dalam dua tiga hari yang lepas, gendang perang telah dipalukan oleh sang jeneral atasan… hahaha… apalagi jika bukan tentang isu sensitif yang satu nie:“masalah disiplin dan datang lambat !!!”
seisi warga syarikat mendapat email peringatan tulus ikhlas tersebut… anehnya, seperti semua tidak ambil peduli je... aku pelik dan hairan… kenapa semua kelihatannya seperti sukar nak datang pejabat tepat pada masanya… persoalan tersebut tiada pengecualian dan turut dituju untuk diri aku sendiri… hehehe….
bagi aku, setelah berfikir sedalam-dalamnya dan tak lena tidur semalaman, dapatlah aku rumuskan bahawa antara punca-punca masalah ini bukanlah sebenarnya seratus peratus kesalahan pekerja baik seperti aku nie, tetapi turut disebabkan oleh faktor persekitaran yang lainnya… jom kita tinjau pendapat-pendapat nie…
“pejabat dah la dekat tengah KL.. kalau ikut NPE, terperangkap dalam kesesakan trafik depan Angkasapuri je dah berapa lama ?? kalau dari bangsar pun sama juga kan... yang ikut Lebuhraya Persekutuan, tak payah cakaplah… bukan tak keluar awal, jam 7.00 lagi dah gerak tapi sangkut juga atas jalan bila waktu dah menginjak 8.30 pagi… salah siapa ?? salah jalan sesaklah !!”
- Pak Abu pemandu syarikat
“bekerja di pejabat di tengah KL nie, nak cari parking depan pejabat pun bersesak sampai ambil masa setengah jam… sudahlah tue, lambat sikit, parking penuh.. mahal pulak lagi… parking jauh sikit je, tahu-tahu kena saman plak… bukan satu, silap-silap dua, saman polis dan saman DBKL… salah siapa ?? salah pengurusan tak buat parking cukup banyak !!”
- Abang Zack, eksekutif
“ala… bos-bos pun sama jugak, kepimpinan melalui tauladanlah katakan… salah siapa ?? psstt... tahu sendiri la ye...”
- Kak Min, pekerja bawahan
”saya datang awal jam 8.30 pagi pun, tapi 10 minit kemudian saya keluar balik pergi sarapan dekat kafe... nanti jam 9.30 pagi saya naik pejabat semula... apa beza kalau saya terus pergi sarapan je ?? masih masuk kerja waktu yang sama jugak kan... salah siapa ?? err... yang nie salah siapa ek ??”
- Devi, setiausaha bos
”mood kerja tak datang awal pagilah.. 8.30 pagi tue awal sangatlah… biasa pun, jam 9.00 pagi baru mula kerja… balik pun, hari-hari lewat malam… kena masuk awal jugak ke ??? salah siapa ?? yang nie salah kerja yang bertimbunlah !!”
- Iqbal, pekerja dedikasi
makanya, kawan-kawan… cuba kita renung-renungkan komen-komen selamba insan-insan di atas nie…. sebenarnya banyak faktor sampingan bukan ???


6 comments:
cet...semua ni idea ko..nk mengelak slh la tu..hahaha...
hahaha... mane ade...
tue semua pendapat sekeliling la.... haha...
aku dtg opis kol 11. dtg opis tdo. aku ke yang salah?
Pekerja Cemerlang,
Izwan00
Sejak tahun 80an lagi, mana-mana jalan mengarah ke KL memang sesak gila. Kalau biasa keluar jam 7 pagi tapi masih lewat juga sampai ke pejabat... maka keluarlah pada jam 6.00 pagi selepas subuh.
Lorh.. alasan jer semua tu... boleh dtg awal... aku b4 8 selalu dh tercegat kat opis nie.. bos aku pun datang awal gak dlm kol 7 kot, sbb selalu mmg dia dah ada bila aku sampai opis dan nampak jer muka aku terus soklan2 cepumas ditanya.. belum pun kol 8.30 dh kena start keje..tapi balik tak la lewat sgt...
hehe
wow. siap soal selidik lg tu!!! hahahahah
Post a Comment