Monday, August 30, 2010

Malam Kemerdekaan untuk Anak Bangsa yang Terjajah Minda !!


kenapa agaknya kes buang bayi kat Malaysia nie kejap hangat diperkatakan, kejap orang terlupakan ??

perasankah korang yang kes buang bayi nie sering hangat diperkatakan menjelang bulan May, September dan November sahaja.... apa istimewanya bulan-bulan tue berbanding bulan-bulan yang lain ??

pikir-pikirkan bersama,

andai malam ini malam kemerdekaan Malaysia, biar silih berganti sekali pun angka kemerdekaan tue, situasinya tetap sama... anak muda yang masih belia remaja akan meraikannya dengan simbolik kebebasan dan kemerdekaan daripada penjara nafsu... agaknya, jika bukan hari sambutan kemerdekaan, maka tak merdekalah jiwa raga nafsu mereka... barangkali...

andai malam ini malam tahun baru, biar silih berganti kurun masehi yang terpampang di kalendar pengaruh roman, situasinya masih kekal sama... anak muda belia mahupun yang sudah senjakala bakal meraikannya dengan simbolik penyerahan diri demi sebuah kepuasan sementara yang bakal mencipta ketagihan tak berkesudahan... agaknya, jika bukan sambutan tahun baru, maka tak cukup barulah rekod kemaksiatan nafsu yang ada... barangkali...

andai malam ini malam pengabadian kekasih, biar silih berganti kekasih yang mewarnai dunia hari-hari, situasinya pasti masih sama... anak muda remaja merelakan jiwa mereka ternoda tatkala meraikannya dengan simbolik penyerahan dan pengabadian tubuh yang diratah enak ibarat lauk yang terhidang percuma... agaknya, jika bukan kerana hari kekasih, maka pasti kekasih tak sebenarnya dianggap kekasih... barangkali...

andai malam-malam nie terus-terangan menjadi simbol kemerdekaan dan kebebasan kita, lantas pasti jahanamlah benih-benih adam masa depan...

jika demikian kisahnya, maka, merdekakah kita pada zahirnya ??

(idea iklan bertema pidato berapi sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke 53 nie sebenarnya dah kalah kepada idea iklan buat kereta abc petronas masa peringkat saringan hari tue... tue pasallah aku cuma iklankan kat sini saja... hehehe...)

Aidy Shahiezad:- tetiba terasa macam aku sedang berpidato gaya Sukarno dulu-dulu... dengan berbekalkan sut lengkap bersongkok tinggi senget, fuh !!! berimaginasi tinggi sungguh aku nie rupanya... haha...

regards,

Sunday, August 29, 2010

Mini Novel: Sebelum Terlewat .::. [Chapter 1 - Introduksi]


Chapter 1: Introduksi

Suasana di Dewan Utama hingar-bingar saat itu. Di setiap sudut dewan, masing-masing galak bertukar-tukar cerita diselang-seli dengan tawa canda. Malam itu adalah malam apresiasi mahasiswa Kolej Almaputra. Acara tahunan itu, kebiasaannya bagi meraikan para mahasiswa dan mahasiswi Kolej Almaputra yang berada pada tahun terakhir pengajian mereka.

“Hadirin sekalian !!”, teriak suara moderator majlis memecahkan suasana di dalam Dewan Utama.

“Malam ini, kita akan dipersembahkan dengan sebuah persembahan istimewa. Berikan tepukan gemuruh untuk saudara Budi Haikal bin Hariz..”

Hadirin majlis menghalakan pandangan ke arah pentas utama. Lampu sorot perlahan-lahan menyinari ruang tengah pentas, memperlihatkan susuk tubuh seorang anak muda berusia awal 20-an yang tatkala itu tunduk memandang ke lantai pentas sambil kejap memegang gitar di tangannya. Tubuhnya diam terpaku tanpa menunjukkan sebarang reaksi kepada hadirin majlis yang menanti persembahannya. Sejurus kemudian, jarinya mula memetik gitar, mengalunkan sebuah irama muzik.

Semakin ku menyayangimu
Semakin kau menyakitiku
Semakin ku mencintaimu
Semakin kau menghancurkanku

Entah sampai kapan
Kau akan menyadarinya
Bahwa hanya diriku
Yang pantas ‘tuk memiliki diriku
Yang rela korbankan semuanya untukmu

Sampai kapanpun kau ‘kan ku cintai
Walau kau tak pernah membalas cintaku padamu
Walau apapun kau ‘kan ku sayangi
Setulus hatiku seumur hidupku ku mencintaimu

Takkan pernah bisa
Ku melupakanmu walau sekejap saja
Takkan pernah mampu
Menggantikanmu dalam seluruh hidupku


Penuh penghayatan dia menyampaikan lagu tersebut, seolah-olah dia di dalam dunianya sendiri tanpa mempedulikan audien di bawahnya. Hadirin majlis yang mendengarkan persembahan tersebut juga turut terpaku diam. Usai persembahan lagu tersebut, seisi dewan bertepuk tangan tanda terhibur dengan persembahan yang dibawakannya. Dia hanya memberikan isyarat tunduk hormat dan lantas terus meninggalkan pentas tanpa mengucapkan sepatah perkataan.

“Budi, nanti dulu...”, pengurus acara malam itu, Farah memanggil dia.

Langkah pantas Budi terhenti di sudut pintu keluar bilik persediaan itu. Farah berlari-lari anak mendapatkan dia. Farah memandang wajah Budi saat itu.

“Terima kasih Budi kerana masih menunaikan janji Budi... Farah tahu yang Budi masih marahkan Farah lagi...”, bicara Farah lembut.

“Sekurang-kurangnya aku masih menepati janji...”, jawapan yang terlontar dari mulut Budi seolah-olah menempelak Farah saat itu.

Farah menundukkan wajahnya.

“Farah tahu memang Farah bersalah... harap Budi maafkan Farah...”, perlahan sahaja Farah melafazkan permohonan maafnya kepada Budi.

“aku pergi dulu...”, Budi membalas, lantas mengatur langkah pantas keluar dari bilik persediaan itu, meninggalkan Farah termangu-mangu seorang diri.

Ketika Budi menghampiri kereta Proton Savvy miliknya, bahunya dipegang dari belakang.

“Assalamualaikum Budi...”

(bersambung jika ada permintaan...)

Aidy Shahiezad:- mencuba nasib sekali lagi dengan menulis mini novel kedua tahun ini.. harap korang menerima seadanya kisah "Sebelum Terlewat" nie.... :)

regards,

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs