Wednesday, August 5, 2009

Maryamah Karpov..

Maryamah Karpov ini adalah siri terakhir daripada tetralogi Laskar Pelangi, karya terbaru Andrea Hirata... menurut Sasterawan Negara, A. Samad Said, ia merupakan kisah ilmu yang mengilhamkan di tengah ilmuwan yang menyedarkan.... menurut pendapat Zeti Akhtar pula, menerusi Maryamah Karpov, sang penulis Andrea Hirata berterusan mempersonakan pembaca dengan keunikan dan kejujuran dalam pengucapan naratifnya. Karya akhir dari siri ini akan menjawab segala persoalan yang bersarang tatkala pembacaan novel Laskar Pelangi sebelumnya... pendapat aku pula, ia novel harus milik kerana ia buah tangan Andrea Hirata, penulis kegemaranku... tambahan pula, ia dinobatkan sebagai antara novel "International Best Seller"... mudah-mudahan aku diberi ruang masa untuk menyudahkan pembacaanku dalam masa terdekat nie... insya-Allah...

p/s: entri singkat dari bumi bertuah Melaka Bandar Bersejarah...

6 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

eh eh laskar pelangi tu novel ke?

Aidy Shahiezad said...

laskar pelangi tue asalnya adalah novel karya andrea hirata, kemudian diangkat menjadi filem plak... so, keluar la lagu laskar pelangi oleh nidji sbg lagu temanya... ;)

zara aluwi said...

Akak tak habis lagi baca Laskar Pelangi. Banyak lagi karya dlm senarai menanti untuk dibaca. Kamu, walaupun sibuk tetap boleh habis membaca ya..

Aidy... sila ambil award di blog akak. Jejaka seperti kamu memang patut diberi award.

Aidy Shahiezad said...

insya-Allah, masa membaca tue boleh dicari walau sibuk camne pun... pasal award / tagged tue, telah siap dijawab ye...

edan coba said...

edan pon minat baca Novel but x pandai pilih mna yg best!!!! huhu..
ia ka penulis ni bagus? Ohh k edan ingt nk cuba baca.

Aidy Shahiezad said...

novel tak diukur dr segi bestnya.. hehe...
tp, lebih diukur dr segi penyampaian isi dan mesejnya... penggunaan bahasa gak mainkan peranan penting... bg aidy, andrea hirata bagsu dr dua segi tsebut... tapi, kita sbg pembaca kna pandai paham bahasa tingkat tinggi la... ;)

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs