Monday, January 3, 2011

Politikus Larut dalam Karut !!!


hanya kerana sebuah jawatan, kita saling bercakaran...
hanya kerana sebuah pangkat, kita saling momok-momokan antara satu sama lain...
hanya kerana sebuah kuasa, kita saling memusuhi...
dan pada akhirnya nanti, musang licik juga yang mendapat manfaatnya...

orang kita, kalau bab politik, dialah jaguh...
orang kita, kalau bab kambus-mengambus, dialah heronya...
orang kita, kalau bab sandiwara drama swasta, dialah drama queennya...
dan pada akhirnya nanti, ‘bukan orang kita’ juga yang mendapat manfaatnya...

jika dikatakan buta sejarah, semua dok claim depa pejuang sejarah bangsa...
jika dikatakan bodoh pengetahuan, bukan calang-calang manusia yang berbuat bodoh ini...
jika dikatakan lembap sensitiviti, dia meledak pulak bila dicanangkan sebagai racist !!
dan pada akhirnya nanti, sebuah sandiwara baru muncul menutup kebodohan diri sendiri...

kesimpulan yang satu, yang punya profesion hebat-hebat ini semua belajar sekadar mengejar segulung kertas tanpa belajar apa-apa dalam otak mereka...

kesimpulan yang variasi, yang declare mereka pejuang bangsa ini semua hipokrit belaka demi sebuah perjuangan survival politik diri sendiri sahaja...

kesimpulan yang warna-warni, yang namanya rakyat biasa kini tak punya suara luar biasa bagi menterjemahkan perasaan hati lagi...

dan pada akhirnya nanti, siapa yang untung besar ??
dan siapa yang akan menanggung bahana akibat tergadai 'helaian pakaian yang terakhir' nanti ?? haih... pikir-pikirkanlah bersama...

--------------------------------------------

“aku tak pernah kesah sama ada kau pendokong bulan BIRU atau HIJAU atau MERAH sekalipun.. tapi, sia-sialah kau jadi lawyer, arkitek, doktor, hatta teknorat sekalipun jika acapkali memperlihatkan tindak-tanduk kayak orang gasar !! layakkah kau dihormati rakyat kebanyakan ??! politik itu semakin larut dalam karut.. aku benci politikus rakus !!..”

(Aidy Shahiezad, 2011)

--------------------------------------------

Penulis:- aku tidaklah meminta komen berkoyan.. cukup sekadar menge”like” entry ini jika kau setuju dengan aku... --> Belia.Benci.Politikus

regards,

4 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

dunia sekarang penuh dengan tipudaya, muslihat, budaya kuning, dan juga termasuklah taksub terhadap politik semata-mata sehinggakan tidak sadar yang itu semua membawa bencana kehancuran sedikit demi sedikit...

happy new year 2011. sama2 nekad, tekad, kuatkan azam untuk teruskan perjuangan memajukan negara tanpa ada khianat dan permusuhan!:D

Aidy Shahiezad said...

Fifiey:-

ha'ah...
mmg penuh dgn pelbagai masalah...

dan salam tahun baru 2011 utk kamu gak.. ;)
insya-Allah, kita sama2 k...

♥ p a a n i ♥ said...

mane button like? hehehe

Aidy Shahiezad said...

Paani:-

haha... sorry2x...
mlm td godek2 template layout baru smp lupa restore balik like button tue... huhuhu...

hah.. sila la like skrg.. :)

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs