Sunday, January 3, 2010

Objek Pelik Bernama Hati...


aku memerhati dari kejauhan... ternyata hati itu adalah suatu objek yg pelik... terpikirkah kita bahawa manusia yang terbaik selalu tersisih dan terlepas pandang, manakala manusia sampah pula yang sentiasa menjadi pilihan... aku berpikir lagi, mungkin dari situlah terbit kenyataan ini,

"manusia itu selesa hidup bertemankan kotor dosa dan noda, kerana itu sudah lumrahnya..."

aku merenung lagi... agaknya, memang benar manusia liat berubah walaupun peluang tersebut terbentang luas di depan mata mereka... mungkin kerana cahaya perubahan itu tidak cukup terang, atau mungkin juga mereka belum bersedia ke arah jalan yang menjanjikan kemuliaan akhirat...

terakhir aku memintal satu kesimpulan,

"hidup ini tidak lebih dari satu amanah... ibarat dipinjamkan satu barang, terpulanglah cara mana untuk kita gunakan asalkan amanah tersebut terus dipelihara sebaiknya... mungkin esok lusa, sampai masa untuk kita pulangkan amanah tersebut... yang menjadi persoalannya, adakah barang itu masih elok dan baik keadaannya saat ia dikembalikan ??"

sekian....

regards,

Friday, January 1, 2010

Langkah Baru 2010...


"aku memulakan langkah baru dengan pengakhiran yang tertunda... aku melangkah yakin dengan meninggalkan semua yang menyakiti dan membawa semua yang menghargai... selamat tinggal semua kenangan 2009 dan selamat datang semua lakaran impian 2010.. aku sang pemimpi yang penuh mengharapkan perubahan dengan kehadiran pengawalan musim yang baru bermula... semoga kehadirannya menjanjikan seribu satu keindahan tersendiri..."

amin...

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs