Showing posts with label AJL25. Show all posts
Showing posts with label AJL25. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Ini Bukan Kisah Perihal AJL25...


aku bajet semua entry hari nie akan bercerita tentang perihal AJL25 semalam... nyata sekali, pelbagai reaksi yang keluar lantaran daripada keputusan semalam.. namun, apa ada hal dengan aku ?? walau siapa pun yang menang dan terbaik, bukan aku pun yang dapat ganjaran wang tunai kemenangan tue kan... jangan biarkan AJL25 seakan-akan menjadi isu negara plak walhal masih ada 1001 permasalahan lain yang lebih penting sekarang nie... :-p

okey, tutup cerita AJL25 dan jom buka cerita aku dan karaoke.. sabtu lepas, aku berkaraoke.. maka, apa yang hebatnya jika aku berkaraoke pun ?? yerp, aku tahu bahawa suara aku memang tak sedap.. kalau korang tak percaya, boleh check video kat bawah nie.. pada yang dah tengok atau dengar, seriously tak sedap kan ?? kan ?? hehehe...



tapi, secara tak sengaja sebenarnya, aku dah pun buat kerja gila masa hari tue.. dalam satu hari tue saja, aku dah karaoke dua kali.. sesi pertama bertempat di RedBox Sogo, aku start jam 11 pagi sampai jam 2 petang bersama geng-geng UTM dulu.. sesi kedua plak mengambil lokasi Neway Cheras Plaza, bermula jam 11 malam sehingga 4 pagi !! kali nie karaoke bersama dengan kawan-kawan baru (1st day jumpa, dah bleh karaoke sampai 5 jam.. kalau dah lama jumpa, apa jadi agak-agaknya ek ?? huhuhu)... sedar tak sedar sebenarnya tue... hahaha...

dan sampai sekarang, aku terasa lemah-lemah tenaga badan dan sengal-sengal tulang.. hurm.. kalaulah aku nie ultraman, confirm para raksasa dah boleh take over dunia nie dengan selambanya.. hehehe... ada sesiapa dari korang yang berkualifikasi mengurut badan tak ?? amat memerlukannya saat nie... huhuhu...

Penulis:- salam kenalan dan terima kasih untuk kawan-kawan baru aku malam sabtu lepas, Hariz dan Kimie... pasnie, boleh buat lagi.. ahaha...

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs