Sunday, April 5, 2009

Signifikan 2 Bukit 1 Batang...

Jumaat lepas, tanggal 3 April 2009, satu lagi peristiwa terpahat dalam lipatan sejarah Malaysia di mana Datuk Seri Najib Tun Razak di angkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 sekaligus meneruskan tradisi unik peralihan kuasa kepimpinan Malaysia... jika disingkap lembaran sejarah lepas, banyak sejarah dicipta oleh PM baru kita nie... di antaranya, menjadi anggota Parlimen termuda pada usia 22 tahun, Timbalan Menteri termuda pada usia 25 tahun, Menteri Besar termuda pada usia 29 tahun dan Menteri termuda pada usia 33 tahun.. dan sekarang, menjadi anak Perdana Menteri pertama yang menjadi Perdana Menteri...

pastinya perlantikan Najib ni bakal memberi impak besar kepada pilihanraya kecil 2 bukit 1 batang (singkatan sinikal yang mula digunapakai sewaktu perhimpunan Agung UMNO mewakili Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air) yang bakal menjelang minggu hadapan.. tambahan pula, dengan penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam UMNO... walau bagaimanapun, sejauh mana faktor Najib dan Mahathir dalam menentukan kemenangan BN dalam 3 pilihanraya tersebut tidak dapat dipastikan lagi... namun ia diakui mempunyai signifikan yang tersendiri terhadap kekuatan UMNO dan BN, ibarat kereta lumba yang mendapat enjin turbo pada hari pertama perlumbaannya..

persoalannya sekarang, mampukah gagasan "Satu Malaysia" Najib diterima baik oleh rakyat Malaysia biarpun ia dilihat mampu menenggelam gagasan Malaysian Malaysia oleh DAP sebelum nie... dilihat daripada trend rakyat bawahan yang suka menerima arus pembangunan dan kemewahan tetapi masih juga menyokong pembangkang, nampaknya sesuatu harus dilakukan oleh semua peringkat kepimpinan kerajaan... sikap menadah tangan tetapi tidak menyokong ini haruslah diubah...

pendapat aku, rakyat bawahan Malaysia, baik yang Melayu, Cina mahupun India sekalipun telah lama menerima baik konsep tersebut... bukti itu nyata dalam masyarakat kita... tetapi, rakyat kelas atas dan barisan kepimpinan peringkat atas lah yang seharusnya dipupuk dengan nilai baik konsep Satu Malaysia tersebut... ini kerana yang melaungkan suara perkauman itu, pemimpin tinggi masing-masing dan bukannya rakyat bawahan (sedangkan hakikatnya rakyat bawahan ini selesa hidup dalam masyarakat majmuk Malaysia)... kenapa tidak mulai sekarang, kita semai nilai masyarakat Malaysia yang satu, dan bukannya satu Melayu, satu Cina dan satu India seperti lazimnya... renungkan, bermula itu susah, tapi manfaatnya sangat berbaloi... fikir-fikirkan semua...

Wednesday, April 1, 2009

Laskar Pelangi The Movie...

aku baru je selesai melayan Laskar Pelangi The Movie... Sebuah adaptasi sinema dari novel fenomena LASKAR PELANGI karya Andrea Hirata, yang mengambil latar belakang akhir tahun 70-an sebagai subjeknya.

kisah bermula di hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah menjadi sangat tegang bagi dua guru berjiwa besar, Muslimah dan Pak Harfan, serta 9 orang murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong kerana jika tidak mencapai 10 murid yang mendaftar, sekolah tersebut akan ditutup.

pada hari tersebut, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan mereka. 10 murid ini yang kemudian diberi nama Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah, menjalin kisah yang tak terlupakan. 5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan 10 murid dengan keunikan dan keistimewaan masing-masing, berjuang untuk terus bersekolah. di antara pelbagai rintangan besar dan tekanan untuk menyerah, Ikal, Lintang dan Mahar dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka. Di tengah usaha untuk tetap mempertahankan sekolah, mereka kembali harus menghadapi rintangan yang besar.

filem ini dipenuhi kisah mengenai kalangan pinggiran, dan kisah perjuangan hidup menggapai mimpi yang mengharukan, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.

pada aku, filem nie ada kelasnya yang tersendiri, sarat dengan mesej yang dibawa secara ringkas tetapi padat dan sampai ke jiwa penonton... dan aku sangat tertarik hati dengan lakonan Verrys Yamarno... lakonan bersahaja kanak-kanak berusia 13 tahun nie sangat mencuri hati dan tumpuan aku sepanjang aku melayan filem nie... bravo la...

Faithful Followers

Blog Walking

♥ SILA TINGGALKAN JEJAK KORANG DI SINI.. ♥
Insya-Allah, aku akan rajin2kan diri follow dan blogwalking korang nanti...
♥ THANKS !! ♥
-------------------------------

Network Blogs