu dan ahad... sudahlah khemah kahwin makan space besar, lepas tue boleh plak reserve lagi 10 parking lot panjangnya untuk pertunjukan bunga api... tak ke menyusahkan jiran tetangga lain...

inilah masalah mentaliti masyarakat melayu nie, kalau nak buat kerja kahwin, mesti nak buat dekat depan rumah gak... tak boleh tidak... tak sedar plak yang awak tue berkongsi kawasan dengan yang lain... jadi apalah salahnya kalau buat kat dewan orang ramai ke ?? tak pun, dewan sekolah je kalau agak-agak nak save... susah ke ?? nie kawasan da sempit, tapi nak gak buat majlis grand ala-ala kat hotel... boleh jadi sakit jiwa kalau camnie selalu... isk..

8 comments:

:::jillian de jill::: said...

alahai bukan selalu musim mengawan nak sampai... waakakaakakakaaaa.... sabar eh!!!

ber972 said...

wah kalau cerita begini ..jadi seru juga..

Anonymous said...

jom kawen!

Syazni Rahim said...

agree! bila de knduri mesti kene parking jauh! huh!

protonians said...

hehe,.. agak la.. kenduri jerkmesti sesak kawasan perumahan. dah la kawasan sempit.. Huhu, jalan bukan macam kat highway!! heheheh :D

Aidy Shahiezad said...

xillix, puas bersabar sebenarnya nie...

ber972, bikin pusing kepala kalo asyik terjadi...

bunga, kawen ?? dgn sape ?? bunga ke ?? hehehe...

cik syazni, betul3x...

protonians, tue la pasal... majlis sehari je, sesak dia bole makan 2-3 hari gak... ;(

zara said...

Mengalah lah Aidy, bukan selalu. Secara tak langsung dapat gak Aidy main-main mata ngan si jelita yang hadir. Mana tau, sangkut... turn Aidy pulak buat kenduri kahwin kat depan umah tu... he3x gurau aja Aidy...

Aidy Shahiezad said...

kak zara, sebab mengalah la, sy cabut balik rumah parent minggu tue... hehehe... ;)

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs