Saturday, December 26, 2009

Spoils Incidents : Spoiler dan Rasa Yang Hilang....

(gambar di sebelah, sekadar gambar hiasan)

agak lama gak aku tak update blog nie... dah bersarang sana-sini kelihatannya... huhuhu... maaflah, kesempatan tue ada, tapi malangnya agak terbatas sikit... sedar tak sedar, bulan Disember pun hampir berlalu pergi, berlalu dengan membawa 1001 cerita suka duka hidup nie... antara cerita duka yang terjadi bulan nie:

1) spoiler kereta aku hilang kena curi... hilang keanggunan kereta kuning aku... huhuhu... dan sekarang nie dalam proses nak ketuk-ketuk dan cari spoiler baru la nie... tengah hari tadi baru selesai ketuk body kesan daripada spoiler yang dicabut dengan ganas... isk2.. alang-alang dah ketuk tue, aku setelkan sekali repair bumper depan dan belakang yang kelihatan macam agak lowered dari kebiasaan... duit melayang lagi !!

2) cuti panjang, cuti repair kereta... plan asalnya nak bercuti. panjang untuk release tension.. tapi dah bertukar menjadi cuti untuk merepair kereta plak dah... nasib, nasib...

3) seseorang mula mempersoalkan diri aku dalam berkawan dan bersahabat... sesuatu yang tak pernah-pernah terjadi sebelum nie... walaupun agak terkilan, tapi aku tak rasa aku perlu membuktikan apa-apa lagi... segala apa yang aku buat dan korbankan dah cukup sebagai bukti keikhlasan aku, mahu apa lagi ?? perlukah bumi ini aku terbalikkan, baru puas hati ?? apa pun, hidup masih perlu diteruskan walau apa sekali pun yang aku rasa, takkan plak terhenti jarum waktu hanya kerana kita inginkan ia sebegitu.. betul tak ?? dan sekurang-kurangnya aku tak hidup berpura-pura depan famili dan rakan-rakan aku, tak seperti sesetengah orang di luar sana... sigh...

dan antara perkara-perkara gembira yang berlaku plak:

1) rakan aku, Khairul akhirnya selamat melangsungkan perkahwinan beliau minggu lepas... majlis yang meriah dengan persalinan pengantin yang ternyata lain daripada lain... tahniah dan semoga bahagia sampai bila-bila....

2) akhirnya, aku terima surat pengesahan jawatan dari HR.. biarpun sekadar bermula 1 Januari 2010, tapi dah kira confirm la tue... aku kan cuti sampai tahun baru.... hehehe... harap ada banyak lagi berita baik selepas nie, barulah berbaloi kerja keras aku selama nie... tak nak la jadi macam sesetengah orang tue, kerja tak seberapa + teknikal pun kurang + masuk dan balik kerja tepat masa je (tak boleh lewat sikit, berkira) + ada plak masa nak main awek segala bagai nie, tapi sibuk target permanent, ingat diri layak... nasihat aku, harap cermin diri dululah...

3) berjaya tampil dengan imej rambut baru... akhirnya, pertama kali rasa puas hati ngan potongan rambut aku.. mau tak puas hati, kalau potong + treatment + highlight rambut pun sampai ke Alor Star... hehehe... apa pun, thanx to Elvin (Mode's Hair Studio) atas kreativiti beliau... yelah, biasa potong rambut, selalu aku cakap "buatlah ikut yang mana rasa sesuai"... dan kali nie sangat berbaloi... silap-silap haribulan, lepas nie kena turun Alor Star lagilah bila nak potong rambut... ;)

inilah Disember untuk aku tahun nie... dan sekarang nie, tinggal 5 hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru... aku pun dalam rangka nak identify ape misi dan target 2010 plak... sesamalah kita nantikan... huhuhu....

regards,

4 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

sape la pencuri tu. jahat betul

Aidy Shahiezad said...

kalo tau sape yg rembat, maka senang la keje... huhuhu..

Jual Pakaian Murah said...

spoiler lawa tu yg hilang tuh

Aidy Shahiezad said...

erm... lawa tak lawa ler... janji spoiler yg hilang tue ori la.... isk3

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs