Sunday, October 10, 2010

Jika Kamu...


jika kamu yang teristimewa di hati,
titipan sms pasti akan singgah menghiasi skrin telefon kamu seawal subuh kelam..
sebuah ungkapan bersemangat pasti mengorak ukir senyuman kamu..

jika kamu yang menawan di hati,
titipan kuntum-kuntum bunga ros merah pasti menyegarkan pagi hari kamu..
sebuah kad bertulisan seni pasti melengkapkan hari ceria kamu nanti...

jika kamu yang terpilih di hati,
titipan bingkisan kotak kecil pasti menghindar seketika kepenatan hari kamu..
sebuah lambang tulisan klasik warna emas pasti menterjemahkan rasa prihatin aku pada kamu...

jika kamu yang terulung di hati,
titipan sms pasti berterusan menemani malam-malam kamu...
sebuah ucap selamat bersulam bibit-bibit impian masa depan pasti membuai tidur kamu...

dan jika hari menginjak hari pun,
aku harap kamu masih tetap di hati...

-------------------------------------------------------

Aidy Shahiezad:- sangat jatuh chenta dengan suara Adam Levine time nyanyi lagu "If I Ain't Got You"... "some just want everything, but everything means nothing, if I ain't got you, you, you..." yeah !!

regards,

Wednesday, October 6, 2010

Jejak Tingkah Anon dan Welnon !!


hampir 2 tahun sejak aku memulakan sisi lain dalam dunia penulisan aktif, ini adalah entri yang ke-400 di sepanjang kewujudan blog ini... terus-terang, blog ini bukanlah blog yang terbaik, jauh sekalilah yang terpopular... hakikat yang perlu ditelan ikhlas semestinya...

aku sentiasa percaya,

“untuk menjadi yang terbaik, kita perlu serius dan dedikasi dalam penulisan.. dan untuk menjadi yang popular, kita haruslah mempunyai raut wajah “yang boleh dijual” dan “confident berlagak bagus yang tinggi”...”

oh serius, itu penanda aras dunia penulisan blogging, bukan suka-suka kenyataan lontaran untuk “mencari publisiti” dari aku okey... dan sungguh, tidak terlintas untuk aku ke arah lonjakan tahap seperti itu... tidak pernah walau sesaat... korang macam mana pulak ??

tak salah kalau aku rumuskan bahawa kebanyakan dari kita lebih mementingkan soal remeh sebenarnya... persoalan banyakkah yang menjadi follower atau banyakkah yang respons kepada entri kita masih lagi menjadi kepentingan... jangan tipu, jika tidak pasti kau tak kan sesekali bercakap tentang pagerank, alexa dan yang sebulu dengannya... bagaimana dengan kepuasan penulisan kalian ?? zero !! nil kan !!

korang puas ke dalam penulisan kalau sekadar berbekalkan entri copy-paste berita arus perdana, cerita promo tentang artis Kate Perry buat album baru atau mungkin kisah hangat skandal rumahtangga artis ?? maaf jika korang terasa, tetapi aku kena cakap apa yang aku rasa... betul tak ??

okay cukuplah aku berbicara soal “apa yang aku rasa” dalam entri spesial yang ke-400 ini... sekarang, jom bercerita tentang “apa yang korang rasa” plak di sini...

mungkin ramai dari korang yang selalu singgah sejenak ke blog aku nie untuk membaca entri baru, tapi tak sekali pun meninggalkan jejak taipan keyboard... maka kali nie, apa kata korang just drop by kat comment box tue dan say hi, jika sudi... aku tak paksa, tapi berilah ruang untuk aku turut mengenali korang...

sesungguhnya,

“disamping pembaca welnon sedia ada, korang yang anon juga layak untuk dihargai bukan ??”

--------------------------------------------

Aidy Shahiezad:- lebih suka blog picisan low-profile yang kadang-kala terserlah seni penulisan dan mesejnya daripada blog gah popular disukai ramai, tapi akhirnya terkial nak melayan semua followernya dek kerana ramainya...

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs