Showing posts with label Political View. Show all posts
Showing posts with label Political View. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Politikus Larut dalam Karut !!!


hanya kerana sebuah jawatan, kita saling bercakaran...
hanya kerana sebuah pangkat, kita saling momok-momokan antara satu sama lain...
hanya kerana sebuah kuasa, kita saling memusuhi...
dan pada akhirnya nanti, musang licik juga yang mendapat manfaatnya...

orang kita, kalau bab politik, dialah jaguh...
orang kita, kalau bab kambus-mengambus, dialah heronya...
orang kita, kalau bab sandiwara drama swasta, dialah drama queennya...
dan pada akhirnya nanti, ‘bukan orang kita’ juga yang mendapat manfaatnya...

jika dikatakan buta sejarah, semua dok claim depa pejuang sejarah bangsa...
jika dikatakan bodoh pengetahuan, bukan calang-calang manusia yang berbuat bodoh ini...
jika dikatakan lembap sensitiviti, dia meledak pulak bila dicanangkan sebagai racist !!
dan pada akhirnya nanti, sebuah sandiwara baru muncul menutup kebodohan diri sendiri...

kesimpulan yang satu, yang punya profesion hebat-hebat ini semua belajar sekadar mengejar segulung kertas tanpa belajar apa-apa dalam otak mereka...

kesimpulan yang variasi, yang declare mereka pejuang bangsa ini semua hipokrit belaka demi sebuah perjuangan survival politik diri sendiri sahaja...

kesimpulan yang warna-warni, yang namanya rakyat biasa kini tak punya suara luar biasa bagi menterjemahkan perasaan hati lagi...

dan pada akhirnya nanti, siapa yang untung besar ??
dan siapa yang akan menanggung bahana akibat tergadai 'helaian pakaian yang terakhir' nanti ?? haih... pikir-pikirkanlah bersama...

--------------------------------------------

“aku tak pernah kesah sama ada kau pendokong bulan BIRU atau HIJAU atau MERAH sekalipun.. tapi, sia-sialah kau jadi lawyer, arkitek, doktor, hatta teknorat sekalipun jika acapkali memperlihatkan tindak-tanduk kayak orang gasar !! layakkah kau dihormati rakyat kebanyakan ??! politik itu semakin larut dalam karut.. aku benci politikus rakus !!..”

(Aidy Shahiezad, 2011)

--------------------------------------------

Penulis:- aku tidaklah meminta komen berkoyan.. cukup sekadar menge”like” entry ini jika kau setuju dengan aku... --> Belia.Benci.Politikus

regards,

Monday, August 3, 2009

Bodohkah Akal, Benakkah Hati ??

aku terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenai insiden perhimpunan GMI (Gerakan Memansuhkan ISA) yang berlaku di sekitar tempat tumpuan khalayak di tengah-tengah Kuala Lumpur pada sabtu lalu, yang menyebabkan hampir 500 orang ditahan... pertama sekali, maaflah sekiranya entri bakal mengundang rasa kurang senang para khalayak yang terlibat kerana prinsip aku, siapa yang makan cili pasti terasalah pedasnya... aku bukanlah penyokong gerakan tersebut apatah lagi sebaliknya... cuma, aku kira luahan rakyat bawahan yang kerdil seperti aku nie wajarlah di dengar juga...

hairan bin ajaib kerana gerakan ini kuat melaungkan bahawa rakyat hidup dalam ketakutan kerana adanya ISA tue.. tetapi, apa yang dapat dilihat ISA tue bukanlah ancaman, jauh sekali menjadi ketakutan rakyat... sebaliknya, para khalayak yang sibuk berdemonstrasi inilah yang menjadi ketakutan rakyat... bukan tue sahaja, mereka malah menyusahkan rakyat pula, menganggu urusan seharian rakyat tanpa motif yang jelas... hanya lebih menurut emosi dan tingkah laku kurang akal saja... jangan pula ini dikatakan sebagai amalan demokrasi kerana hanya politikus picisan sahaja yang sibuk melontarkan modal tak seberapa nie...

kepada khalayak yang turut serta sabtu lalu aku bertanya, apakah yang kau benar-benar tulus ikhlas memperjuangkan kehendak rakyat ?? atau sekadar bodoh akal menuruti tingkah akal tangan-tangan ghaib secara semberono ?? mohon kau fikirkanlah, dimana letak kepentingan rakyat tue kalau kau sendiri menyusahkan dan menakutkan rakyat ?? haruslah kau yang patut dihapuskan dulu... perlu diingat, siapa yang terperangkap ketakutan dalam pusat membeli belah yang terpaksa ditutup ?? siapa yang terpaksa menutup perniagaan mereka dan mengalami kerugian perniagaan ?? dan siapa yang terpaksa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang maha dahsyat gara-gara jalan yang ditutup itu ?? bukankah semuanya ditanggung oleh rakyat juga ?? perjuangan untuk rakyat apa yang menyusahkan rakyat ?? fikirkanlah secara waras...

kepada para tangan ghaib di sebalik gerakan ini, jangan kau bermain gaya politik filem hindustan mahupun tamil yang acapkali dilihat dilayar perak saban minggu demi memenuhi cita-cita penuh muslihat kau... haruslah diingatkan bahawa masa berpolitik telah berlalu, simpan saja untuk pilihan raya seterusnya.. kalau asyik sibuk main politik saja, bila masanya mahu bekerja untuk rakyat ?? sekarang masanya membela dan memperjuangkan nasib rakyat mengikut lunas-lunas yang betul, bukannya menerusi tindak-tanduk politikus picisan seperti sabtu lepas... berpolitik ada hadnya, jadi berpeganglah pada batas-batas yang ada itu..

kepada mahasiswa yang turut serta, aku tak pasti apa alasan kau untuk turut serta... mahu membela nasib rakyatkah kau sedangkan nasib kau pun belum tentu lagi entah apa jadinya... tak perlu aku ingatkan untuk apa kau dihantar belajar oleh ibu bapa kau.. berpolitik di universiti tidak ada salahnya tapi telah ramai contoh terdahulu yang sibuk berpolitik sehingga pelajaran kecundang... cuba kau kira berapa ramai pula yang sibuk mengejar politik sehingga asyik extend saja pelajarannya saban semester... nasihat aku, kalau mahu menjadi politikus, janganlah jadi politikus yang celik politik tapi bodoh ilmu pelajaran... tak perlu ditambah statistik golongan ini yang sememangnya telah banyak di arena politik sedunia... harusnya jadilah politikus yang bijak serba-serbi, baru kau dipandang tinggi masyarakat... jika nasihat mudah seperti nie pun masih sukar kau fahaminya, maka sia-sialah kau belajar tinggi-tinggi... nyatalah kau masih bodoh akal dan benak hati walaupun mungkin kau celik politik !!!

Sunday, April 5, 2009

Signifikan 2 Bukit 1 Batang...

Jumaat lepas, tanggal 3 April 2009, satu lagi peristiwa terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia di mana Datuk Seri Najib Tun Razak di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 sekaligus meneruskan tradisi unik peralihan kuasa kepimpinan Malaysia... jika disingkap lembaran sejarah lepas, banyak sejarah dicipta oleh PM baru kita nie... di antaranya, menjadi anggota Parlimen termuda pada usia 22 tahun, Timbalan Menteri termuda pada usia 25 tahun, Menteri Besar termuda pada usia 29 tahun dan Menteri termuda pada usia 33 tahun.. dan sekarang, menjadi anak Perdana Menteri pertama yang menjadi Perdana Menteri...

pastinya perlantikan Najib ni bakal memberi impak besar kepada pilihanraya kecil 2 bukit 1 batang (singkatan sinikal yang mula digunapakai sewaktu perhimpunan Agung UMNO mewakili Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air) yang bakal menjelang minggu hadapan.. tambahan pula, dengan penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam UMNO... walau bagaimanapun, sejauh mana faktor Najib dan Mahathir dalam menentukan kemenangan BN dalam 3 pilihanraya tersebut tidak dapat dipastikan lagi... namun ia diakui mempunyai signifikan yang tersendiri terhadap kekuatan UMNO dan BN, ibarat kereta lumba yang mendapat enjin turbo pada hari pertama perlumbaannya..

persoalannya sekarang, mampukah gagasan "Satu Malaysia" Najib diterima baik oleh rakyat Malaysia biarpun ia dilihat mampu menenggelam gagasan Malaysian Malaysia oleh DAP sebelum nie... dilihat daripada trend rakyat bawahan yang suka menerima arus pembangunan dan kemewahan tetapi masih juga menyokong pembangkang, nampaknya sesuatu harus dilakukan oleh semua peringkat kepimpinan kerajaan... sikap menadah tangan tetapi tidak menyokong ini haruslah diubah...

pendapat aku, rakyat bawahan Malaysia, baik yang Melayu, Cina mahupun India sekalipun telah lama menerima baik konsep tersebut... bukti itu nyata dalam masyarakat kita... tetapi, rakyat kelas atas dan barisan kepimpinan peringkat atas lah yang seharusnya dipupuk dengan nilai baik konsep Satu Malaysia tersebut... ini kerana yang melaungkan suara perkauman itu, pemimpin tinggi masing-masing dan bukannya rakyat bawahan (sedangkan hakikatnya rakyat bawahan ini selesa hidup dalam masyarakat majmuk Malaysia)... kenapa tidak mulai sekarang, kita semai nilai masyarakat Malaysia yang satu, dan bukannya satu Melayu, satu Cina dan satu India seperti lazimnya... renungkan, bermula itu susah, tapi manfaatnya sangat berbaloi... fikir-fikirkan semua...

Monday, February 9, 2009

Kemelut Dua Nakhoda...

kemelut politik yang membadai negeri Perak nampaknya belum surut sepenuhnya... terbaru, polemik terbaru yang sedang dipalu oleh pakatan rakyat adalah untuk menyaman Tuanku Sultan Perak kerana dikatakan melampaui batas kuasa undang-undang tubuh kerajaan Perak.. semestinya, cereka politik terbaru ini lantang dicanangkan oleh Karpal Singh.. apa motif disebalik idea menyaman Sultan oleh Karpal ini ?? nampaknya, si Karpal ini masih tidak serik untuk memainkan sentimen yang boleh mencetuskan krisis perkauman jika tidak dibendung sedari awal..

paling menarik perhatian sekarang ini adalah keengganan kerajaan pakatan rakyat perak pimpinan Mohamad Nizar Jamaludin dan exco-exconya untuk mengaku kalah dan masih terus bermain dengan mimpi kosong (kononnya masih berkuasa)... apakah amat sukar untuk menurut kehendak dan titah Sultan Perak sehingga perlu memohon sembah derhaka ?? pemimpin bagaimanakah mereka ini sehingga sanggup membelakangi Tuanku Sultan Perak yang disayangi rakyat jelata ??

belum pernah ada dalam mana-mana sejarah di dunia wujudnya dua buah kerajaan dalam satu masa... semua sandiwara mabuk kuasa ini hanya akan merugikan rakyat Perak sendiri, malah secara tidak langsung akan membuatkan rakyat keliru dan terbeban.. jika segala perkiraan diambil, kepada siapa rakyat hendak berjumpa untuk mengadu masalah dan sebagainya ?? kerajaan lama pakatan rakyat yang mabuk kuasa atau kerajaan pintu belakang barisan nasional yang baru ??

nampaknya, masing-masing sudah melupakan perjuangan untuk rakyat dan hanya bertiangkan kepada perjuangan untuk survival politik sendiri... ini suatu yang amat menyedihkan sekali untuk rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya... ini kerana, telah lebih 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan pelbagai kemajuan infrastruktur dicapai, malangnya mentaliti politikus-politikus Malaysia masih ditahap sekolah tadika lagi...

berbalik kepada si Karpal, peguam veteran yang nampaknya semakin lama berkecimpung dalam politik, maka semakin sesat permainan sandiwara politiknya... apa faedah yang diperolehi oleh Karpal ini dengan memalu irama sumbang di khalayak rakyat Malaysia ?? adakah dia mempunyai motif peribadi ? hendak menjadi Perdana Menterikah si Karpal ini ??? hanya tuhan yang maha mengetahui apa yang bermain dalam fikiran Karpal yang benak hatinya itu...

apa pun sandiwara kartun yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin politik ini, marilah kita bersama berdiri dibelakang kepimpinan Tuanku Sultan Perak... kepada umat melayu yang menyokong mereka yang menentang Tuanku Sultan sehingga berbuat kecoh baru-baru ini, cuba fikir-fikirkan perbuatan anda itu... berbaloikah ?? ketika itu, anda seorang Muslim (siap dengan kopiahnya) tetapi perbuatan anda tidak mencerminkan keislaman sebenar sehingga sanggup menghina Tuanku Sultan yang merupakan ketua institusi Islam di negeri masing-masing... sekadar renungan bersama...

Thursday, February 5, 2009

Rakyat Menolak, Perak Bergolak..

semalam merupakan kemuncak kepada kemelut politik negeri aku yang terchenta, Perak Darul Ridzuan... setelah sekian lama main tarik tali, akhirnya kerajaan gabungan PKR-PAS-DAP runtuh dan tertegaklah kerajaan pintu belakang pimpinan BN sekarang ini... cuma yang masih menjadi persoalan adalah status kedudukan menteri besar 'lama' dari PAS, Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.. adakah masih menteri besar atau pun tidak... kasihan si menteri besar yang lama, keseorangan mempertahankan diri tanpa ada ADUN yang setia di belakang beliau...

episod sebenarnya bermula apabila ADUN Bota (merupakan ADUN kampung aku), Datuk Nasarudin Halim yang secara mengejut menyertai PKR... bermula dari situlah, episod tarik menarik ADUN berterusan.. secara mengejut juga, 2 ADUN PKR dikatakan meletak jawatan (mereka menafikan pula selepas 3 jam), manakala seorang ADUN DAP berhasrat menyertai MCA (kalau tak silap aku)...

kisah menjadi lagi menarik bila mana ketiga-tiga ADUN PKR-DAP tadi mengisytiharkan bahawa mereka adalah calon bebas dan menyatakan sokongan kepada BN.. menambah rencah kemelut politik ini, ADUN BOTA secara mengejut sekali lagi menyatakan bahawa beliau menyertai BN semula... dan secara tak langsung gabungan kerajaan terdahulu tumbang...

yang membuatkan cerita lebih haru, menteri besar Perak mengisytiharkan pula bahawa DUN Perak dibubarkan walaupun tidak jelas samada Tuanku Sultan Perak memperkenankan tindakan tersebut atau tidak... aku sebenarnya taklah nak menyokong mana-mana pihak... lagi pula sekarang nie aku da bersara dari bab politik-politik nie... tapi, aku rasa da macam cerita kartun je sandiwara politik Perak nie... ADUN sama ADUN saling menarik, rakyat pula menolak... tak pasal-pasal Perak bergolak... buat gelak orang luar je...

Tuesday, February 3, 2009

Retorik Palestin Part 1...

suatu ketika dahulu, suara dunia Islam bergema melalui suara Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat... beliau lantang melaung dan memperjuangkan hak umat Islam yang tertindas terutamanya berkenaan isu-isu rantau Teluk... suara beliau di dengari dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat, bermula dari pemimpin-pemimpin dunia hinggalah kepada jutaan warga manusia biasa di seantero dunia... tapi itu semua kisah dahulu...

sekarang, tidak nampak lagi pemimpin dunia Islam yang berwibawa, yang mampu memikul beban sebegitu besar demi memperjuangkan harapan dunia Islam keseluruhannya... Pemimpin dunia Arab yang terdiri daripada raja hasil legasi salasilah keluarga sehinggalah kepada pemimpin yang kononnya dipilih hasil amalan demokrasi, semuanya berdiam diri dan melihat sahaja penindasan yang terus menerus dilakukan ke atas umat Islam...

dan beberapa hari lalu, kecoh di seluruh dunia mengenai tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dengan lantang bertikam lidah dengan Presiden Israel di sebuah sidang di Davos... secara tiba-tiba, Erdogan dijulang bagai wira dunia Islam yang baru kerana berani menyuarakan rasa hati seluruh umat Islam kepada Presiden Israel itu... apakah Erdogan merupakan jawapan kepada persoalan yang dinanti-nantikan selama ini, yakni pemimpin yang mampu memimpin dan menyatukan dunia Islam ?? hanya Allah sahaja yang tahu kebenaran hakikat tersebut...

Palestin, merupakan isu lapuk yang acapkali mendapat tempat di pentas dunia kerana masalahnya telah sekian lama membarah, namun penyelesaian tetap tidak ada, malah lebih parah pula masalahnya... setiap kali Israel mengganas di bumi Palestin, umat Islam di seluruh dunia secara automatik akan merasa simpati... lantas pelbagai tabung derma diwujudkan untuk membantu... laungan supaya memboikot barangan Israel dan sekutu kuatnya, Amerika begitu kuat bergema... persoalannya, adakah itu sahaja kewajaran penyelesaiannya ???

cuba fikirkan mengenai beberapa perkara di bawah:
  • dahulu Bangsa Palestin bersatu berjuang menentang Israel dan kini 2 kumpulan Bangsa Palestin (Hamas dan Fatah) berperang sesama sendiri untuk menentang Israel... pelik bukan ? persoalannya, bagaimana bangsa Palestin hendak menentang Israel yang satu dan penuh muslihat itu sedangkan mereka sendiri berpecah-belah dan berpuak-puak ??
  • dunia memang tahu dengan kekejaman Israel yang tidak mengenal erti kemanusiaan.. sebutir peluru roket dilancar ke arah Israel, sebatalion angkatan tentera rejim Zionis akan bertindak balas menceroboh dan membunuh penduduk Palestin.. persoalannya, perlukah roket tersebut dilancarkan oleh pejuang Palestin jika natijah sebutir roket tersebut akan memberi impak besar ke atas penduduk awam Palestin ???
  • ajaib sungguh kerana inilah satu-satunya isu di rantau Arab yang berperang berhabisan dahulu, kemudian jika hampir kalah, baru nak berbincang di meja rundingan.. kita tahu Israel penuh dengan muslihat, jadi kenapa perlu bermain permainan mereka ??? kita juga tahu amat mustahil untuk pejuang Palestin menang jika berperang dalam keadaan sekarang, jadi kenapa perlu ikut berperang ?? tidakkah berdamai di meja rundingan lebih baik berbanding berperang ?? rasulullah juga dulu menganjurkan perdamaian sebelum memilih jalan perang... jika kita sudah kalah di medan perang baru nak berdamai, apa faedah dan kelebihan yang kita perolehi ??
  • tak mungkin umat Islam mampu mengalahkan Israel dengan kekuatan tentera sedia ada hatta seluruh dunia Arab bergabung tenaga dan tentera untuk membantu kerana diakui tentera Arab tidaklah sebijak mana.. perkara ini sudah terbukti dalam peperangan-peperangan sebelum ini yang melibatan negara Arab... persoalannya, kenapa tidak digunakan kekuatan minyak untuk mengajar Israel yang durjana ?? muslihat Israel perlu dilawan dengan muslihat juga oleh umat Islam...
bersambung kemudian....

Monday, January 5, 2009

Isu Kekejaman Israel: Boikot Secara Terancang…

Dalam temuramah wartawan Mingguan Malaysia bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, aku sangat tertarik dengan jawapan yang diberikan oleh Tun untuk satu soklan yang dikemukakan kepada beliau mengenai isu kekejaman berleluasa Israel..

Soklan:

Apa pandangan Tun dengan tindakan jihad bagi menangani isu keganasan seumpama ini ?

Tun Dr Mahathir:

NAK JIHAD BOLEH, TETAPI BOLEH MENANG KE ? Orang Islam buat kesalahan besar iaitu menolak ilmu Sains dan Matematik pada abad ke-15. Kerana tidak tahu ilmu Sains dan Matematik, kita tidak boleh membangunkan senjata canggih sehinggakan orang Islam terpaksa bergantung kepada AS atau Rusia untuk mendapatkan senjata. Adakah anda fikir AS akan memberikan senjata (tercanggih) kepada orang Islam untuk memerangi mereka ? Kalau ada ilmu kita boleh bina senjata canggih sendiri.

Sebelum abad ke-15, zaman kegemilangan Islam ada ilmu Sains dan Matematik sehingga mampu MEMBINA TAMADUN CANGGIH malahan orang Eropah datang untuk belajar dengan orang Islam. Selepas abad ke -15, HANYA PENDIDIKAN AGAMA DIUTAMAKAN MENYEBABKAN UMAT ISLAM KETINGGALAN.

Petikan daripada Mingguan Malaysia, 4 Januari 2008..

p/s: apa pendapat korang ? aku rasa ada betulnya gak apa yang Tun cakapkan tue… jadi, pikir-pikirkan la ek…

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs