aku memerhati dari kejauhan... ternyata hati itu adalah suatu objek yg pelik... terpikirkah kita bahawa manusia yang terbaik selalu tersisih dan terlepas pandang, manakala manusia sampah pula yang sentiasa menjadi pilihan... aku berpikir lagi, mungkin dari situlah terbit kenyataan ini,
"manusia itu selesa hidup bertemankan kotor dosa dan noda, kerana itu sudah lumrahnya..."
aku merenung lagi... agaknya, memang benar manusia liat berubah walaupun peluang tersebut terbentang luas di depan mata mereka... mungkin kerana cahaya perubahan itu tidak cukup terang, atau mungkin juga mereka belum bersedia ke arah jalan yang menjanjikan kemuliaan akhirat...
terakhir aku memintal satu kesimpulan,
"hidup ini tidak lebih dari satu amanah... ibarat dipinjamkan satu barang, terpulanglah cara mana untuk kita gunakan asalkan amanah tersebut terus dipelihara sebaiknya... mungkin esok lusa, sampai masa untuk kita pulangkan amanah tersebut... yang menjadi persoalannya, adakah barang itu masih elok dan baik keadaannya saat ia dikembalikan ??"
sekian....

4 comments:
wah. time kaseh sbb insafkn sy pagi2 ni.. T__T
hati bukanlah satu entiti yang boleh dilihat dengan mata dan pemikiran kasar semata. itu lah sebabnya orang tua pernah berkata 'selami hati budi sebelum kasih di beri'
apapun bro, tak semua hati-hati itu kotor. sabar mencari, bulatkan naluri dan senyum lagi..hehe. never give up!
hati perlu dipenuhi cahaya iman
same-same pany...
ashabulz,
ye betul3x... tp, ku x mencari pape pun buat mase nie... ;)
siti, erk !!! sokong3x...
Post a Comment