Saturday, May 2, 2009

Hipokrasi Sang Pemutar Cerita..

memang aneh dunia masa kini
cakap manis manusia sekadar topeng hiasan
guna agar ada yang terpedaya simpati
simpati melihat kedaifan diri

dunia barangkali sekadar pentas sandiwara
buat sang hipokrit yang sedih bermuka-muka
mengemis meminta-minta pertolongan
kononnya hidup mereka serba keperitan
kesengsaraan memenuhi tanggungan hidup
cereka dongeng belakalah nampak gayanya...

cukup aneh sekali hidup pemutar cerita
dalam mengeluh kesah tentang sempit hidup
hidup saban bulan berfoya tak ada sudahnya
pantang terluang masa, berjalan liburan segenap pelusuk alam..

barangkali lupa sudah tukang pemutar cerita itu ??
bahawasanya dia punya janji yang masih tak tertepati ??
mungkin dulunya sekadar lakonan hipokrasi meraih simpati
kerana dasar manusia topeng susah mencari, senang melupai..
wallahualam...

nukilan hati,
Aidy Shahiezad, 02 Mei 2009, 5.30 pagi

2 comments:

Fieda said...

emm mendalam maksudnya

Aidy Shahiezad said...

sedalam hati aku yg cuba menyampaikan makna tersirat sbg tanda peringatan... hehehe... ;0

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs