Sunday, July 18, 2010

Hipokrasi AMNESIA dalam Kehidupan !!

di dalam hidup ini,

berapa ramaikah daripada kita yang benar-benar beribadah kerana ikhlas dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada yang lain ??

biarpun korang pikir perkara nie macam agak tak logik je, namun percaya atau tidak, inilah yang terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari... *tidak dapat tidak, sedikit riak dalam setiap perbuatan kita pasti ada... benar begitu kan ??

maka, sebuah persoalan ini dilontar untuk renungan kita bersama... seberapa ramaikah dari kita yang sebenarnya mengalami AMNESIA dalam kehidupan kita ??? huhuhu....

berbuat baik jika kau dilihat orang
berkata halus jika kau didengar orang

menghujat orang pun tak pernah ditinggalkan

dzolimi orang pun selalu dilakukan

kadang kau beramal, kadang kau memfitnah
padahal Tuhan selalu melihat

PAGI BERIMAN, SIANG LUPA LAGI
SORE BERIMAN, MALAM AMNESIA...

~ Gigi - Amnesia ~

aku juga merasakan aku sendiri tergolong dalam kelompok AMNESIA yang diperkatakan itu... huhuhu (*blame me, i'm juz another weak creature in this beautiful world !!)... sesekali aku mula mendengarkan lagu catchy Gigi nie, hati rapuh aku seakan-akan di panah tepat ke sasaran... nah... aku sendiri pun kena tusuk dalam dengan mesej ringkas sebegini... huhuhu...

oleh yang demikian, menjelang bulan Ramadhan yang semakin hampir tiba nie, jomlah kita selalu ingat-mengingati di antara satu sama lain... tak salah bukan ?? sememangnya, kita mampu mengubahnya !!

---------------------------------------------------------------------------------------

Yang Tak Terungkapkan:-
sebagai seorang perfectionist, aku mula belajar untuk menerima hakikat kehidupan bahwa tak semua orang itu sempurna... masa untuk memperbaiki kelemahan yang ada dan mula mengikut rentak arah angin berhembus... jom !! *namun, tidak pula bermakna aku bakal menjadi lalang yang lemah dan acapkali meliuk-lentuk mengikut tiupan kasar angin... hehehe...

---------------------------------------------------------------------------------------

regards,

14 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

salam bro..
ya, iman ini senipis kulit bawang..
dan ia tidak pernah rigid.
berubah setiap masa.
huhu~

p/s: cuba jadi manusia yang ikhlas.

NAJ HEBAT said...

betul.. tak semua org sempurna.
aku pon mcm tu.
aku manusia biasa. kadang2 ikhlas. kadang2 mungkin tak. mungkin aku anggap itu cycle hidup.

Aidy Shahiezad said...

Afzan:
yerp...
masih cuba untuk menjadi seikhlas mungkin...
namun, sbg manusia lemah, adakalanya kita sering tergelincir juga kan walaupun telah berusaha keras utk ikhlas... :)

Aidy Shahiezad said...

Naj:
slalu kita berbicara bahwa roda kehidupanlah yg sering membuatkan kita bersikap kdg ikhlas, dan terkdg tidak...

namun, adakah roda itu yg harus dipersalahkan ??
tidak, dan tetaplah kita manusia lemah yg menjadi dalang kepada kekhilafan sendiri... :0

♥ p a a n i ♥ said...

saye pon sering alpa :(

sharifah_uda said...

yup! saling berpesan dan ingat mengingati..

roda tak bersalah pun dalam ini hal.. but hidup is like Roda, so believe it! just follow with da flow..

Aidy Shahiezad said...

Paani:
jom.. sesama kembali mencari jalan yg diredhaiNya... sesama gak saling ingat-mengingati di antara yg alpa dan terlupakan... :0

Aidy Shahiezad said...

Che Epah:
yezzaa... jikalau ada yg alpa antara kita, beranikanlah diri menegur biarpun teguran itu pahit utk diterima... :D

Fieda said...

Seringkali kita lupa.. sebab kita adalah manusia .. kerana itu perlu saling ingat mengingati... :)

Aidy Shahiezad said...

Fieda:
uiks... manusia adalah makhluk yg mudah pelupa ka ?? bukanlah.. lebih kpd alpa je.. huhu.. :p

Fieda said...

alpa vs lupa... lebih kurang sama la tu..huhuu

Nadiene said...

kita bukan manusia perfect, tapi elok lah kalauhari ini lebih baik dr smalam...

Aidy Shahiezad said...

Fieda:
ejaan mungkin hampir sama, tp lain cara... :0

Aidy Shahiezad said...

fiD:
jika hari nie lebih baik dari semalam, alhamdulillah laa...

jika tak seperti yg diharapkan ?? hurm..

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs