
jika kamu yang teristimewa di hati,
titipan sms pasti akan singgah menghiasi skrin telefon kamu seawal subuh kelam..
sebuah ungkapan bersemangat pasti mengorak ukir senyuman kamu..
jika kamu yang menawan di hati,
titipan kuntum-kuntum bunga ros merah pasti menyegarkan pagi hari kamu..
sebuah kad bertulisan seni pasti melengkapkan hari ceria kamu nanti...
jika kamu yang terpilih di hati,
titipan bingkisan kotak kecil pasti menghindar seketika kepenatan hari kamu..
sebuah lambang tulisan klasik warna emas pasti menterjemahkan rasa prihatin aku pada kamu...
jika kamu yang terulung di hati,
titipan sms pasti berterusan menemani malam-malam kamu...
sebuah ucap selamat bersulam bibit-bibit impian masa depan pasti membuai tidur kamu...
dan jika hari menginjak hari pun,
aku harap kamu masih tetap di hati...
-------------------------------------------------------
Aidy Shahiezad:- sangat jatuh chenta dengan suara Adam Levine time nyanyi lagu "If I Ain't Got You"... "some just want everything, but everything means nothing, if I ain't got you, you, you..." yeah !!


14 comments:
nice ;)
teristimewa, menawan,terpilih, terulung dihati ;)
jika kau tak datang ...
tiba2.
haha.
XD
Erina:-
ilham dari cinta itu indah !!.. :)
Hizami:-
jika kau tak datang, maka tiadalah yg teristimewa, menawan, terpilih dan terulung di hati lagi... :D
aip aippp :)
tak perlu jika kalau itu memang dia :)
wah...sweet...adakah ini ditujukan khas untuk kekasih hati??
Naz:-
tak perlu ??
mane boleh... still perlu... kehkehkeh... :)
Zack Blossom:-
kekasih hati ??
err.... ade ker ?? huhuhu... :P
sudah jiwang. jiwang. jiwang.
kau ni.. mne janji manis mu?
mane??
kau tak hantar sms pon di pagi hari aku?
kau tak hntar sms pon.. saat aku nak tido?
la~la~la
Naj:-
bak sini nombor telefon ko meh..
kang gila bayang ko kt aku nnt weyh... ahahaha.. :p
ni mesti tuju untuk someone nih?? hahahha
huhuhu....very nice one bro.
meh nak sambung sikit.
namun jika suatu hari nnt aku tiada lagi di sisi,
tanamlah aku di pinggir hatimu,
kerana engkau perlu pengganti yang baru,
agar hidup terus mekar dan berseri...haha.
Paani:-
nak tuju kat sape ek ??
huhuhu... :P
aShabulz:-
erk !!!!
perlu ker nk cri pengganti ?? :)
Post a Comment