di ruang abstrak itu,aku melihat jauh melangkaui masa nyata,
menerobos jauh menanggapi semua persoalan diri...
di ruang tanpa jendela itu,
aku terpenjara mencemburui kebebasan abadi,
terperangkap oleh sebuah mainan stereotaip sendiri...
di ruang yang terbatas itu,
aku cuba mentafsir erti kejanggalan bersarang,
lantas meraih kekuatan menerima kenyataan tercorak...
dan akhirnya...
di ruang yang kelam itu,
aku melawan keterbatasan kudrat sendiri,
mengapai langit yang kelihatan pudar cahayanya...
di ruang yang kosong itu,
aku mencongak setiap langkah arah seterusnya,
mengharap keajaiban yang tak pasti wujud sahihnya...
akan terang bersinarkah esok hari ??
nukilan hati,
Aidy Shahiezad, 08 Julai 2009, 3.50 pagi

3 comments:
Jangan dibiar diri itu untuk terus berada di ruang yang kelam itu. Kerana, selagi lebih lama berada di dalamnya, hati akan bertambah kusut.
Apabila ada masalah, kita tidak ada tempat merujuk dan mengadu. Kita tidak ada tempat bergantung. Manusia akan menjadi lemah dan tidak ada kuasa. Oleh itu manusia perlu bersandar kepada sesuatu kuasa yang gagah, perkasa dan mutlak iaitu Allah SWT. Barulah hati manusia akan menjadi teguh dan kuat. Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.
wow.. terer eh puitis2 ni
TQ kak zara..
Paany, tak terer sangat... sy budak baru belajar... hehehe... ;)
Post a Comment