Monday, November 9, 2009

Kala Renyai Hujan, Aku Nyaris Kehilangan...


petang tadi di lokasi kejadian (SMK Kuala Kubu Bharu), sedang aku dalam perjalanan menuju ke arah kereta, aku dikejar oleh seorang pelajar… eh, kenapa aku dikejar sedangkan aku bukanlah seorang artis panas mahupun suam-suam kuku lagaknya… mahu apakah pelajar itu, aku berpikir sambil melajukan derap langkah meredah renyai hujan yang sejuk halus di kala itu…

“bang !! bang !!”

aku menoleh sekilas, lantas berhenti…

”handphone abang terjatuh tadi...”

aku terkedu... owh, masih ada juga pelajar yang jujur dan ikhlas tatkala isu pelajar yang semakin rendah nilai akhlak pekerti dan budi bahasa mereka hangat kedengaran dibicarakan oleh khalayak masyarakat Malaysia seluruhnya...

”terima kasih dik...” sambil tersenyum, aku terus berlalu...

nasib baik, masih ada yang jujur... jika tidak, pastinya telefon bimbit bernilai tidak sampai seribu ringgit itu harus diganti baru dengan nilai yang pastinya mencecah hampir dua ribu ringgit pula…. getus akal nakal aku memasang impian tinggi melangit !!!... hehehe...

p/s: terima kasih sekali lagi kepada pelajar yang seorang itu...

regards,

4 comments:

Fieda said...

hoho berniat nak ganti yg lebey mahalkah???

Syazni Rahim said...

aku bangge dengan budak tu.

♥ p a a n i ♥ said...

hahaha seb bek. xsangke budak sekolah zmn skg ad lg yg baek hati.

Aidy Shahiezad said...

fieda... sesungguh iphone pujaan hatiku... hehehe...

cik syazni, yerp budak tue sungguh bagus...

pany, tue la pasal... nie cebisan generasi yg masih terselamat dr sindrom pelajar masa kini... ;0

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs