Tuesday, February 2, 2010

Lelaki Yang Korang Lihat Itu...


"tak semua lelaki yang korang lihat di luar sana itu sama..
tak semua lelaki yang korang jumpa itu setara sikapnya...
tak semua lelaki yang korang dambakan itu mulia sifatnya..
tak semua lelaki yang korang harapkan itu, kuat semangatnya..."

motif intro aku kali ini ??? hahaha... saja, sekadar mahu berbicara persoalan lelaki dari kaca mata sorang lelaki... huhuhu... hari ini, kotak memori aku secara tak sengaja merewind kembali sejalur lembaran kisah lama... bukanlah kisah sedih, tapi lebih kepada moment yang membuat aku gelak berguling-guling bila dikenangkan kembali...

dulu ada yang berkata... tak seharusnya, sorang lelaki itu menangis kerana itu lambang kelemahan lelaki.. tetapi lelaki juga manusia, diciptakan Allah supaya mampu menangis tatkala tak mampu menahan beban yang mendatang ke atas pundaknya... pendek kata, kalau dah diciptakan tuhan kebolehan untuk menangis, rugi jika tak manfaatkannya... *ehh... betulkah falsafah sampah aku yang berideologi liberal ini ???*

dulu ada yang berpendapat... tak seharusnya, sorang lelaki itu merajuk dan berkecil hati kerana itu bukan sifat seorang lelaki sejati... tetapi lelaki juga punya hati.. untuk apa hati itu, jika tak digunakan untuk berkecil atau berbesar hati sekalipun ?? boleh jadi hati batu gak silap hari bulan kalau asyik terbiar tanpa dimaksimakan kegunaannya... *errr... boleh terimakah konsep pengunaan hati aku nie ek ??*

dulu ada gak yang berpendapat.. tak seharusnya, sorang lelaki itu moody kerana khalayak akan berpikir dia mungkin gay... yang nie lah selalu buat aku gelak... kitab mana plak yang menetapkan lelaki itu tak punya hak untuk bermoody ?? hukum mana yang menentukan lelaki yang sebegitu mungkin sahaja tak normal ?? hurm... aku gelak lagi... begitu sempit pemikiran mereka bagi orang-orang yang cukup open minded tentang takrifan “hubungan sesama manusia”... aishhh, aku gelak lagi.... hahaha... *betulkan aku jika aku salah dalam menilai, tapi aku tak silap kan ??? hehehe...*

kesimpulan ringkas.. jangan buat 3 benda di atas kalau mahu jadi sorang lelaki yang LELAKI... paham ke maksud aku ?? pasti korang akan terhindar dari segala gosip dan tanggapan liar masyarakat sekeliling... tapi, bagi aku plak, gosip dan tanggapan liar adalah satu compliment... so, jangan cepat melenting... adesss, dah berbelit-belit dah jari aku menaip nie... adios...

akhirul kalam... *Islam Itu Indah !!!*

regards,

2 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

lelaki pon ade perasaann. hihihi. btol2. sokong. leh je moody2.

Aidy Shahiezad said...

walaupun, tiket utk moody ade, tp xboleh la slalu kan... hehehe... ;)

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs