Jumaat lepas, tanggal 3 April 2009, satu lagi peristiwa terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia di mana Datuk Seri Najib Tun Razak di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 sekaligus meneruskan tradisi unik peralihan kuasa kepimpinan Malaysia... jika disingkap lembaran sejarah lepas, banyak sejarah dicipta oleh PM baru kita nie... di antaranya, menjadi anggota Parlimen termuda pada usia 22 tahun, Timbalan Menteri termuda pada usia 25 tahun, Menteri Besar termuda pada usia 29 tahun dan Menteri termuda pada usia 33 tahun.. dan sekarang, menjadi anak Perdana Menteri pertama yang menjadi Perdana Menteri...
pastinya perlantikan Najib ni bakal memberi impak besar kepada pilihanraya kecil 2 bukit 1 batang (singkatan sinikal yang mula digunapakai sewaktu perhimpunan Agung UMNO mewakili Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air) yang bakal menjelang minggu hadapan.. tambahan pula, dengan penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam UMNO... walau bagaimanapun, sejauh mana faktor Najib dan Mahathir dalam menentukan kemenangan BN dalam 3 pilihanraya tersebut tidak dapat dipastikan lagi... namun ia diakui mempunyai signifikan yang tersendiri terhadap kekuatan UMNO dan BN, ibarat kereta lumba yang mendapat enjin turbo pada hari pertama perlumbaannya..
persoalannya sekarang, mampukah gagasan "Satu Malaysia" Najib diterima baik oleh rakyat Malaysia biarpun ia dilihat mampu menenggelam gagasan Malaysian Malaysia oleh DAP sebelum nie... dilihat daripada trend rakyat bawahan yang suka menerima arus pembangunan dan kemewahan tetapi masih juga menyokong pembangkang, nampaknya sesuatu harus dilakukan oleh semua peringkat kepimpinan kerajaan... sikap menadah tangan tetapi tidak menyokong ini haruslah diubah...
pendapat aku, rakyat bawahan Malaysia, baik yang Melayu, Cina mahupun India sekalipun telah lama menerima baik konsep tersebut... bukti itu nyata dalam masyarakat kita... tetapi, rakyat kelas atas dan barisan kepimpinan peringkat atas lah yang seharusnya dipupuk dengan nilai baik konsep Satu Malaysia tersebut... ini kerana yang melaungkan suara perkauman itu, pemimpin tinggi masing-masing dan bukannya rakyat bawahan (sedangkan hakikatnya rakyat bawahan ini selesa hidup dalam masyarakat majmuk Malaysia)... kenapa tidak mulai sekarang, kita semai nilai masyarakat Malaysia yang satu, dan bukannya satu Melayu, satu Cina dan satu India seperti lazimnya... renungkan, bermula itu susah, tapi manfaatnya sangat berbaloi... fikir-fikirkan semua...

2 comments:
Assalamualaikum Aidy Shahiezad,
Bapa kepada PM Malaysia yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak - adalah PM Malaysia yang Kedua,telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Dia pastinya amat berbangga dengan DS Najib dan kini berpeluang memimpin Malaysia ke peringkat lebih cemerlang. Tahniah untuk beliau.
Apapun tahniah buat saudara kerana tidak menimbulkan kesangsian bagi perlantikan berkenaan.
Ya Rabbi... kamu masih lagi dengan warna warni Malaysia... silau mata mak cik. kah3x
kak zara,
tq neway, rasenya tak perlu ditimbulkan sebarang kesangsian tentang perlantikan tersebut... sebagai seorang nakhoda baru, beliau layak diberi peluang utk mengemudi kapal mengikut cara beliau... betul kan ??
ye ke warna-warni sangat ?? okay, akan cuba diperbaiki nanti... hehehe...
Post a Comment